Reunion Batch 1994

Reunion Batch 1994

Friday, December 23, 2011

Gara-gara terlebih emosi.. akhirnya mahu membiarkan diri terus tewas




Apabila mendengar tutur bicara beliau ketika Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2011 yang lalu, hati sudah berkata, "Dato' tidak perlu mengeluarkan kenyataan bernada emosi."

Kita sudah tiada lain, sedang ke arah kejayaan memulihkan UMNO pada kaca mata rakyat.

Di mana angin bertiup kencang, di situ langit akan gelap gempita..

Jangan lah kita melatah apabila kedudukan dah terletak pada posisi menang. Namun apa daya, kita cuma sekadar manusia biasa.

Ada atau tiada, perjuangan tetap diteruskan.

p/s : Tinta Jambu yakin, Dato' Shahrizat akan diberi kata-kata semangat di mana perjalanan perjuangan masih lagi jauh.

Hamparan cubaan dan dugaan sedang terbentang luas, dan mungkin angin secangkir madu merah pengubat lelah si lebah yang sedang patah sayapnya.

Tidak ada masalah yang tidak dapat di selesaikan dan emosi hanya mainan fikiran.

Suami oh suami, kenapa tidak cakapppppppppppppp.. jawablahhhhhhhh..

1- Shahrizat kini sudah kepenatan dan cukup letih dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang diterajui suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, selaku Pengerusi Eksekutifnya apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Sekarang mari kita lihat kenapa dan mengapa dikatakan DS Shahrizat telah memohon meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat?

Jika tidak meletak jawatan pun, Shahrizat tentu ingin bertanya khabar samada beliau calon-yang-boleh-menang atau tidak.

Tetapi bagi Najib sekarang, keutamaannya, adakah Sahahrizat akan tewas dimana-mana sahaja kerusi jika dipertandingkan pada PRU13 kali ini. Ini lah yang paling diutamakan bagi Najib sekarang.  

Dilema Najib pula ialah Shahrizat bukan calang-calang orang kerana beliau  adalah Ketua Wanita BN dan UMNO dan tidak sesiapa pun mahu sayap kiri Umno patah terkulai. Najib betul-betul pening kerana risikonya tinggi.

Di rasakan kesudahannya sekali Shahrizat akan muncul dengan senyuman dalam tangisan kerana permohonan beliau untuk meletak jawatan di tolak oleh Najib.



Berbalik kepada isu kenapa dikatakan Shahrizat telah memohon meletakan jawatan. Ikuti alasan-alasan dibawah.
  
 2- Pertama sekali, DS Najib Tun Razak menafikan beliau menerima surat peletakan jawatan daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil apabila ditanya mengenai desas-desus bahawa Shahrizat telah mengemukakan surat perletakan jawatan.

"Tidak, saya tidak terima surat itu, tetapi saya akan komen bila sampai masanya,"
-      Najib selepas melancarkan Pelan Induk Kewangan dan Mata Wang Malaysia Siri Baharu Rabu 22-12-11.

Berdasarkan rekod yang lepas-lepas kenyataan Najib seperti, ‘tidak, saya tidak terima surat’; membawa maksud bahawa beliau belum lagi membaca surat tersebut, samada surat telah berada diatas meja beliau tetapi belum disentuh atas alasan Najib sebuk kehulu ke hilir atau pun beliau betul-betul belum menerima surat tersebut kerana ia masih berada ditangan pegawai-pegawai beliau.

Apabila Najib menambah bahawa, ‘saya akan komen bila sampai masanya’, ia membawa erti surat tersebut memang telah ada dan menunggu masa beliau membuat komen sahaja.

Penulis pernah mendengar unkapan yang sama oleh Najib di kes yang berlainan dan ia akhirnya berkesudahan membawa kepada keputusan negatif.

3- Keduanya, Shahrizat semasa di Majlis Karisma bersama pertubuhan sukarelawan, naik angin kepada rakan sejawat Barisan kerana mengesa beliau berhenti segera kerana telah menyusahkan Kerajaan Barisan akibat suami Shahrizat yang buat pekak-badak mengenai isu NFC.

