Reunion Batch 1994

Reunion Batch 1994

Monday, February 20, 2012

Latiff Ibrahim dalam kenangan

Penyanyi Abdul Latif Ibrahim,60, atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, Isnin akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang di samping keluarga termasuk isteri dan anak-anak.


Latif Ibrahim Meninggal dunia PENYANYI LATIF IBRAHIM MENINGGAL DUNIA SAKIT JANTUNG

Adik beliau, Khatijah ketika ditemui Wartawan mStar Online, Wahiduzzman di kediaman Allahyarham di AU3 Keramat dekat sini pada malam Isnin berkata, seluruh keluarga Allahyarham berasa sedih dengan kematian itu.

Ujarnya, Allahyarham sepatutnya bersama keluarga menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah pada 13 Mac depan tetapi hajatnya tidak kesampaian.

“Kami turut sedih kerana arwah bukan sahaja tidak dapat menunaikan impian untuk mengerjakan umrah tetapi dia meninggal dunia tiga hari sebelum menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-60 tahun pada Khamis ini,” katanya.

Allahyarham yang turut menghidap kencing manis dan paru-paru berair dimasukkan ke IJN pada Sabtu lalu.

Selain menyanyi, Allahyarham juga aktif berlakon dan membintangi lebih 15 buah filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang Perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam Pemandu.

Filem terakhir Allahyarham ialah 4 Madu arahan A.Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010.

Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di AU3, Keramat dekat sini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, selepas solat Zohor, Selasa.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Masriah Mahadan,57, dan dua orang anak iaitu Mohd. Hazriq,35, dan Haznally,34.

Semoga arwah tergolong dengan para alim ulama dan rohnya di rahmati Allah Taala. Al-Fatihah, Amin.

Sumber : myStar

Teringat Mat Sabu bonceng kapcai 9 Julai.. ekekekeke



Anwar Ibrahim kata beliau sakit tulang belakang. Pakar terapi yang Anwar Ibrahim bawa dalam kes Liwatnya juga sahkan Anwar Ibrahim Sakit Tulang Belakang.

Tapi dalam gambar diatas tu Anwar Ibrahim langsung tak menunjukkan sakit tulang belakang. Naik motor yang mana berisiko melumpuhkan terus Anwar Ibrahim jika tak kena gaya. Tapi Anwar Ibrahim mampu menunggang motosikal.

Pelik? Emmm kalau pada Gomo tak pelik Coz gambar ni bukan sekali membuktikan Anwar Ibrahim berbohong sakit Tulang Belakang tetapi dah banyak kali termasuklah video yang menunjukkan Anwar Ibrahim menari bergelek gelek dalam majlis PKR.


Video China Doll juga memperlihatkan bagaimana Anwar Ibrahim melipat China Doll dengan teknik dan gaya yang tak menunjukkan sakit Tulang belakang.

So lu orang dah besar panjang ni fikir lah. Kalau Anwar sakit Tulang belakang dah tentu semua tu dia tak mampu buat sebaliknya hanya akan duduk diam demi mengelakkan beliau lumpuh sepenuhnya. Rakyat Malaysia diharap menilai tahap PEMBOHONGAN Anwar Ibrahim ni.


Psssttt..... Muka pun cam nak berjubor je si Nuar tu atas motor...hahaha


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Sumber : Papa Gomo


Jualan Akhbar Harakah merudum habis


Sumber dalaman memberitahu penulis satu berita yang amat membimbangkan mengenai perkembangan Harakah, iaitu akhbar rasmi parti PAS. Akhbar ini pernah mendapat sambutan hangat pada tahun 1999 dengan cetakan 400,000 nashkah sekali terbit kerana rakyat mendambakan berita alternatif yang lebih terbuka dan adil.

Namun, akhir-akhir ini cetakan Harakah khabarnya hanya sekitar 100,000 naskhah bagi setiap keluaran manakala jualan bersih secara purata adalah sekitar 80,000 naskhah yang mana hampir sama dengan akhbar New Straits Times. Ini adalah sesuatu yang tidak sihat bagi Pakatan Rakyat terutama dalam keadaan pilihanraya umum yang semakin hampir.

