Reunion Batch 1994

Reunion Batch 1994

Monday, April 30, 2012

Chegu Bard Samseng Najis Kucing!!!! Buek yo laie..


Berlagak garang, 

kena tangkap ... 

kecut mintak ampun


Dalam twitter bukan main lagi cam Mafia!!!


che'GuBard (@chegubard)
4/28/12 5:03 PM
Saya masih d jln raja laut memerhatikan polis + dbkl mengganas bertindak diluar batasan namun ada anggota yg bantu saya turut kata tak patut


che'GuBard (@chegubard)
4/28/12 5:01 PM
Puluhan yg ditahan dipukul lagi, saya polis acu pistol dikepala...peserta yg nak bersurai terus diserang..

Kena tangkap terus mintak ampun ... kah kah kah macam p*kim*k saja.

Seterusnya di sini

Pemimpin PKR Nismilan kini orang kanan Azmin-Anwar

azmin-anwar513  

Seingat saya yang kerap ditugaskan buat liputan sidang media Datuk Seri Anwar Ibrahim, belum pernah wartawan tempatan, pro pembangkang dan agensi berita luar negara ‘sepakat’ mengasak Ketua Pembangkang itu.

Namun, ini berlaku kerana kami semua mahu Anwar berterus terang mengenai siapa mengarahkan peserta Bersih 3.0 merempuh halangan polis di Dataran Merdeka, Sabtu lalu.

Ianya juga kerana sebilangan besar wartawan hadir sidang media Anwar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya pagi Isnin adalah mereka yang turut berada di Dataran Merdeka malah tahu jawapan ding dong Anwar serta Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berhubung perkara itu.   

Anwar, Azmin dan Naib presiden PKR Tian Chua masih mahu main silap mata seolah-olah mereka saja bercakap betul  dengan menafikan memberi isyarat supaya peserta merempuh halangan polis dalam insiden kira-kira jam 2.55 petang itu.

Malah, Anwar dan Azmin seperti biasa menganggap wartawan yang bertanya soalan adalah suruhan UMNO dan Barisan Nasional (BN)

be-rempuhwww600xxx 

Mereka akan bertanya dahulu, wartawan yang menyoal daripada agensi berita mana.

Ketika Agendadaily bertanya soalan mengenai ucapan provokasi Anwar dan Azmin supaya peserta Bersih ‘menawan; Dataran Merdeka, Anwar mencelah “ Ini soalan UMNO...Ini soalan UMNO”.

Kenapa Anwar takut dan mahu temberang kerana sudah ramai tengok video dan nampak jelas beliau beri isyarat pada Azmin supaya merempuh masuk Dataran Merdeka.

Anwar berdolak dalih mendakwa beliau beri isyarat minta laluan, isyarat mahu peserta masuk ke kanan – arah Jalan Tunku Abdul Rahman, bukan ke kiri – arah ke Dataran Merdeka.

Beliau juga kata beri isyarat kepada Azmin supaya berunding dengan pegawai polis yang kononnya ada di situ untuk minta kebenaran berkumpul secara aman.      

Azmin dalam sidang media sama turut mengesahkan kata-kata Anwar dan menambah beliau memberitahu Anwar "Saya sudahpun berunding dengan polis,"
anwarbersalah513
Namun timbul persoalan jika benar Anwar dan Azmin bagi signal untuk berunding, kenapa Azmin berbisik sesuatu ke arah lelaki India yang dirakam mula-mula sekali membuka pagar keselamatan yang dipasang polis itu.

Dalam video tersebut jelas rempuhan itu berlaku hanya beberapa minit selepas Anwar memberikan signal dan Azmin berbisik sesuatu ke arah lelaki India memakai baju kuning tersebut.

Kenapa Azmin tidak menghalang lelaki tersebut dari membuka pagar keselamatan itu?

Malah beliau juga bercakap seolah-olah tidak kenal siapa lelaki India dimaksudkan menyebabkan ada wartawan semakin angin kerana tahu Azmin rapat dan mengenali lelaki india yang dikatakan pemimpin PKR dari Negeri Sembilan itu.

Azmin akhirnya terperanjat apabila seorang wartawan bangun dan mengakui mendengar Azmin berkata, “Dataran Merdeka...boleh masuk...boleh masuk,” .

“Bohong’, jerit Azmin menafikan pendedahan wartawan tersebut.

Namun Azmin kantoi bila wartawan terbabit berkata dia berada hampir dan dengar apa dkatakan ahli parlimen Gombak itu.

Dalam sidang media di pejabat PKR itu juga, menyaksikan hampir kesemua wartawan tidak berpuas hati dengan jawapan Anwar yang cuba mengelak-gelak  memberikan kenyataan yang jelas mengenai peristiwa tersebut.

Anwar sengaja pusing cerita kononnya kehadiran 300,000 peserta Bersih menuntut pilihan raya bebas dan adil lebih besar daripada isu merempuh halangan polis hingga berlaku rusuhan dan polis terpaksa bertindak melepaskan gas pemedih mata serta water canon.

Beliau dan Azmin nyata tidak puashati dan terkejut kerana hampir semua wartawan mahu Anwar berterus terang tentang mengenai pendedahan video tersebut termasuk soalan sama dari wartawan pro pembangkang.

Apabila Anwar sekali lagi menuduh semua itu adalah versi UMNO dan media yang dikuasai kerajaan, saya menyergah beliau supaya jangan menyalahkan pihak lain atau UMNO.