"Tidak perlu sesiapa gesa saya. Saya tahu apa yang perlu dibuat,"

Gesaan oleh rakan sejawat menampakan Shahrizat benar-benar tension dan berada didalam keadaan dilema. Sedikit gesaan atau tolakan sahaja lagi dari rakan-rakan akan membuat Shahrizat terus tumbang. Shahrizat betul-betul berjuang sendirian kali ini kerana Khairy Jamaluddin sudah lari kerana takut terpalit taik-lembu dan langkah kurang bijak beliau sebelum ini. Suami beliau pula, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, buat pekak-badak dan lembik.

Di antara perkara yang membuat Shahrizat tergugat ialah gesaan meletak jawatan dari rakan-rakan selain dari balaci-balaci Anwar dari Pakatan Rakyat:-

a- Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin,
b- Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghafur Salleh,
c- Timbalan Setiausaha Pemuda MCA Loh Chew Jun,
d- Ayahanda Tun Mahathir yang mahu Shahrizat ukur baju di badan sendiri >
e- Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi menuduh bahawa sikap berdiam diri Salleh menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung beban dituduh bersubahat sedangkan semua dakwaan melibatkan urusan syarikat.

4- Ketiganya, Shahrizat akur dan tahu apa yang perlu dilakukan beliau.

“Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab dan sudah matang dalam politik dan sayang kepada Barisan Nasional (BN), saya tahu apa yang patut saya buat dan saya akan bincangkannya dengan Datuk Seri Najib,”

Kenyataan Shahrizat di atas mengesahkan bahawa beliau telah menghantar surat kepada Najib, setidak-tidaknya untuk berbincang apa yang perlu dilakukan oleh beliau yang sudah terjebak dan tersepit dengan “Lembah Daging”.

Susulan selepas perjumpaan dengan Najib akan menentukan samada Sahahrizat masih mampu tersenyum lebar dengan alasan khidmat beliau masih diperlukan lagi atau surat perletakan jawatan beliau akan diterima.

5- Keempatnya, untuk mengesahkan Shahrizat telah tewas dan keletihan, sila lihat kenyataan garang beliau sebelum ini iaitu, "daripada segi undang-undang dan profesional, saya tiada kena mengena dengan kes NFC"

Memang Shahrizat betul dengan statement di atas. Tetapi sekarang bandingkan kenyataan terkini Shahrizat;

“Saya hanya isteri kepada Pengerusi NFC. Semua wanita ada keluarga dan suami,”.

Jika dengan kenyataan, ‘bukan salah ibu mengandung’ dan ‘aku hanya isteri kepada suami dan ibu kepada anak-anak’, maka ia memperkukuhkan lagi bahawa Shahrizat sudah tewas.
 
 

Pekak-Badak Dan Lembik

Wednesday, December 21, 2011

World Malaysia terbungkeh laie dek budak Adam Adli

Abah saya seorang pesara guru yang turut sama ketika Tanah Melayu mahu mendapatkan kemerdekaan sekitar tahun 1950-an.

Beliau juga bekas guru yang mendapat pendidikan di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), sekarang di naik taraf Universiti dengan nama Universiti Perguruan Sultan Idris yang terletak di Tanjong Malim, Perak.

Saya jarang tau bibliografi abah dari mulut dia sendiri. Banyak tau dari pengetahuan mak. Kisahnya tidak lari dengan turutan dan fakta sejarah yang tertera di buku teks Sejarah yang kita pelajari di sekolah dan peringkat Universiti.

Namun ada juga pemimpin tahap kerooo yang mahu mengubah fakta sejarah dengan harapan namanya sedekan saujana ilmuan yang lain.

Kesedaran penduduk awal Melayu terhadap faktor pendidikan ketika dulu sangat mendalam kerana mereka mahu mengeluarkan negeri Melayu dari jajahan kuasa asing. 

Tidak kiralah, penjajahan dari Inggeris, British, Portugis, Jepun, sedikit Indonesia dan sebagainya.

Namun ketika itu semua penduduk Tanah Melayu mahu bebas merdeka dan mentadbir Tanah Melayu dengan tangan-tangan dan kudrat iradat mereka.

Tanah Melayu adalah sebahagian daripada tanah Nusantara yang Melayunya masih kekal beragama Islam.

