Reunion Batch 1994

Reunion Batch 1994

Saturday, March 31, 2012

Separuh generasi muda tidak mendaftar sebagai pengundi

Sei anak mudo yang baru sehari berumur 21 tahun, dengan segera telah mendaftar sebagai pemilih.. maso tu lobeh 15 tahun yang lalu.

Tetapi ada juga yang tidak berminat kerana mereka menganggap mendaftar sebagai pemilih ini hanya semata-mata untuk parti dan bukan untuk negara. Siapa juga yang menjadi kerajaan, mereka akan mempunyai perancangannya sendiri. Tak perlu masuk campur untuk mengundi. Setakat ini, Malaysia masih negara aman dan kami ok jerrrrrr..

Ok jerrrrrrrr...???

Sepanjang hidup.. sei sebagai anak, sudah melalui proses UMNO diharamkan, keluarga menyertai S46. Ketika artikel ini di tulis, pakcik sei bokeh calon PKR di DUN Labu, keluarga abang ipar yang kuat UMNO telah masuk PKR. Bayangkan mereka kaya hasil kerja kuat di dalam UMNO, kemudian keluar dari UMNO. Akak sei boleh tarbiah abah sei yang dah lamo UMNO nih supaya sodar.. Sodar dari apor tu??

Abang ipar yang seorang lagi tu ahli PAS di Kelantan. Akak sei ngikut dio lah.. undi PAS. Bekas penerima biasiswa MARA belajar kek oversea. Bestkan??? Biasiswa bermakna tidak perlu bayar.. Macam PTPTN tu perlu bayar.. tapi kalu leh score 3.5 above dikecualikan bayar.. tu masih ada berfahaman sempit.. bila PTPTN wujud.. terlupa plak masih ada biasiswa yang di taja kerajaan. Hal macam ni pun nak sempit-sempit ker???

Sepupu sei, Ketuo AMK Cabang di salah satu Cabang di Negeri Sembilan. Asal hari ghayo sajo tak soba-soba nak berbughak ngan sei.. Nipih yoh telingo.. tapi maleh nak gaduh-gaduh.. sonyum sajolah..

Haghi ni, sei tengok kenkawan abah sei bakal menjadi calon DAP lah pulokkkkkkkk.. Gempaksss lahhhhhhhh.. Kali terakhir jumpo uncle nih dah lamo dah.. sei  dah bosa mungkin dio tak konal.. Abah sei kecewa dengan corak perjuangan dio nih.. Abah sei posan.. setapak melangkah ke dopan jangan duo tapak ko mengundur.. Thank You Daddy.. Love You lah.. hehe..

Crito pasal kenkawan lak.. kenkawan sei memang ghamai jugak lum mendaftar lagi.. Diorang memikirkan, hanya orang politik sahaja yang perlu mendaftar kerana hendak memenangkan parti masing-masing. Entah lah..  Fahaman jenis apa tuh???

Ada salah ker pandangan dan fahaman mereka???

Pandangan itu tidak salah dan mereka itu sangat tidak berminat dengan agenda politik. Tetapi mereka sukakan kemajuan dan kemakmuran di dalam negara.

Bila di tanya adakah anda bertuah menjadi rakyat Malaysia?? Jawapannya ia, saya bertuah. Tetapi apabila di tanya adakah anda sudah mendaftar sebagai pemilih?? Jawapannya ialah seperti yang saya katakan di perenggan dua. Mereka tidak berminat, jawapan klise yang perlu di fikirkan jawapannya.. Sekiranya perlu bawalah perkara ini di Dewan Rakyat bagi kita memikirkan 'solution' kepada penyelesaian.. Hmmmm.. sudah tentu perkara ini sering difikirkan di peringkat Nasional. Mungkin ada cara lain lagi.. Segalanya mungkin.. Atau mungkin mereka berasa selesa.. atau Insya Allah, mereka masih aman untuk sehari lagi.

Petikan di bawah Tinta Jambu ambil dari portal akhbar Berita Harian Online (30 Mac 2012). Selamat membaca kawan-kawan,

 Sekurang-kurangnya separuh daripada bilangan golongan muda yang layak untuk mendaftar sebagai pemilih tidak berminat berbuat demikian, menurut kaji selidik firma tinjauan pendapat, Merdeka Centre dan Institut Kebangsaan Integriti Pilihan Raya (NIEI).

Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian, berkata kajian yang dijalankan tahun lalu itu mendapati mereka yang berumur antara 21 dan 30 tahun tidak berminat kerana mereka merasakan ia tidak penting atau memerlukan tindakan segera. 

 Ia membabitkan 2,400 responden berusia 21 tahun ke atas yang dipilih secara rawak daripada 240 daerah mengundi di 60 kawasan Parlimen seluruh negara.
 
"Responden juga menegaskan bahawa mendaftar sebagai pemilih, atau mengundi, tidak membawa apa-apa perubahan," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Laporan Audit Daftar Pemilih Kebangsaan 2011, di sini.

Ibrahim berkata, walaupun satu juta pemilih baru mendaftar dalam tempoh lebih setahun, bilangan golongan muda yang tidak menyedari hak mereka untuk mengundi, adalah masih tinggi.