Kadar jualan bersih Harakah ini adalah jauh lebih rendah berbanding akhbar-akhbar berbahasa Melayu yang lain seperti Utusan Malaysia (170,000 sehari), Berita Harian (160,000 sehari) dan Sinar Harian (180,000 sehari). Pastinya ini adalah tamparan hebat bagi Harakah setelah kempen menolak akhbar-akhbar perdana pro-kerajaan terus giat dijalankan.

Ada yang menganggap bahawa perkembangan ini adalah berpunca dari trend pembacaan rakyat yang lebih gemarkan bahan ringan dan kurang minat lagi dengan berita-berita politik. Ini boleh dibuktikan dengan peningkatan berterusan jualan akhbar-akhbar tabloid seperti Harian Metro dan Kosmo di sebalik kemerosotan jualan akhbar-akhbar yang dianggap serius.

Namun begitu, ini tidak bermakna yang pengurusan Harakah harus mengambil ringan perkembangan ini kerana ia mungkin berkait rapat dengan hasil kajiselidik beberapa pihak yang mendapati populariti pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) terus merosot dari sehari ke sehari.

Penulis bimbang, trend kemerosotan jualan ini nanti dianggap sebagai petunjuk bahawa sokongan terhadap PAS dan PR juga semakin merosot.

Melalui cakap-cakap santai di laman sosial, kita mendapati bahawa terdapat di kalangan rakyat yang membandingkan mutu berita-berita yang dipaparkan di Harakah yang dikatakan jauh lebih rendah dan kadangkala tidak boleh dijadikan sandaran berbanding Malaysiakini dan The Malaysian Insider.

Ini kerana cara penulisan dan persembahan wartawan mereka yang disertai fakta-fakta yang lebih menyakinkan menyebabkan populariti kedua-dua portal tersebut terus kekal tinggi sedangkan Harakah lebih gemar menulis secara am dan rambang.

Mungkin ini juga adalah petanda bahawa rakyat, terutama bangsa Melayu yang membaca Harakah kini terdiri dari generasi baru yang tidak lagi berminat dengan gaya penulisan akhbar itu yang tidak banyak berubah sejak 15 tahun dahulu.

Selain itu, secara dasarnya, akhbar Harakah juga terlalu ekstrem dalam memaparkan berita politik melalui pandangan sehala semata-mata sedangkan rakyat lebih gemarkan akhbar yang kelihatan lebih terbuka dengan memaparkan berita dari kedua-dua
belah pihak.

Ini terbukti dengan tindakan Harakah yang seolah-olah menutup berita mengenai kemelut Dato’ Dr. Hasan Ali walaupun beliau diberi tempat di Utusan Malaysia dan juga TV3 untuk menjelaskan kedudukannya di dalam parti.

Selain dari faktor-faktor di atas, faktor keluaran dua kali seminggu juga mungkin perlu diambilkira oleh pengurusan Harakah dalam menangani masalah kemerosotan jualan.

Apapun, Pengerusi Harakah, iaitu Datuk Mustafa Ali harus bertanggungjawab atas kemerosotan jualan akhbar rasmi parti ini. Jika perlu, mungkin beliau harus meletakkan jawatan bagi membolehkan rombakan besar-besaran dapat dilakukan untuk mengembalikan semula kegemilangan Harakah.
Bila tinta menari-nari kata,
Patutlah tak jumpa lagi kat kedai makan tu. Selalu TJ beli akhbar Harakah ni walau pun mahal tak seperti akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian.
Hmmmm.. tak lama lagi leh lah gulung tikar, eh hehehehehehe..
Tak sabar-sabar pula nak tunggu PAS ni telangkup ayun.
TJ, UMNO dan BN selamanya.

