Reunion Batch 1994

Reunion Batch 1994

Friday, May 27, 2011

Nak Mungak Lagi????!!! Pegi Carik Jam Omega papa Kak Long..



Tak sabar-sabar nak duq semeja ngan kak long ni.. nak tanya jam omega papa jahat dah jumpa ker?? Laaaaaaaaaaaaaa.. kata santai.. :p

Pembela Rakyat Kunun!! Ceh!!!!




Geramnya lah dengan propaganda dan isu yang dimainkan oleh pihak pembangkang yang tak sudah-sudah menabur-nabir fitnah pada kerajaan yang sedang membangunkan dan memajukan penduduk negeri Sembilan mengikut komposisinya? Apa tak cukup tanah lagi nak diminta?? Apa tak cukup lagi yang telah diberikan oleh kerajaan kepada mereka? Kenapa hidup suka menghasut yang tak membangunkan minda? Kenapa dijadikan penduduk dan rakyat sebagai alat untuk kepentingan diri dalam politik? Erti kata lain, apa yang kau gilakan sangat dengan kekuasaan dan pangkat apabila membangkitkan api kebencian rakyat kepada kerajaan? Apa jadahnya usaha-usaha pembangkang yang hanya dihadiri oleh hanya seramai 20 orang saja? Apa kau nak jadikan Malaysia huru-hara?? Jadilah manusia yang bersyukur.

Sama sekali kami menolak kepimpinan persis militan ini sebagai kerajaan memerintah Malaysia. Besar harapan kami agar penduduk Malaysia menolak dakyah-dakyah pembangkang yang hanya pandai menabur fitnah, membuat janji kosong, bersekongkol dengan bangsa asing yang tak sedar diri.

Jangan diusik dan kau jentik kami.. perjuangan kami tidak akan habis di sini sahaja.

Tuesday, May 24, 2011

Tok dah kenapo?? Posal jadi Drama King lak nih???


Kami kecewa dengan kepimpinan YBhg Puan Ainol Azian selaku Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Pilah kerana TIDAK MENGHORMATI KEPUTUSAN mesyuarat AJK yang membincangkan perjalanan Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Pilah baru-baru ini. Khabarnya, inilah masej yang disampaikan oleh barisan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Pilah kepada Puan Ainol Azian.

Kenapo ni boss, SU Puteri??? Apo nak jadi?? Apo peranan kami dalam kepimpinan AJK Kolo Pilah, kok cengini keputusan drastik yang telah diambil. Keteh kebanyakan AJK Puteri Pilah. Jangan macam-macam... Ketuo eh cengitu ado apo kisah.. yang ponting, hormatlah keputusan mesyuarat yang telah diputuskan. Hilang rasa hormat sudah dengan kredebilti kepimpinan, AJK khabarnya nak boikot mesyuarat ad-hoc yang nak menjelaskan kenapa boss dan SU tetiba bersetuju Tok Hassan leh berucap dalam Majlis tersebut. Barisan AJK terang-terangan mengatakan, hormatlah keputusan mesyuarat. Kok tak apo guna AJK yang dilantik ni?? Aiyooo.. ruginya tindakan anda menyebabkan ketirisan kepercayaan barisan AJK. Persoalannya di sini, kenapa Puan Ainol Azian tidak tegas dalam membuat keputusan? Ini bukan keadaan biasa di mana kita boleh buat keputusan ikut rasa. Ini medan politik di mana semua peringkat melihat anda membuat keputusan. Keputusan yang mewakili AJK dan puteri keseluruhannya.

Mungkin benarkah Puan Ainol Azian dan Puan Zulaikha mahu melihatkan kematangan Puteri UMNO Bahagian Kuala Pilah diperlihatkan oleh entiti-entiti yang lain. Dengan menyatukan program UMNO dan Ucapan Pengerusi BN? Apa kredit yang cuba diberikan oleh Puan Ainol dan Puan Zulaikha dengan tindakan drastik ini diambil? Moh kito tengok dari pandangan positif eh pulok?? Sobab persoalan eh dah ada kat sini. Jom dogheh kito berdiskusi.. apo keteh sumo yang pro and contra..

Tok Hasan dilihat sebagai Drama King dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Perasmian Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Pilah 2011 apabila desas desus (desas desus ke?), khabar angin (khabar angin ke?) mendesak atau merayu (merayu ke?) apabila diminta untuk berucap dalam Masjlis Perasmian tersebut di atas. Kami pun nak tau apa jawapan yang diberikan oleh Puan Ainol sehingga Tok Hasan leh la berucap ketika Majlis berikut. Kalau nak ikutkan tiada salah Tok Hasan nak berucap. Tapi logik pakar keteh eh.. ni Majlis UMNO.. kenapo Pengerusi BN nak masuk campur. Lain lah kalu Majlis BN.. adakah Tok Mail akan dipanggil berucap pula?? Bukan dipanggil berucap lah.. dipanggil hadir misalnya.. kannnnnnnnnnn?????

Betul-betul Drama King la Tok Hasan.. kami faham juo body language ni tok.. perati.. bukan tak perati.. Bila dikatakan dalam ucapannya.. “Saya sangat terkejut apabila diminta memberikan ucapan..” Ala lala latok.. apo sudah jadi? Sudah terang lagi bersuluh.

Tok Hasan telah merosakkan hubungan baik kepimpinan AJK Puteri. Puteri Pilah tak pernah tidak menyokong sesiapa juga yang layak memimpin. Kenapa perlu dirosakkan? Puteri akan membantu kesemua 5 calon DUN 1 calon Parlimen pada PRU 13. Tok Hasan macam takut bayang-bayang sendiri jo tok?? Jangan lah fikirkan kepentingan pribadi joh.. Sogho Puteri ni kok tak lantang kek ketuo eh.. barisan AJK berjurai-jurai yang lantang dan handal.. jangan gunakan kredebiliti Timbalan Menteri atau selaku Pengerusi BN Kolo Pilah untuk memecahbelahkan Puteri. Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Pilah sangat serius dengan perjuangannya dan membantu calon-calon PRU 13.