"Kajian itu menunjukkan bilangan mereka yang tidak berdaftar adalah tinggi di kalangan Bumiputera Islam dan Bumiputera bukan Islam di Sabah dan Sarawak, dan golongan yang berusia antara 21 dan 30 tahun yang tinggal di kawasan bandar," katanya.

Dalam perkembangan lain, pemangku Pengerusi NIEI, K Shan, berkata NIEI sudah menyerahkan laporan cadangan penambahbaikan pilihan raya kepada Jawatankuasa Khas Parlimen Berhubung Pilihan Raya pada Januari lalu. - BERNAMA

Friday, March 30, 2012

Anwar Liabiliti Dalam Negara.. Ada yang tidak percaya??

Datuk Eskay secara terbuka dlm satu majlis dialog mengaku bahawa dia sebarkan video sex Anwar Ibrahim (yang asalnya kononnya terjumpa wayar dan tape itu) kerana marah dengan Anwar Ibrahim larikan wang komisyennya berjumlah RM20juta dari Gerbang Perdana yang dibayar oleh Yahaya Jalil kepad Anwar Ibrahim atas projek Jambatan Bengkok. Masalahnya janganlah gunakan UMNO.. buatlah sendiri-sendiri. tetapi ada orang kata Datuk Trio ini 'hero', Hero apa?
Posting hari semalam (29 Mac 2012)
Kredit kepada : Uncle Zaharin Mohd Yasin - Memetik dari posting beliau di dalam facebook 
Dari fahaman Tinta Jambu, Uncle Zaharin memberi clue menyatakan bahawa UMNO dan Barisan Nasional perlu kukuh dan kuat bukan disebabkan oleh Anwar Ibrahim dan isunya 'suka seks'nya.. 
UMNO dan Barisan Nasional kukuh dan kuat kerana prinsip perjuangan kepada rakyat Malaysia. Lagi pula, kenapa perlu kita selalu menyentuh hal-hal pribadi Anwar Ibrahim ni.. Dia bukan hero.. Trio Dato' T pun bukan hero.. hero yang di maksudkan ialah apabila UMNO dan Barisan Nasional mengekalkan prinsip membantu rakyatnya dari wujudnya parti UMNO pada tahun 1946  sehingga kini..
Percayalah, hero akan muncul di PRU-13. Apa yang penting.. bukan Anwar Ibrahim, bukan Trio T mahu pun bukan Dato' Hasan Ali.. Hero sebenarnya ialah Karpal Singh maaaaaaa.. 
Anwar harus bertaubat Anwar harus bertaubat Anwar harus bertaubat

Thursday, March 29, 2012

PEPERANGAN MESIR MELAWAN NGO

 
1. Baru-baru ini pemerintah Mesir telah menangkap lebih daripada 10 rakyat Amerika Syarikat.

2. Siapakah mereka ini?

3. Mereka, mengikut laporan dalam sebuah majalah Amerika, Newsweek, adalah ahli beberapa NGO dari Amerika yang terlibat kononnya untuk membawa demokrasi kepada Mesir. Diantara mereka adalah NDI (National Democratic Institute), IRI (International Republican Institute) dan Freedom House. Semua mereka mengikut Newsweek “receive U.S. Government funding”.
 
4. Laporan yang sama berkata dalam keluarannya pada Februari 13, “But storming NGO’s, interrogating U.S. citizens, and banning them from leaving the country has strained U.S-Egypt relations and threatened the sacrosanct $1.3 billion in military aid from the U.S.” (Menggeledah NGO, menyoal rakyat Amerika, dan melarang mereka keluar dari Mesir telah menegangkan hubungan Amerika dengan Mesir dan menggugat bantuan $1.3 billion untuk tentera (Mesir) dari Amerika.)
5. Semasa Mubarak Amerika dilarang membiayai NGO Mesir yang tidak berdaftar melalui badan-badan bantuan kewangan Kerajaan Amerika seperti Bureau of Democracy, Human Rights and Labour. Sekarang agensi-agensi Kerajaan Amerika memula semula membiayai badan NGO yang tidak berdaftar.

6. (However, following the uprising that toppled Mubarak, U.S. AID once again began distributing funds to unregistered NGOs in an effort to be part of Egypt’s democratic future – Newsweek Feb. 13)

7. Campurtangan Amerika Syarikat dalam gerakan untuk menjatuhkan Kerajaan negara-negara yang tidak sebulu dengannya amatlah jelas. Sudah tentu di Malaysia juga pembiayaan badan-badan NGO dilakukan untuk menjayakan “Regime Change” (Pertukaran Pemerintah).

8. Bahawa Amerika menyokong Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia adalah jelas dari laporan akhbar dan majalah mereka. Apa yang sedang dilakukan oleh Amerika Syarikat di Negara Arab sudah tentu dilakukan juga di Malaysia. NGO-NGO yang sedang menghasut dan memburukkan Kerajaan supaya Anwar Ibrahim dapat menjadi Perdana Menteri tentu sekali mendapat bantuan kewangan dan media Amerika. Mereka kononnya tidak puas hati dengan dasar Kerajaan berkenaan hak asasi manusia termasuk seksualiti bebas (menghalalkan zina, perkahwinan sejenis, menghapuskan institusi perkahwinan dan kekeluargaan dan liwat). Sebenarnya tujuan mereka ialah untuk menjayakan hasrat Amerika Syarikat untuk melakukan regime change supaya Malaysia menjadi alat Amerika Syarikat. Sudah tentu setelah Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia, tuntutan NGO-NGO berkenaan akan dihalalkan. Sebagai penyokong kuat Israel, Amerika Syarikat tetap akan memujuk Anwar supaya mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu.