Iklan Yang Paling Sedih Untuk Ditonton (Sentuhan Terakhir)


Wajib tonton.. lebih baik menyelami maksud tersirat dari kita melihat yang tersurat tetapi tidak memahami apa-apa. Baki hidup. Ramai antara kita seperti tak kan pernah mati ek?? Sekadar renungan.. :)
Sumber : Face book Tinta Jambu

Jangan ghairah tentang 'road show' DHA

Razali Ibrahim


BN tak patut leka dengan jelajah Hasan Ali

Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN), khususnya Umno, digesa tidak leka dengan kesan positif yang diperoleh hasil pendedahan kepincangan Pas oleh Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim sebaliknya mahu jentera itu meneruskan usaha mendekati rakyat kerana merekalah yang akan menentukan nasib parti dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Memang siri jelajah Dr Hasan banyak memberi faedah kepada BN, tetapi kita tidak boleh leka sebaliknya terus mendekati rakyat kerana mereka yang akan menjadi penentu kemenangan dalam pilihan raya nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar pemantapan jentera Pergerakan Wanita Umno bahagian Muar di Dewan Tun Sulaiman.

Beliau berkata tindakan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu memberi peluang kepada BN untuk menjelaskan dasar kerajaan kepada rakyat tanpa halangan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu diminta mengulas perkembangan terbaru siri jelajah bekas Exco Selangor tersebut, yang didakwa mampu mengumpul sehingga 15,000 orang pada satu-satu ceramahnya.

"Pas terpaksa mengambil masa yang banyak untuk membuat penjelasan kepada ahli mereka tentang perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dr Hasan, dan ini memberi masa kepada BN untuk bekerja tanpa gangguan," katanya.

Bagaimanapun, Razali berkata ia tidak boleh dijadikan batu loncatan sehingga BN berasa selesa kerana situasi PRU-13 adalah berbeza.

Beliau turut mengakui isu yang dibangkitkan Hasan akan membantu membuka mata rakyat terhadap kebenaran perjuangan Umno iaitu untuk agama Islam, bangsa Melayu dan memartabatkan institusi Raja-Raja Melayu. - Bernama

Sapo laie nak kono titek moh MB sei???


Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, berkata Umno mengamalkan demokrasi dan terpulang kepada individu membuat pilihan jika merasakan mereka tidak lagi sehaluan dengan Umno.

“Kalau seorang keluar Umno, ribuan yang lain nak masuk. Siapa suka nak sokong boleh masuk, dan siapa yang rasa mereka tidak, boleh keluar. Ini tidak menjejaskan usaha kita untuk mengukuhkan parti dan mengekalkan kekuatan BN mentadbir Negeri Sembilan,” katanya kepada Bernama ketika ditanya mengenai tindakan Aspan, bekas anggota Umno Bahagian Kuala Pilah.

Beliau berkata Umno dan BN tidak akan terjejas dengan satu orang yang masuk DAP.

“Kita bergantung kepada pasukan iaitu Umno, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain,” katanya.

Mohamad berkata apabila DAP membawa masuk orang Melayu ke dalam DAP, mereka  mahu mengabui mata orang ramai khasnya pengundi Melayu yang rata-rata melihat DAP sebagai parti yang sememangnya rasis.

“DAP suka memainkan isu bersifat rasis. Dia kata Umno, MCA, MIC rasis tetapi sebenarnya merekalah yang rasis. Sekarang dia nak ambil orang Melayu, India.

“Padahal tak ada tempat untuk orang Melayu di dalam DAP sebenarnya. Jadi orang Melayu 
yang termakan dengan lagu dan nyanyian kosong DAP sahaja yang akan menyanyi bersama parti itu, selain untuk memburu kepentingan sempit masing-masing,” katanya.

Mohamad berkata DAP memanipulasi sepenuhnya PKR dan Pas untuk kepentingan mereka.

“Yang tak sedar diri ialah Pas dan PKR,” katanya.

Memelihara aqidah menjadi keutamaan

 Saya sentiasa pelihara akidah - PM


Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, beliau sentiasa memelihara akidah sebagai seorang Islam ketika menghadiri upacara penganut agama lain, sesuai dengan tanggungjawab memimpin semua lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai kepercayaan.