Tinta Jambu tidak menyalahkan kehadiran bangsa Cina dan India dari konsep Jus Soli yang terpaksa kita terima dari syarat British untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu ketika itu.

Bangsa Cina dan Bangsa India jangan lupa ketika itu, kita semua tidak berada dalam 'win-win situation' (situasi menang-menang). Kita semua berada dalam keadaan kalah-kalah situasi ibarat, di telan mati mak, di luah mati bapak.

Hari ini semua bangsa pun lupa akan keperitan lampau yang tak lah lampau sangatlah.. Kita cuma belum sampai 100 tahun mengecapi erti kemerdekaan. Tapi lagaknya seperti Malaysia sudah melahiran 1000 Adolf Hitler - pejuang yang membenci bangsa Israel!!!! (Sumber : Biografi Adolf Hitler)

Kalaulah hidup Adolf Hitler nih, Tinta Jambu ingat, kaum Anwarinaz tak berkesempatan hidup sempurna di bumi Malaysia.Kejamnya Adolf Hitler ni hanya pada bangsa Israel atau mungkin kepada berperangai Israel. (Sumber : Biografi Adolf Hitler)

Ketawa dululah. Hahahahhahhahhahhahahha.. Itu tidak bermakna pula Tinta Jambu menyokong Adolf Hitler. Sudah tentulah Adolf Hitler mempunyai sejarahnya yang tersendiri dengan memerangi keangkuhan bangsa Israel.

Di Malaysia, biar sahajalah kita perkasa dengan adab ketimuran yang masih kelat santunnya. Biar pun sedang berlaku ketirisan jiwa Melayu ketika ini. 

Wajar sajalah Tun Dr. Mahathir Mohamed, Mantan Perdana Menteri Malaysia yang keras kepala dan kental jiwa semata-mata mahu melihat Malaysia, menjadi sebuah negara Islam yang maju, walaupun tidak sehebat Babylon, tetapi seharum udara segar Kinabalu

Dengan suasana politik hari ini, sudah ramai warisan mahu menjadi melukut di tepi gantang. Contohnya mahu menjadi hero dengan cara gelandangan.

Ianya seperti satu fenomena yang mengjaras dan ter'kasima'an world Malaysia.

Mungkin, kita tidak terperasan, tentang sesuatu yang unik mengikut eranya. Keghairahan dan kegilaan sesuatu fenomena sudah tentunya ada. 

Sebelum Tinta Jambu menari-nari dengan lebih rancak lagi, mari kita sembang santai tentang fenomena keghairahan itu. Antaranya seperti di bawah;

1. Aksi rantai CD oleh kumpulan 4U2C
2. Fenomena kumpulan rappers KRU
3. Kemunculan artis Siti Nurhaliza ketika dahulu
4. Fenomena Mawi World
5. Fenomena Adam Adli
6. Fenomena Arif Alfian (Kawin sejenis)
7. Isu Nemewee
8. Banyak lagi

Tetapi sejauh mana keghairahan itu berjaya menbolosi minda masyarakat yang bersetuju atau tidak bersetuju dengan sesuatu perkara itu berlaku??

Biarpun mendapat kesan baik dan tidak baik, kita perlu belajar sesuatu darinya.

Kemana hala tuju pencetus kepada minda luar sedar ini??




p/s : Abah sei koba, pekara ni biasa untuk kito ingat bondo yang kito tak ingat. Fikir-fikirkanlah.
Kenkadang ghamai yang ingat.. tapi sorang dua tu tak ingat.. abih tu camnorrrrrrrrr nak ngoba an jerami yang sebatang leh kuek kok tak didokong oleh jerami yang segonggam???

Ni kali kedua maruah Melayu di cabar dalam masa tidak sampai enam bulan.

Tahniah puak Anwarinazzz, korang berjaya mencalar maruah Melayu.



Saturday, December 10, 2011

Orang Nismilan yang berpendapatan RM3000 ke bawah, Jommmmm Brooooooommm amik borang BR1M

Tahniah kerana MB perihatin masalah kebajikan rakyat - Borang BRIM kini telah diedarkan.