9. Malaysia merdeka. Tetapi apabila kuasa asing dapat menukar Kerajaan Malaysia dengan pelbagai cara yang haram, apakah Malaysia akan terus merdeka?

10. Tetapi terpulanglah kepada rakyat Malaysia. Jika mereka suka Malaysia menjadi alat Amerika Syarikat (penyokong kuat Israel) sokonglah puak yang menerima bantuan dan sokongan Amerika Syarikat.

11. Tetapi jika kita ingin betul-betul merdeka, tidak dikongkong oleh Amerika Syarikat dan sekutunya, tolaklah mereka yang sanggup diperalatkan oleh Amerika Syarikat untuk menukar Kerajaan.

Currency Wars by Chedet

 
I would like to share this for us.. lets read with me.. together.. 

Tun Dr. M wrote,
 
1. I have been reading a book by James Rickards entitled ”Currency Wars.
2. He writes that he participated in War Games at the Applied Physics Laboratory (APL) located near Washington, D.C.

3. Set up in 1942, after the Pearl Harbour attack, APL brought applied science to improving weaponry.
 
4. In 2009 the war game was about a global financial war using currencies and capital markets instead of ships and planes. This financial war games was the Pentagon’s first effort to see how an actual financial war might evolve and to see what lessons might be learnt.

5. James Rickards presented a paper on “the new science of market intelligence, which involves analysing capital markets to find actionable intelligence on the intentions of market participants”.

6. The stated purpose was “to examine the impact of global financial activities on national security issues”.

7. Rickards also gave a presentation on futures and derivatives to explain how these leveraged instruments could be used to manipulate underlying physical markets, including those in strategic commodities such as oil, uranium, copper and gold.

8. He writes, “There is a far more insidious scenario in which currencies are used as weapons, not in a metaphorical sense but in a real sense, to cause economic harm to rivals. The mere threat of harm can be enough to force concessions by rivals in the geopolitical battle space”. (Globalisation and State Capital – page 145)

9. When the Ringgit depreciated in value, the financial and economic experts including those in Malaysia, blames it on bad financial management and contagion. When I suggested that it was due to deliberate action on the part of currency traders to devalue the Ringgit to undermine the Malaysian economy, this was dismissed.

10. Had we failed to handle the crisis, had the economy collapsed, the Government would have to resign. The action taken by the Deputy Prime Minister and Minister of Finance at that time to apply the IMF solution without the IMF would have hastened the collapse. But our unorthodox solution prevented the collapse from taking place and we recovered. Otherwise there could have been a regime change.

11. Whatever, the fact is that the U.S. is aware that a currency war can achieve political objectives just as well as a military war. The idea that the attack against our Ringgit was deliberate is not too farfetched. The Western Press and Government leaders in certain countries had made it clear that they desired to bring down the Government of that time for very many reasons.