Perdana Menteri berkata, tanggungjawab menghormati agama lain perlu diamalkan oleh setiap individu terutama penganut Islam selagi ia tidak bercanggah dengan akidah.

"Kalau sedemikian rupa caranya, insya-Allah umat dan agama Islam akan lebih dihormati. Begitu juga dengan kepimpinannya akan membawa rahmat bukan saja kepada umat Islam tetapi juga yang bukan Islam sebagai rakyat Malaysia keseluruhannya," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada penutupan program Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 bersama Perdana Menteri di sini, hari ini.

Najib menyentuh perkara itu bagi menerangkan teguran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengenai kehadiran beliau ke sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves di sini, baru-baru ini.

Kata Perdana Menteri, beliau telah pun menerangkan kepada Harussani bahawa kehadiran beliau hanya melibatkan kawasan pekarangan dalam dewan sahaja.

Menurut Najib, ucapannya pada majlis itu pula hanya menyentuh mengenai pembangunan sosioekonomi masyarakat India dan beliau langsung tidak terlibat dengan upacara keagamaan Hindu.

"Jadi Harussani pun kata ia tidak bertentangan dengan hukum syarak dan fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan dan saya berterima kasih kepada beliau," katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta supaya golongan ulama, cendekiawan Islam serta penulis maya bergabung sebagai satu benteng kukuh dalam mempertahankan kepentingan dan maruah Islam di Malaysia.

Menyedari kepentingan itu, Perdana Menteri berkata, tiga kumpulan berkenaan perlu lebih peka dan prihatin terhadap perkembangan semasa dan perubahan dasar kerajaan supaya setiap maklumat dapat disampaikan dengan tepat dan berkredibiliti.

"Justeru berjihad dalam menyebarkan kebenaran dan menegakkan syariah Islam sama ada melalui penulisan atau percakapan hendaklah dimulai dengan niat yang ikhlas, beramanah, maklumat yang jujur dan tepat, serta tidak mengelirukan pihak yang mendengarnya," katanya.

Friday, February 17, 2012

Selamatkan akidah umat Islam

hasan ali
“Mari kita sama-sama selamatkan akidah umat Islam yang semakin ­terpesong dan jadilah sebagai penyelamat ummah,” kata ­bekas Exco Agama Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Menurutnya, pada zaman dunia tanpa sempadan ini, ­ramai anak Melayu Islam memilih keseronokan dari memilih pegangan agama sebagai panduan dalam kehidupan mereka.

“Ini jelas terbukti bila mana ketika saya masih memegang jawatan Exco Agama, banyak tempat sudah saya redah ­dengan memasuki hotel dan pusat hiburan yang dipenuhi anak Melayu berhibur tanpa segan silu.

“Mereka berpakaian seksi tanpa menghiraukan orang ramai. Ini harus ditegah dari sekarang. Peranan ibu bapa perlu terus diperkasa,” katanya pada sambutan Maulidur Rasul 1433H dengan membentangkan tajuk Kemurniaan Aqidah : Cabaran Semasa di Dewan Orang Ramai Datuk Bahaman.

Hasan berkata, kebanyakan masyarakat Melayu tidak menjaga solatnya dan meng­ingkari perintah ALLAH SWT.

“Tiang seri Islam ialah ­akidah, syariah dan akhlak. Kalau sekiranya ketiga-tiga ini tidak dijaga dengan baik, maka rosaklah masyarakat Islam.

“Saya mendapati sejak ­kebelakangan ini ada perkembangan tidak sihat mengenai gejala pengembangan agama selain Islam dalam kalangan orang Islam. Perkara ini perlu diperhalusi secara berhemah,” katanya.

Malah katanya, ada usaha halus pihak pengembang agama Kristian yang mahu mendekati orang Islam.