Tahniah kepada menteri besar Negeri Sembilan  Dato' Seri Haji Mohamad Haji Hasan kerana keperihatinan  beliau terhadap kebajikan rakyat dan tidak melengah lengahkan dan melaksanakan  usaha kerajaan membantu rakyat yang memerlukan dalam bantuan Rakyat RM500 1Malaysia (BR1M).
 
Negeri Sembilan telah mengorak langkah yang pantas di mana hari ini rakyat telah mula boleh mendapatkan borang borang berkenaan .

Ini jelas membuktikan bahawa Menteri Besar amat perihatin dan mengambil  berat tentang kebajikan rakyat.

 Borang Permohonan Bantuan Rakyat RM500 1Malaysia (BR1M) dan Syarat-Syarat Memohon Bantuan Sara Hidup Isi Rumah

1. Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.

2. Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu:

Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan Warga emas sebatang kara

3.Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk memohon.

4. Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.

5. Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilihserta pejabat-pejabat cawangan LHDNM.

6. Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.

7. Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini. Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.


PERATURAN

Semua ruangan yang berkaitan perlu diisi dengan HURUF BESAR dengan menggunakan pen. Maklumat perlu diisi dalam Bahasa Malaysia.
Borang yang telah diisi dengan lengkap dan teratur boleh dihantar ke Jabatan Pembangunan Persekutuan, sekolah-sekolah terpilih, cawangan LHDNM yang berdekatan atau kaunter LHDNM yang disediakan.

Individu Yang Layak

Warganegara Malaysia;
Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3000 ke bawah;
Berkahwin;
Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama)
Warga emas (berumur 60 tahun ke atas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3000 ke bawah;

Sila kemukakan salinan;

MyKad / Kad Polis / Kad Tentera
Penyata / Slip gaji terkini bagi pemohon yang menerima gaji sahaja
Waris dan wakil adalah tidak dibenarkan untuk menuntut bayaran bagi pihak pemohon.

Borang permohonan boleh di dapati secara PERCUMA mulai Sabtu bersamaan 10 Disember 2011 di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan (seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, sekolah dll). Borang ini juga boleh dimuat turun di laman web kementerian kewangan www.treasury.gov.my mulai esok.

Satu talian hotline bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Bantuan Tunai RM500 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 7 Oktober 2011 yang lalu telah disediakan seperti berikut:

Talian hotline : 1-800-222-500 (Bebas Tol)

Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)

Bilik Operasi Bajet
Aras 10, Blok Tengah
Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia
1-800-222-500 (Hotline)
03-8882 3786 (Faks)
sumber dari MOF & LHDN.
Sumber : Politik N9 dan N9kini

Standing In The Eyes Of The World




Standing In The Eyes Of The World

Pahit getir hidup... dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

( korus )
Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...

( ulang korus )


Dalam hati Tinta Jambu,

Antara keazaman dan cita-cita
Atau punya rezeki setinggi gunung??

Semoga pendakian kami 1 kumpulan mencapai kejayaan buat semua..

Visi dan misi saya hanya mahu melihat Melayu terus gagah di Nusantara..

Pendakian ke Gunung Kinabalu itu cuma simbolik yang akan menjawab betapa kental dan jitunya jiwa Melayu di sanubari ini. 

Semoga Allah permudahkan pendakian kami.
Mohon restuMu ya Allah

 
Amin, amin ya rabbil alamin

Wednesday, December 7, 2011

Jawapannya ialah... itulah 'Hidup Politik'.


 Mengenang Masa Lalu

Pulau Pinang negerinya baru
Kapten Light menjadi Raja
Bila terkenang zaman dahulu
Duduk mengalir air mata

1. Pantun ini dikarang oleh “tukang karut” pasukan boria di Pulau Pinang di zaman British.


2. Kita jarang mendengar pantun ini sekarang, Tetapi semasa saya masih budak belasan tahun, saya sering mendengarnya. Sedikit sebanyak saya rasa sedih juga. Air mata tidak mengalir tetapi ia menghantui fikiran saya.

