Reunion Batch 1994

Reunion Batch 1994

Tuesday, May 29, 2012

Hi.. kenapalah aku terjebak tonton video nih..



Kau-kau kena tibai.. Nurul Izzah apa guna kau pakai tudung, tapi papa kau main punggung.. bertaubat lah Nurul Izzah. Masuklah dalam bilik.. kau tengok papa kau main. (Mang ai..)  Oiiiiiiiiiii.. kepala hotak kau demokrasi.. cakap jer demokrasi.. sedangkan papa kau pengamal provokasi.. kroisme..pluralisme.. you get lost.. you get lost.. berbelas tahun papa kau dalam UMNO. Papa kau setan.. Tak mengenang budi.. (Perghhhhh.. cukup-cukuplah tu.. yer.. nak tau citer baik dengar baik-baik..) Masa kau berkuasa.. kau guna polis cekup aku.. seksa aku.. haram jadah kau Anwar Ibrahim.. Kau guna kuasa Menteri untuk kepentingan diri kau.. Kau jawab aku.. kau jawab aku.. kenapa kau seksa aku wei Anwar Ibrahim..




   

Siapa papa segala sial?? Anwar Ibrahim Sial.. Papa segala sial? Siapa papa sial?? Siapa papa penzina?? siapa papa liwat?? siapa yang malukan nama Malaysia?? Siapa yang sial?? Engkaulah sial.. Kau papa segala sial.... Bukan main lagi Ummi Hafilda bertegang leher dengan si anak borek si bapak rintik.. (sengaja di terbalikkan pepatah nih.. jangan marah arrrrrr) 


TINTA JAMBU : Nak bagi peringat dekat pendokong parti-parti di dalam Malaysia nih.. Biar apa pun yang melanda negara.. pokok pangkalnya.. pulangkan kebenaran kepada hati untuk menilai. Jika Ummi Hafilda tidak ada sejarah dan bukti fakta membabitkan Anwar Ibrahim.. ingat senang-senang wanita nak memalukan dirinya di khalayak ramai. 


Beberapa perkara Tinta Jambu tabik spring dengan Ummi Hafilda.. beberapa perkara yang lain.. Tinta Jambu amat risau kita semua tak ada kerja lain dan meninggalkan tugasan azali kita semata-mata nak melayan perkara yang dah lah memang haram... kepala hotak dia berjambul pulak lagi.. huhuhuhu... Biarlah kita berpijak di bumi yang nyata.. tak suka Anwar Ibrahim.. kita tunjuk ketidaksukaan kita terhadap dia yang dah semakin carca marba.. kita tunjuk ketidaksukaan kita segala-galanya tentang dia. 


Ummi Hafilda itu ibarat setitis dakwat yang tidak memberi apa-apa kelebihan kepada Anwar.. tetapi dia tu dah macam titisan embun.. bila kena.. berbisa dada dibuatnya.. kahkahkahkahkahkah.. meroyan Anwar dengar Ummi Hafilda mengilai.. Kau buat jer lagi Anwar.. kau salah guna kuasa lagi bila bergelar Menteri dan Timbalan Menteri.. 


ANWAR IBRAHIM harus bertaubat!!!! - Karpal Singh 
ANWAR IBRAHIM al-juburi!!! - Mat Sabu

Nurul Izzah akhirnya mengaku video itu 99.9% adalah papanya..


nurul-video
"Bukti terbaik adalah video rakaman,".Ayat ini memang cukup menikam kalbu.Ia kurang menarik kalau Hamba Allah lain yang cakap.Sebaliknya ia layak masuk dalam buku kata-kata pujangga kerana ayat ini tidak lain tidak bukan muncul dari Nurul Izzah anak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.
Cuma Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai ini bercakap dalam kontek kekecohan yang berlaku semasa ceramah PKR dan UMNO yang jaraknya hampir satu sama lain di kawasan flet Pantai Permai di Lembah Pantai Khamis malam.
Dakwanya ada video untuk membuktikan provokasi  kejadian baling batu dan telor semasa ceramah yang menyaksikan Ummi Hafilda Ali berentap berceramah dengan Anwar dan Nurul di situ dimulakan oleh orang UMNO.
Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai Mohamad Sazali Kamilan sebaliknya mendakwa kekecohan bermula bila Anwar dalam ceramahnya menyebut " UMNO sial".Katanya dalam kejadian itu ada juga orang disebelah ceramah UMNO yang cedera terkena balingan objek keras.
Bab sailng tuduh memuduh itu satu hal. Namun kenyataan Nurul Izzah yang bercakap tentang bukti dalam bentuk video itu telah mengundang reaksi dikalangan ramai pihak.
Agendadaily sendiri menerima banyak panggilan kalangan pembaca yang mempersoalkan ' kebijaksanaan' anak Anwar ini bercakap tentang soal video.
Kata mereka sebelum ini puak itu bukan main geli dengar tentang video.
Ini bila terkena batang hidung sendiri video terus dijadikan alat tempat bersandar untuk membuktikan kebenaran.
"Minta tolong cakap pada Nurul tolong tengok baik-baik video bapanya sedang bagi signal pada Azmin sebelum rempuhan ke Dataran Merdeka berlaku masa Bersih 3.0.Tanya samaada dia setuju tidak bapanyalah pencetus kekecohan itu ,"kata seorang pembaca dari Kampar,Perak.
Kata pembaca itu dari pemerhatian telitinya sudah cukup jelas siapa dalangnya.
Namun katanya  Anwar dengan wajah selamba menafikanya.
Seorang pembaca dari Seremban dengan nada cukup sinis meminta Nurul menilai pula video seks 99.9 peratus tulin yang dikaitkan dengan bapanya.
"Kalau nak bercakap tentang video kenalah berlaku adil...bagaimana dengan video itu.Orang politik kata fitnah memang senang apa lagi kes ini libatkan bapa sendiri,"katanya.
Pembaca itu kata jangan kata Nurul malah seluruh pimpinan pakatan pembangkang terus terkedu tidak berani meminta siasatan terbuka dibuat untuk memastikan secara muktamad kebenaranya.
"Kerja mereka cuma nafi dan nafi...sedangkan kami yang melihatnya sudah 99.9 peratus pasti siapa pelakonnya,"katanya.
Apa lagi,katanya dengaan adanya video CCTV Anwar dan Datuk Sharzly Eskay Abdullah sedang naik turun lif apartmen itu.
"Kenapa dalam bab itu Nurul tidak bertegas mahukan kebenaran...atau kata bukti terbaik adalah video rakaman,"dia bertanya.
Beberapa pembaca lain meminta Nurul tidak emosional dalam bab kejadian di Lembah Pantai itu sehingga polis selesai buat siasatan.
"Silap cakap nanti kain sendiri yang terselak...,"kata mereka.
Bagi mereka sikap double standard pembangkang ' sudah naik ke paras hidung' .
Kata mereka rakyat tahu membuat penilaian setelah memerhati segala gelagat mereka yang cakap bagai lidah bercabang ini.
Kata seorang lagi dalam bab video ini memang Nurul Izzah sudah silap langkah.
"Jangan nanti Datuk Seri Haji Hadi Awang tersinggung...bukankah beliau sudah keluar ' fatwa' video besi...tidak boleh dijadikan bukti," katanya. - 28/5/2012

