Reunion Batch 1994

Reunion Batch 1994

Wednesday, June 1, 2011

Mahkamah Tetapkan 8 Jun Dengar Permohonan PKR Cabar Keputusan ROS




KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi menetapkan 8 Jun ini untuk mendengar permohonan awal Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi mendapatkan kebenaran mahkamah untuk mencabar keputusan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) membatalkan pendaftaran parti itu.

Pada Selasa, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail memfailkan permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman dan menamakan ROS sebagai responden.

Jika mereka berjaya mendapatkan kebenaran itu, mahkamah akan mendengar hujahan substantif PKR berhubung kes berkenaan.

PKR juga diberi tempoh sehingga 9 Jun untuk mengemukakan surat tunjuk sebab kepada ROS mengapa parti itu tidak boleh dibubarkan.

Salah seorang peguam PKR Fadiah Nadwa Fikri memberitahu media tarikh itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Azrul Darus dan kes itu dijadual didengar di hadapan Hakim Abang Iskandar Abang Hashim.

PKR menfailkan permohonan itu berikutan notis bertarikh 9 Mei lepas yang dikeluarkan ROS bawah Seksyen 13(1) dan (2) Akta Pertubuhan 1966, untuk membatalkan pendaftaran parti itu.

PKR antara lain memohon satu perintah larangan terhadap ROS bagi menghalang ROS daripada meneruskan apa jua tindakan melalui notis untuk membatalkan pendaftaran parti itu sehingga permohonan semakan kehakiman itu selesai didengar.

PKR mendakwa notis yang dikeluarkan ROS itu adalah tidak sah dan dibuat di luar bidang kuasa memandangkan fakta-fakta dan asas undang-undang yang didakwa dalam notis itu tidak pernah wujud.

PKR mendakwa alasan bahawa parti tersebut melanggar Fasal 32.2.1 Perlembagaan Parti kerana memecat A. Rajagopal tanpa dibicarakan oleh Lembaga Displin parti terlebih dahulu tidak berlaku dalam parti itu kerana fasal tersebut tidak wujud dalam perlembagaan PKR.

Parti itu berkata tidak ada anggota yang bernama A. Rajagopal yang telah dipecat oleh Majlis Pimpinan Tertinggi PKR pada 2009.

Ia mendakwa keputusan ROS itu adalah sangat tidak adil, dibuat berdasarkan niat jahat (mala fide) dan bertujuan semata-mata untuk menghalang parti itu daripada mengambil bahagian dalam pilihan raya umum akan datang.

- BERNAMA

Aku jelak dengan pembangkang!!!!



Beberapa isu dan sentimen yang di mainkan oleh pihak pembangkang amat menjelakkan. Cita-cita rakus yang mau mengambil alih pucuk pimpinan Negeri dan Perseketuan tidak ubah seperti anjing menyalak bukit. Tin kosong di sepak sang keldai lalu terkena kepala si tuannya. Akhirnya mereka menyalak sesama sendiri. Apakah semua ini akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang bakal hancur???

Gila lah dengan cita-cita yang seumpama ini mampu buat aku semakin jelak.

Apakah kamu akan rasa aman dengan keutuhan dan keegoan mainan emosi???

Aku tidak melihat emosi kamu selalu aman apatah lagi yang melibatkan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Perseketuan. Cita-cita kamu terbawa dengan pandangan emosi walau pada awalnya kamu nampak gagah tetapi kamu sangat lemah. Apakah usaha lanjutan kamu setelah kamu berjaya mengapai bintang berduri imiginasi kamu akhirnya kamu membawa masyarakat Malaysia ke gerbang kehancuran??

Cita-cita gila kamu sangat diragui. Sementelaah kamu tidak waras mengherdik tohmah kepada kuasa yang memerintah. Apakah kamu yakin kamu orang yang benar? Seringkali perjuangan kamu tidak berhaluan. Kamu hanya meningkatkan api kemarahan dan menarik kekecewaan orang yang kecewa. Akhirnya kamu golongan yang kecewa sebenarnya.

Adakah kerajaan akan berjaya meletakkan persepsi yang buat anda merasa aman? Anda seringkali gagal melawan diskripsi pendirian anda sendiri. Seolah-olah andalah penghuni syurga marhaen? Tiada pertimbangan akal yang waras dan wajar??

Anda menggila dengan dokongan fitnah membuta tuli, mengambil tugas malaikat dan seolah-olah tau apa akan berlaku sesaat dihadapan?? Anda terlalu bermain dengan emosi kejang yang keterlaluan. Andalah orang yang zalim itu.

PAS dan PKR lahir dari emosi individu. Penyokong tegar yang menghayun langkah yang akan merobek-robek perpaduan sarwajagat. Tidak kah semua Melayu akan mampu bersatu?