Saya beritahu Anwar, “ kami semua nak jawapan yang betul apa sebenarnya berlaku kerana ramai yang hadir pada sidang medianya turut berada di Dataran Merdeka dan tengok serta dengar apa yang berlaku.

“Saya sendiri lihat peserta Bersih pijak kawat besi, rosakkan dengan kon jalan sebelum Datuk seri sampai. Mereka tidak masuk sebab Datuk Seri tidak sampai lagi...mereka hanya merempuh selepas Datuk Seri berada di situ,” katanya.   

Anwar dan rakan-rakan media lain turut tergamam melihat saya sudah hampir hilang kawalan suara bertanya soalan itu tambahan pula tahu Anwar cuba ‘pusing-pusing’ jawab soalan diajukan.
benjilim 


 Selain wartawan, sidang media itu sedikit kecoh apabila seorang lelaki Cina (gambar kiri sekali baju putih) mendakwa peserta Bersih 3.0 sergah Anwar depan wartawan sebab dia gagal kawal keadaan himpunan tersebut.



Beliau memarahi Anwar kerana gagal mengawal himpunan sehingga boleh menyebabkan dia dan peserta lain boleh mati begitu  saja, Anwar bagaimanapun macam biasa, terus salahkan polis.

Namun lelaki dikenali sebagai Benjy Lim itu berkeras mengatakan beliau tahu cara operasi polis di negara ini kerana beliau bukan baru sehari hidup sebaliknya rusuhan itu berpunca kerana pembangkang memulakannya.

Benjy mendakwa, beliau hadir untuk menyatakan bantahan secara aman bukan berdepan tindakan ganas dicetuskan pembangkang.

Anwar yang tertekan dengan kehadiran pemuda itu meminta beliau membenarkan wartawan bertanya soalan kerana ini sidang media dan berkata, nak melayan Benjy dalam sesi lain.

Kesimpulannya Anwar terpaksa angkat kening dan tahan telinga serta muka dengar macam-macam soalan yang sudah tidak dapat ditepis.

Azmin dan Tian Chua pun sama.  Masing-masing jenuh bersilat dan marahkan polis yang didakwa bertindak kasar dan tidak hormati  kehadiran ramai peserta Bersih 3.0.

Malangnya Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang hadir hanya diam membisu.

Jelaslah, beliau adalah boneka PKR bukan presiden parti yang sudah dikuasai Anwar dan Azmin.

Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang baru sokong Bersih dan Anwar namk tumpang glamour juga hadir sidang media itu sebagai ‘duduk dan dengar’ saja.

Selepas sidang media hampir sejam itu, kumpulan wartawan masih merungut memikirkan mengapa Anwar dan Azmin mahu terus main silap mata tentang siapa mulakan isyarat kekecohan di laluan masuk Dataran Merdeka itu.

Jawapannya, mereka terpaksa buat begitu kerana ada UMNO dan wartawan yang menjalankan tugas yang boleh dipersalahkan sepanjang masa.
 
Kepada Anwar, jika beliau anggap 28 April hari Merdeka Rakyat, beliau juga kena ingat 30 April – hari ramai wartawan angin dengan diing dong lakonan beliau yang memang sanggup buat dan cakap apa saja asalkan cita-cita jadi Perdana Menteri tercapai.

Kredit  kepada AgendaDaily

Bapak pemurah biaya demo... kurang ajak mu Nik!!!!

Nik Aziz akui biayai peserta Bersih

Perhimpunan Bersih 3.0 yang dijamin akan diadakan dengan aman berakhir dengan ganas.
 
Perhimpunan Bersih 3.0 yang dijamin akan diadakan dengan aman berakhir dengan ganas.
 
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui membiayai beberapa peserta himpunan Bersih 3.0 dari Kelantan, yang berakhir dengan keganasan kelmarin.

Menurutnya, sumbangan tersebut bukan diambil dari  wang parti, sebaliknya  kepunyaannya sendiri setelah melihat kesungguhan individu terbabit mahu menyertai demonstrasi itu.

“Untuk ke Kuala Lumpur memerlukan kos yang besar, saya mengeluarkan wang sendiri untuk membiayai pelbagai keperluan, itu hak saya,  bukan wang parti,” kata beliau kepada pemberita pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan peserta Bersih dari Kelantan yang menjelaskan kehadiran mereka di perhimpunan semalam dibiayai parti, meliputi kos pengangkutan, penginapan dan keperluan lain seperti belanja makan.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr Fadzli Mohd Hassan tidak menolak kemungkinan terdapat peserta yang hadir dibiayai oleh pihak-pihak tertentu, namun bukan atas kapasiti parti.

“Kita tidak ada duit untuk biayai peserta yang begitu ramai, kebiasaannya orang Pas ini mengeluarkan duit sendiri, namun jika ada tajaan, mungkin itu bersifat peribadi,” katanya.

Fadzli yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, pihaknya tidak pernah membincangkan soal kewangan untuk  peserta Bersih, namun mengakui mengeluarkan belanja untuk ceramah yang dihadiri Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, tiga hari lalu.

Sunday, April 29, 2012

Bonci Amek Den Ngan Ambiga Tongka nih..




