Reunion Batch 1994

Reunion Batch 1994

Monday, November 28, 2011

Apalah namanya ni???


Datuk Ahmad Ramzi Mohamad Zubir dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu selepas didapati bersalah menghantar SMS ugutan kepada tiga wakil rakyat BN dan SMS fitnah kepada bekas setiausaha sulit menteri besar Terengganu.

dr ahmad ramzi mohamad zubirHakim Mahkamah Sesyen M Bakri Abd Majid menjatuhi hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap semua pertuduhan itu.

Bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh itu dijatuhi hukuman penjara masing-masing tiga bulan untuk kesalahan mengugut ADUN Paka Mohd Ariffin Abdullah, Adun Permaisuri Abd Halim Jusoh dan Adun Ajil Datuk Rosol Wahid di E726, Kampung Kubang Parit antara 11.21 malam dan 11.25 malam, pada 13 April 2009.

Dia juga dijatuhi hukuman penjara tiga bulan kerana memfitnah bekas setiausaha sulit Menteri Besar Terengganu Wan Ahamad Wan Muda, yang kini timbalan setiausaha kerajaan negeri dengan menghantar SMS ugutan melalui nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.

Mahkamah memerintahkan kesemua hukuman itu dijalankan berasingan.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan membenarkan Ahmad Ramzi diikat jamin RM15,000 dengan dua orang penjamin.

Dalam penghakimannya, M Bakri berkata mahkamah perlu mengikuti perkembangan semasa sejajar dengan perkembangan dunia tanpa sempadan yang menyaksikan perbuatan jenayah juga berubah termasuk menggunakan medium baru seperti internet.

"Kecederaan reputasi atau harga diri, tidak kurang pedihnya dengan kecederaan fizikal. Sehubungan itu hukuman perlu dijatuhkan seiring dengan perkembangan ini," katanya.

Tertuduh diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad, Mohd Noor Mahmood dan Rosli Abd Rahman manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Jazamuddin Ahmad Nawawi, Ooi Chooi Gaik and Nur Azimul Azami.

Pihak pembelaan ketika merayu hukuman diringankan berkata ini adalah kesalahan pertama tertuduh dan ia juga tidak melibatkan keganasan serta tidak memberi kesan kecederaan kepada mana-mana pihak.

Pihak pendakwaan pula meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh dan meminta setiap hukuman dijalankan berasingan.

Dalam hujahnya, Mohd Jazamuddin berkata walaupun perbuatan tertuduh tidak mendatangkan kecederaan fizikal, ia telah menjatuhkan reputasi Wan Ahamad, sekaligus menjejaskan reputasi kerajaan di bawah Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.- Bernama

Saturday, November 26, 2011

Temu bual Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan bersama UMNO-online



SEREMBAN, 23 Nov. - Perhimpunan Agong UMNO Malaysia tahun ini di jangka menarik kerana dinanti-nantikan oleh para perwakilan di setiap bahagian seluruh Negara.

Ucapan dasar oleh Presiden UMNO di jangka lebih menjurus kepada lanskap senario politik tanah air dan menyeru kepada semua perwakilan agar kerja lebih kuat bagi memastikan kemenangan di PRU-13 akan datang.

Perhimpunan yang akan di adakan pada 29 Nov – 3 Dec ini perlu di jadikan landasan yang baik untuk memperbaiki hubungan antara ahli.

Perbahasan yang di buat juga janganlah terlalu syok sendiri dan perlu mempunyai cirri-ciri halatuju dan memperkuatkan parti.

Melayu hari ini sudah terancam dan menjadi sasaran serangan bangsa lain. Sekiranya tidak beringat, ianya akan menjadikan Melayu terus lemah. Sekiranya bangsa Melayu kembali kuat, bangsa lain akan kembali menghormati dan segan.

Ujar Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan di dalam temu bual bersama UMNO-online di Wisma Negeri, Seremban.