Elok lah kek sinia, AJK Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Pilah MENGESA dan MENDESAK YB Dato’ Hasan bin Malek selaku Pengerusi Barisan Nasional Kuala Pilah memohon maaf di atas rasa tidak hormat keputusan sebulat suara AJK, G5, SU dan Ainol sendiri ketika Mesyuarat AJK berkaitan mesyuarat. Bagi mendapatkan semula kepercayaan terhadap boss mereka sendiri. Sehingga Ainol dan SU terpaksa mengubah keputusan mesyuarat kepada kuasa ketua yang disandangnya. Apa cerrrrrrrrr..

Monday, May 23, 2011

Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Pilah 2011





22 Mei : Pergerakan Puteri UMNO Kuala Pilah sekali lagi telah menjalankan Persidangannya. Kali ini di bawah kepimpinan Saudari Ainol Azian selaku Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Pilah telah menjemput YBhg Puan Shahanim binti Mohd Yusoff, Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Turut hadir dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan ini ialah YB Dato’ Hj Ismail bin Hj Lasim, Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah; YB Dato’ Hj Hasan bin Malek, Pengerusi Barisan Nasional Kuala Pilah; YB Tuan Hj Adnan bin Hj Abu Hassan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah; YBhg Dato’ Norhayati bt Omar, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Kuala Pilah, YBhg Puan Maizatul Akmar binti Martin, Pelapor dari Jelebu yang mewakili Pergerakan Puteri UMNO Perhubungan Negeri Sembilan dan perwakilan yang mewakili cawangan masing-masing.

Di dalam ucapan perasmian YBhg Puan Shahanim, beliau telah mengucapkan syukur dan terima kasih dengan sokongan yang diberikan oleh Ketua Bahagian UMNO kepada Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Pilah di dalam perjuangan politik generasi wanita muda prihatin. Namun dukacita oleh Puan Shahanim apabila sepanjang Penubuhan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Pilah hanya terdapat 43 cawangan sahaja daripada 126 cawangan UMNO di bahagian Kuala Pilah. Maka beliau merayu kepada Ketua-Ketua Cawangan dan Ketua-Ketua Wanita Cawangan bagi membantu mengeluarkan dan memberi sokongan kepada anak-anak berumur Puteri bagi misi menambahkan cawangan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Pilah.

Antara isi ucapan beliau menyentuh tentang aktiviti bersama-sama generasi muda di mana golongan inilah yang perlu dihampiri. Contohnya generasi yang bergelar pelajar perlu didekati kerana mereka golongan yang sedang mencari hala tuju kehidupan dan mudah percaya dengan isu-isu yang sering dimainkan oleh pihak pembangkang. Tidak ramai generasi muda yang berminat dengan politik. Maka dengan itu, kepimpinan Puteri UMNO Bahagian kena memainkan peranan yang penting untuk menjelaskan kepada mereka halatuju UMNO/BN dalam memajukan Malaysia. Malah mengingatkan mereka betapa pentingnya mendaftar sebagai pemilih di SPR.

Pn Shahanim telah memberi amanat 7’S kepada Puteri Pilah sekiranya mau aktif di kancah politik.

1. S - Serius

Di dalam politik, kita kena SERIUS. Kita kena menghampiri generasi wanita muda untuk menyedarkan mereka apa yang BN sebagai kerajaan buat untuk mereka. Kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah kepentingan pembangunan modal insan generasi muda. Kerajaan BN bukan seperti kerajaan PAS/PKR/DAP yang hanya menaburkan janji-janji kosong dan akhirnya tanah, maruah dan agama tergadai. Gelombang kesedaran generasi muda terhadap sokongan kepada BN perlu bertali arus agar UMNO/BN terus releven dulu, kini dan selamanya. Fokus dan target kemenangan 5 kerusi DUN dan 1 kerusi Parlimen dibawah UMNO/BN perlu dikekalkan.

2. S – Semangat

Usaha perlu digiatkan lagi apabila cuma 43 Cawangan Puteri sahaja daripada 126 Cawangan UMNO di Parlimen Kuala Pilah. Misi-misi menubuhkan Cawangan perlu bagi mempertingkatkan kekuatan UMNO/Barisan Nasional. Bagi ahli-ahli Puteri yang belum mendaftar sebagai pengundi perlu mendaftar segera di SPR. Benar Puteri UMNO merupakan pejuang Sri Kandi yang tidak didendang. Itulah sebenarnya semangat perjuangan.

3. S – Setia

Sebagai ahli UMNO/BN, kita perlulah mempunyai taat SETIA kepada parti. Walaupun pada pilihanraya akan datang tidak memihak kepada calon yang kita sokong, perlulah kita memberikan taat SETIA kepada parti. Sokonglah lambang UMNO/parti kompenan yang berada dalam logo BN. Di bahagian Kuala Pilah, UMNO sangat bertuah kerana keenam-enam calon diwakili oleh UMNO.

4. S – Sukarela

Sebagai sebuah parti yang telah wujud sejak 65 tahun yang lalu, bekerja secara SUKARELA adalah tunggak kepada perjuangan. Janganlah pernah meminta imbuhan atau ganjaran. Sebaliknya bekerja dan berusahalah mempertingkatkan ekonomi melalui perniagaaa, perusahaan, bekerja dengan agensi kerajaan dan swasta.

5. S – Syukur Nikmat

Pengalaman Pn Shahanim sendiri. Beliau dari keluarga yang miskin. Ayah sudah meninggal dunia. Anak kedua dari lapan adik beradik. Pernah dihidangkan pisang rebusan dan nyiuk selama 7 hari 7 malam untuk meneruskan kehidupan. Ketika itu langsung tidak mempunyai beras walau secupak. Inilah usaha dari ibu beliau dalam membesarkan anak-anak. Walau bagaimana pun beliau tidak pernah mengeluh dan pengalaman ini memberikan keazaman kepada beliau untuk bangkit menjadi seorang yang hebat dan keinginan membantu anak-anak Melayu yang daif dengan sifat penuh kasih sayang.

6. S- Seronok

Perlu merasa seronok apabila menceburkan diri dalam politik. Walaupun sepak terajang politik sangat hebat, kita perlu menikmati rasa seronok. Seronok menambah kawan, seronok bekerja. Seronok bertemu pemimpin, seronok berdiskusi dan bertukar-tukar fikiran.

7. S – Senyum

UMNO merupakan parti yang hebat dan kuat. Apabila kita sedang melaksanakan tugas parti, kita perlulah ikhlas dalam senyuman. Bekerja dalam senyuman.