Dah tau duit tu tak cukup.. duduk diam-diam tak boleh ker??


sultanjohor
Nombor plat idaman ramai WWW 1 yakni ringkasan pada alamat di internet World Wide Web adalah milik Sultan Johor.
Baginda memperolehinya menerusi bidaan tender tertinggi sebanyak RM520,000.
Bidaan baginda mengatasi 9,999 orang lain.Ini termasuk Yang Dipertuan Agong yang memperolehi nombor plat WWW 5.
Hasil tender berkenaan dipaparkan dalam laman web Jabatan Pengangkutan Jalan.-28/5/2012

Rekod baru... Nilai keseluruhan bidaan no plat WWW RM64 juta

Rekod baru dicatatkan apabila nombor pendaftaran siri WWW  mendapat sambutan di luar jangkaan apabila sebanyak 18,243 permohonan diterima sepanjang ia dibuka untuk bidaan dari 30 April hingga 14 Mei 2012 yang lalu, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.
Kong menambah, nilai bidaan keseluruhan adalah sebanyak RM64,225,838.51. Kutipan hasil daripada pembida yang berjaya adalah dianggarkan sebanyak RM11.3 juta, iaitu 10 kali ganda daripada kutipan yang biasa dibuat untuk jualan nombor pendaftaran siri-siri sebelum ini.
"Nombor pendaftaran telah WWW 1 telah mencipta rekod baru apabila bidaan tertinggi yang diterima adalah bernilai RM520,000.00, ini mengatasi nombor pendaftaran MCA 1 yang telah dijual dengan harga RM300,100.00," katanya dalam satu kenyataan media petang Khamis.
Menurut beliau siri WWW juga telah mencipta rekod tersendiri, iaitu sejumlah 13 bidaan yang telah berjaya, adalah bernilai melebihi RM100,000.00 dan 3 daripadanya adalah bernilai melebihi RM300,000.00. 
Bilangan pembida yang terbanyak adalah untuk nombor WWW 333 iaitu seramai 84 orang.
"Pada asasnya semua nombor bernilai utama, nombor menarik dan nombor popular, termasuk nombor-nombor biasa lain yang mungkin mempunyai nilai sentimental atau maksud tertentu kepada pembida telah habis dibida,"tambahnya.
Secara keseluruhannya, 4908 nombor dalam siri WWW dibida manakala bakinya sebanyak 5091 akan menjadi nombor semasa (running number) apabila siri WWW dibuka untuk pendaftaran kelak, ujar beliau.
Kong berkata keputusan penuh bagi nombor pendaftaran siri WWW akan dikeluarkan melalui portal JPJ (www.jpj.gov.my) pada 28 Mei 2012 memandangkan pihak JPJ memerlukan masa untuk meneliti bilangan bidaan yang besar sebanyak 18,243 bagi mengelakkan sebarang kesilapan dalam keputusan tender.
Sehubungan itu, surat rasmi berhubung keputusan bidaan akan dikeluarkan mulai 6 Jun 2012 dan nombor pendaftaran siri WWW dijangka boleh mula didaftarkan pada 15 Jun 2012.
Pembida boleh memilih untuk menerima surat keputusan secara pos atau datang sendiri ke pejabat JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wangsa Maju. Bagi pembida yang berjaya, bayaran baki bidaan perlu dijelaskan dalam tempoh sebulan dari tarikh surat keputusan dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan nombor pendaftaran tersebut ditarik balik.
Manakala, pembida yang tidak berjaya, akan dipulangkan bayaran deposit berdasarkan alamat yang yang diberikan dalam sampul surat yang disertakan bersama permohonan, jelas Kong.

Belia Negeri Selangor Tolak PR







Tanggal 26 Mei 2012 yang baru saja berlalu tentu saja meninggalkan detik hitam untuk kerajaan negeri Selangor yang diperintah oleh pakatan pembangkang, untuk entah ke berapa, realiti semasa sama sekali tidak menepati propaganda yang mereka sering war-warkan.

Jika selama ini mereka gah mendakwa perjuangan mereka mendapat sokongan kuat daripaga generasi muda, apa yang terjadi pada Sabtu lalu membuktikan sebaliknya apabila Himpunan & Konvensyen Belia Selangor 2012 yang dianjurkan oleh kerajaan PKR Selangor di Seksyen 7 Shah Alam gagal sepenuhnya.

Mengikut perancangan asal, sepatutnya majlis tersebut dihadiri oleh lebih 20,000 belia, mahasiswa dan remaja Selangor, namun yang berlaku ialah hanya sekitar 100 orang sahaja yang hadir.

Malah Anwar Ibrahim yang pada mulanya dijadulkan merasmikan Konvensyen tersebut akhirnya terpaksa membatalkannya pada saat akhir selepas jumlah peserta yang hadir terlampau sedikit. Malu & segan agaknya.

Sedari awal penganjuran Konvensyen Belia Selangor 2012 anjuran kerajaan negeri Selangor matlamatnya untuk divert golongan belia daripada memenuhi Himpunan Jutaan Belia 2012 anjuran Kerajaan Pusat yang di langsungkan di Putrajaya, lain yang diharap malu pula yang dapat.

Kegagalan Konvensyen Belia anjuran kerajaan negeri Selangor itu sekaligus membuktikan majoriti belia dan mahasiswa menolak dasar perjuangan pakatan pembangkang.

Monday, May 28, 2012

Anwar Yang Sial???

TINTA JAMBU tengah carik video Anwar Sial yang terkini. Jumpa yang ini pulak. Boleh lah.. untuk renungan kita semua..


Apa Tindakan Ahli PAS Setelah Fatwa Pemimpin PAS DiSahkan Sesat?




Jika UMNO yang menyatakan bahawa fatwa yang disebarkan PAS bahawa ‘undi PAS masuk syurga’ adalah sesat, maka PAS akan menuduh UMNO cemburu, jahil, sesat hatta kafir.   

Justeru, kita ingin bertanya ahli-ahli PAS, apakah Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi juga cemburu, jahil, sesat atau kafir juga kerana menyatakan fatwa yang digunapakai PAS itu adalah bodoh, jahil dan sesat?  Kenyataan ini dibuat beliau dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia semalam.  

Jawapan pemimpin-pemimpin PAS mengenai kenyataan Dr.  Sulaiman ini sudah boleh dijangka iaitu “bahawa UMNO telah memberi penerangan yang tidak benar mengenai PAS kepada Sheikh Dr. Sulaiman sehingga menyebabkan beliau salah faham mengenai fatwa tersebut”.    