Apa ada salah pada FELDA??


Penyenaraian MSM tingkatkan kedudukan Felda

KUALA LUMPUR 13 April – Kenanga Research menjangkakan penyenaraian Malayan Sugar Manufacturing Co. Bhd. dengan anggaran penawaran tawaran awam permulaan RM1 bilion, akan meningkatkan kedudukan Felda sebagai peneraju dalam industri gula.

Malayan Sugar ialah unit cabang komersil Kumpulan Felda, Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd.

Kenanga dalam satu kenyataan hari ini berkata, penyenaraian itu akan menyediakan kumpulan tersebut dengan peluang untuk memperoleh perakuan dalam pasaran modal.

“Ia juga akan membolehkan Felda merealisasikan pelaburannya dan pada masa yang sama mengekalkan kawalan ke atas aset,” katanya.

Sementara itu, firma penyelidik itu berkata, menerusi pengambilalihan kepentingan dalam Integrated Healthcare Holdings Sdn. Bhd. oleh Mitsui and Co Jepun dari Khazanah Nasional Bhd. bagi RM3.3 bilion, sektor penjagaan kesihatan merupakan pilihannya yang akan datang.

Lebih-lebih lagi katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyebut mengenai kemungkinan pelaksanaan lebih RM1 bilion projek penjagaan kesihatan di seluruh negara yang dipacu oleh peningkatan dana daripada pengambilalihan.

Mengenai pelan induk pasaran modal, Kenanga berkata, pelan itu yang akan dikuatkuasakan pada suku ketiga tahun ini, dijangka mewujudkan lebih banyak pasaran modal dan kewangan yang cergas.

Ia dijangka akan meningkatkan mudah tunai dan turun naik pasaran jika dilaksanakan dengan baik, katanya. – BERNAMA

NI BARU BUAT KERJA... BUKAN MENABUR-NABIR FITNAH..

Felda unjur RM1.5b jualan produk penerokanya pada 2011

TAWAU 16 April -- Felda mengunjurkan nilai jualan produk keluaran peneroka sebanyak RM1.5 bilion tahun ini, kata Timbalan Pengurus Besar Jabatan Pembangunan Usahawan Felda, Abidin Abd. Rahman.

Beliau berkata, hasil jualan produk peneroka Felda tahun lepas bernilai RM1.06 bilion, melebihi sasaran asal sebanyak RM1 bilion.

Abidin berkata, demikian ketika berucap sempena program Simposium & Ekspo Usahawan Felda (SIMEX), Wilayah Sahabat, di sini hari ini. SIMEX yang julung kali diadakan di Tawau.

SIMEX diadakan untuk mempromosi dan memasarkan produk peneroka Felda kepada masyarakat luar serta sebagai mekanisme mewujudkan jaringan perniagaan bersama usahawan lain.

Abidin juga berkata, pihaknya ingin menjadikan Felda sebagai hab produk halal di negara ini untuk memenuhi permintaan produk halal yang semakin meningkat di kalangan pengguna di Malaysia.

Beliau berkata, walaupun hasrat itu bukan satu perkara mudah untuk dicapai, namun ia juga tidak mustahil direalisasikan jika peneroka memiliki keazaman tinggi serta komitmen berterusan ke arah itu.

Sumber: Bernama

Peneroka Felda dianggap wira



KUALA KRAU 31 Mei - Lebih 80 peratus warga Felda dianggap wira kerana mereka mempertahankan agensi itu daripada tohmahan fitnah yang dilemparkan pembangkang.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, keghairahan pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menabur fitnah di tanah rancangan perlu ditolak oleh masyarakat peneroka.

Tegasnya, golongan itu tidak mudah terpengaruh dengan mainan pembangkang yang hanya mahu meruntuhkan sokongan mereka kepada UMNO dan kerajaan.

"Sudah tiba masanya warga Felda yang setia berada di barisan hadapan supaya lebih agresif menjawab segala tohmahan yang membuktikan mereka tidak diperkotak-katikkan," katanya ketika berucap pada majlis kesyukuran bersama Pengerusi Felda di Felda Jengka 23, di sini baru-baru ini.

Mohd. Isa berkata, pembangkang dilihat bersungguh-sungguh memecahkan benteng penyokong kuat kerajaan di tanah rancangan kerana menganggap warga itu 'simpanan tetap UMNO'.

Beliau juga mengingatkan barisan kepemimpinan tanah rancangan sentiasa turun padang memainkan peranan menyalurkan maklumat tepat mengenai Felda kepada masyarakat peneroka.