Akhir sekali pertanyaan YBhg Puan Shahanim kepada sidang perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Pilah;

Masa Pilihanraya Umum ke-13 kelak Puteri perlu mengundi apa??

Jawab sidang perwakilan : BARISAN NASIONAL!!!!

BN!!!!

Masa Pilihanraya Umum ke-13 kelak Ibu bapa Puteri mengundi apa??

Jawab sidang perwakilan : BARISAN NASIONAL!!!!

BN!!!!

Masa Pilihanraya Umum ke-13 kelak adik beradik Puteri perlu mengundi apa??

Jawab sidang perwakilan : BARISAN NASIONAL!!!!

BN!!!!

Masa Pilihanraya Umum ke-13 saudara mara Puteri perlu mengundi apa??

Jawab sidang perwakilan : BARISAN NASIONAL!!!!

BN!!!!

Masa Pilihanraya Umum ke-13 teman lelaki atau suami Puteri perlu mengundi apa??

Jawab sidang perwakilan : BARISAN NASIONAL!!!!

BN!!!!

Akhirnya, Ketika Pilihanraya Umum ke-13 nanti, BN perlu apa???

Jawab sidang perwakilan : MENANG MAJORITI BESAR!!!

Menang keenam-enam kerusi yang dipertandingkan.

Kalau takut dengan cabaran jangan gelar diri...

Jawab sidang perwakilan : PEJUANG!!!!!!!

Sunday, May 22, 2011

Majlis Penerangan Isu-Isu Semasa, Biro Penerangan UMNO Bahagian Kuala Pilah bertempat di Di Dewan Orang Ramai FELDA Kepis




FELDA KEPIS :21 Mei – Kehadiran YB Dato’ Ahmad Maslan ke FELDA Kepis melalui Program Isu-isu Semasa atas pelawaan YB Dato’ Abd Samad b Hj Ibrahim Selaku Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kuala Pilah tepat pada masanya.

Majlis ilmu ini dihadiri oleh Penduduk FELDA Kepis sendiri di bawah kepimpinan Pengerusi JKKR Felda Kepis menjangkau seramai 300 orang dikalangan generasi pertama FELDA. Turut hadir, YB Dato’ Hj Ismail bin Hj Lasim selaku Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, En Jamaludin bin Abd Wahab selaku Ketua Seranta (FELDA) Jabatan Perdana Menteri Wilayah Raja Alias, En Roslan bin Suli selaku Pengurus FELDA Kepis.

Ketika sesi alu-aluan kehadiran YB Dato’ Hj Ahmad bin Hj Maslan, YB Dato’ Abd Samad bin Hj Ibrahim memaklumkan bahawa Biro Penerangan UMNO Bahagian Kuala Pilah sedang bergiat aktif dalam misi-misi penerangan bagi menjawab tohmahan-tohmahan dan fitnah-fitnah pembangkang. Penerangan seumpama ini adalah sangat penting bagi pihak UMNO/BN menjelaskan kepada akar umbi terutamanya mengenai isu-isu yang sengaja dibangkitkan oleh pihak pembangkang. Maka dengan itu, menjemput YB Dato’ Ahmad Maslan selaku Ketua Penerangan UMNO Malaysia merangkap TImbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah tepat. Memandangkan YB Dato’ Hj Ahmad Maslan sendiri dipertangjawabkan menjaga FELDA 1 Malaysia.

Menambah dari Ucapan YB Dato’ Abd Samad bin Hj Ibrahim, YB Dato’ Hj Ismail bin Hj Lasim yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah menyeru kepada penduduk-penduduk FELDA Kepis agar bijak menganalisa isu-isu yang sering dimainkan oleh pihak pembangkang. Pihak pembangkang tidak ada idea apabila lebih suka memanipulasikan usaha-usaha kerajaan diperingkat nasional, negeri dan tempatan. Usaha-usaha ini perlu dibenteras dengan jawapan-jawapan yang tepat agar tiada penduduk yang memperakui dakyat-dakyah pembangkang itu tepat dan benar.

YB Dato’ Ismail Lasim juga menjelaskan kehadiran Presiden Parti Keadilan Anuar Ibrahim di Kg Seri Pilah, Senaling pada 8 Mei 2011 dalam misi Mengombak Kemenangan Kuala Pilah. Dalam misi dan cita-cita yang tinggi itu, kita perlu melihat kredebiliti Anuar Ibrahim tidak akan memungkinkan dia menjadi Perdana Menteri sementelaah tuduhan ke atasnya sudah dijatuhkan oleh hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu selepas mendapati ada kes prima facie terhadap tertuduh.

Namun begitu, YB Dato’ Ismail Lasim mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengundi-pengundi terutamanya peduduk FELDA mengundi BN ketika pilihanraya-pilihanraya yang lalu. Membuktikan pengundian FELDA Kepis sebagai Fixed Deposit Kemanangan UMNO/BN Kuala Pilah amnya. Namun begitu, kita juga perlu berhati-hati dan sentiasa memainkan peranan penting apabila pembangkang juga sedang mengasak Generasi Kedua FELDA. Kehadiran YB Dato’ Ahmad Maslan ke FELDA Kepis adalah bertepatan kerana beliau bekerja di bawah Perdana Menteri yang masih menjaga FELDA.

Ketika menyampaikan sessi penerangan yang diselang seli dengan gelak tawa hadirin seramai 300 orang itu, antara lainnya YB Dato’ Ahmad Maslan menjelaskan bahawa YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak telah mengalir darah pengasas FELDA iaitu Allahyarham ayahandanya Tun Abd Razak. Malah beliau juga mengakui bahawa FELDA Kepis menjadi Fixed Deposit Kemenangan BN pada pilihanraya-pilihanraya yang lalu. Manakala FELDA di Negeri Sembilan merupakan FELDA Ketiga terbesar selepas FELDA di negeri Pahang dan Johor. Perdana Menteri ingin menjadikan penduduk FELDA sebagai mentaliti kelas pertama apabila Kerajaan Perseketuan melalui Perdana Menteri kini membelanjakan sebanyak RM50 juta dalam Pendidikan bagi Pembangunan Modal Insan untuk seramai 1.6 juta anak-anak FELDA yang berjaya dalam pendidikan. Beliau menjelaskan bahawa PM ingin melakukan transormasi terhadap FELDA bagi kepentingan rakyat Malaysia. Bukan untuk kepentingan individu seperti yang di dakwa oleh pembangkang.