“Mereka menggunakan pelbagai pendekatan untuk menarik golongan miskin dan pesakit yang tiada harapan ­untuk sembuh. Mereka mendekatinya dengan memberi pelbagai bentuk ganjaran supaya merasakan pihaknya mudah menghulurkan bantuan.

“Perkara ini perlu diben­dung supaya kes murtad tidak dipandang ringan. Walaupun dilihat pada satu atau dua kes sehaja, cukup satu kes sudah sepatutnya menyedarkan umat Islam bahawa akidah umat perlu diselamatkan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Nazir-nazir Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Pilah, Maradzi Ismail berkata, ­penganjuran seperti ini membuka peluang untuk masyarakat dekat sini mendengar ­hujahan daripada Datuk Dr Hasan Ali berkaitan akidah umat Islam.

“Seperti yang kita lihat, umat Islam semakin leka sehingga alpa mengenai perutusan Nabi Muhammad SAW. Kerana itulah, kita perlu membuka mata dan minda untuk mengawal serta mengatasinya dari berleluasa.

“Penekanan kepada anak remaja perlu diutamakan kerana mereka bakal pemimpin pada masa akan datang. Unsur penyelewengan orang Islam juga semakin berleluasa dan seharusnya perkara ini ­diambil penting,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Sunday, February 5, 2012

Kisah Kehidupan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dan Para Sahabat رضي الله عنهم



Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100)




Fizikal Nabi
Telah dikeluarkan oleh Ya'kub bin Sufyan Al-Faswi dari Al-Hasan bin Ali ra. katanya: Pernah aku menanyai pamanku (dari sebelah ibu) Hind bin Abu Halah, dan aku tahu baginda memang sangat pandai mensifatkan perilaku Rasulullah SAW, padahal aku ingin sekali untuk disifatkan kepadaku sesuatu dari sifat beliau yang dapat aku mencontohinya, maka dia berkata:

Adalah Rasulullah SAW itu seorang yang agung yang senantiasa diagungkan, wajahnya berseri-seri layak bulan di malam purnamanya, tingginya cukup tidak terialu ketara, juga tidak terlalu pendek, dadanya bidang, rambutnya selalu rapi antara lurus dan bergelombang, dan memanjang hingga ke tepi telinganya, lebat, warnanya hitam, dahinya luas, alisnya lentik halus terpisah di antara keduanya, yang bila baginda marah kelihatannya seperti bercantum, hidungnya mancung, kelihatan memancar cahaya ke atasnya, janggutnya lebat, kedua belah matanya hitam, kedua pipinya lembut dan halus, mulutnya tebal, giginya putih bersih dan jarang-jarang, di dadanya tumbuh bulu-bulu yang halus, tengkuknya memanjang, berbentuk sederhana, berbadan besar lagi tegap, rata antara perutnya dan dadanya, luas dadanya, lebar antara kedua bahunya, tulang belakangnya besar, kulitnya bersih, antara dadanya dan pusatnya dipenuhi oleh bulu-bulu yang halus, pada kedua teteknya dan perutnya bersih dari bulu, sedang pada kedua lengannya dan bahunya dan di atas dadanya berbulu pula, lengannya panjang, telapak tangannya lebar, halus tulangnya, jari telapak kedua tangan dan kakinya tebal berisi daging, panjang ujung jarinya, rongga telapak kakinya tidak menyentuh tanah apabila baginda berjalan, dan telapak kakinya lembut serta licin tidak ada lipatan, tinggi seolah-olah air sedang memancar daripadanya, bila diangkat kakinya diangkatnya dengan lembut (tidak seperti jalannya orang menyombongkan diri), melangkah satu-satu dan perlahan-lahan, langkahnya panjang-panjang seperti orang yang melangkah atas jurang, bila menoleh dengan semua badannya, pandangannya sering ke bumi, kelihatan baginda lebih banyak melihat ke arah bumi daripada melihat ke atas langit, jarang baginda memerhatikan sesuatu dengan terlalu lama, selalu berjalan beriringan dengan sahabat-sahabatnya, selalu memulakan salam kepada siapa yang ditemuinya.