12. Towards this end they have used NGOs and funds as they are doing in Egypt now.


Kisah Cinta Politik Anwar-Azizah


Kalau dulu kita cuma mendengar kisah cinta monyet, cinta sejati, cinta palsu atau cinta tiga segi, tetapi hari ini ada satu lagi jenis cinta iaitu cinta politik. Cinta politik ini boleh dilihat dengan jelas di kalangan pemimpin-pemimpin yang terkantoi terutamanya dalam skandal yang melibatkan seks.
Contohnya, apabila seorang pemimpin itu tertangkap berkhalwat atau berzina, maka dengan segeralah dia menunjukkan cintanya terhadap isteri, seperti membawa isteri ke hulu ke hilir di hadapan media dan membuat kenyataan-kenyataan yang menunjukkan dia adalah suami penyayang dan mencintai isterinya.
Di Malaysia, drama cinta politik ini telah banyak kali dimainkan. Antara pelakon hebat yang melakonkan watak ini ialah Mat Sabu dan yang paling baru ialah Ustaz Badrolamin apabila masing-masing terkantoi berkhalwat.
Tetapi selain mereka, kita pasti tidak ada sesiapa pun di Malaysia ini mahupun di dunia yang dapat menandingi kehebatan cinta politik Anwar – Azizah.
Kisah cinta Anwar-Azizah bermula di zaman belajar lagi di mana Anwar sering membawa Azizah ‘berdating’ dengan motorsikalnya. Namun, cinta mereka tidak direstui bapa Azizah atas sebab-sebab yang hanya orang tua itu yang tahu.
Sebagai hero, Anwar tidak berputus asa dan membawa Azizah lari. Mereka akhirnya diijabkabulkan pada 28 Februari 1980, ala-ala Zack dan Azura versi 90-an, tanpa majlis yang meriah sepertimana pasangan lain.
Mengikut cerita Anwar di ceramah-ceramah, selama 32 tahun berkahwin beliau sempat membuktikan cintanya terhadap Azizah dengan membawa Azizah melawat Taj Mahal iaitu simbol cinta agung antara dua insan. Tetapi, kita tidak pasti pula sama ada lawatan itu dilakukan sebelum atau selepas Azizah mula resah dengan kehadiran Sukma Dermawan di rumah mereka.
Sukma Dermawan, iaitu adik angkat ‘homoseksual tersohor Asia’ telah pun wujud dalam hidup Anwar sejak awal lagi iaitu sekitar tahun 1977 di mana beliau tinggal dengan bapa dan ibu tiri Anwar di No. 27, Jalan SS1/43, Kampung Tunku Petaling Jaya. Sukma berkongsi bilik dengan Anwar yang pada ketika itu masih bujang.
Setelah berkahwin, Anwar mengangkut Sukma bersamanya dan Azizah ke rumah mereka di Seksyen 17 Petaling Jaya dan kemudiannya ke Subang Jaya, dan berpindah lagi ke Seksyen 14 Petaling Jaya sehingga akhirnya menetap di Bukit Damansara di mana Sukma mendapat bilik persendirian yang khas.
Selain Sukma, cinta Anwar-Azizah juga diuji dengan kehadiran Azmin dan isterinya, Shamsidar. Khabarnya perhatian Anwar lebih tertumpu kepada Sukma, Azmin dan Shamsidar dan segala keinginan mereka dipenuhi sedangkan segala keperluan Azizah diremehkan sahaja dengan berbagai-bagai alasan. Walaupun kisah ini sudah menjadi rahsia umum dan rekod mahkamah, tetapi Anwar masih terus mengungkap cinta terhadap Azizah yang katanya, terus mekar mewangi.
Jelas, Anwar adalah seorang pencinta agung. Di dadanya penuh dengan cinta yang membuak-buak, melimpah ruah dan oleh itu, perlu diagih-agihkan kepada ramai orang tidak kira lelaki ataupun perempuan dari berbagai-bagai bangsa seperti Melayu, Indonesia, Pakistan, China mahupun Siam. Pendek kata, cintanya tidak mengenal jantina, usia mahupun bangsa selaras dengan pendirian partinya yang memperjuangkan kesamarataan.
Mungkin inilah yang dimaksudkan Azizah mengenai ‘Anugerah Tuhan’ yang menjadi suaminya yang sejak dari dulu tidak pernah lupa menyuapkan hati berulam jantung sebagai makanan hariannya.
Hakikatnya, Azizah mungkin boleh menipu diri sendiri bahawa Anwar mencintainya dan Anwar juga boleh menipu Azizah yang beliau masih mencintai isteri yang digelarnya sebagai ‘ikan sepat kering’ di hadapan Shamsidar.
Tetapi Anwar dan Azizah tidak boleh menipu sekalian rakyat Malaysia hanya dengan menceritakan kisah mereka menari dan berguling-guling menyanyi di hadapan Taj Mahal dengan kostum warna-warni yang ditukar 10kali. Cinta yang sebenar tidak perlu ditunjuk-tunjuk atau diceritakan kerana ia akan terserlah dengan sendirinya melalui pandangan mata dan senyuman.
Setakat ini, apa yang ada di mata Anwar apabila memandang Azizah, bukanlah cinta tetapi kuasa. Dan apa yang ada di mata Azizah apabila memandang Anwar pula adalah derita yang bercampur-baur dengan rasa jijik dan loya. Selain itu, kita juga dapat melihat secebis harapan di wajah Azizah apabila memandang Anwar. Harapan itu bukan berupa harapan agar Anwar berubah atau tetap mencintainya tetapi harapan agar dapat ke Putrajaya sebagai balasan ke atas segala pengorbanannya.
Justeru, inilah kisah cinta politik paling ulung dan agung, dan wajar mendapat pengiktirafan setaraf Taj Mahal yang kononnya pernah menjadi saksi lakonan mereka.

3rd April 2012: Three Years Of Excellence


We often hear complaints about how time is getting shorter and that it is hard to get anything done in a day. Years passed by so suddenly that we barely notice that our child has turned into a teen. A year, basically feels like a month especially when we talk about putting our plans into work or even draw a plan itself.

For leaders, 3 years is usually considered as mere ‘warming up’ stage. Putting things and people at their right places, drafting goals and drawing plans and eventually implementing them sometimes would take more than three years. Sometimes a leader can only see the results after he has retired and sometimes won’t even have a chance to see his plans being executed at all.

However, such is not the case for Datuk Seri Najib Tun Razak. He has been warming up long enough, in fact since his childhood days as he witnessed his father serving the people day in and day out as Prime Minister.

Therefore, Datuk Seri Najib has been in full gear when he was assigned to the cabinet at the age of 25 as Deputy Minister of Energy, Telecommunication and Post in 1978.

When he succeeded Tun Abdullah Ahmad Badawi in 2009 as Prime Minister, Datuk Seri Najib was more than ready to make things happen for Malaysia. In order to do that, he has been whole-heartedly serving us with undoubted dedication and commitment. And come this 3rd April 2012, which is exactly three years in power, Datuk Seri Najib is not only able to witness how his ideas are being implemented, but how some of them have actually shown positive results. In other words, he not only got to witness the process of transformation, but the final transformed products itself.