"Kualiti kepemimpinan yang mesra penduduk di peringkat tanah rancangan akan membantu menaikkan peratusan sokongan rakyat kepada kerajaan pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Beliau kesal kerana ada warga Felda menyokong pembangkang hanya disebabkan perkara remeh tanpa mempedulikan kesan langsung terhadap generasi akan datang.

Sehubungan itu Isa turut menasihati golongan terbabit supaya jangan mendengar 'dentuman guruh di langit, air di tempayan dicurahkan' yang menyebabkan anak cucu menanggung beban akibat kebodohan diri sendiri.

Sumber : Utusan Online

Kenaikan Tarif Elektrik 7 Peratus Berkuat Kuasa Rabu



PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan tarif elektrik yang barudengan kenaikan purata sebanyak 7.12 peratus atau 2.23 sen/kilowatt-jam (kWj) berkuat kuasa 1 Jun ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, bagaimanapun kenaikan itu tidak akan menjejaskan pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kWj sebulan ataukurang.

"Ini bermakna, 75 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak mengalami kenaikan bil elektrik bulanan selagi mereka mengekalkan penggunaan elektrik pada kadar 300 kWj sebulan," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Selain itu Chin berkata, kerajaan juga memberikan bekalan elektrikpercuma kepada pengguna berpendapatan rendah yang menggunakan elektrik berjumlah RRM20 dan ke bawah sehingga 31 Disember tahun ini.

"Kerajaan dijangka akan menanggung kos sebanyak RM122 juta setahun bagi membiayai bekalan elektrik percuma kepada 900,000 pengguna di Semenanjung," katanya.

Menurut beliau lagi, selaras dengan dasar kerajaan untuk melindungi kebajikan pengguna terutama golongan berpendapatan rendah, jumlah 'lifeline band' untuk pengguna domestik akan dikekalkan pada 200kWj sebulan pada kadar unit 21.8sen/kWj.

"Oleh itu tiada kenaikan tarif untuk pengguna 'lifeline band' yang terdiri daripada 3.3 juta pengguna atau 55.4 peratus daripada pengguna domestik," katanya.

Jelas beliau, semakan tarif elektrik ini akan membolehkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempertingkatkan pelaburan dalam penyediaan infrastruktur pembekalan elektrik yang lebih baik termasuk pengukuhan sistem penghantaran dan pengagihan.

"TNB dijangka melabur sebanyak RM4.5 bilion setiap tahun untuk menyediakan dan menaik taraf sistem infrastruktur bekalan elektrik.

"Sesuai dengan semakan tarif asas ini, pihak kerajaan meluluskan pakej penstrukturan tarif yang perlu dilaksanakan oleh TNB seperti menaikkan kadar diskaun di luar waktu puncak bagi 'Thermal Energy Storage (TES) daripada 1.5 sen/kWj kepada 3.5 sen/kWj," katanya.

Kata Chin lagi, TNB perlu memberi diskaun sebanyak 10 peratus daripada kadar tarif biasa kepada institusi pendidikan yang dibiayai sebahagiannya oleh kerajaan seperti yang diberikan kepada rumah ibadat, institusi kebajikan dan institusi pendidikan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

Pada sidang media yang sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop turut mengumumkan keputusan kerajaan mengenai struktur harga baru bagi gas yang yang dibekalkan oleh Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) kepada sektor elektrik dan industri.

Menurut beliau, gas kepada sektor elektrik dan industri dinaikkan sebanyak RM3.00/milion British thermal unit (MMBtu) setiap enam bulan bermula 1 Jun 2011 hingga Disember 2015.

"Harga gas akan mengikut harga pasaran bermula pada 2016.

"Langkah menyemak semula harga gas ini dibuat secara berperingkat bertujuan menangani isu herotan dalam pasaran serta mengurangkan tanggungan subsidi harga gas oleh kerajaan dan PETRONAS," katanya.

Jelas Nor Mohamed, kenaikan secara berperingkat ini memberi kepastian kepada sektor industri dalam merangka perbelanjaan operasi syarikat.

Katanya, di sebalik kenaikkan berkenaan, kerajaan dan PETRONAS pada 2011 masih lagi menanggung subsidi harga gas yang dianggarkan berjumlah RM25.64 bilion.

"Harga gas terbaru ini masih kompetitif berbanding harga pasaran bahan api alternatif seperti gas petroleum cecair (LPG) dan 'Medium Fuel Oil; yang meningkat daripada USD37.05 setong pada Mac 2009 kepada USD93.98 setong pada suku pertama 2011.

"Keputusan terbaru ini tidak akan menjejaskan daya saing industri tempatan dalam jangka panjang. Sebaliknya ia akan membolehkan sektor industri membuat penyesuaian serta meningkatkan lagi kecekapan dan produktiviti," katanya.