Ahli-ahli PAS totok pun akan turut berkata yang sama sebagai mempertahankan diri mereka.  Sebahagian ahli PAS yang lain pula iaitu yang mampu menggunakan sedikit akal fikiran, akan menafikan bahawa pemimpin mereka pernah berfatwa demikian sebaliknya UMNO yang sengaja mengada-ngadakannya.  

Apa yang pasti, pemimpin dan ahli PAS akan melakukan apa sahaja untuk menyedapkan hati sendiri setelah menyedari yang mereka telah tersesat.   Ego dan takbur akan menghalang mereka-mereka dari mengakui kesalahan, jauh sekali untuk kembali ke pangkal jalan.  

Kenyataan Sh. Dr. Sulaiman ini amatlah dialu-alukan di ketika umat Islam di Malaysia berpecah-belah dan keliru akibat dari hasutan Ulama-ulama jahat akhir zaman.  Namun, usaha untuk memperbetulkan kembali pemikiran umat yang telah dicelarukan ulama-ulama ini bukanlah mudah.  Rata-rata umat Islam yang celaru itu enggan mengakui kecelaruan mereka kerana terpesong jauh oleh emosi benci dan dendam yang tidak berasas terhadap kerajaan.  

Jika dulu, umat Islam di Malaysia dihasut oleh PAS untuk membenci kerajaan kerana tidak menggunapakai undang-undang Islam dan dianggap kafir, tetapi kini PAS masih terus membenci kerajaan walaupun mereka sendiri telah pun membuang negara Islam dari perjuangannya apabila bekerjasama dengan kafir harbi DAP dan pluralis PKR.

Lebih menyedihkan ialah apabila PAS bukanlah dominan dalam Pakatan Rakyat tetapi menjadi pak turut kepada DAP dan PKR.  Maka, sedar tak sedar, PAS kini sebenarnya sedang membantu perjuangan pluralis PKR dan Kristian Evangelist DAP untuk bertapak di Malaysia secara mutlak melalui penguasaan politik.  

Hakikat yang sukar untuk ditelan ialah kesesatan PAS bukan sedikit, tetapi sudah terlalu jauh dan terlalu dalam, berakar umbi sejak tahun 70an, menjadi barah yang semakin parah kepada ummah.  Dalam hal ini, mungkin kerajaan juga berkongsi sedikit kesalahan kerana tidak mengharamkan saja PAS sejak dahulu.  

Jika dulu, kesesatan PAS terlindung oleh imej ekstrem dan fanatik Islam, tetapi kini kesesatan PAS terserlah dengan duduk di belakang golongan liberal yang meletakkan hak asasi kebebasan mengatasi tuntutan agama.  Bertitik-tolak dari itu, pemimpin-pemimpin mereka terpaksa mengeluarkan kenyataan bercanggah dan merapu semata-mata untuk menjustifikasikan kesepakatan mereka dengan golongan ini.  

Walaupun kesesatan mereka kini jelas dan nyata, tetapi kerana fatwa ‘undi PAS masuk syurga’ telah berakar umbi sekian lama, maka ramai umat Melayu yang tetap kekal di dalam PAS semata-mata mengharapkan syurga mudah.    

Syurga adalah nikmat, rahmat yang diberi kepada manusia yang berbuat kebaikan, yang berbudi kepada manusia lain dan alam semulajadi, yang suci hatinya serta ikhlas perbuatannya.  Syurga adalah untuk manusia yang tahu bersyukur akan nikmat Allah kepadanya, yang menggunakan sebaiknya anggota, pancaindera dan akal kurniaan Allah untuk kebaikan diri sendiri, saudara-saudaranya, manusia sejagat dan alam sekitar.  Syurga adalah untuk manusia yang mengamalkan ayat-ayat Allah untuk meneroka dan mencari ilmu dari seluruh kejadian alam dan cakerawala iaitu matlamat utama mereka dicipta.  

Syurga bukan ditentukan oleh manusia, parti, undang-undang atau kerajaan.  Syurga neraka adalah hak Allah S.W.T.  Kerana itu, kita diberitahu tentang kisah bagaimana seorang pelacur boleh masuk syurga hanya kerana memberi makan seekor anjing serta bagaimana seorang Ulama boleh tergelincir ke neraka kerana riak.   

Kita tidak faham bagaimana ahli-ahli PAS yang kononnya amat mementingkan agama tidak mampu memahami perkara asas dalam agama Islam iaitu tentang syurga neraka yang tidak boleh ditentukan oleh manusia.   Kita tidak faham bagaimana begitu mudah sekali sebahagian dari kita untuk terpesong, terpedaya dan tertipu oleh serban, jubah dan kata-kata yang tidak masuk akal.  

Inilah akibatnya jika gemar menolak penggunaan ‘akal’ dalam membincangkan soal agama.  Sedangkan Allah S.W.T telah menegaskan bahawa ‘akal’ adalah kurniaan tertinggi yang diberikan kepada makhlukNya.  Apa guna diberikan akal jika bukan untuk digunakan terutama dalam menghayati ajaranNya?

Sh. Dr. Sulaiman bukan orang UMNO, bukan orang politik dan bukan mewakili kerajaan Mesir atau mana-mana negara Arab.  Beliau bercakap atas kapasiti seorang Ulama yang bertanggungjawab menyatakan kebenaran demi kebaikan ummah.  

Maka, terpulanglah kepada ahli-ahli PAS untuk terjun bersama serban pemimpin mereka atau mendengar nasihat Sh. Dr. Sulaiman dan kembali ke pangkal jalan

Komisyen Scorpene : Pembangkang Bermaharajalela Menipu Rakyat



Isu scorpene ditimbulkan oleh pembangkang ‘di saat-saat akhir’ sebelum pengunduran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai senjata terakhir untuk memastikan Dato’ Seri Najib tidak akan ditabalkan sebagai pengganti beliau.  Setelah gagal mengubah takdir di mana Dato’ Seri Najib telah dilantik sebagai Perdana Menteri, isu ini diteruskan oleh pembangkang dengan harapan dapat memendekkan tempoh pemerintahan beliau.  

Seperti yang diketahui, pembangkang menggunakan berbagai-bagai jenis penyamaran untuk menyerang BN, antaranya Majlis Peguam, Suhakam, Himpunan Hijau, Suaram dan macam-macam lagi yang semuanya bersikap memusuhi kerajaan. 

Dalam kes scorpene ini, pembangkang telah menggunakan Suaram untuk melancarkan serangan awal bagi pihak mereka.  Sebagai permulaan, Suaram telah memfailkan aduan terhadap DCNS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia di mahkamah Perancis kerana ‘mengesyaki’ kegiatan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam tersebut.  Isu ini dikatakan berkait rapat dengan pembunuhan Altantuya Sharibuu, seorang model Mongolia yang kemudiannya cuba digambarkan sebagai mempunyai hubungan sulit dengan Perdana Menteri.  

Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel dilaporkan berkata, “kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar.”

Seperti yang disebut tadi, kita cukup maklum bahawa Suaram sebenarnya bertindak bagi pihak pembangkang yang ingin menjatuhkan Dato’ Seri Najib dengan apa jua cara.  

Tetapi, apa yang dilakukan oleh mereka kali ini adalah tersangat keterlaluan iaitu memfitnah Perdana Menteri terlibat dalam pembunuhan dan membawa perbincangan berkenaan kos pertahanan negara kepada dunia.  

Kos pertahanan negara adalah sesuatu yang sulit di mana segala butirannya tidak boleh dibentangkan secara terperinci.  Setiap kerajaan di dunia perlu menyembunyikan beberapa fakta sebagai strategi keselamatan dan pertahanan negara masing-masing.  Jika soal pertahanan dibentangkan secara terbuka, ia mampu mendedahkan negara kepada bahaya.  

Apa yang tidak pernah disembunyikan oleh kerajaan ialah, kontrak perolehan kapal selam scorpene secara keseluruhannya adalah bernilai EURO 1.084 billion.  

Dari jumlah itu, EURO 969.15 juta dibayar kepada DCNS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) sebagai kos perolehan dua kapal selam Scorpene, pakej Integrated Logistics Suppport (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam.

Bakinya, iaitu EURO 114.96 juta dibayar secara berperingkat dalam tempoh enam tahun kepada Perimekar Sdn Bhd sebagai kos perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan projek Kapal Selam TLDM di Cherbourg, Perancis dan Cartagena, Sepanyol serta pelatih-pelatih kapal selam di Brest, Perancis.

Semua ini tertulis secara terperinci dalam kontrak yang ditandatangani pada 5 Jun 2002.  

Merujuk kembali kepada aduan yang dibuat oleh Suaram seperti yang dipetik di atas, iaitu “kes ini spesifik kepada pemberian komisyen EURO 114 juta yang diberikan kepada syarikat Perimekar”; justeru, berdasarkan fakta ini, persoalan yang timbul ialah, jika EURO 114 juta itu adalah komisyen, maka apakah ini bermakna Perimekar telah memberi perkhidmatan koordinasi dan sokongan secara percuma?  Ini kerana, dokumentasi transaksi jelas menunjukkan bayaran yang terlibat kepada Perimekar hanyalah EURO 114.96 juta sahaja dan tiada lebihan.  

Secara dasarnya, Perimekar bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan berikut:  

-       menyediakan kediaman lengkap bagi 27 keluarga pegawai di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.  

-       Menyediakan pejabat urusan dan kediaman lengkap bagi krew kapaal TLDM seramai 156 orang dan 30 staf penyelenggara pengkalan di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun. 

-       Membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO50 sehari setiap seorang untuk tiga tahun pertama dan EURO60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua. 

-       Membiayai kos penerbangan pergi-balik setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia setiap empat bulan sekali. 

-       Syarikat ini juga bertanggungjawab memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat yang berpotensi untuk menyertai program offset.  

-       Membantu kontraktor utama berhubung prosedur kerajaan dalam perlaksaan kontrak.  

-       Menyelaras latihan antara krew, kontraktor dan kerajaan. 

-       Menyediakan laporan koordinasi dan lain-lain lagi.  

Maka, sekali lagi kita ingin bertanya, jika benar EURO 114 juta tersebut adalah komisyen semata-mata, bagaimana Perimekar menanggung semua kos perkhidmatan di atas?  

Hakikatnya, bayaran EURO 114 juta itu bukanlah komisyen tetapi bayaran untuk perkhidmatan yang disediakan oleh Perimekar. Ia adalah bayaran yang telus, nyata dan wajar dan tiada apa yang pelik dalam urusniaga ini.  

Yang pelik hanyalah tuduhan Suaram dan pembangkang yang tidak berasas sama sekali.  

Kesungguhan pihak ini untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib sehingga sanggup mengupah penulis yang punya sejarah sakit mental, iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) untuk mereka-reka cerita mengenai penglibatan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya yang konon berkait rapat dengan pembelian kapal selam untuk negara, mula menimbulkan persoalan.  Dari cakap-cakap kedai kopi kini terbau syak wasangka mengenai apakah pembangkang ada kena-mengena dengan pembunuhan tersebut?  

Dengan RPK sudah pun mengakui yang dia hanya mereka-reka cerita sepatutnya sudah cukup untuk membuktikan bahawa bahagian lain dalam ceritanya, seperti isu scorpene ini juga adalah rekaan juga.  

Oleh itu, kita mengalu-alukan siasatan pihak Perancis atau mana-mana pihak juga untuk terus membongkar isu scorpene ini.  Tidak mustahil kita akan menemui sesuatu yang lebih lagi dari sekadar cerita rekaan pembangkang…  

Aqasha Daniel boleh ikut jejak Nazmi nanti..


Saya tetap berpijak di bumi nyata: Nazmi


“SAYA tetap berpijak di bumi nyata dan sentiasa ingat pesan mak dan ayah!” 

Itu pegangan Mohd Nazmi Faiz Mansor yang muncul pemain pertama mengikat kontrak dengan kelab Portugal - SC Biera Mar.
Menyedari gaya hidup kebanyakan pemain di Portugal yang agak bebas, Nazmi bertekad tidak akan cepat terpengaruh dan hanya akan memberi tumpuan kepada latihan serta permainan dalam merealisasikan impian melebarkan kerjaya di Eropah.
“Sasaran utama saya ialah bermain di Eropah dan Biera-Mar ini adalah permulaan baik untuk saya,” kata pemain 17 tahun itu. “Saya tidak akan membiarkan perkara lain mengganggu matlamat sebenar saya.

“Di Portugal, saya lihat ramai pemain yang berbakat tetapi mereka cepat lupa diri dan rasa diri mereka bagus sehingga menjadi punca kemerosotan prestasi. Ejen saya, Marco (Guimaraes) turut memberi peringatan kepada saya berkenaan perkara ini.”

“Saya akan kembali semula ke Portugal awal Julai ini selepas pusingan kelayakan Piala Asia. Saya tahu akan bermula dari bawah dan perlu bersaing untuk mendapat tempat dalam skuad utama,” katanya yang berharap lebih ramai pemain muda mengikut jejaknya.

Sementara itu, Guimaraes berkata dia sedar dengan masalah dihadapi segelintir pemain muda di Portugal dan akan memastikan Nazmi tidak terjerumus dalam kelompok itu. 
“Ada ramai pemain berpotensi sepatutnya mampu menjadi lebih besar daripada Cristiano (Ronaldo), tetapi kerana gaya hidup tidak terkawal menyebabkan prestasi mereka merudum,” katanya.