Sebelum ini, Pengerusi BERSIH, Datuk S. Ambiga telah memberi jaminan bahawa penyokong perhimpunan BERSIH 3.0 TIDAK AKAN memasuki Dataran Merdeka. Sebaliknya hanya akan duduk berhimpun ditempat yang telah dirancangkan, sepertimana syarat yang digariskan dalam Akta Perhimpunan Aman yang baru diluluskan.

Tetapi apa yang berlaku hari ini membuktikan bahawa Ambiga adalah seorang penipu besar.  Seorang manusia yang tidak boleh dipercayai, seorang kaki belit selain pengkhianat kerana usahanya yang tanpa henti untuk mengsabotaj ekonomi negara sendiri terutama dari segi pelancongan dan pelaburan. 

Walaupun menjanjikan himpunan aman tetapi perhimpunan yang berlaku hari ini sememangnya menjurus kepada keadaan tidak aman.  Malah, peserta demo sejak dari semalam telah melakukan berbagai-bagai helah untuk mencabar polis.  Mereka mengepung dan mengetuk-ngetuk kereta polis, merempuh halangan polis di KLCC, mengingkari arahan dan akhirnya tetap menceroboh Dataran Merdeka. 

Semuanya dengan niat untuk mengumpan polis melakukan keganasan terhadap mereka. 

Di jalanan, mereka juga berkejar-kejar ke sana ke mari membuat kecoh sedangkan Ambiga menjanjikan satu demonstrasi ‘duduk’ bukannya ‘berlari’. 

Justeru, apakah manusia seperti Ambiga ini boleh diambil kira pandangannya?   Iaitu seorang penipu, kalaupun tidak seorang yang lemah kerana tidak mampu menyampaikan arahan yang tepat kepada pengikutnya?   Atau apakah pengikutnya sememangnya jenis samseng semuanya yang tidak mendengar arahan polis mahupun arahan dari ketua mereka sendiri?

Atas dasar apa kerajaan atau SPR perlu mendengar segala tuntutan Ambiga?  Sedangkan hari ini sekali lagi terbukti bahawa beliau adalah tidak lebih daripada seorang manusia yang tiada kredibiliti kerana cakapnya hanyalah cakap kosong dan janjinya adalah janji palsu. 

Manusia jika tidak dapat dipegang pada janji, pada apa lagi hendak dinilai dirinya? 

Itulah Ambiga, kononnya dewi srikandi yang berani dan berintegriti tetapi rupa-ranya hanyalah seorang penipu tahap dewi.

Saturday, April 28, 2012

EKSKLUSIF : Lelaki Berserban sudah mula tunjuk taring




Lihat aksi demonstran yang terajang bas PDRM yang lalu sekitar Dataran Merdeka semalam, cuba nilai siapa yang mulakan provokasi?

Kelihatan lelaki memakai serban turut menepuk-nepuk dinding bas, adakah ini yang dikatakan perhimpunan aman?

Dari semalam hingga ke hari ini tiada lagi aksi 'DUDUK & BERAK' sebagaimana dinyatakan mereka!


EKSKLUSIF : Suara Belia MBNNS


Bersih 3.0 : Kenyataan Akhbar MBNNS


KENYATAAN AKHBAR




MAJLIS BELIA NEGERI.
NEGERI SEMBILAN

Dengan penuh keinsafan dan tawaduk. Adalah dengan ini Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan (MBNNS) yang cintakan keamanan serta kesejahteraan rakyat serta sebahagian daripda rakyat negara Malaysia yang Merdeka, telah sebulat suara mengecam sekeras-kerasnya tindakan penganjur Himpunan Bersih 3.0 yang dirancang akan diadakan pada 28hb.April 2012 (Sabtu) Jam 2.00 petang di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Majlis Belia Negeri, Negri Sembilan (MBNNS) yang ditunjangi golongan belia/anak muda dari pelbagai bangsa, agama dan kepercayaan tidak menyekat atau pun melarang mana-mana pihak yang ingin berbuat demikian. Ini kerana Malaysia adalah sebuah Negara Demonkrasi Berperlembagaan yang sudah pasti mempunyai saluran yang boleh digunapakai bagi menyatakan hasrat serta pandangan dan bukannya melalui demontrasi seperti ini.

Demontrasi yang ingin diadakan oleh pihak penganjur dengan sasaran seramai 500 ribu orang adalah sesuatu yang tidak sepatutnya. Ini kerana sudah pasti keadaan himpunan tidak dapat dikawal dengan sebaiknya.

Bagi MBNNS, Demontrasi hanyalah jalan terakhir jika kaedah penyelesaian menghadapi jalan buntu dan tidak dapat diperolehi oleh pihak terbabit.

Demontrasi ini juga sedikit sebanyak akan merosak sistem demokrasi yang ada di Malaysia kerana ianya bukan sebahagian daripada budaya politik Malaysia.

Kebimbangan MBNNS ada asasnya berdasarkan daripada himpunan yang lepas-lepas oleh pihak penganjur mahupun dari pihak pembangkang yang pasti akan berakhir dengan keganasan, kekacauan serta penangkapan.

MBNNS menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh pihak penganjur lebih bersifat politik yang didalangi oleh pihak pembangkang iaitu Pakatan Rakyat. Sedikit sebanyak pasti akan :-

·        Menimbulkan Kekacauan

·        Ketegangan

·        Keganasan/kekacauan Antara Pihak Berkuasa

·        Ekspolitasi Golongan Wanita & Kanak-kanak

·  Menganggu gugat ketenteraman rakyat dan peniaga disekitar perhimpunan.