Satu ketika dahulu, FELDA merupakan hutan banat yang takut untuk didiami oleh orang ramai. Berkat daripada kesabaran pengurusan ketika itu Tun Abd Razak yang memperkenalkan Buku Hijau telah memungkinkan kita sebagai peneroka dan mengusahakan Ladang Getah, Ladang Kelapa Sawit, Ladang Tebu. Kini Perdana Menteri menjadikan FELDA sebagai pengeluaran gula terbesar Malaysia iaitu sebanyak 70% pengeluarannya.

YB Dato’ Ahmad Maslan menjelaskan sekali lagi, bahawa usaha Perdana Menteri tidak akan pernah berakhir di dalam membangunkan FELDA apabila PM mengimpikan FELDA sebagai perusahaan Gedung Makanan Negara, iaitu sebagai pengeluar bahan-bahan makanan utama untuk Malaysia malah pengeluaran itu pula akan dieksport ke luar negara.

Apabila isu kerajaan menggunakan duit KWSP dimainkan oleh pihak pembangkang, Dato’ Ahmad Maslan menjelaskan bahawa Kerajaan sebenarnya telah meminjam wang itu sebanyak RM 1 ribu juta bagi tujuan membeli gula. Apabila kerajaan meminjam daripada KWSP dan membayar balik pinjaman itu, KWSP mendapat keuntungan sehingga 6%. Maka tidak wajarlah kerajaan dipersalahkan menggunakan wang bagi kepentingan sendiri.

YB Dato’ Ahmad Maslan juga memaklumkan Projek pembinaan Menara FELDA setinggi 50 tingkat di Jalan Stonor, dijangka siap sepenuhnya Jun 2012. Menara FELDA setinggi 50 tingkat berhampiran Menara Berkembar Petronas itu begitu signifikan dengan kejayaan 50 tahun FELDA sebagai organisasi pembangunan tanah paling berjaya di dunia. Oleh yang demikan, tidak mungkin Perdana Menteri melupakan jasa-jasa peneroka FELDA di dalam pembangunan negara. Selain itu, katanya, bangunan ini mempunyai status Koridor Raya Multimedia (MSC). Menara Felda mempunyai lingkungan kawasan lantai bersih seluas 689,000 kaki persegi dan mempunyai sebuah dewan serba guna yang mampu memuatkan 1,500 orang.

Merujuk kepada isu kes Anuar Ibrahim yang terlibat dengan kes liwat dan Video Lucah, Perkara ini telah disahkan oleh siasatan polis dan mahkamah telah menjatuhkan hukum. Tidak timbul tentang mahkamah berat sebelah dalam menjalankan prosuder penghakiman. Bukti-bukti tersorak telah berjaya dirungkaikan oleh pihak berkuasa.

”Mereka yang buat hal mengapa UMNO yang perlu mencuci tahi mereka”, katanya.

Beliau seterusnya memberi contoh Anwar mendakwa kononnya UMNO menjadi dalang dalam kes video seks sedangkan yang membuat pendedahan video tersebut ialah Datuk Eskay yang terang-terang bukan ahli UMNO.

“Penyokong-penyokong Anwar juga dinasihatkan jangan terlalu fanatik dan menyokong membabi buta. Nilai dahulu sesuatu perkara itu. Jangan menyesal di kemudian hari”

Semoga Barisan Nasional terus kekal di pilihanraya-pilihanraya akan datang di Bahagian Kuala Pilah. Merupakan satu-satunya bahagian yang dipelopori oleh UMNO keseluruhannya.

Friday, May 20, 2011

Umno Perlu Mantapkan Persiapan Hadapi Pilihan Raya Umum Ke-13


Seluruh anggota parti perlu meningkatkan usaha untuk memantapkan persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang pasti tiba, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Bunyikan semboyan, pukullah gendang perang dan panaskan jentera. Jangan sesekali membiarkan fitnah, kepalsuan dan cubaan untuk memperdaya rakyat berjaya.

“Ingatlah, jasa-jasa lalu akan hanya tinggal dalam lipatan lembaran sejarah jika kita gagal dalam ujian yang besar ini. UMNO perlu terus gagah dan relevan untuk melakar jasa-jasa baru demi untuk agama, bangsa dan negara,” katanya dalam perutusan sempena Hari Ulang Tahun UMNO ke-65 yang akan disambut esok.

Perdana Menteri berkata badai yang telah melanda parti pada pilihan raya umum yang lepas bukanlah alasan untuk terus bersikap pesimistik dan kini bukan masanya untuk terus mengeluh serta mengenang perkara lalu.

“Hakikatnya jika kita masih lagi tidak mengenal pasti apa kesilapan kita dan mengambil langkah-langkah pembetulan setelah lebih tiga tahun pilihan raya umum ke-12 berlalu maka kita sebenarnya hanya menempah masa depan yang kelam untuk parti dan rakyat.

“Kini adalah masa untuk bertindak dan bekerja bukannya masa untuk bernostalgia dan beremosi,” katanya.

Beliau berkata anggota parti harus bersyukur ke hadrat Allah SWT dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana masih menjadi parti pemerintah yang mendapat kepercayaan dan diyakini orang-orang Melayu dan Bumiputera khasnya serta rakyat Malaysia amnya.

Katanya, kepercayaan dan keyakinan ini bukan wujud secara semula jadi tetapi dimenangi serta dipupuk hasil keikhlasan dan iltizam perjuangan generasi kepimpinan dan anggota UMNO silih berganti.

“Ia tidak mungkin berterusan tanpa kemampuan kepimpinan dan ahli-ahli UMNO untuk terus merasai denyut nadi rakyat serta mendukung aspirasi mereka,” katanya.

Najib berkata, dalam usia 65 tahun, UMNO telah menempuh pelbagai cabaran serta tribulasi. “Pengalaman dan sejarah telah menjadikan UMNO parti politik yang kuat, realistik, matang serta berpijak di bumi nyata. Ia telah mencanai UMNO dengan keanjalan untuk berubah sesuai dengan tuntutan landskap politik mutakhir, memastikan parti terus segar dan relevan,” katanya.