“Saya secara peribadi akan memantau prestasi Nazmi, tetapi saya yakin dia mempunyai impian cukup kuat untuk tidak menjadikan perkara remeh begitu sebagai penghalang.”

Sumber : Berita Harian

TINTA JAMBU : Sejak anak buah terpilih mewakili Malaysia di persada sukan antarabangsa ni, jiwa jadi lain. Kahkahkahkahkahkah.. Sudah tentu Tinta Jambu support our family members bila ada yang berpeluang berjasa kepada negara, dengan apa cara sekali pun.

Apa lah cerita pasukan Malaysia under 10 Cappy Cup kat Croatia nih. Hari ni, hari ketiga mereka bertendang di padang Croatia. Semoga segala-galanya baik-baik belaka. Tidak dapat di bayangkan, Asian players like Malaysia ni saiz badan dia tu kannnnn?? 

Kahkahkahkahkah.. kecik-kecik cili padi.. lincah bermain gagah berlari.. 'adik harimau' mencengkam lawan!!! terrer gelecek pertahanan lawan.. 

Go Cappy Cup Malaysian Team Go!!!!!!

Acha go Acha!!!
Cik D will support you lah!!!!!

Saturday, May 26, 2012

Nik Ajis kecek lagu nih.. Mu gapo dio wehhhhhhh..

Bukan Melayu boleh jadi PM asalkan Islam, kata Nik Aziz


nik aziz 16mac
Nik Abdul Aziz Nik Mat

Soal bangsa tidak perlu dipertikaikan untuk seseorang menjadi Perdana Menteri asalkan dia beragama Islam, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ini kerana perdana menteri akan mengetuai kerajaan dan memimpin umat Islam di negara ini.


"Nak bukan Melayu tidak apa, asalkan beragama Islam, mana boleh pimpin Islam kalau tidak Islam. (Contohnya) negeri demokrasi, adakah (jawatan) diberi kepada komunis, negeri komunis pula adakah dia akan beri kepada orang demokrasi? Tak ada... negeri komunis maka (pemimpin) komunis yang pegang, negeri demokrasi maka demokrasi pegang.


"Negeri Islam, maka orang Islamlah pegang, jadi bangsa apa pun tak peduli," katanya selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS Negeri Kelantan di Markaz Dewan Ulama (MADU) Labok, di sini, hari ini.


Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini dilaporkan berkata beliau akan terus berjuang bagi memastikan bukan Melayu memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dengan alasan tiada undang-undang yang menghalang orang bukan Melayu untuk memegang jawatan tersebut. Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz pula menyifatkan kenyataan Karpal itu pendapat peribadi dan yakin ia tidak menjejas sokongan kepada Pas.


"Cuma kita melihat dalam konteks semasa, orang Melayu Muslim (adalah) majoriti di negara ini, jadi kalau Karpal sebut mengenai bangsa, kita tak kisah tapi kalau bukan Muslim nak jadi Perdana Menteri, itu kita tolaklah," katanya. – Bernama

TINTA JAMBU : Kalau nak di kaji kepada apa yang dikatakan oleh Nik Ajis nih, Tinta Jambu fikir, calon yang paling layak ialah Ustaz Ridzuan Tee. Dia bangsa Cina beragama Islam. Apa cam PAS.. setuju tak??

Melepas lagi Anwar Ibrahim nak jadi PM.. Hihi.. 

Anwar kalut sejak Karpal Singh kata Lim Guan Eng Perdana Menteri Malaysia..

Anwar: 'PM adalah Melayu Islam'

anwar ibrahim
Anwar Ibrahim

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat (PR) sudah memutuskan supaya Perdana Menteri adalah seorang Melayu yang beragama Islam.

Menurutnya, pihaknya mempercayai isu dan dasar yang sudah diputuskan itu adalah adil kepada semua dan menyifatkan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk memperjuangkan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri sebagai berlunaskan semangat Perlembagaan Persekutuan.

 “PR memang memutuskan dengan cukup jelas supaya Perdana Menteri harus seorang Melayu yang beragama Islam untuk PRU akan datang. Isu dan dasar ini kita percaya ia adil kepada semua.

“Saya tidak pertikai suara semangat Perlembagaan Persekutuan. Malah DAP telah umumkan bahawa pada PRU akan datang, seandainya PR menang, Anwar Ibrahim akan ditonjolkan sebagai Perdana Menteri. Saya Melayu Muslim, melainkan beberapa orang Umno yang menganggap saya Cina,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pulai Springs Resort di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP itu yang mahu terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.

Mengulas serangan ketika beliau berceramah dan anaknya, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, kelmarin, Anwar mendakwa tindakan itu dilakukan ‘samseng’ Umno.

TINTA JAMBU : Kihkihkihkihkihkih.. Anwar Ibrahim dia kata PM adalah Melayu Islam tu sebab dia nak tunjukkan kat dunia bahawa dia lah Melayu Islam tu.. Sebenarnya dia takut dah, sekiranya Pakatan Haram Jadah Berkuasa.. dia tetap bukan Perdana Menteri.

Kihkihkihkih.. tahniah buat Karpal Singh yang dah buat Anwar Ibrahim bersilat tak tentu hala. Terduduk kau..

Dasarnya kami dah lama kata PM Malaysia ni memang orang Melayu dan beragama Islam. Siapalah yang dah buat perkara simple jadi susah ni.. lawaknya..

Tak payahlah nak berangankan Putrajaya tu yeop.. Kejap nak jual.. kejap nak lelong.. kejap nak rampas.. budaya apa kau nak buat Malaysia nih.

Malaysia is Malaysia dan bukan Mesir. Tunisia, Libya atau pun Pulau Pinang.
 
 

Rafizi mulut Joyah macam lembu


SEPANJANG masa dari pagi hingga petang, dari sarapan pagi hingga makan tengahari, di kedua-dua kedai makan yang penulis kunjungi, topik hangat dan paling hebat dibincangkan ialah mengenai Debat isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli semalam.

Dari apa yang penulis dengar, rata-rata memuji Rafizi kerana berjaya menyebabkan Ketua Pemuda UMNO itu gagal menjawab soalan yang dikemukakan sebanyak 2 kali, iaitu soalan berkaitan dengan pinjaman National Fedlot Corporatiom (NFC) yang memang menjadi trademark bila bercakap tentang Rafizi sekarang.

“Sebut Rafizi ingat NFC, sebut Rafizi ingat NFC, bukan lembunya tapi syarikatnya”, kata salah seorang dari yang berhujah.

Tapi dalam keghairahan itu, penulis dapati semua hujahan yang menyokong Rafizi (seperti yang dibualkan), tidak langsung ada kaitan dengan tajuk debat semalam iaitu mengenai PTPTN.  Malah kalau boleh penulis katakan, daripada banyak perkara yang disebutkan Rafizi semalam, hanya sebahagian kecil sahaja yang merujuk kepada tajuk perdebatan.