·        Menimbulkan suasana kegusaran dan panik.

·        Memberi Imej buruk kepada Negara Malaysia

MBNNS yang juga dipolopori oleh Belia serta Anak Muda tidak mengizinkan system demokrasi Malaysia tercemar dengan agenda penganjur mahupun pihak pembangkang dalam usaha mempergunakan/mempengaruhi dan menghasut rakyat, belia, anak muda, atau pun remaja untuk bersama-sama himpunan ini.

MBNNS mencadangkan agar pihak terbabit berbincang di meja bulat daripada melakukan perkara seperti ini yang pasti akan merugikan banyak pihak.

SARANAN MBNNS KEPADA BELIA/ANAK MUDA/ MAHASISWA DAN MASYARAKAT

Kepada Golongan Belia/Anak Muda, MBNNS ingin menyaran dan menegaskan, bahawasanya Himpunan Bersih 3.0 ini adalah mainan politik serta mempunyai agenda tersembunyi.


Adalah lebih baik kita sebagai golongan Belia/Anak Muda menghindarkan diri daripada menyertai atau terpengaruh dengan dakyah atau hasutan pihak tertentu untuk meraih sokongan serta simpati kita.


Seharusnya kita sedar, bahawa hari ini kuasa belia/anak muda adalah penentu porla serta lanskap politik tanah air. Oleh sebab itulah pihak tertentu mengharapkan penglibatan belia/anak muda agar turut serta dalam himpunan yang telah dirancang ini.

Kepada Mahasiswa pula, MBNNS menyeru agar jangan meletakkan persatuan mahasiswa atau diri anda sendiri untuk diperkudakan atau dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Tumpuan utama harus diberikan kepada pembelajaran agar kita mampu melakukan satu paradigma yang lebih bertamadun dengan kaedah yang lebih baik daripada melibatkan diri dengan himpunan seperti ini.


Kepada Masyarakat semua, MBNNS adalah sebuah badan NGO yang dianggotai oleh golongan belia/anak muda tanpa mengira bangsa, agama dan kepercayaan merayu dan memohon agar janganlah memusnahkan kesejahteraan dan ketenteraman yang kita perolehi pada hari ini. Jangan jadikan kami golongan muda sebagai batu loncatan sebagai menghalalkan cara memenuhi kehendak serta kemahuan pihak-pihak tertentu dalam merancanakan budaya politik seperti ini.

MBNNS juga merayu kepada seluruh masyarakat agar menghindarkan diri dari perhimpunan ini yang belum pasti perolehi jalan penyelesaiannya. 

Akhir sekali MBNNS menegaskan kepada semua, JANGAN LETAKKAN DIRI ANDA SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA SEJARAH YANG MEROSAKKAN KETENTERAMAN DAN KESEJAHTERAAN YANG ADA DI MALAYSIA. UNTUK MEMBINA SEBUAH TAMADUN BANGSA MEMERLUKAN BERIBU TAHUN LAMANYA TETAPI UNTUK MEMUSNAHKANNYA HANYA BOLEH SEKELIP MATA. 



MAJLIS BELIA NEGERI. NEGERI SEMBILAN
MENGECAM SEKERAS-KERASNYA
TINDAKAN PENGAJURAN
SERTA MEREKA YANG MENGHADIRI
HIMPUNAN BERSIH 3.0
Pada 28hb.April 2012
Sabtu 2.00 Petang
Di Dataran Merdeka. Kuala Lumpur.

“Transformasi Paradigma Belia Alaf Baru”

Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan




Presiden Majlis Belia Negeri
Negeri Sembilan.



Apa Selepas Demonstrasi BERSIH?: Pengajaran Dari Mesir




Manusia belajar dari kesilapan.  Malangnya memperbaiki kesilapan tidak selalunya mudah dan adakalanya ia tidak dapat diperbaiki lagi.  Kesilapan pula sering dibayangi dosa dan adakalanya dosa tersebut mungkin dapat diampunkan dan mungkin juga tidak.  Di kala itu, yang tinggal hanyalah penyesalan.  Maka hiduplah kita dalam keadaan tidak keruan akibat kesilapan yang dibuat.  

Mungkin ada yang melihat bahawa soal kesilapan memilih kerajaan sebagai soal remeh kerana ia boleh diperbetulkan dalam masa 5 tahun lagi.  

Atau mungkin juga kita tidak sedar yang kita telah berbuat silap malah begitu yakin yang kita benar dan cukup arif membuat pilihan.  Kerana itu, banyak negara-negara di dunia mengalami kehancuran akibat kesilapan rakyat memilih kerajaan.   

Untuk pengetahuan semua, soal memilih kerajaan sebenarnya bukan seratus peratus terpulang kepada rakyat negara tersebut.  Ini kerana mengikut pendedahan bekas pegawai CIA, Phil Agee, CIA telah lama terlibat dalam menggulingkan kerajaan yang sah di seluruh dunia untuk digantikan dengan pemimpin boneka pilihan Amerika.  Ini telah dilakukan sejak berdekad-dekad dahulu.   Dalam bukunya, beliau menyebut antara negara yang beliau sendiri terlibat dalam menggerakkan pemberontakan dan penggulingan kuasa ialah Chile, Brazil, Albania, Filipina, Panama dan banyak lagi.  