Sejak mula ditubuhkan sebelum merdeka lagi, UMNO telah membuktikan kemampuannya sebagai sebuah parti politik yang bukan sahaja mampu menyatukan orang Melayu tetapi juga untuk menerajui pemerintahan negara, katanya.

“Sejarah telah membuktikan betapa besarnya peranan dan sumbangan UMNO. Kita tidak akan lupa jasa tokoh-tokoh seperti Datuk Onn (Jaafar), Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak (Hussein), Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir (Mohamad), Tun Abdullah Ahmad Badawi serta lain-lain tokoh UMNO yang telah begitu banyak berjasa kepada parti dan negara.

“Sementara kita semua menghargai jasa dan sumbangan para pejuang bangsa ini, pemimpin, ahli, dan penyokong UMNO perlu sedar bahawa segala jasa dan sumbangan UMNO terhadap agama, bangsa dan negara tidak menjamin kelangsungan sokongan rakyat kepada UMNO sebagai parti pemerintah di negara ini.

“Untuk itu kita perlu meneruskan perjuangan pendahulu-pendahulu kita untuk menjadi juara rakyat,” katanya.

Najib berkata UMNO dan rakan-rakan komponen Barisan Nasional (BN) perlu memastikan agar hari ini untuk warga Malaysia adalah lebih baik dari hari semalam dan fajar menyinsing di hari esok akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk mereka dan anak-anak mereka.

“Marilah kita bersama-sama rakan-rakan dalam BN untuk terus bekerja keras dan berusaha dengan gigih bagi mencipta masa depan Malaysia yang lebih makmur, marilah kita bersama-sama untuk meletakkan negara tercinta ini di tempatnya yang hak di persada antarabangsa.

“Insya-Allah berkat kesungguhan dan iltizam padu kita, UMNO akan terus berjaya,” katanya.

– BERNAMA

Wednesday, May 18, 2011

Institusi Ketaatan Kepada Allah Taala





"Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, dan menunaikan zakat dan tidak takut pada siapa pun selain pada Allah maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang yang mendapat petunjuk." (At-Taubah: 18)
Masjid adalah simbol yang sangat penting kepada orang-orang Muslim, dan adalah cara yang penuh kesederhanaan untuk manusia melunaskan kesyukuran dan memuji Pencipta atas kewujudannya di atas muka bumi ini.Masjid bukanlah dibina untuk merendah-rendahkan konsep – ianya dibina dengan penuh keserhanaan. Tidak terdapat syarat-syarat yang khusus tentang reka bentuk sesebuah masjid itu, kecuali tentang beberapa perkara. Unsur-unsur penting yang perlu diambil kira adalah struktur binaan yang jelas menghadap ke arah Tanah Suci Mekah (arah ini dipanggil Kiblat). Arah ini ditandakan dengan kedudukan mihrab, iaitu suatu binaan pada dinding masjid yang menceruk kedalam. Ruangan dihadapan mihrab ini haruslah berbumbung. Tidak boleh terdapat pintu di dinding di mana mihrab ini terletak – tetapi untuk dinding yang lain, boleh diletakkan pintu sebanyak mana yang dikehendaki.

Terdapat dua jenis masjid: masjid yang utama dikenali sebagai jama'a, di mana sembahyang jumaat di jalankan. Jama'a ini selalunya dihias dengan rekabentuk dan kelengkapan yang lebih menarik. Sejenis masjid lagi dipanggil Masjid , ianya bersaiz lebih kecil dan adalah tempat ibadah setempat. Meskipun terdapat rekabentuk yang menarik, ianya tidaklah seperti jama'a.
Masjid adalah perkataan yang membawa makna ‘tempat sujud' dan digunakan oleh umat Muslim terdahulu sebagai rumah untuk bersembahyang, perkataan ini juga digunakan oleh ugama-ugama lain. Hari ini perkataan Arab ‘masjid' dan perkataan inggeris ‘mosque' adalah eksklusif digunakan untuk rumah-rumah ibadat orang-orang Islam.


Tuesday, May 17, 2011

Baccang Inn - Konvensyen Sokampung



Baccang Inn merupakan satu kenangan yang terindah ketika zaman aku kanak-kanak lagi. Kenangan itu termasuk kenangan pahit dan manis. Asam garam kehidupan bermula di sini. Ada masanya membuatkan aku senyum sendirian.

Usia Baccang Inn seusia Paksu Pian, 45 tahun. Aku baru berusia 29 tahun. Bayangkan, ayahku, pakcik-pakcikku, rakan-rakan seusia aku, antara penghuni yang menjadikan Baccang Inn singgah sana selepas pulang dari sekolah dan sebelum pulang ke rumah. Kenangan itu memang indah. Baccang Inn menjadi saksi penduduk kampongku menjadi penduduk Malaysia yang berjaya dan berbakti kepada Malaysia dan ada juga yang tidak bernasib baik kerana silap memilih jalan hidup. Namun, penduduk-penduduk kampungku, sentiasa memberi yang terbaik. Generasi dulu sehingga generasi hari ini ibarat aur dengan tebing. Sentiasa bekerjasama dalam apa juga perkara. Tidak kiralah sekiranya ada kenduri kendara, hal-hal kematian, bersembahyang jemaah di masjid dan sebagainya. Pendek cerita kemeriahan ini bermula di Baccang Inn. Namun, ada juga samseng kampong atau pemuda-pemuda nakal yang meriuhkan lagi suasana kampong.

Aku Dania seorang yang berwatakan seperti lelaki. Gemar mengikuti Paksu Pian melepak di Baccang Inn. Walau pun aku sering diejek dan diperli, peliknya aku langsung tidak ambil kisah. Mereka lama kelamaan dapat menerima aku dengan baik sekali. Aku gembira melalui kehidupan seperti ini. Kehidupan inilah yang mendewasakan aku dan aku bijak memilih jalan hidupku sendiri. Aku berterima kasih dengan Baccang Inn.