Yang lain, hampir kesemuanya tidak berkaitan langsung dengan tajuk topik yang diperdebatkan.

Sehingga hadirin yang mendengar secara langsung dan di TV juga naik keliru, ini debat PTPTN atau ceramah politik yang tidak mengkhusus kepada topik-topik tertentu?



TINTA JAMBU : Rafizi ni memang lembu... Tajuk debat pun hal PTPTN.. bukan NFC.. betul lah dah tu tindakan Khairy Jamaluddin (KJ) yang tidak melayan karenah lembunya tu. Bodoh teramat sangat!!!! 

Juak Pakatan Haram ni sama juga bodohnya.. setakat bertekak nak menang.. ambil lah menang.. tetapi jangan lupa.. segala auta sedang di nilai panel rakyat. Kita tunggu jerlah PRU-13 ni nanti ok??

Kalau debat NFC.. Semua akan bercakap pasal NFC.. kami semua dah sedia maklum isu NFC nih.. nak kelaut apa nya lagi Rafizi Lembu oi..

Monday, May 21, 2012

Good Luck Aqasha Daniel!!!!! Hoben Jang Hoben!!

Tahniah Aqasha Daniel kerana terpilih ke Kejohanan Piala Cappy Cup di Osijek, Croatia pada 25hb Mei 2012. Perlawanan bola sepak dunia bawah 10 tahun. Kenapa pilih jersey no.8?? Tu no. jersey Cik D masa main hoki.. hehe.. Sepak pakai kaki.. jangan pakai koting tau.. Good Luck!!!

Di atas Tinta Jambu  post kat facebook Aqasha Daniel. Dia akan mewakili Malaysia di dalam perlawanan bola sepak dunia bawah 10 tahun. Jika Aqasha Daniel tak hebat dia tidak terpilih kan?? Kami sekeluarga tumpang gembira ke atas kejayaan Aqasha Daniel mewakili Malaysia di dalam acara sukan yang prestasinya semakin maju dan meningkat di dalam Malaysia.


Siapa Aqasha Daniel??


Aqasha Daniel nih pangkat anak buah kepada Tinta Jambu. Dia ni memang minat dengan bola sepak dan boleh bercakap pasal bola seperti membaca buku cerita. Apa pun, kami sekeluarga berdoa agar Aqasha Daniel dapat mempersembahkan permainan menarik dan hebat membantu pasukan Malaysia under 10 bila bersaing dengan pasukan dunia. Harumkan nama Malaysia yer Aqasha Daniel.

Hehehe.. tadi call dia.. dia bagitahu yang dia memakai jersey bernombor 21 (tidak no. 8) dan bermain sebagai defender. Hmmmmm.. Dia bagitahu yang dia biasa bermain di posisi right wing. Tinta Jambu kata, its ok.. ini untuk permulaan perjuangan dia dalam bola sepak. Insya Allah, kejayaan akan menjadi milik dia dalam arena ini. Apa yang menarik pada Aqasha Daniel yang Tinta Jambu nampak, dia dah menunjukkan sikap bersahaja dan boleh menerima posisi mana dia letak tanpa merengek. Asalkan ianya bola sepak. You the best boy yoooo..

Haaaa.. ini kali pertama dia berpisah dengan ibu dan ayah. Upssss.. lupa pulak, Aqasha Daniel anak bongsu dari tujuh beradik. Bayangkanlah, kali pertama dia berpisah sementara dengan ibu dan ayah dia... tinggalkan pelajaran sementara meniti perjalanan dan berjuang di dalam arena bola sepak mewakili Malaysia. Mewakili Malaysia di usia 9 tahun beb. Tinta Jambu teruja dan terkasima kagum.

Nak kata bangga, Tinta Jambu ketepikan perasaan itu kerana untuk apa Tinta Jambu berbangga sekiranya ia akan membuatkan kita memberi tafsiran yang salah??? Apa yang berada di dalam diri Tinta Jambu, Tinta Jambu harap dia membantu pasukan menunjukkan mutu permainan yang cemerlang dan terbaik sekaligus mengharumkan nama Malaysia. Kalau boleh, menang lah... menang lahhh.. Bila fikir-fikir semula.. dah berada dalam squad kebangsaan dah cukup teruja.... kannnnnnnnnnnnn???? 

Dari sudut lain, Tinta Jambu tidak berasa risau melihat nasib generasi kanak-kanak seperti dia. Ini kerana bagi Tinta Jambu, Alhamdulillah, Aqasha Daniel sudah ada kariernya sendiri. 


Ketika Tinta Jambu menulis, kontinjen pasukan bola sepak Malaysia under 10 ke  Kejohanan Piala Cappy Cup di Osijek, Croatia pada 25hb Mei 2012 sedang menuju ke KLIA dari pusat latihan bola sepak Bukit Jalil. Wahhhhhhhhh.. berdobar dobar den..

Kontinjen ini akan berlepas ke Croatia pada pukul 3.30 pagi ini (waktu tempatan). 

Mari tetamu blog tintajambu.blogspot.com, Tinta Jambu mohon, kita sebagai rakyat Malaysia berdoa dan bermohon agar pasukan ini mampu memberikan persaingan yang hebat dan menempa kejayaan di dalam kejohanan tersebut.

Good Luck Aqasha Daniel dan pasukan bola sepak Piala Cappy Cup 2012.

We proud of you
Hoben Jang Hoben





Gua celok gambar lu dalam facebook beb.. Hihi..

Insya Allah, kami berdoa, selamat pergi, selamat bermain, selamat berjaya dan selamat pulang dengan selamat. 

Turut berdoa agar dia mencipta Aqasha Daniel di dalam arena bola sepak.  Satu hari nanti, Aqasha Daniel tiada dua dan tiga.. hanya dia Aqasha Daniel dalam arena bola sepak tanahair. 


Amin Amin Amin Ya Rabbil Alamin

Friday, May 18, 2012

Nak bohong apa nya Yeop???

Kecoh mengatakan penceramah daripada UMNO kalut bila Nizar datang mengecut ke ceramah UMNO. Bebenor ker yeop???

Teman tengok video ni takder pun yeop.. ada video lain teman tak nengok yeop??

Renungkan sejenak.. Apa dah jadi dengan pengikut-pengikut PAS nih..



Orang PAS.. hormat lah orang berilmu..

  Sharpas-harusani 

Gempak habis . . . kalau tak berani baca tak pa tapi rasa-rasanya inilah kali pertama Mufti Perak Tan Sri Harussani Haji Zakaria Khamis melondeh serta membongkar cerita lama mengenai kegilaan PAS sehingga menyebabkan masyarakat Islam khusus orang-orang Melayu berada dalam keadaan berpecah belah.