Kita faham bahawa apa yang berlaku di Mesir, Tunisia, Iraq, Libya dan beberapa lagi negara akhir-akhir ini adalah juga kerja CIA.   Dan inilah yang kita cuba fahamkan kepada rakyat Malaysia iaitu tentang betapa membuat keputusan yang bijak dalam pilihanraya adalah penting, kerana ia bukan sahaja melibatkan soal pembangunan dan polisi dalam negara tetapi juga kedaulatan, kemerdekaan malah kehidupan seharian kita.  

Penulis enggan menyentuh lebih jauh tentang Modus Operandi CIA kerana ia boleh dibaca sendiri dalam buku Phil Agee, Inside the Company: CIA Diary.  Apa yang penting untuk kita renungkan ialah apakah yang berlaku selepas sesuatu pemberontakan, huru-hara atau selepas kerajaan yang sah digulingkan bukan melalui pilihanraya? 

Kita ambil contoh apa yang terjadi di Mesir selepas protes besar-besaran pada 25 Januari 2011 yang ‘berjangkit’ dari Tunisia.  Protes bertukar menjadi rusuhan dalam sekelip mata dan kemudiannya, keganasan.  Seperti yang kita sedia maklum, ketika Mesir sedang kecoh, Amerika Syarikat pantas menghulurkan sokongan dan bantuan kepada pihak pemberontak sehingga akhirnya Presiden Hosni Mubarak melepaskan jawatannya, sekali gus, membuktikan pendedahan Phil Agee.  

Semua ini berlaku selama 18 hari sebelum membawa kepada kehancuran Mesir yang belum tentu pengakhirannya.   

Apakah kemenangan pihak pemberontak membawa kepada Mesir yang lebih baik?  TIDAK!!!

Hari ini, Mesir terpaksa menapak membangunkan kembali negara mereka dari bawah.  Kini, rakyat yang bersungguh-sungguh ingin menggulingkan kerajaan mula tertanya-tanya apakah mereka telah berbuat kesilapan?  

Pemberontakan membawa kepada lumpuhnya ekonomi dan pentadbiran di Mesir menyebabkan rakyat termasuk pemberontak terpaksa berhadapan dengan keadaan di mana kemudahan asas juga sukar untuk didapati.  Bangunan-bangunan yang menempatkan pejabat, kedai dan pusat perkhidmatan runtuh, terbakar dan musnah.  Ramai yang kehilangan kerja dan makanan juga sukar didapati.  Pemberontak dan rakyat yang lapar mula menceroboh dan mencuri bagi menyambung kehidupan.  

Keadaan ini berlanjutan sehingga beberapa lama.    

Pada 25 Januari 2012 yang lalu iaitu ulangtahun pemberontakan menyaksikan keresahan rakyat yang memuncak akibat pergolakan politik, pemerintahan tentera serta kebangkitan parti-parti Islam.   Walaupun telah setahun berlalu, kehidupan rakyat termasuk para pemberontak belum pulih seperti sediakala malah lebih teruk dari sebelumnya.  

Dengan lumpuhnya prasarana dan struktur sosial, Mesir mengalami krisis ekonomi yang amat buruk.  Pemerintahan tentera dan kebangkitan parti-parti Islam kini meletakkan negara dalam keadaan sukar yang menjurus kepada penurunan nilai matawang dan hutang negara meningkat.  Kerajaan Mesir kini terpaksa membelanjakan sehingga USD2 billion sebulan bagi mengimbangi kejatuhan nilai tersebut sedangkan rizab matawang asing pula hanya tinggal USD10 billion daripada USD36 billion sebelum penggulingan kerajaan.   Pelaburan asing juga terhenti terus dan jumlah pelancong menurun secara drastik.  

Akibatnya, subsidi terpaksa ditarik balik dan harga makanan dan kemudahan asas di Mesir menjulang tinggi sehingga dua kali ganda. Penarikan subsidi juga pastinya menjejaskan harga minyak sekali gus semua harga barangan lain.  

Sikap rakyat Mesir terhadap subsidi sebelum ini adalah tidak jauh dari sikap rakyat Malaysia iaitu merasakan bahawa itu adalah kewajiban kerajaan atau menjadi hak mereka sejak lahir, tanpa mengambil kira keadaan ekonomi negara dan dunia.  Penarikan subsidi ini tentunya menambahkan kemarahan rakyat, cuma kini mereka mungkin tidak tahu lagi kepada siapa kemarahan tersebut harus ditujukan.  

Perkembangan terbaru,, kerajaan telah menjual saham di beberapa bank dengan harga yang rendah dari nilai sepatutnya.  Hari ini, rakyat Mesir tidak berani menyimpan wang mereka di dalam bank kerana bimbang apa yang akan berlaku di masa depan.  

Keadaan menjadi lebih teruk dengan kadar pengangguran kini berada di tahap 12 – 24 peratus berdasarkan angka rasmi dan tidak rasmi.  Sedangkan sebelum ini, kadar pengangguran berada di tahap 9 – 12 peratus yang mana menjadi faktor utama pemberontakan bermula.  Ini adalah tanda jelas bahawa keadaan adalah jauh lebih teruk dari sebelumnya. 

Kemelut pemilihan Presiden juga tidak membantu Mesir sebaliknya menambahkan kemarahan, keresahan dan kesusahan rakyat.  Justeru, bagi melepaskan kemarahan, pemberontakan berterusan setiap minggu walaupun pemberontak telah berjaya menggulingkan kerajaan sebelumnya.  