Aku berkawan-kawan dengan Julie, Shariffah, Atuk (nama timangan), Intan, Jebri dan ramai lagi rakan-rakan sekelas. Ada saja cerita yang menceriakan suasana. Kamilah angkatan kaki ponteng. Kemana saja kami? Sudah tentunya melepak di Baccang Inn. Sehingga cikgu disiplin kami tak perlu bersusah payah mencari kami. Cikgu Rusdin akan datang menjemput kami di Baccang Inn. Ada masanya pula Cikgu Rusdin juga melepak seperti kami. Malah, Cikgu Rusdin juga mempunyai cerita disebalik Baccang Inn.

Kini aku menjadi wartawan sambilan di akhbar tempatan iaitu Sinar Harian. Namun aku tak pernah menulis kisah istimewa kampungku. Sehingga satu ketika aku sudah bosan menulis perkara-perkara yang tiada kena mengena dengan diri aku. Kebetulan minggu ni aku balik kampong dan melihat Baccang Inn berwajah baru. Aku jadi terkasima dan terkedu. Sedihnya.. Apa istimewanya Baccang Inn sehingga membuatkan aku senyum sendirian?

Dulu zaman kanak-kanak, kami selalu bermain permainan kampong. Contohnya, galah panjang, main getah, main tarik upih, main polis entry, main sorok-sorok, main layang-layang, main tangkap rama-rama, congkak, batu seremban, tudung botol, mandi di sungai dan sebagainya. Sudah penat bermain, kami akan berehat sambil berbual, sambil ketawa berdekah-dekah. Seronok zaman kanak-kanak kami. Ayah aku Tuan Hj Muis memang terkenal garang. Ada satu hari tu, aku tengah makan ais krim batang, disergahnya kami dari belakang. Tanpa berlengah lagi aku lari pecut tak pandang belakang. Sampai saja di rumah, aku lihat ayah aku sedang membaca surat khabar. Laju pulak orang tua ni bawak kereta. Aku malas nak berfikir. Abang dan adik aku hairan kerana belum lagi senja aku dah sampai ke rumah. Apa-apa jelah.

Malamnya pula, antara aku tiga beradik aku lah orang pertama siap dulu nak pergi mengaji. Lepas balik dari mengaji aku mesti menyinggah di Baccang Inn. Entah apalah yang istimewanya Baccang Inn ni sehingga kami terpedaya. Orang kata pokok bacang yang tertubuhnya Baccang Inn di berpenunggu. Aku takut juga. Pakteh Rahman suka cerita dekat kami yang masih lagi kanak-kanak ketika itu. Selepas je dengar cerita dari Pakteh Rahman, aku desak Paksu Pian hantar aku balik, aku tak kira. Bila dikenangkan, mungkin Pakteh Rahman tak mahu kanak-kanak melepak. Balik mengaji, sambung buat kerja rumah dan belajar. Usia kanak-kanakku dan rakan-rakan dihabiskan dengan bermain berhampiran Baccang Inn. Apa kisah belajar.

Pernah sekali Baccang Inn di bakar oleh ayah Pakteh Rahman, Atuk Nan

. Katanya dari pokok sampai lah ke pundungnya, berpuaka. Dah menyinggah, tak reti nak pulang. Masa tu, Atuk Nan marah betul dengan Pakteh Rahman. Isterinya yang sarat mengandung tak dibela. Aku ingat lagi kisah ini. Kisah yang membuatkan kami marah sangat dengan Atuk Nan. Dah nama pun tempat berpuaka, tak sampai seminggu kami tiada tempat melepak, Atuk Nan dan Pakteh Rahman membeli papan baru untuk didirikan Baccang Inn yang baru. Tidak kira tua muda, kanak-kanak membantu sama. Baccang Inn punya penangan. Gila gempak.

Sejurus siap, malam tu kawan-kawan Paksu Pian macam orang tak ingat dunia. Mereka bermain judi daun terup. Masa tu, aku penat sangat. Ada di rumah tidur. Keesokan harinya, aku pergi sekolah macam biasa, sempat menjeling ke Baccang Inn. Aku tengok lain macam dan suram pula Baccang Inn ni. Atuk, kawan karib ku bercerita; abang Udin Limpong semalam dirasuk puaka pokok bacang. Tegak bulu romaku mendengarnya. Biar betul, selama ni tak pernah berlaku pun kejadian seumpama itu. Aku mendengar tekun. Macam tak ada kerja lain. Sedangkan Cikgu Rusdin kejap lagi masuk mengajar Sains. Aku memang dah tak tekun lagi selepas mendengar Atuk bercerita. Mustahil!!! Cikgu Rusdin pula sempat menyindir kami kerana tidak ponteng hari ni. Si Shariffah pula, si lurus bendul ni bercerita yang Baccang Inn berpuaka. Apa lagi, kenyang kena perlilah kami dibuatnya. Tapi apa nak kira, kami bukan ambil hati pun apa yang Cikgu Rusdin ni cakap apa. Dia pun kaki lepak juga. 2 x5, 5 x 2.

Hari ni sorang kawan aku dan pemuda-pemuda kampung tidak berani melepak. Tapi entah kenapa lepas balik dari sekolah dan menukar baju, aku pergi Baccang Inn dan lepak seorang diri. Aku bawa kerja sekolah ku bersama. Aku buat kerja sekolah dengan tekun sambil melancar sifir matematik. Lama kelamaan aku terlelap. Sedar tak sedar aku dah berada ke alam lain.

Dalam masa yang sama, kehilangan ku telah mengemparkan ayah dan ibu dan rakan-rakanku. Begitu juga dengan paksu Pian, Pakteh Rahman dan beberapa pemuda lain. Mereka mencari aku, sedangkan aku nampak mereka mencari aku. Tapi aku pula sedang dilayan oleh seorang makcik yang sangat cantik. Aku tahu mereka mencari aku, tetapi makcik cantik ni memujuk aku supaya jangan pulang. Aku dapat lihat ibu menangis di bahu ayah. Ayah pula kelihatan risau. Sayang juga ayah dengan aku.

Abang Udin Limpong yang pernah di rasuk malam kelmarin dapat melihat aku, tetapi semua orang tak percaya kepada abang Udin Limpong dan menganggap abang Udin Limpong tipu. Dalam masa yang sama, datang pawang wak. Dia memberitahu aku dalam keadaan yang selamat dan minta semua orang bertenang. Orang-orang kampung semua berkumpul melihat pawang wak membaca sesuatu, kemudian menuju ke pokok bacang.