Kebiasaan Nabi
Kataku pula: Sifatkanlah kepadaku mengenai kebiasaannya!Jawab pamanku: Adalah Rasulullah SAW itu kelihatannya seperti orang yang selalu bersedih, senantiasa banyak berfikir, tidak pernah beristirshat panjang, tidak berbicara bila tidak ada keperluan, banyak diamnya, memulakan bicara dan menghabiskannya dengan sepenuh mulutnva, kata-katanya penuh mutiara mauti manikam, satu-satu kalimatnya, tidak berlebih-lebihan atau berkurang-kurangan, lemah lembut tidak terlalu kasar atau menghina diri, senantiasa membesarkan nikmat walaupun kecil, tidak pernah mencela nikmat apa pun atau terlalu memujinya, tiada seorang dapat meredakan marahnya, apabila sesuatu dari kebenaran dihinakan sehingga dia dapat membelanya.

Dalam riwayat lain, dikatakan bahwa baginda menjadi marah kerana sesuatu urusan dunia atau apa-apa yang bertalian dengannya, tetapi apabila baginda melihat kebenaran itu dihinakan, tiada seorang yang dapat melebihi marahnya, sehingga baginda dapat membela kerananya. Baginda tidak pernah marah untuk dirinya, atau membela sesuatu untuk kepentingan dirinya, bila mengisyarat diisyaratkan dengan semua telapak tangannya, dan bila baginda merasa takjub dibalikkan telapak tangannya, dan bila berbicara dikumpulkan tangannya dengan menumpukan telapak tangannya yang kanan pada ibu jari tangan kirinya, dan bila baginda marah baginda terus berpaling dari arah yang menyebabkan ia marah, dan bila baginda gembira dipejamkan matanya, kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan bila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin.

Berkata Al-Hasan lagi: Semua sifat-sifat ini aku simpan dalam diriku lama juga. Kemudian aku berbicara mengenainya kepada Al-Husain bin Ali, dan aku dapati ianya sudah terlebih dahulu menanyakan pamanku tentang apa yang aku tanyakan itu. Dan dia juga telah menanyakan ayahku (Ali bin Abu Thalib ra.) tentang cara keluar baginda dan masuk baginda, tentang cara duduknya, malah tentang segala sesuatu mengenai Rasulullah SAW itu.

Rumah Nabi
Berkata Al-Hasan ra. lagi: Aku juga pernah menanyakan ayahku tentang masuknya Rasulullah SAW lalu dia menjawab: Masuknya ke dalam rumahnya bila sudah diizinkan khusus baginya, dan apabila baginda berada di dalam rumahnya dibagikan masanya tiga bagian. Satu bagian khusus untuk Allah ta'ala, satu bagian untuk isteri-isterinya, dan satu bagian lagi untuk dirinya sendiri. Kemudian dijadikan bagian untuk dirinya itu terpenuh dengan urusan di antaranya dengan manusia, dihabiskan waktunya itu untuk melayani semua orang yang awam maupun yang khusus, tiada seorang pun dibedakan dari yang lain.

Di antara tabiatnya ketika melayani ummat, baginda selalu memberikan perhatiannya kepada orang-orang yang terutama untuk dididiknya, dilayani mereka menurut kelebihan diri masing-masing dalam agama. Ada yang keperluannya satu ada yang dua, dan ada yang lebih dari itu, maka baginda akan duduk dengan mereka dan melayani semua urusan mereka yang berkaitan dengan diri mereka sendiri dan kepentingan ummat secara umum, coba menunjuki mereka apa yang perlu dan memberitahu mereka apa yang patut dilakukan untuk kepentingan semua orang dengan mengingatkan pula: "Hendaklah siapa yang hadir menyampaikan kepada siapa yang tidak hadir. Jangan lupa menyampaikan kepadaku keperluan orang yang tidak dapat menyampaikannya sendiri, sebab sesiapa yang menyampaikan keperluan orang yang tidak dapat menyampaikan keperluannya sendiri kepada seorang penguasa, niscaya Allah SWT akan menetapkan kedua tumitnya di hari kiamat", tiada disebutkan di situ hanya hal-hal yang seumpama itu saja.