Pada 20 April lepas, beribu-ribu rakyat berhimpun lagi kerana mencurigai peralihan kuasa yang bakal berlaku bulan depan.  

Jika dulu pemberontak memberontak terhadap pemerintah kerana merasakan hidup mereka susah, tetapi hari ini hidup mereka jauh lebih susah.  Jika dulu rakyat secara puratanya membelanjakan USD300 untuk sebuah majlis perkahwinan, tetapi kini mereka hanya mampu membelanjakan sekitar USD100.  Jika dulu, pihak pengantin lelaki menghadiahkan emas tetapi kini tidak lagi.  Kini mereka terpaksa berlapar dan berebut untuk makan.  Mereka terpaksa menerima hakikat bahawa minyak adalah satu bentuk kemewahan.  

Semua ini adalah kesan langsung dari pemberontakan dan penggulingan kerajaan secara demonstrasi ganas yang dibakar oleh semangat kebencian dan sifat tidak tahu bersyukur.   Maka benarlah bahawa sesuatu perjuangan yang digerakkan oleh rasa benci dan marah adalah perjuangan yang diilhamkan oleh iblis.  

Semoga rakyat Malaysia tidak terpengaruh dengan bisikan iblis dan belajar menghargai segala nikmat keamanan, keselesaan dan kesenangan yang dimiliki hari ini.  Sebelum kita memBERSIHkan segala apa yang lain, eloklah kita BERSIHkan dulu hati nurani dan fikiran sendiri.  

Tersembam Di Kaki KJ, Kredibiliti Umum Terhadap Ambiga & BERSIH Tergugat




Penulis percaya rata-rata kalangan kita telahpun sedia maklum apa yang terjadi semasa debat anjuran The Malay Mail yang berlangsung sehari dua lepas.

Ringkasnya, Spark the Debate yang melibatkan Ketua Pemuda UMNO vs Pengerusi BERSIH keseluruhannya memperlihatkan Datuk Ambiga tersembam malu di kaki Khairi Jamaluddin (KJ).

Baik dari segi pengisian fakta dan hujah balas, nyata KJ jauh ke depan meninggalkan Ambiga yang tercunggap-cunggap hanyut dalam lamunan spekulasinya yang mendatar dan kabur.

Malam tersebut boleh diibaratkan malam yang malang untuk Ambiga kerana bukan saja telah menggugat kredibiliti dan imejnya sebagai bekas Presiden Majlis Peguam malah turut memberi kesan negatif terhadap NGO BERSIH itu sendiri.

Dalam pada itu pendirian tegas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim terhadap perhimpunan BERSIH 3.0 tambah memudaratkan kepercayaan ramai terhadap halatuju BERSIH 3.0.

Ketidakyakinan Tunku Aziz yang perhimpunan BERSIH 3.0 akan kekal berlangsung aman membuktikan dikalangan pemimpin pembangkang sendiri turut meragui kredibiliti Ambiga dan BERSIH 3.0 dalam memperjuangkan isu ketelusan dan keadilan proses pilihanraya.

Lebih memburukkan keadaan, BERSIH sebagai NGO juga hingga kini masih bergerak secara haram tanpa sebarang pendaftaran dengan ROS (Pendaftar Pertubuhan). 

Kebetulannya Pakatan Rakyat (PR) yang menjadi pendukung dan penyokong utama BERSIH juga tidak pernah didaftarkan sebagai parti gabungan yang berdaftar.

Selain itu, umum juga mengetahui daripada 81 NGO yang bernaung di bawah BERSIH, 60 daripadanya juga disahkan bergerak secara haram malah lebih mendukacitakan sebahagian besarnya hanya mempunyai keahlian di bawah 100 orang sahaja.

Di tambah pula peristiwa Pengerusi BERSIH jatuh tersembam di kaki KJ semuanya cukup rempah ratusnya untuk khalayak umum mempertikaikan kejujuran BERSIH dalam isu yang mereka gembar gemburkan selama ini.

Bagi yang tidak berkesempatan mengikuti perjalanan debat tersebut, sedikit petikan berikut yang di ceduk dari mynewshub pastinya boleh memberi gambaran yang lebih luas untuk anda memahami dengan jelas.


--+ MynewsHub +--
Menurut Khairy, beliau menghormati hak Ambiga untuk berhimpun secara aman, namun apa yang membuatkannya tidak setuju ialah pembohongan demi pembohongan fakta yang dicanang Ambiga kepada rakyat.

Beliau memberikan contoh tentang satu poster BERSIH 3.0 yang menyatakan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan telah mengeluarkan sebanyak 42,000 pengundi yang kononnya ‘pengundi hantu’ yang didalangi SPR dan kerajaan.

Ambiga memulakan hujah di pentas debat dengan mendedahkan beberapa fakta hasil kajian Ong Kian Ming mengenai sistem dan pengkalan data SPR yang dikatakan agak mencurigakan.

Antara isu yang dibangkitkan Ambiga ialah mengenai tiga juta nama yang didaftar mengundi tidak mengikut kawasan alamat di dalam kad pengenalan, tindakan SPR yang mengeluarkan nama 42,000 individu dari senarai mengundi oleh SPR dan pengundi pos di luar negara.

Mula bersahaja dengan jenaka ‘memori disembur gas pemedih mata dari pasukan polis yang sama’ pada himpunan BERSIH 2.0 pada Julai lalu, Khairy menegaskan kepada Ambiga bahawa beliau senada dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk memastikan Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) adalah yang paling adil dan BERSIH yang pernah diadakan di negara ini.