Berlaku perkara aneh apabila makcik ni menangis tak mahu lepaskan aku, aku pula seperti di dalam di lema sama ada terhasut dengan pujukan makcik tu atau terus kembali ke alam nyata. Pawang Wak tekun membaca doa-doa dan akhirnya, dengan tiba-tiba aku sudah berada di kumpulan yang berkumpul. Dalam masa yang sama pula Pawang Wak kembali kumpulan itu tadi dan menceritakan serba ringkas tentang aku hilang sementara waktu. Sementara Pawang Wak memandang aku dan kepala aku diusap-usap dengan jemarinya. Pawang Wak bertemu dengan pemuda-pemuda yang suka melepak di Baccang Inn untuk buat sesuatu di Baccang Inn.

Ayah dan ibu membawa aku pulang. Abang dan adik ku jalan beriringan. Ayah bebelkan aku. Aduh, dasar guru. Ada saja yang ditegurnya. Ibu pula memenangkan aku. Sepanjang perjalanan balik ke rumah, telinga aku kena piat kat ayah. Nak melawan, takut. Nasib lah.

Sejak hari tu, ayah membuat peraturan baru. Pergi ke sekolah di hantarnya. Balik dari sekolah dijemputnya, pergi mengaji dan balik mengaji semua di hantar dan diambil. Sungguh prihatin ayah ku ini sehingga Julie dan Shariffah bosan melihat aku menjadi anak emas ayah secara tiba-tiba. Lama kemudian, mungkin ayah sudah berasa penat, dia meminta abang mengambil alih tempatnya. Sekali dua tu disiplin aku sangat baik sekali. Kemudiannya, aku memujuk abang supaya lepak sementara. Mula-mula sekejap. Lama kelamaan, abang pula berminat melepak sama. Aku pula yang terpaksa mengajak dia balik. Kurang asam abang aku ni. Bila balik ke rumah pula, dia panddai menjual nama aku yang selalu menyebabkan dia lambat. Nak tak nak aku selalu kena hukum dengan ayah. Aku tak pernah ambil kisah dan ambil peduli pun. Ayah pun tau memang aku suka melepak kat Baccang Inn.

Abang pula sejak teruja dengan Baccang Inn ni, dia sudah pandai merokok. Aku nasihatkan juga. Ayah nampak aku yang berperangai pelik, jangan satu hari nanti ayah tau abang merokok, ayah pula marah dengan Baccang Inn. aku tak suka. Aku sayang dengan Baccang Inn.

Pada satu hari, aku, Julie, Shariffah, Atuk, Jebri, Intan sama-sama melepak. Masa ni tiada orang bujang pun yang melepak. Kami mengulangkaji pelajaran. Sambil belajar, bergurau senda, berbincang tentang pelajaran, aku dapati Atuk nampak lain ke atau ini perasaan aku sahaja. Aku tau kawan-kawan aku yang lain juga perasan akan hal ini. Rupa-rupanya Atuk ada menaruh hati pada aku. Cantik rupanya aku ni. Aku perasan, Atuk mulai prihatin dengan diriku. Bagi aku mungkin ini dasar berkawan-kawan. Lagi pun usia pun muda lagi. Mana la nak tau hal ni semua. Aku biarkan ini berlalu begitu sahaja.

Kami semakin dewasa. Di sekolah menengah yang sama. Rutin harian kami masih lagi sama. Pergi sekolah, balik sekolah melepak di Baccang Inn. Atuk pula makin berani meluahkan perasaannya. Aku menjadi malu sendirian. Aku tidak pernah terfikir ini semua. Aku fikir muda lagi. Akan datang aku tak tau. Aku nasihatkan Atuk supaya kita sama-sama belajar dan mengejar impian kita. Aku tak pasti sama ada Atuk faham tak faham maksud aku. Bagi aku, sekolah dululah. Rupa-rupanya dalam masa sama Intan dan Jebri sudah menjalinkan cinta sejati. Kemana sahaja, mereka pasti berdua. Kami tumpang gembira. Untuk kebahagiaan kawan-kawan la katakan.

Kehidupan remaja semakin seronok. Aku, Julie, Shariffah anak dara yang sangat nakal. Jebri dan Intan tidak boleh diganggu lagi. Atuk menjadi penjaga kami. Ada masanya kami pula kena menjaga dia. Kami selalu keluar ke pekan, tengok wayang, mancing ikan, melepak di Baccang Inn. Ayah pula tidak seperti zaman aku kanak-kanak dulu. Sekarang lebih banyak berbincang dan berdiskusi. Aku tidak lagi suka lari dari rumah. Abang pula sedang menyambung pelajaran di Universiti. Malah kami berenam menjadikan belia kampung sangat meriah dengan pelbagai aktiviti. Pada satu ketika kami pernah menganjurkan hari keluarga kampung kami. Aktiviti ini sempena hari kemerdekaan. Kami sambut dengan meriah sekali. Kami mengadakan pelbagai acara sempena bulan kemerdekaan, seperti pertandingan mewarna bendera kanak-kanak, kibaran jalur gemilang keliling kampong, larian merdeka, aerobik merdeka, sukaneka, pertandingan bola sepak dan sebagainya. Kami berjaya mengeluarkan penduduk-penduduk kampong sepanjang bulan kemerdekaan. Sungguh seronok. Pada malam kemerdekaan, kami mengadakan tayangan wayang pacak. Usaha kami sendiri. Kami sajikan penduduk kampung cerita zaman kemerdekaan sementara menunggu detik kemerdekaan kali ke 53 tahun. Kami berenam berpelukan sesama sendiri kerana kami bangga menjadi anak Malaysia dan membawa misi kerajaan 1 Malaysia. Izhar merupakan ketua belia mengucapkan terima kasih kepada kami kerana merealisasikan satu program yang sangat bermakna. Yup, kami anak Malaysia.

Kini umurku sudah menjangkau 29 tahun. Zaman kanak-kanakku, usia remaja, Baccang Inn mengamit memoriku. Aku tidak sepenuhnya berjaya merealisasikan impianku. Sekurang-kurangnya aku berdaya usaha juga. Aku mampu menabung sedikit bagi menghantar ayah dan ibu mengerjakan umrah. Pencapaian terbaik sebagai anak. Semoga.