Selain dari itu beliau memberikan nasihat kepada para pemimpin parti itu supaya berhenti dari mengeluarkan  “fatwa” yang songsang sesuka hati kerana ia mengelirukan umat lslam.

Bahkan mufti itu juga menggunakan perkataan “tekong” perpecahan merujuk kepada perbuatan PAS yang memecahbelahkan perpaduan umat lslam di negara ini.

Serentak itu  sambil menjawab tuduhan Menteri Besar Kelantan mengenai dirinya campurtangan dalam politik, Harussani selain menafikan  tuduhan PAS itu bahawa beliau mencampuri urusan politik berkata:

“Tuduhan tok guru Nik Aziz  bahawa saya campur politik . . .ia tidak betul, saya selama ini tidak mencampuri mana-mana parti poliltik”.

“Bahkan saya tidak pernahpun mendaftar diri sebagai ahli dalam mana-mana parti politik”katanya ketika diminta mengulas komen Nik Aziz.

Bercakap dalam satu pertemuan di pejabatnya di Ipoh, Harussani memberitahu sejarah penglibatan keluarganya dalam politik serta bagaimana tindakan PAS memulau abang iparnya kerana fahaman politik kepartian.

“Bahkan dari awal sejarahnya bapa saya semua ahli UMNO. Tapi apabila tertubuh PAS dan PAS kemudian keluar daripada UMNO, semua  masuk Pas.. tapi PAS waktu itu lebih bertujuan kepada dakwah.

“Berdakwah kepada orang supaya kita ni menjalankan hukum Islam dalam Negara ini dan dalam ceramah berbangkit tentang  masalah  hukum dan sebagainya dan masalah yang wajib kita lakukan,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa “ini cukup baiklah…saya juga pernah mengikuti semasa saya kecil lagi masa itu..bahkan saya baik dengan ketua PAS waktu itu,  namanya …Helmi (minta wartawan semak nama sebenar).

“Dia baik dengan saya, dia sakit saya pergi ziarah dan kami selalu berbual namun …cara dia bercakap dia cukup bersetuju dengan cara perjuangan untuk kita menegakkan Islam di negara ini.

Walaubagaimanapun Harussani menjelaskan ““ akhir-akhir ini kita melihat perkara itu tidak berlaku lagi bahkan saya melihat PAS  sudah menuju seolah –olah menjadi `tekong’ kepada perpecahan umat Islam dan orang Melayu.

“Banyak contoh  boleh diberi seperti umpamanya pada akhir tahun 1970 an berlaku di Kedah. Orang- orang Islam iaitu orang UMNO menyembelih ayam sepikul lebih (terpaksa) dibuang ke dalam sungai  kononnya haram (tidak halal) dimakan.

“Jadi saya katakan sedangkan Yahudi nasarah dibenarkan Tuhan halal sembelihannya bagaimana orang Islam yang sembahyang lima kali sehari, jadi imam pula tidak boleh sembelih. . .  haram.

“Yang kedua yang paling menyayat hati saya ialah abang ipar saya seorang ahli PAS  dan dia seorang peniaga kedai runcit di tempatnya tu di Kedah jugak..yang datang membeli  banyak orang PAS dan orang UMNO pun ada.

“Kebetulan satu ketika seorang  ketua UMNO di kampong itu meninggal dunia,.jadi abang ipar saya datang menziarah dan kerana itu saja dia dipecat daripada parti dan dipecat dari ahli khairat kematian,” katanya.

Kerana insiden tadi Harussani menjelaskan abang iparnya   diboikot sehingga tutup kedai dan kembali  memotong getah semula “..sampai begitu mereka buat dia..jadi dia datang jumpa saya . . .tapi saya kata sabarlah orang begini tak boleh buat apa.

“Banyak lagi yang saya bangkitkan umpamanya akhir-akhir ini kita lihat ceramah-ceramah yang dibuat oleh pemimpin PAS  merupakan kutukan, cacian, laknat sedangkan itu adalah larangan Allah . . . jadi itu bukan dakwah lagi.

“Kalau sudah seorang ustaz, berceramah mengutuk, memaki hamun dan sebagai nya maka orang menganggap itu halal mengikut masa itu..kutukan umpamanya kita lihat saja apabila Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan bahwa (demonstrasi) Bersih 3.0 itu haram kerana telah bertukar corak kepada keganasan sebagainya.
 
“Dia orang kata apa…mufti-mufti tidak lebih daripada anjing, jadi bolehkah kita mengelar orang anjing? Ini satu perkara yang sangat bertentangan samasekali dengan hukum syarak. 

“Jadi kalau itu yang dibawa sekarang maka dia bukan lagi membawa kepada Islam..dia membawa kepada syaitan..parti syaitanlah kalau memaki hamum dan sebagainya. Parti syaitanlah kerana syaitan itu nak membawa kepada perpecahan” ujarnya.

Mufti Perak berkata “bila kita lihat berlaku di Terengganu dan beberapa tempat (sembahyang) dua imam…kita di masjid hanya satu imam, satu kariah itu satu imam. Kita sembahyang . … sepatutnya  kenapa kita berpecah dan ini dihalalkan oleh pihak pemimpin PAS.”

“Dan ini saya merasa pelik keadaan-keadaan seperti ini sehingga berpecah . . . dalam sekampung berpecah, kenduri pun berpecah jadi ini buruk sungguh keadaan Islam

”Bukan buruk daripada orang itu saja bahkan kita melihat seolah-olah syariat Islam itu terlalu buruk..jadi itu yang dinilai orang-orang kafir sekarang.

“Kerana itu Islam tidak pernah mendapat tempat pada orang kafir di Malaysia kerana melihat keadaan orang Melayu yang beragama Islam . . . sudahlah hidupnya  susah dalam negeri yang kaya ..asyik berpolitik di kedai-kedai kopi dan sebagainya langsung tak buat kerja . . . berkelahi sesama sendiri.

Katanya “Inilah yang menjadikan masyarakat kita makin mundur dan sebagainya.

“Akhir-akhir ini pula banyak fatwa dikeluarkan iaitu menyamakan tunjuk perasaan Bersih 3.0 itu disamakan dengan saf jemaah bersembahyang..kita sembahyang beribadat bukan tunjuk perasaan kepada Tuhan…kita mengadap bersyukur kepada Allah swt..  Dia (Allah) suruh kita bersatu,  bahkan dalam bersembahyang  kita diwajibkan berjemaah . . .”

“Bermakna kita bersatu tapi kita di sini sekarang diwajibkan berpecah . . ..itu satu perkara yang bertentangan.

“Kemudian ada pula yang menyamakan dengan mengatakan Omar Ibnu Khattab pernah menunjuk perasaan . . . sebenarnya Omar tidak menunjuk perasaan tapi dia memulakan dakwah secara terang terangan.

“Ini kerana Saidina Omar apabila memeluk Islam dia bertanya apakah ini agama yang benar dari Allah . . ..Rasullulah menjawab ia… kenapa kita duduk bersembunyi.,.dia terus bertakbir  dan  hentam  orang jahiliah.