Baginda tidak menerima dari bicara yang lain kecuali sesuatu untuk maslahat ummatnya. Mereka datang kepadanya sebagai orang-orang yang berziarah, namun mereka tiada meninggalkan tempat melainkan dengan berisi. Dalam riwayat lain mereka tiada berpisah melainkan sesudah mengumpul banyak faedah, dan mereka keluar dari majelisnya sebagai orang yang ahli dalam hal-ihwal agamanya.

Luaran Nabi
Berkata Al-Hasan r.a. lagi: Kemudian saya bertanya tentang keadaannya di luar, dan apa yang dibuatnya? Jawabnya: Adalah Rasulullah SAW ketika di luar, senantiasa mengunci lidahnya, kecuali jika memang ada kepentingan untuk ummatnya. Baginda selalu beramah-tamah kepada mereka, dan tidak kasar dalam bicaranya. Baginda senantiasa memuliakan ketua setiap suku dan kaum dan meletakkan masing-masing di tempatnya yang layak. Kadang-kadang baginda mengingatkan orang ramai, tetapi baginda senantiasa menjaga hati mereka agar tidak dinampakkan pada mereka selain mukanya yang manis dan akhlaknya yang mulia. Baginda selalu menanyakan sahabat-sahabatnya bila mereka tidak datang, dan selalu bertanyakan berita orang ramai dan apa yang ditanggunginya. Mana yang baik dipuji dan dianjurkan, dan mana yang buruk dicela dan dicegahkan.

Baginda senantiasa bersikap pertengahan dalam segala perkara, tidak banyak membantah, tidak pernah lalai supaya mereka juga tidak suka lalai atau menyeleweng, semua perkaranya baik dan terjaga, tidak pernah meremehkan atau menyeleweng dari kebenaran, orang-orang yang senantiasa mendampinginya ialah orang-orang paling baik kelakuannya, yang dipandang utama di sampingnya, yang paling banyak dapat memberi nasihat, yang paling tinggi kedudukannya, yang paling bersedia untuk berkorban dan membantu dalam apa keadaan sekalipun.

Majlis Nabi
Berkata Al-Hasan ra. lagi: Saya lalu bertanya pula tentang majelis Nabi SAW dan bagaimana caranya ? Jawabnya: Bahwa Rasulullah SAW tidak duduk dalam sesuatu majelis, atau bangun daripadanya, melainkan baginda berzikir kepada Allah SWT baginda tidak pernah memilih tempat yang tertentu, dan melarang orang meminta ditempatkan di suatu tempat yang tertentu. Apabila baginda sampai kepada sesuatu tempat, di situlah baginda duduk sehingga selesai majelis itu dan baginda menyuruh membuat seperti itu. Bila berhadapan dengan orang ramai diberikan pandangannya kepada semua orang dengan sama rata, sehingga orang-orang yang berada di majelisnya itu merasa tiada seorang pun yang diberikan penghormatan lebih darinya. Bila ada orang yang datang kepadanya kerana sesuatu keperluan, atau sesuatu masliahat, baginda terus melayaninya dengan penuh kesabaran hinggalah orang itu bangun dan kembali.

Baginda tidak pernah menghampakan orang yang meminta daripadanya sesuatu keperluan, jika ada diberikan kepadanya, dan jika tidak ada dijawabnya dengan kata-kata yang tidak mengecewakan hatinya. Budipekertinya sangat baik, dan perilakunya sungguh bijak. Baginda dianggap semua orang seperti ayah, dan mereka dipandang di sisinya semuanya sama dalam hal kebenaran, tidak berat sebelah. Majelisnya semuanya ramah-tamah, segan-silu, sabar menunggu, amanah, tidak pemah terdengar suara yang tinggi, tidak dibuat padanya segala yang dilarangi, tidak disebut yang jijik dan buruk, semua orang sama kecuali dengan kelebihan taqwa, semuanya merendah diri, yang tua dihormati yang muda, dan yang muda dirahmati yang tua, yang perlu selalu diutamakan, yang asing selalu didahulukan.