Apabila kami sahabat dapat melanjutkan pelajaran di universiti, kami jarang berjumpa dan bertemu. Hanya cuti semesta menemukan kami. Bekerja sebagai wartawan sambilan, aku tidak mempunyai kerjaya tetap yang lain. Walau pun namannya sambilan, aku pastikan setiap tugasan yang aku perlu laksanakan akan siap pada masanya. Seminggu 4 kali tugasan aku mesti diterbitkan. 3 hari yang lain tugas aku mencari bahan. Maknyanya, masa kerja aku sama seperti mereka yang kerja sepenuh masa. Minggu ni aku berada di kampong halaman aku sendiri, berada di rumah ayah. Aku bertemu dengan budak-budak kampong, penduduk kampong, aku melepak di Baccang Inn. bertemu dengan Paksu Pian, Pakteh Rahman, Tok Nan, Abang Udin Limpong, Cikgu Rusdin, Pawang Wak. Kesemua mereka mengamit kenangan aku.

Julie sudah menjadi guru sukan di Johor Bharu. Shariffah pula seorang akauntan bertauliah. Jebri dan Intan pula mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak 3 orang anak perempuan. Atuk, sudah berpangkat Leftenan tentera udara. Beberapa kawan aku yang duduk di kampung ada yang bertani, perjalanan hidup tidak sempurna kerana terjebak dengan najis dadah.

Aku terserempak dengan Pak Lah iaitu ayah Shariffah. Dia bercerita tentang Shariffah yang telah bertunang dengan lelaki berbangsa India. Menunggu masa untuk dinikahkan. Pak Lah juga bertanya kisah aku dengan Atuk. Perkara tidak pernah diputuskan oleh aku. Maka, hubungan itu hanya sekadar kawan biasa atau teman tetapi mesra. Selalu juga Atuk mengirimkan khabar berita kepada aku.

Aku selalu juga bercerita-cerita dengan ibu. Ibu mengusahakan kedai makan berhampiran dengan Baccang Inn. Di bantu oleh Dani, satu-satunya adik aku. Aku melihat ayah pula selepas pencen guru, tidak membuat kerja lain, menjadi pelayan sepenuh masa di kedai makan. Melayan pelanggan yang terdiri dari penduduk kampong sendiri. Aku melihat ayah dan teman-temannya berbual-bual kisah kampong, politik, sosial dan sebagainya. Kedai makan ni dah jadi tempat melepak yang kedua pula selepas Baccang Inn. Namun, Baccang Inn tetap menjadi tempat no 1 dalam kampong ini.

Selama ni ayah dan ibu tidak pernah tahu aku bekerja sebagai apa. Aku tidak pernah memberitahu mereka. Membuatkan ayah pernah berperasangka aku buat kerja tak elok di Kuala Lumpur. Menyebabkan aku tidak balik ke kampong beberapa lama. Bila aku pulang ke kampong dan menceritakan pekerjaan aku yang sebenarnya sebagai wartawan sambilan, marah ayah kembali reda. Aku menjelaskan sendiri masa bekerja aku dan aku melihat ayah mulai faham. Dan ibu pula memujuk aku supaya tinggal sahaja di kampong dan menyelesaikan tugasan itu dikampong. Aku pernah terfikir juga. Tetapi aku terlalu sibuk melaksanakan tugasan aku. Apabila berkesempatan balik ke kampong, aku berfikir perkara yang serupa dengan ibu. Sudah sampai masanya aku balik ke kampong untuk bersama dengan keluarga dan aku sudah tidak punyai banyak masa.

Harian aku kini di kampong halaman dan melihat suasananya tidak pernah berubah. Aku melihat kanak-kanak masih bermain permainan kampong, masih ada kanak-kanak yang melepak di Baccang Inn. aku dengar dari Maksu Timah isteri Paksu Pian, anaknya Nabila yang bongsu pula mengikut jejak aku yang suka melepak di Baccang Inn. Puas Paksu Pian menegur Nabila supaya tidak selalu ke Baccang Inn. Namun, lama-lama mereka biarkan Nabila. Baccang Inn tidak pernah memudaratkan orang kampong. Kata Paksu Pian akhirnya. Lagi pun setiap kali Nabila balik dari Baccang Inn, ada sahaja cerita lucu yang dibawanya. Paksu Pian juga memberitahu, Baccang Inn tu macam pusat ilmu pada penduduk kampong ni. ramai juga yang melepak di Baccang Inn sudah menjawat jawatan penting dalam kerajaan, menjadi ahli perniagaan yang berjaya, menjadi doktor, guru, akauntan, petani moden, leftenan dan sebagainya. Malah ADUN Kawasan sendiri juga selalu melepak di Baccang Inn zaman kanak-kanaknya sampailah dah bergelar YB. Ada yang tersasar pilih jalan hidup pun ada, tetapi jumlahnya kurang. Sayang Paksu Pian pada Baccang Inn. aku sendiri mengakuinya. Paksu Pian sendiri juga bercerita, kadang-kadang fungsi Baccang Inn lebih penting dari fungsi Balai Raya, Pejabat Pusat Khidmat ADUN Kawasan dan sebagainya. Mesyuarat ada masanya dilakukan di Baccang Inn sahaja.

Aku sendiri seronok juga bercerita dengan Nabila. Perasaan itu sama seperti ketika zaman aku kanak-kanak dulu kerana kami sama-sama merasai pengalaman itu.

Semuanya aku rekodkan dalam komputer riba aku. Bahan bertulis aku, kali ini sudah tentu akan menjadi lebih bermakna. Aku mahu meninggalkan naskah untuk dijadikan sebagai bahan rujukan nanti supaya kesannya dapat dirasa oleh mereka yang mempunyai kenangan terindah.

tammat

Saturday, May 14, 2011

Bila Tinta Menari-Nari



As-Salam,


Sahabat Tinta,


2004 tahun aksi lasak.. bila saban hari menulis karma.. namun itu sudah berlalu..


Jantung tinta berdengup bila akal bertemu amal..


Tinta Jambu kembali bersua..


Salam perjuangan, satu suara satu wadah..


SATU!!!!!!!! Malaysia..


Best Regards,


Tinta Jambu