3. Orang Melayu Pulau Pinang pada zaman itu sudah hilang kedudukan mereka dalam pulau yang membangun dengan pantas hasil daripada pengisytiharannya sebagai pulau bebas cukai oleh British. Sementara deretan kedai dan rumah batu seperti mahligai diduduki oleh orang lain, mereka, orang Melayu terpaksa pindah melarikan diri daripada pembangunan bandaraya Pulau Pinang kerana tawaran untuk menjual hartanah mereka begitu tinggi, dan mereka semua miskin dan tidak mampu membeli atau menyewa bangunan kedai atau rumah kediaman yang didirikan, selepas menjual tanah mereka.

 
4. Kemudian apabila pembangunan sampai ke kawasan di mana orang Melayu telah lari, mereka sekali lagi menjual tanah dan berpindah jauh daripada pembangunan. 


5. Lama-kelamaan mereka tenggelam dalam masyarakat asing yang semakin bertambah dan mewah. Itulah nasib mereka, menjadi kumpulan orang yang terasing di negeri sendiri. Maka mengalirlah air mata mereka.

6. Sukar bagi mereka yang dilahir di zaman ini, zaman peluang bertimbun-timbun, zaman serba mudah, zaman tersohor bangsa Melayu, zaman kuasa di tangan Melayu, sukar bagi mereka menggambarkan kehidupan orang Pulau Pinang di zaman British.

7. Apa perlunya kita diperingati akan kedudukan orang Melayu Pulau Pinang di zaman itu? Sebenarnya tidak perlu. Setelah mencapai kejayaan, tidak mungkin kita ditimpa nasib orang Melayu Pulau Pinang.

8. Sekali berjaya tetap berjaya, sekali merdeka, tetap merdeka. Bukankah Hang Tuah telah berkata tak akan Melayu hilang di dunia. Ini jaminan yang diberi kepada bangsa Melayu. Kita akan terus Melayu walaupun hanya menjadi pemandu kereta, buruh kasar, budak pejabat. Kita Melayu juga. Tak perlu mengalir air mata.

Sumber : Tun M Blog

p/s : Di saat saya mula berfikir-fikir perasaan saya terhadap kuasa politik Melayu hari ini, saya teringat pemimpin yang menjadi idola saya sejak dari tahun 1984.

Saya masih ingat apabila saya baru saja memegang buku tulisan beliau 'Malays Dilemma', saya diherdik dan nyaris di tampar oleh abah.

Ketika itu, suasana politik juga sama seperti hari ini. Besar cabarannya.

Akhirnya, saya tetap habis baca buku 'Malays Dilemma' ketika saya berumur 9 tahun.

Saya juga pernah menonton Perasmian Persidangan CHOGM di rumah, ketika itu Malaysia sebagai tuan rumah.

Saya masih ingat, ketika saya bertanya kepada abah, "Apa itu CHOGM?" Sehingga hari ini, abah saya tidak pernah menjawab.

Saya tidak pernah langsung berminat dengan cerita politik di kala perkembangan hidup politik penuh ranjau dan duri (pengalaman karier politik abah saya).

Pernah abah melempang dan memaki hamun saya, ketika itu fenomena Anwar Ibrahim yang dipecat dari dalam UMNO.

Puncanya cuma satu, saya menulis sesuatu mempersoal dan menyokong Anwar Ibrahim di dalam buku conteng saya sendiri.

Kemudian lepas beberapa tahun, apabila saya menjadi ahli UMNO dan aktif bekerja membantu gerak kerja UMNO dan BN, barulah abah diam.

Saya dapat rasa dan faham perasaan abah selepas saya tidak lagi membantu pemimpin yang pernah saya bantu. Soalnya kenapa???

Jawapannya ialah itulah 'Hidup Politik'. Jawapannya ada melalui pengalaman kita sendiri. Terima kasih abah.
 
Apa pun saya tidak mahu melihat Negeri Sembilan menjadi seperti Pulau Pinang yang asalnya negeri orang Melayu, tetapi akhirnya di punya oleh bangsa asing juga.

Di sebabkan itu, sebagai generasi muda Melayu hari ini, pucuk pimpinan yang di dominasi oleh orang Melayu di Negeri Sembilan akan dibantu habis-habisan dengan usaha dan keringat.

Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan dan barisan kepimpinan yang berwibawa akan di bantu di PRU13 ini tanpa ragu.

Salam Perjuangan!!!

Tinta Jambu