In his Government Transformation Plans (GTP), Malaysian government has implemented many measures to increase transparency and government accountability. These measures include the use of Key Performance Indicators (KPI) to hold ministers accountable for their work, using new media such as Twitter and Facebook to communicate with citizens about happenings in the government, opening previously closed government tenders to increased public participation and scrutiny, and soliciting public feedback on government spending.

In merely 3 years, Datuk Seri Najib’s hard work and brilliance can be judged clearly from the table below:

GTP performance 2010 and 2011
NKRA Overall Performance 

NKPIs
2010 (%)
2011 (%)
Urban Public Transport
107
108
· Introduction of Bus Expressway Transit (BET) services has resulted in 547,669 passengers using bus routes.
· 30 new four-car trains on the Kelana Jaya LRT Line has increased rail ridership by 13%
· Opening of a new integrated transport terminal at Bandar Tasik Selatan that has diverted over 500 buses away from the Kuala Lumpur city centre daily
· Old Puduraya terminal has been refurbished and renamed Pudu Sentral.
Crime
168
130
· Street Crime reduced by 39.7%
· Index Crime reduced by 11.1%
· Reduction attributed to omnipresence programme and public and police partnership
· Malaysia has also been ranked 1st both in terms of safety and security in South East Asia by Global Peace Index, and 1st amon gst 19 middle income countries by World Justice Report.
Rural Basic Infrastructure
91
123
· 1013.4 rural roads were built and upgraded across the country resulting enhanced road connectivity
· 73,227 additional houses supplied with clean or treated water
· 27,004 additional houses connected with 24-hour electricity supply
· 14,365 houses for rural poor built or restored
· Affecting the lives of more than 3 million Malaysians living in rural areas (2 million in 2010, 1 million in 2011)
Education
156
188
· The Education NKRA was conceived to safeguard our nation’s future by developing the minds, talents and capabilities of the next generation in a more advantageous manner as we move towards these ambitions
· In order to make quality basic education more accessible to all students, more than 3, 000 pre-schools classes has started in 2011. This saw the pre-school enrollment rate of 77%
· Via the LINUS (Literacy and Numeracy) Programme, Primary 2 students have achieved a 97.5% rate for literacy and 98.6% rate for numeracy in the second screening this year
· The start of 2011 saw the introduction of the School Improvement Programme, a new initiative which helped all 10,000 schools throughout Malaysia to improve their performance, thereby elevating the overall school system
· For the first time in Malaysian history, a national pre-school information system (Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan) or SMPK was developed to collate data on pre-schools and students
Low Income Household
79
103
· Having achieved the target of taking more those 44,000 households out of the extreme poverty category last year, the focus in 2011 is ensuring more poor households participated in the 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) programme.
· The 1AZAM programme centres on providing economic opportunities that enhance the productive capacity of low-income households so that they are lifted out of poverty and become self-sustaining. To date, 66,243 poor households are participating in the 1AZAM programme.
· 2011, also saw another new NKPI being introduced – that of ensuring 100% of the backlog cases pertaining to eKasih verification had been processed (eKasih is the sole designated database for low-income households). To date, 81,000 backlog cases pertaining to eKasih verification has been processed
· 1, 000 women entrepreneurs have been developed
· 2,465 abandoned houses restored and 2,500 Rumah Mesra Rakyat built.
Corruption
121
134
· Building blocks are in place to combat corruption
· Introduction of the Whistleblower Protection Act. Under the provisions of the Act, the whistleblower will have confidentiality of identity, immunity from civil and criminal action, as well as other detrimental action.
· Implementation of Corporate Integrity Pledge (CIP) which is a documented pledge by corporations to commit to upholding the Anti-Corruption Principles for Corporations in Malaysia. In 2011, 64 companies have committed to the pledge
· In addition to that, the Ministry of Finance has issued an Integrity Pact directive for all project tenders. Under the pact, bidders are to refrain from offering, demanding or accepting bribes to influence procurement decisions. The MRT Project is the first project to implement an enhanced Integrity Pact with the Auditor’s-General Chambers acting as the oversight body.
Overall Composite Scoring
121
131

Datuk Seri Najib is also quick to react to the rising cost of living. In order to ensure that it would not affect the rakyat, from 2010 to July 2011 alone, a total of RM36.7bilion was spent on cash hand-outs, subsidies and other form of assistance to the rakyat. Among the initiatives introduced under CoL are Kedai Rakyat 1Malaysia, 1Malaysia Rakyat Menu, 1Malaysia Clinics and Bantuan Rakyat 1Malaysia.

It is a shame that despite all these, the Oppositions of Malaysia continue to deny the goodness and the blessings that we consistently enjoy in Malaysia under the care of our leadership. Instead of spreading words about their accomplishments, the Oppositions keep trying to demean and degrade whatever that Datuk Seri Najib has achieved.