Menurut beliau lagi apabila di tanya matlamat Pakatan Rakyat untuk merampas Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-13, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim boleh membuat matlamat untuk merampas Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Namun di pihak mereka sendiri iaitu Nurul Izzah Anwar tidak mempunyai keyakinan yang tinggi bagi PKR merampas Negeri Sembilan seperti yang digembar gemburkan.

Matlamat boleh dibuat, untuk mencapainya tentulah agak sukar kerana populariti yang di miliki oleh Presiden UMNO dan pucuk kepimpinan adalah sangat baik dan tinggi.

Menyentuh mengenai 90% penjawat awam akan diberhentikan sekiranya Pakatan Rakyat menjadi kerajaan kelak yang di bangkitkan oleh Tony Pua, Ketua Penerangan DAP ini sudah tentunya mempunyai agenda yang tidak baik.

Malah Tony Pua di lihat tidak sependapat dengan Antony Loke, Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkaitan isu penjawat awam.

Menurut Antony Loke, itu adalah pendapat pribadi Tony Pua dan DAP Negeri Sembilan tidak akan memberhentikan penjawat awam sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Negeri Sembilan.

Tony Pua juga tidak menarik balik kenyataan yang di buatnya. Ini bermakna ianya adalah prinsip parti DAP, bukan pandangan individu.

Melayu harus sedar dengan keghairahan mahu memimpin Negara oleh DAP. Bukan sahaja mahu membuang 90% penjawat awam yang terdiri dari bangsa Melayu, malah mereka bercita-cita tinggi untuk menukar bendera yang merupakan panji Negara.

Menurut Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan lagi, mereka mahu mengubah perlembagaan.

Beliau juga menegur segelintir menteri yang memegang portfolio penting kerajaan agar menjawab beberapa isu dengan tepat  agar tidak dipolitikkan oleh pembangkang.

Thursday, November 10, 2011

JADUAL TERKINI : Program Perarakan Piala Malaysia



As-salam kepada,
Ultra men, ultra ungu, ultra sound, ultra gagak hitam atau ultra violet..

Ini jadual terkini perarakan Piala Malaysia ke daerah-daerah kampung, desa kito.. 

Maso totap samo iaitu,
program bermula seawal jam 2.30 petang, dan ketibaan pemain-pemain Negeri Sembilan akan tiba pada pukul 5.00 petang di lokasi yang ditetapkan.

Cubo torai test tengok bilo turn tompek korang punya giliran yoh..

Tapi sei yakin amek-amek yang bitor gumbira nih dah heboh sokampung, seghoban, solubuk kito kannn??

Jangan di peteng jadual yang lamo laie.. nih terkini dan tersohih sekali..

Ado sikit yooooo perubahan eh.. tak banyak.. Menghaso laie kito mogang pialo Malaysia tu..

Kok terkonan ngan pemain-pemain tersohor bola kito tuh.. haaaaa.. bawak la apo kolopai yang patut nak mintak tando tangan.. sok jangan dimintak tangan pemain tuuu pulak.. tando tangan sajo.. hahaha..

Ado yo tak tido malam tak gek eh nih??

Jumpo nanti kek setiap lokasi..

HOBEN JANG HOBEN!!!

Den pun minat yohhhhh.. Huhu..

Tinta Jambu



Wednesday, November 9, 2011

EKSKLUSIF PIALA MALAYSIA : Minum Petang diRaja


Jadual perarakan Piala Malaysia di Bagan Pinang, Telok Kemang yang dijadualkan pada 11 November 2011 akan di beritahu kemudian.

Harap maklum!!!

Pemberitahuan :
Ini hanya daya usaha pribadi TJ bagi memaklumkan perubahan jadual Perarakan Piala Malaysia bagi mengelakkan kekeliruan pada jadual asal.

Usaha selebihnya adalah datang dari Jawatan kuasa penganjuran Perarakan Piala Malaysia.