Berkata Al-Hasan ra. lagi: Saya pun lalu menanyakan tentang kelakuan Rasulullah SAW pada orang-orang yang selalu duduk-duduk bersama-sama dengannya? Jawabnya: Adalah Rasulullah SAW selalu periang orangnya, pekertinya mudah dilayan, seialu berlemah-lembut, tidak keras atau bengis, tidak kasar atau suka berteriak-teriak, kata-katanya tidak kotor, tidak banyak bergurau atau beromong kosong segera melupakan apa yang tiada disukainya, tidak pernah mengecewakan orang yang berharap kepadanya, tidak suka menjadikan orang berputus asa. Sangat jelas dalam perilakunya tiga perkara yang berikut. Baginda tidak suka mencela orang dan memburukkannya. Baginda tidak suka mencari-cari keaiban orang dan tidak berbicara mengenai seseorang kecuali yang mendatangkan faedah dan menghasilkan pahala.

Apabila baginda berbicara, semua orang yang berada dalam majelisnya memperhatikannya dengan tekun seolah-olah burung sedang tertengger di atas kepala mereka. Bila baginda berhenti berbicara, mereka baru mula berbicara, dan bila dia berbicara pula, semua mereka berdiam seribu basa. Mereka tidak pernah bertengkar di hadapannya. Baginda tertawa bila dilihatnya mereka tertawa, dan baginda merasa takjub bila mereka merasa takjub. Baginda selalu bersabar bila didatangi orang badwi yang seringkali bersifat kasar dan suka mendesak ketika meminta sesuatu daripadanya tanpa mahu mengalah atau menunggu, sehingga terkadang para sahabatnya merasa jengkel dan kurang senang, tetapi baginda tetap menyabarkan mereka dengan berkata: "Jika kamu dapati seseorang yang perlu datang, hendaklah kamu menolongnya dan jangan menghardiknya!". Baginda juga tidak mengharapkan pujian daripada siapa yang ditolongnya, dan kalau mereka mau memujinya pun, baginda tidak menggalakkan untuk berbuat begitu. Baginda tidak pernah memotong bicara sesiapa pun sehingga orang itu habis berbicara, lalu barulah baginda berbicara, atau baginda menjauh dari tempat itu.

Diamnya Nabi
Berkata Al-Hasan r.a. lagi: Saya pun menanyakan pula tentang diamnya, bagaimana pula keadaannya? Jawabnya: Diam Rasulullah SAW bergantung kepada mempertimbangkan empat hal, yaitu: Kerana adab sopan santun, kerana berhati-hati, kerana mempertimbangkan sesuatu di antara manusia, dan kerana bertafakkur. Adapun sebab pertimbangannya ialah kerana persamaannya dalam pandangan dan pendengaran di antara manusia. Adapun tentang tafakkurnya ialah pada apa yang kekal dan yang binasa. Dan terkumpul pula dalam peribadinya sifat-sifat kesantunan dan kesabaran. Tidak ada sesuatu yang boleh menyebabkan dia menjadi marah, ataupun menjadikannya membenci. Dan terkumpul dalam peribadinya sifat berhati-hati dalam empat perkara, iaitu: Suka membuat yang baik-baik dan melaksanakannya untuk kepentingan ummat dalam hal-ehwal mereka yang berkaitan dengan dunia mahupun akhirat, agar dapat dicontohi oleh yang lain. Baginda meninggalkan yang buruk, agar dijauhi dan tidak dibuat oleh yang lain. Bersungguh-sungguh mencari jalan yang baik untuk maslahat ummatnya, dan melakukan apa yang dapat mendatangkan manfaat buat ummatnya, baik buat dunia ataupun buat akhirat.

(Nukilan Thabarani - Majma'uz-Zawa'id 8:275)