However, the facts laid out above and before our eyes are undeniable no matter how hard they try. Because figures don’t lie. But the Oppositions - the enemies of Datuk Seri Najib, do.
And lie is all they can do as they have proven to the rakyat that in 3 years, the Oppositions have not accomplished anything significant at all, in all 4 states under their rule.

Wednesday, March 28, 2012

AS Dan Yahudi: Hubungan Dengan Zionis Haram, Negara Israel Halal




Setelah Anwar Ibrahim, calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat menyatakan yang beliau “menyokong usaha melindungi Negara Israel”, dengan tidak semena-mena, Tuan Guru Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kenyataan, “Umat Islam boleh bekerjasama dan berniaga dengan Yahudi yang tidak berpandangan Zionis.”  

Dan kemudiannya, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata pula bahwa, “Yahudi tetap haram dan apa bentuk urus niaga dengan mereka menghasilkan sebutir peluru yang telah dan bakal menembusi jantung umat Islam Palestin”. 

Tetapi, kemudian lagi pula, Nasruddin menafikan kenyataannya sendiri dan memberi alasan bahawa ianya  telah dipetik separuh sahaja oleh Sinar Harian.  Beliau juga ‘memperbetulkan’ kembali apa yang dilapor oleh Sinar Harian dengan hujah-hujah yang menyamai hujah Hadi iaitu tidak salah berurusniaga dengan Yahudi yang tidak memusuhi umat Islam dengan memberi contoh bagaimana Rasulullah S.A.W berniaga dengan Yahudi.  

Hadi dan Nasrudin boleh membelit dan boleh menepis kata-kata mereka sendiri semahu-mahunya.  

Tetapi, mereka tidak boleh menepis sejarah.  Kita tidak pernah lupa bagaimana mereka telah melabel kerajaan sebagai Zionis dan Tun Dr. Mahathir sebagai Firaun apabila buah pisang kaki Israel dibawa masuk dari Singapura pada tahun 2000.   Bukankah ini juga merupakan hubungan dagang dengan Yahudi yang tidak memusuhi kita?  Kenapa dulu haram dan sekarang halal?

Dan kita juga tidak lupa dengan drama PAS dan PKR meroyan dan histeria sakan apabila BN menggunakan khidmat syarikat yang dikatakan ada kaitan dengan orang Yahudi, iaitu APCO sehingga melabelkan konsep 1Malaysia sebagai 1Israel.  Walaupun telah diterangkan berkali-kali bahawa APCO bukan milik Yahudi dan Malaysia tidak pernah berhubungan dagang dengan Israel tetapi PAS dan PKR terus melompat-lompat di parlimen dan di jalanraya menolak hujah bahawa bukan semua Yahudi itu Zionis.  

Sungguh hebat sekali kebencian PAS terhadap Yahudi sehinggakan kelihatannya seolah-olah terlanggar bahu dengan seorang Yahudi di luar negara juga akan dilabel PAS sebagai Zionis.    

Pemain kriket Yahudi juga dirujuk sebagai Zionis dan tidak boleh berhubung mahupun melihat mereka bermain atau akan jatuh hukum sebagai talibarut Zionis oleh PAS.   Pendek kata, nama Yahudi, Zionis, Israel haram untuk disebut pun.  

Dan siapakah yang menghasut budak-budak separa masak di Universiti Malaya untuk berdemo memboikot KFC dan McDonalds kerana kononnya kedua-dua perniagaan ini punya kaitan dengan Yahudi?   Bukankah pada ketika itu, mati dalam keadaan berdemo menentang Yahudi adalah mati syahid mengikut fatwa PAS?  

Sedangkan apakah bukti yang PAS ada bahawa KFC dan McDonalds itu menyumbang dana untuk Zionis?  Tidak ada sama sekali.  

Tetapi yang ada hari ini ialah bukti kukuh dan jelas bahawa Anwar Ibrahim, “menyokong usaha melindungi negara Israel”.  Dan kata kunci di sini ialah “negara Israel”.  

Dan dengan kata kunci ini, PAS boleh berpusing keliling menjelaskan bahawa berniaga dengan Yahudi tidak haram selagi mereka tidak berpandangan Zionis, tetapi PAS tidak boleh menafikan bahawa Anwar menyokong usaha untuk melindungi negara Israel, yakni, pastinya bererti Anwar mengiktiraf Negara Israel.  

PAS juga tidak boleh menafikan bahawa selagi mereka berada di dalam Pakatan Rakyat, maka mereka secara rasminya menerima Anwar sebagai Ketua Pembangkang, yakni ketua mereka.  Dan sebagai ketua, PAS wajib akur atas segala arahan serta menerima pendirian Anwar termasuk dalam isu Negara Israel ini.  

Kesimpulannya, benar bukan semua Yahudi itu Zionis tetapi itu bukan isunya.  

Isunya kekal mengenai persoalan apakah PAS tetap bersama Anwar walaupun jelas Anwar menyokong Negara Israel.

Geran Selangorku RM300 juta, Ghairahnya Menunggu Jawapan Khalid




PERSOALAN yang ditimbulkan oleh ADUN Bebas dari Gombak Setia, Datuk Dr. Hasan Ali berhubung perbelanjaan sebanyak RM 300 juta untuk program geran Selangorku, memang menarik untuk menjadi topik perbincangan kita hari ini.