Tinta Jambu

Monday, November 7, 2011

Jadual Program Perarakan Piala Malaysia


Sila klik gambar melihat jadual yang besar

Program Perarakan bermula pada jam 2:30 petang 
Kesampaian rombongan pada jam 5:00 petang

Peminat dan Penyokong Negeri Sembilan (Squad Hoben Jang Hoben), moh kito keluar ramai-ramai. Moh pogang sendiri pialo Malaysia.

Jangan malu jangan sogan!!!
Dah ponek menyokong aghi tu.. Apo laie.. Jom lahhhhhhhhhhhhhhhhhh..

Jangan lupo tengok jadual kek ateh nu haaaaaaaaaa!!!!!
Tengok maso topat-topat, jangan sampai tengok salah aghi bulan pulok...

Bertomu kito nanti kek tompek sedagho-magho sokolian..

Adios Amigos Agustus,

Tinta Jambu 

Sumber : Piala Malaysia : Negeri Sembilan vs Terengganu


Saturday, November 5, 2011

Revolusikan Minda Bangsa Untuk Perkasakan Ekonomi Melayu


 Seruan untuk mempertingkatkan ekonomi kaum Melayu telah mula didengari sejak tragedy 13 Mei 1969. 

Artikel penuh di sini

Friday, November 4, 2011

PANAS : ANWAR IBRAHIM MENGAMUK MELIHAT PM MOHD NAJIB MENERIMA LAYANAN BAIK KERAJAAN ARAB SAUDI.

Dua foto ini sudah cukup untuk membuatkan Anwar Ibrahim dan konco-konconya meroyan.... Bukan saja Anwar tapi blogger upahan mereka pun meroyan juga...

Perdana Menteri Malaysia dapat layanan mesra pun mereka nak kutuk dan hina...malunya sebab ada rakyat Malaysia yang berperangai sebegini... patutnya mereka berbangga sebab PM Malaysia DS Seri Najib mendapat layanan sebegini. 
 
Baca seterusnya di sini.


Mr Bad Malaya.. Spinning Gasing lebih


Cakap bergegar-gegar, tapi apo pun tak boleh!!! Menjahanamkan negori boleh lah ko Mr Baddddd!!!

Segalanya sila rujuk di sini.

Thursday, November 3, 2011

Tok Mat khalifah negeri kito


Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra Badan Agama Bukan Islam anjuran MCA Negeri Sembilan di Dewan Ballroom, City Kingdom, Taman AST, Seremban

Beliau seorang pemimpin yang berlatar belakangkan sektor korporat sebelum ini. Jika di senaraikan kejayaan beliau tidak mustahil sekiranya diletakkan di mana sahaja, beliau mampu melaksanakan tanggung jawab dan amanah.

Sudah menjadi sifat alami manusia apabila suka menafikan ketentuan Allah Taala. Kini 8 tahun beliau menjadi menteri besar Negeri Sembilan, dan sedikit sebanyak menunjukkan bukti kejayaan membangunkan Negeri Sembilan.

Dari sebuah negeri beradat menjadi sebuah negeri yang berpotensi di dalam pelaburan dunia. Masih adakah lagi persoalan kemampuan beliau menjadi pemimpin politik dinafikan?

Sebagai masyarakat kita hanya suka menuding jari apabila hasrat kita tidak mampu ditunaikan. Itulah yang pembangkang suka buat. 

Sekiranya anda tergolong dengan golongan tidak bersefahaman pembangkang atau kerajaan, mohon senaraikan apa lagi yang tidak di beri keutamaan oleh menteri besar Negeri Sembilan.

Jika sebelum ini beliau berjaya sebagai pemimpin sektor korporat, kini setelah memimpin negeri kecil iaitu Negeri Sembilan, beliau merupakan khalifah Islam yang berjaya apabila semua bangsa menerima kepimpinan beliau di dalam pentadbiran negeri.