Khairy menyatakan bahawa segala tuntutan BERSIH telah dibincangkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) dan semua cadangan dari jawatankuasa itu dijangka mengambil masa untuk dilaksanakan, tapi menjelaskan bahawa ada beberapa perkara yang akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Rembau itu mempersoalkan kewajaran Ambiga dengan menggunakan taktik penipuan dalam pengedaran fakta melalui risalah BERSIH 3.0 yang sangat mengelirukan, palsu dan mampu menyebabkan rakyat salah faham dengan fakta yang sebenar.

Menurut Khairy yang lebih mesra dengan panggilan KJ itu menjelaskan bahawa SPR telah menyerahkan sebanyak 12.5 juta nama pengundi kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk disemak satu persatu.

Bagaimanapun, JPN mendapati bahawa sebanyak 42,051 nama pengundi  mencurigakan di dalam rekod SPR di mana mereka tidak mengemaskini alamat terkini dan senarai nama tersebut telah dipamerkan selama tiga bulan di jabatan terbabit bagi perhatian atau tindakan pemiliknya.

Dalam tempoh tersebut, seramai 1,248 orang telah tampil mengemaskini maklumat terbaru mereka, sekaligus membuktikan bahawa mereka masih hidup dan nama mereka tidak patut dikeluarkan dari senarai daftar pengundi SPR.

Justeru, beliau mempersoalkan kewajaran BERSIH yang sebelum ini menyebarkan cerita kononnya senarai pengundi tersebut adalah pengundi palsu sedangkan ia terbukti sebagai pengundi yang sah menurut Perlembagaan.

50,000 Mahasiswa Akan Menyertai Demonstrasi BERSIH 3.0 Atau... Hanya 500 Sahaja?




Hebat bunyinya apabila mahasiswa pro pembangkang mengwar-warkan keyakinan mereka untuk membawa turun seramai 50,000 mahasiswa untuk bersama-sama menjayakan demonstrasi BERSIH 3.0.

Bab propaganda dan memperbesarkan angka dan nombor sukar untuk kita tandingi 'kehebatannya' kerana itu yang dipelajari dari pemimpin pembangkang yang mereka puja.

Walau sekalipun propaganda tersebut nampak sangat mengarutnya, tapi kita perlu menerima hakikat tetap ada yang mempercayainya.

Demikian halnya bila pembangkang menghebahkan khabar kononnya 500,000 orang akan membanjiri Dataran Merdeka bagi meraikan perhimpunan BERSIH 3.0 pun, tetap ada yang teruja.

Walhal dari aspek keluasan persegi Dataran Merdeka hanya mengizinkan maksima sekitar 25,000 sahaja boleh berhimpit-himpit pada satu-satu masa, tapi tetap jua angka 500 ribu juga yang di propagandakan, logik atau mengarut suku kira.

Masih ingat demonstrasi anti PTPTN dua minggu sudah? Seluruh jagat alam digegarkan dengan berita 5,000 mahasiswa akan membanjiri Dataran Merdeka sebagai bantahan terhadap jasa khidmat PTPTN.

Realitinya apa yang berlaku? Hanya sekitar 200 hingga 300 orang mahasiswa saja yang turun berdemo itupun termasuklah 'pelajar-pelajar' tua yang datang entah dari mana tapi turut menempel dalam demonstrasi tersebut.

Mahasiswa yang terlibat dalam demo tersebut pula hanyalah segelintir yakni 0.0001% daripada jumlah ratusan ribu pelajar IPTA & IPTS. Dengan kata lain segelintir itu sebetulnya tidak layak dipanggil mahasiswa sebaliknya lebih tepat digelar sebagai mahasewel.

Apapun, melihat pada trend dan mood masyarakat umum tika ini, rata-ratanya sudah letih dengan pelbagai rantaian propaganda tak berkesudahan yang di hebohkan pembangkang sejak pasca PRU 12 lepas hingga kini.

Baik mahasewel pembangkang mahupun pemimpin politiknya, masing-masing sedang hanyut dalam imaginasi dan persepsi ciptaan mereka sendiri. 

Dek kerana itu, tidaklah menghairankan bilamana mereka hanya pandai memperbesarkan angka dan nombor hingga lupa hakikat sebenar yang mereka hanyalah vocal minoriti sahaja. 

Siapa Taja BERSIH?




Esok akan berlaku satu lagi perhimpunan di Kuala Lumpur yang dipanggil BERSIH 3.0.  Sebenarnya, sejak Anwar Ibrahim dipecat, rakyat Malaysia sudah lali dengan perhimpunan demi perhimpunan yang menuntut entah apa-apa.   

Himpunan ini selalunya didalangi oleh pihak Anwar sendiri dan kadangkalanya oleh pihak minoriti yang sengaja menangguk di air keruh.   Bagi mengabui mata ramai konon mereka mewakili sebahagian besar rakyat, mereka menggelarkan diri mereka dengan berbagai-bagai nama yang hampir semuanya merupakan NGO haram, iaitu tidak berdaftar.   