Pertama untuk menunjukkan bahawa bajet berimbang yang dibentangkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan negeri Selangor November lepas adalah ‘wayang’ semata-mata. Taktiknya, masa bentang bajet, mesti mau tunjuk itu bajet berimbang konon kerajaan Selangor punya standard belanja berhemah, sedangkan sepanjang tahun itu, setiap kali ada sesi DUN, kerajaan negeri akan mengemukakan bajet tambahan.

Hujung tahun nanti, bajet kerajaan negeri akan ditutup dalam keadaan defisit (belanja lebih dari apa yang dibentang dalam belanjawan).

Inilah taktiknya yang selalu digunakan Pakatan Rakyat untuk menipu rakyat selama 4 tahun memerintah Selangor ini. Penulis percaya, taktik sama digunakan di negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat yang lain juga, melainkan Kelantan sebab negeri itu sentiasa sahaja tak berduit.

Keduanya tentang sumber. Inilah persoalan yang dibangkit Hasan Ali, dari mana sumber wang ini datang kerana ia tidak dalam dalam akaun Menteri Besar Incorporated (MBI) kerana dalam pembentangan bajet lepas, Khalid mengatakan perbelanjaan untuk geran ini akan ditampung oleh MBI.

Sedangkan Khalid telah melancarkan program ini pada Februari lepas, untuk dilaksanakan pada bulan Mac tapi seperti yang dikatakan oleh Hasan Ali, wang tersebut tidak lagi dicatat dalam akaun MBI. Sekarang sudah 27hb Mac tau, mana wang itu sudah pergi?

Jawapan Khalid bahawa Exco telah dimaklumkan Februari lepas, itu tidak memuaskan hati kita atas sebab selain dari tidak menjawab soalan, rakyat tidak kira latar belakang perlu dimaklumkan sumber pembiayaan tersebut. Kalau segelintir Exco sahaja dimaklumkan, itu adalah satu kezaliman kepada rakyat kerana Exco hanya mewakili pentadbiran kerajaan negeri sedangkan DUN mewakili rakyat. Seharusnya DUN dimaklumkan terlebih dahulu, bukan setakat Exco sahaja.

Lagipun dalam Exco semua ‘yes’ man. Tiada bantahan walaupun ada yang tidak kena, maklumlah, takut hilang jawatan.

Tindakan mendedahkan butiran sumber mana wang ini datang kepada Exco sahaja menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan geran Selangorku ini. Apa yang cuba disembunyikan? Adakah geran ini sebenarnya untuk menampung perbelanjaan pilihanraya Pakatan Rakyat dalam kempen PRU akan datang?

Bukankah Pakatan Rakyat Selangor selalu mencanangkan bahawa mereka adalah kerajaan yang telus dan terbuka, tiada noda walaupun seinci? Kenapa pula dalam hal menjelaskan sumber wang RM 300 juta ini, mereka tidak bersikap telus dan terbuka?

Kita perlu ingat, Selangor pada tahun ini baru sahaja mendapat durian runtuh kerana kerajaan persekutuan telah meluluskan pembayaran sebanyak RM 800 juta sebagai pampasan untuk pengambilan tanah bagi tujuan pembinaan Putrajaya. Tapi wang ini telah dimasukkan Khalid Ibrahim ke dalam akaun simpanan kerajaan negeri yang dibanggakan sangat itu kerana pertama kali dalam sejarah Selangor mempunyai simpanan mencecah RM 1.9 billion.

Justeru penulis tidak rasa Khalid akan menggunakan wang ini untuk tujuan pembiayaan program tersebut kerana itu akan hanya mengurangkan simpanan kerajaan negeri yang dibanggakan sangat tu.

Selain itu, dari segi prinsipnya, hanya kerajaan yang nak bankrap sahaja menggunakan wang simpanan untuk perbelanjaan pengurusan.

Ini menjelaskan kenapa soalan Hasan Ali ini penting untuk dijawab Khalid Ibrahim, bukan mencari jalan untuk mengalihkan isu (divert). Rakyat tidak mahu tahu sama ada Exco sudah dimaklumkan atau tidak, ini bukan wang Exco tapi wang rakyat.

Jadi Khalid, kami menanti jawapanmu.