“Begitu juga isteri-isteri Nabi tidak pernah menunjuk perasaan kepada Nabi kerana tidak cukup makan .. Cuma itulah bila kita tunjuk perasaan ini satu penghinaan kepada sahabat-sahabat Rasullullah .. .”

“Ini bukan perbuatan orang-orang ahli sunnah tapi perbuatan syiah..dan terakhir ini kita ada mendengar fatwa kata mengundi parti itu masuk syurga, tak mengundi masuk neraka.. apakah neraka syurga ini boleh ditentukan oleh manusia atau ditentukan oleh Allah swt.

“Jadi hal-hal  sebegini sedang berlaku sehingga menimbulkan kegelisahan dalam masyarakat,  jadi kerana itu sebagai seorang mufti bukan kerana politik saya memberi nasihat dan memberitahu bahawa tunjuk perasaan dengan niat untuk mengguling kerajaan itu  satu perkara salah.

“Kerana kerajaan yang sah sekarang diketuai oleh seorang Islam iaitu Yang diPertuan Agong, Raja-raja   dan dipimpin sekalipun  . . . haram kita memberontak.

“Tapi sekarang ini orang dah pakai demokrasi, bila pakai demokrasi, kita ada jalan untuk menurunkan kerajaan dengan mengundi  tapi bukan dengan cara tunjuk perasaan, dengan menimbulkan kekacauan  . . .”

Harussani menjelaskan lagi“Saya tidak mengatakan siapa yang benar siapa yang salah tapi apa yang kita lihat perkara yang dilakukan itu bertentangan dengan hukum syarak. Pertama, dataran itu (Dataran Merdeka) dimiliki oleh DBKL .. . DBKL tidak membenarkan membuat tunjuk perasaan di situ maka tidak boleh pergi.”

“Kerana Allah menyebut dalam Quran kita tidak boleh masuk ke dalam rumah melainkan  kita minta kebenaran. Jadi kita kiaskan itu hak milik bukan di rumah saja, kalau kampong orang orang tak bagi masuk, tak boleh masuk .

Katanya lagi “Kedua kita tidak boleh merosakkan harta benda tapi kita lihat terang terang (mereka) merosakkan harta benda, memukul orang sehinggakan kereta polis pun dirosakkan, anggota polis dipukul dan seorang wartawan hampir mati kerana mempertahankan anggota polis itu.

“Ini kita pelajari dari tunjuk perasaaan  pertama (Bersih 1.0) kedua (Bersih 2.0) dan ketiga (Bersih 3.0), jadi ini dah tak betul,  jadi kerana  itu saya kata ajarannya banyak menyeleweng daripada ajaran Islam yang berasaskan kepada empat asas.

“Iaitu Islam berasal daripada silmun maknanya kedamaian, yang kedua salamun berasal daripada pokok perkataan salam.

“Salam maknanya kesejahteraan, yang ketiga sulamun maknanya kita menuju ke peradaban yang tinggi.. .manusia ini meningkat darjahnya, perwatakannya dan yang keempat kita menyerah bulat-bulat kepada Allah..

Dengan nada kesal Harussani berkata “Tapi ini  Islam  dikaitkan dengan semua itu  tadi ..jadi ini yang saya merasa cukup terpanggil dan terkilan untuk membuat kenyataan walaupun saya tidak hadir dalam ,majlis fatwa yang lalu kerana saya dalam keuzuran  tapi saya rasa terpanggil untuk menjawab dalam surat khabar apabila dikatakan ahli majlis fatwa kebangsaan ini tidak lebih daripada anjing.. .bolehkah kita mensifatkan ulama sebagai anjing?.

Katanya “Ini satu perkara yang cukup berat dan saya lihat kalau itu tidak disetujui oleh ketua-ketua PAS tapi tidak ada langsung pun teguran daripada mereka . . . . sepatutnya mereka menegur orang dibawah supaya tidak bersikap demikian.

“Tapi seolah-olah mereka menyokong. Saya rasa terpanggil untuk menyatakan yang hak dan saya bukannya daripada parti manapun .

“Tapi apabila diselewengkan maka saya wajib menegur beliau . . . jadi Nik Aziz ini memang patut ditegur kerana terlalu banyak. . . . Nik Aziz pernah mengelar mufti-mufti (sebagai) terompah kayu  dan macam macam lagi dan ini dia memburukkan nama sahabat nabi dengan mengatakan para sahabat tunjuk perasaan kepada Tuhan.

“Kemudian ibadat disamakan dengan tunjuk perasaan  ini semuanya salah jadi kita jangan telan bulat-bulat perkara yang salah..walaupun dia seorang ulama, mungkin  dia terlajak maka itu saya memberi peringatan supaya jangan .  . . . saya tak ada  musuh dengan sesiapa ..selama inipun doa saya tak pernah tinggal tiap-tiap  lima kali sembahyang  minta Allah ampuni seluruh umat Islam.

Menjawab satu soalan bahawa  PAS  sudah  terikut-ikut dengan DAP sehingga dilihat sanggup menggadai prinsip,Harussani berkata:

“Peringkat awal dulu kenapa PAS keluar daripada Perikatan? Masa itu  kenapa bila ditubuh Perikatan, PAS keluar kerana tidak mahu sekongkol dengan orang kafir masa itu,  keluarlah fatwa bersekongkol dengan orang kafir jadi kafir..tapi hari ini orang yang terang terang menentang Islam, yang katakan langkah mayat (dia) kalau nak laksana hukum Islam.

“Yang kedua kita melihat Ambiga (Datuk)  sebagai ketua dalam majlis peguam dulu telah merangka beberapa undang undang  untuk menjatuhkan Islam dengan hendak menubuhkan IFC dan (perkara) ini mufti tentang waktu itu.

Beliau hairan kerana “orang  ini pula yang kita sokong, kemudian kita dengar akhir-akhir ini, PAS  melantik orang bukan islam  . . .apakah kita akan mengharap orang bukan Islam untuk membela dan bangun untuk menegakkan islam?

“Quran banyak sekali  meletakkan ayat-ayat supaya kita jangan melantik ketua kita orang bukan islam.

Nasihatnya  kepada puak-puak ini dan umat lslam seluruhnya ”. . . kita (perlu) berhati-hatilah dalam masalah agama ini, kita lihat betul- betul, jangan kita hanya taksub kepada orang atau parti sehingga kita sanggup melakukan perbuatan-perbuatan  yang salah dan melanggar hukum Allah. “
 
Harussani mengakhiri interbiu itu dengan berkata “Inilah peringatan saya sebagai orang tua yang masih diberi Tuhan kuasa bercakap, kalau tak mahu dengar itu terpulang . . .Kita hanya menyampaikan”, katanya.

 Sumber : Agendadaily