Anda bagaimana??

Sila teruskan membaca di sini.

Kak Roskasmini Abdul Kadir dalam kenangan



Dia wanita yang tabah mengharungi segala dugaan selepas pemergian suaminya 3 tahun lalu. Meninggalkan anak-anak yang tidak bersedia kehilangan dia pula.

Namun apa daya kita, janji Allah adalah benar, ajal dan maut tetap ada tarikhnya.

Kita yang hidup banyak seribu persoalan yang tidak terungkai. Semoga kita dapat menginsafi diri.

Tetapi hari ini dia pergi selamanya dengan senyuman dan seolah-olah seperti sedang tidur dan membawa amalan baik.

Ciri-ciri itu ada pada saat akhir dia di lahad kan.

Al-Fatihah

Sila teruskan di sini



Tuanku Muhriz saksi kerjasama penubuhan Kuliyyah Al-Azhar Malaysia

DR. USAMAH Mohamed Hassan Elabed (kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin sambil disaksikan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir (tengah), Tunku Ali Redhauddin (dua dari kiri), Tunku Zain Al-Abidin (kanan) dan Mohamad Hasan di Istana Besar Seri Menanti, Negeri Sembilan, semalam.
 
 
KUALA PILAH 31 Okt. – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir hari ini berangkat menyaksikan majlis menandatangani kerjasama penubuhan Kuliyyah Al-Azhar Malaysia di Istana Besar Seri Menanti di sini.
 
Kerjasama itu adalah antara Yayasan Sofa Negeri Sembilan (Yayasan Sofa) yang dinaungi oleh baginda dengan Universiti Al-Azhar, Mesir.

Pada majlis tersebut, Universiti Al-Azhar diwakili oleh Presidennya, Profesor Dr. Usamah Mohamed Hassan Elabed manakala Yayasan Sofa oleh Pengasas-Penasihatnya, Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz.

Dalam titah baginda, Tuanku Muhriz mahu usahasama dan kerjasama itu diteruskan kerana ia akan membawa manfaat yang besar kepada umat Islam di negeri ini.

Baginda bertitah, manfaat itu diberi melalui tawaran kursus oleh Kuliyyah Al-Azhar, sebuah fakulti khas yang diwujudkan di Universiti As-Sofa yang didirikan di negeri ini.

“Gagasan Universiti Al-Azhar melalui pendidikan perlu diambil semangatnya terutama apa yang diwariskan oleh para ulama dengan memahami dengan tepat ajaran mereka dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian,” titah baginda.

Sementara itu, Yang Dipertua Yayasan Sofa, Dr. Yusri Mohamad berkata, kerjasama itu menyaksikan penubuhan secara bersama sebuah fakulti khas untuk pengajian Islam menurut acuan Universiti Al-Azhar, Mesir di negara ini.

“Ini bermakna kuliyyah berkenaan adalah sebahagian daripada Universiti As-Sofa yang ditubuhkan oleh Yayasan Sofa,” katanya.

Menurutnya, pengajian di bawah Kuliyyah Al-Azhar Malaysia akan dimulakan dengan kursus dalam bidang Usuluddin dan Syariah dan mungkin disusuli dengan Pengajian al-Quran dan Bahasa Arab.

“Bagi kursus berkaitan profesional pula, ia akan menjurus kepada bidang pengurusan berteraskan Islam,” ujarnya.
 
Sumber : Agama Islam & Pondok Habib
 
 

Wednesday, November 2, 2011

Ujang Handal Menghoben Terengganu

Video dalam kenangan dengan penyokong N9 senyum riang ria

Gol gelihati oleh S. Kunanlan
Sabas bete

Gol emas bagi memastikan N9 menjulang Piala Malaysia
dengan hebat tahun ini (2011)

TERIMA KASIH HAI O


Negeri Sembilan juara Piala Malaysia