Monday, March 26, 2012

Dalang Tragedi Berdarah 13 Mei Ditelanjangkan Di Parlimen…



Pengungkaian, proklamasi-proklamasi Darurat oleh YAB PM, Datuk Sri Najib di Dewan Rakyat baru-baru ini digunakan sepenuhnya oleh Zulkifli Nordin MP Kulim Bandar Baharu untuk menelanjangi semaunya Lim Kit Siang dan DAP, parti yang didakwa oleh YB itu sebagai pencetus kepada peristiwa berdarah 13 Mei hingga merenggang dan memecahbelahkan orang-orang Melayu dan Cina di Negara ini.
Zulkifli Nordin yang diberikan laluan oleh Ibrahim Ali sewaktu MP Pasir Pas sedang membahaskan usul mengambil peluang secukupnya membelasah Lim Kit Siang dan DAP walaupun perbahasannya cuba disekat oleh Speaker Dewan Rakyat ketika itu dan semua MP DAP termasuklah rakan mereka daripada Pas dan PKR berdiam diri bila Zulkifli Nordin menyerang bertubi-tubi.
Tidak ada seorang pun wakil pembangkang bangun menyanggah hujah-hujah yang dilemparkan oleh MP Kulim itu dan seolah-olah mengakui segala kebenarannya.
Tidak ada seorang pun wakil pembangkang bangun menyanggah hujah-hujah yang dilemparkan oleh MP Kulim itu dan seolah-olah mengakui segala kebenarannya.
Kepada yang buta sejarah, pendedahan dalam Dewan Rakyat yang dilakukan oleh Zulkifli Nordin itu harus membuka mata mereka tentang niat jahat DAP yang mahu menguasai negara ini dengan memperalatkan Pas dan PKR.
Malah orang Melayu terutamanya harus menyedari dengan segera taktik licik dan jahat DAP ini untuk menguasai Malaysia ini berpaksikan slogan mereka ‘Malaysian Malaysia’ dengan tidak membenarkan mereka terus dijadikan alat untuk dipecahkan kesatuan Melayu yang telah diikat kukuh sekian lama..
Melayu yang lupa sejarah terus sanggup membiarkan diri mereka dijadikan perkakas oleh DAP. Melayu yang hilang jati dirinya sudah mula rela menjadi barua DAP untuk menyerang sesama Melayu. Melayu yang semakin lupa Allah itu Tuhannya sudah mula bersedia untuk menerima agama-agama baru yang DAP sedang suntik ke dalam masyarakat hari ini.
Andainya pendedahan yang dilakukan oleh Zulkifli Nordin ini gagal diambil sebagai iktibar untuk mengelak penjajahan baru dalam Negara kita maka benarlah seperti yang sedang diperkatakan ini, Melayu akan diberi tanggungjawab sebagai Perdana Menteri sedangkan tangan-tangan DAP akan menggerakkannya, melayu hanya patung seperti yang sedang berlaku di Selangor dan pernah berlaku selama 11 bulan di Perak.
Di bawah ini saya perturunkan inti perbahasan Zulkfli Nordin di Dewan Rakyat baru-baru ini…:-
“Mohon mencelah Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pasir Mas sedar atau tidak, apabila kita dengar tadi Yang Berhormat Ipoh Timur [LKS] bercakap seolah-olah beliau lupa apa yang beliau dan parti beliau lakukan yang menyebabkan Ordinan Darurat 1969, peristiwa 13 Mei berlaku.
Lim Kit Siang Dalang Peristiwa Berdarah!
Saya mahu baca semula Yang Berhormat sebab ada di kalangan kita di sini lupa atau buat-buat lupa setelah bersekongkol sekati dengan DAP parti racist dan cauvinis ini, dia lupa apa yang berlaku.
Saya mahu baca semula daripada Laporan MAGERAN, laporan rasmi yang dibentangkan menceritakan tentang peristiwa 13 Mei membawa kepada perisytiharan darurat tersebut adalah kerana kebebasan bersuara yang sudah di luar kawalan.
Tindakan racist yang melampau dan ini antara tindakan yang didalangi oleh Yang Berhormat Ipoh Timur dan parti beliau pada masa itu.
Saya mahu baca, biar rakyat dengar semula apa yang mereka kata pada tahun 1969 membawa kepada peristiwa 13 Mei. Slogan yang dibawa pada masa itu ialah ‘Malai Si’. ‘Malai Si’ ini maknanya “Mati Melayu”.
Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakan yang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” .
Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakan yang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis melayu”
Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”.
Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah, “KL sekarang cina punya”. Pada 12 Mei Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, “melayu balik kampung, melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.”
Di Jalan Khir Kampung Baru, depan orang Melayu ini kenyataan parti Yang Berhormat Ipoh Timur, “Melayu keluar…! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu.., sekarang kita sudah ada kuasa…”.
Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu… “… semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”
Pada 12 Mei. Okey nanti kejap lagi. Saya hendak habiskan. Biar dia faham. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan melayu punya, mata-mata lancau….!”
Pada 12 Mei Jalan Canvel, “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu…”
Pada 12 Mei Jalan Bukit Bintang, “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”
Saya mohon bertanya Yang Berhormat setuju atau tidak dengan cadangan saya supaya Yang Berhormat Ipoh Timur [LKS] dan parti dia berani melakukan transformasi demokrasi yang matang ini.
Saya cabar Yang Berhormat Ipoh Timur antara dalang pencetus 13 Mei supaya ‘walk the talk’ menjadi anak jantan pertama minta maaf kepada rakyat Malaysia atas politik racist dan politik sempit yang dimainkan pada 1969.’ Ini adalah sebahagian yang saya sedut ucapan beliau di Dewan Rakyat.
Sekarang ini terpulang kepada kita…! Adakah kita bersedia untuk menjadi baru-barua Cina-Cina DAP yang sedang mahu menjadikan Malaysia ini seperti Singapura?
Bacalah bahasa yang mereka gunakan kepada orang-orang Melayu satu ketika dulu….! Adakah kita sanggup telan dan lupakan segala apa yang Cina DAP lakukan terhadap kita..? Terpulang kepada kita..