Tidak perlu rasanya untuk kita cuba merasionalkan tuntutan BERSIH kerana penulis yakin hampir semua rakyat Malaysia sedia maklum bahawa BERSIH bukannya memperjuangkan pilihanraya bersih.  Yang mungkin tidak tahu apa-apa, hanyalah segelintir penyokong mereka yang sempit dan cetek pengetahuannya dalam soal politik negara dan juga politik dunia.   Bagi golongan ini, walau apapun jawapan dan penjelasan yang diberikan, tidak akan sampai ke otak mereka kerana mereka tidak pernah ingin mencarinya.  

Hakikatnya, matlamat BERSIH hanyalah satu iaitu membuat huru-hara dan memburukkan nama Malaysia di mata dunia.   Ini semua orang tahu.  Tetapi mungkin tak semua tahu tentang dari mana datangnya dana untuk menggerakkan satu demonstrasi besar seperti BERSIH.

Bersih 2.0 menyaksikan sebanyak 120,000 TShirt di edar dan khabarnya Bersih 3.0 juga sama akan mencetak dalam jumlah yang sama.  Dari mana datangnya modal untuk mencetak T.Shirt sebegitu banyak?  Dan dari mana datangnya modal untuk menampung kos logistik, telekomunikasi dan kebajikan para pemimpin atasan, bawahan dan peserta?  Semua ini memakan jumlah jutaan ringgit.  Itu belum termasuk program-program pra-BERSIH seperti mesyuarat, perjumpaan, kos penginapan, pengangkutan, perhubungan, alatulis, banner, poster, bayaran kepada penulis, pemikir, kumpulan propaganda dan lain-lain.  

Justeru, dari mana datangnya dana ini?

Pada 27 Jun 2011, Ambiga Sreevanasan, iaitu pengerusi BERSIH 2.0 telah membuat kenyataan berikut kepada media, “BERSIH ada menerima sejumlah kecil sumbangan daripada dua organisasi Amerika Syarikat iaitu National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI) bagi projek-projek lain, yang tiada kaitan dengan Himpunan Bersih 2.0 bulan depan.”

Pokoknya di sini, bukanlah kecil atau besar sumbangan tersebut tetapi dari siapa dan kenapa?  Tentang untuk apa ia digunakan, Ambiga boleh kelentong apa saja kerana beliau pastinya baru tersedar yang perkara yang didedahkannya itu akan menjerat dirinya.  Justeru, eloklah kita kaji sendiri apakah ‘projek-projek’ lain yang disebut Ambiga?  

Untuk tujuan ini, kita harus terlebih dahulu mendalami siapa NDI yang memberi sumbangan ‘kecil’ kepada BERSIH?  

NDI adalah salah satu dari empat komponen NED atau National Endowmen for Democracy.  Di dalam laman web NDI sendiri, iaitu www.ndi.org juga ada melaporkan bahawa program NDI di Malaysia adalah ditaja oleh NED.


Siapa atau apakah NED?  

NED (National Endowment for Democracy), adalah salah sebuah yayasan dana demokrasi, topeng CIA yang didalangi neocon di Amerika Syarikat (AS). NED diasas oleh Ronald Reagan pada tahun 1983.  Pengerusinya, Carl Gershman adalah seorang ahli neo-konservatif.  Untuk pengetahuan, Rahimi Othman, bekas setiausaha Anwar pernah mendedahkan surat Anwar kepada Gershman yang bertujuan meminta dana juga.  

Seorang wartawan barat, William Blum dalam tulisan bertajuk “NED and Project Democracy” mendedahkan NED telah campur tangan di dalam hubungan di negara- negara luar dengan memberikan dana, kemahiran teknikal, latihan, bahan-bahan pelajaran, komputer, mesin faks, mesin fotokopi, dan kereta kepada kumpulan politik yang terpilih, organisasi masyarakat, kesatuan, puak penentang, kumpulan pelajar, penerbit dan akhbar, dan sebagainya atas tujuan menggulingkan kerajaan yang sah bagi membolehkan pemimpin yang pro-Amerika/neocon berkuasa.  

Sebelum ini NED telah melakukan perubahan kerajaan di Panama, Nicaragua, Haiti dan kini diteruskan lagi di Timur Tengah dan Thailand.

NDI mengaku telah mengadakan beberapa program di Malaysia bagi menghadapi pilihanraya 2008.  Program tersebut melibatkan Research for Social Advancement (REFSA), BERSIH Amnesty International Malaysia (AIM), All Women’s Action Society (AWAM), Centre for Independent Journalism (CIJ), Komuniti Masyarakat (KOMAS), Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Women’s Aid Organisation (WAO), Writer’s Alliance for Media Independence (WAMI), Bar Council dan beberapa yang lain.

Jika dibuat sedikit kajian anda akan mendapati bahawa hampir semuanya yang disebut diatas menerima dana dari NED dan juga OSI (Open Society Insitute) yang dimiliki oleh George Soros.  

Maka, kita berbalik kepada soalan tentang kenapa mereka ini memberi dana kepada BERSIH?  

Tidak lain tidak bukan ialah untuk  menumbangkan kerajaan Islam yang sah di Malaysia untuk digantikan dengan kerajaan yang lebih liberal, plural dan patuh kepada kumpulan neo-konservatif.  

Inilah sedikit sebanyak tentang siapa penaja BERSIH.  

Jika masih lagi ada yang bersikap skeptical dan bertanya kenapa NED atau NDI perlu ‘mengganggu’ Malaysia, jawapan penulis ialah rujuklah kepada Al-Quran tentang bagaimana orang-orang Yahudi itu tidak akan duduk diam selagi mereka tidak dapat mengalahkan Islam.