Reunion Batch 1994

Reunion Batch 1994

Thursday, July 26, 2012

Farid Ismeth Emir akur dan mengaku DS Rosmah Mansor isterinya??? 11 tahun lamanya..


Penjelasan dan pengakuan Farid Ismeth Emir kepada Zamzarina Zambri apabila diajukan soalan berkaitan kontroversi yang mengaitkan dirinya dengan seorang DS Rosmah, Isteri DS Najib.


Sudah sebelas tahun baru nak keluarkan statemen seperti ini.


Sebelum ini Farid Ismeth tidak pernah bersuara dan hanya keluarkan, “No komen..No komen”sahaja apabila disoal hal tersebut. Itu lah yang menimbulkan lagi pelbagai tandatanya orang ramai.


Sebelum ini, dengan tidak melakukan sesuatu (dengan hanya ‘No komen’) akan menimbulkan lagi fitnah yang tidak berkesudahan. Sebab itu ia berlarutan sehingga 11 tahun. Salah siapa?


Apa-apa pun semua perkara telah terjelas dan terjawap sudah, selepas 11 tahun.


SAYA TERTEKAN DAN MALU..!!
ITULAH LUAHAN RASA PAK NGAH APABILA DIAJUKAN SOALAN “BENARKAH 
FARID ISMETH EMIR ATAU LEBIH MESRA DENGAN PANGGILAN 'PAK NGAH' DIKALANGAN RAKAN-RAKAN WARGA RTM AKIBAT FITNAH ORANG YANG MENGATAKAN BELIAU PERNAH BERKAHWIN DENGAN ORANG KENAMAAN.. TELAH LEBIH SEDEKAD PAK NGAH MEMENDAM RASA DI LUBUK HATI..”


IKUTI TEMUBUAL EKSKLUSIF ZZ BERSAMA FARID ISMETH YANG TELAH DIRAKAMKAN SECARA AMATUR. TUJUAN ZZ MENGADAKAN TEMUBUAL INI AGAR PIHAK-PIHAK YANG MEMFITNAH PAK NGAH & VVIP ITU MENDAPAT KEBENARANNYA HARI INI WALAUPUN PAK NGAH TAK PERNAH BERSUARA TETAPI INILAH YANG TERBUKU DI HATI PAK NGAH SELAMA INI..


Zamzarina Zambri>

[MyMassa] Tinta Jambu setuju logo Hari Kebangsaan ke-55 perlu ditukar. @NajibRazak @DrRaisYatim @JPenerangan


Cadangan golongan muda terhadap logo baru Hari Kebangsaan Ke-55 negara. @NajibRazak @DrRaisYatim @JPenerangan




Apabila logo dan tema baru untuk sambutan hari kemerdekaan pada tahun ini didedahkan (walaupun belum diumumkan secara rasmi oleh pihak Kerajaan), ramai sungguh yang membantah, terutamanya melalui Facebook. Pertikaian utamanya adalah, logo tersebut kelihatan seperti bukan logo dan seolah-olah dihasilkan oleh seorang pereka yang sama ada malas ataupun technically or aesthetically challenged.

Dan perkara ini telah memberi ruang kepada "syaitan-syaitan" fuckatan untuk masuk jarum. Komen-komen yang asalnya berbentuk teknikal akhirnya berubah nada menjadi makian terhadap slogan "Janji Ditepati" dan tanpa sebab musabab yang jelas, caci maki terhadap DS Najib dan juga isteri beliau. Itulah sifat fuckatan. Pantang nampak peluang. Sepatutnya masa masuk Ramadhan hari itu, golongan inilah yang patut dipasung dalam neraka terlebih dahulu.


Logo yang menjadi pilihan golongan muda di FB


Namun kami juga agak termanggu untuk mempertahankan logo yang baru ini. Lebih-lebih pun kami hanya dapat menasihati rakan-rakan FB kami agar menjaga tutur kata ketika menjalani ibadah puasa. Malah, kami juga menyarankan agar mereka memberi kritikan dan cadangan membina tentang logo yang bagaimana sepatutnya. Hasilnya, adalah seperti di atas. Apa pendapat pembaca?

Yang agak melucukan, ada juga yang sempat buat video parody, Hitler marahkan logo baru dan bagaimana untuk menghasilkan logo baru tersebut dalam tempoh TIGA minit! Betullah apa yang DS Najib ulang-ulangkan selama ini. Zaman Kerajaan mengetahui segalanya sudah berakhir.


Jadi kepada sesiapa yang terlibat dalam penghasilan logo baru Hari Kemerdekaan ke-55 tahun negara ini, sila ambil perhatian. PM kita selalu sebut tentang mendengar denyut nadi rakyat. Jadi dengarlah denyut nadi rakyat. Jika kita tidak mampu hasilkan logo yang menarik, maka war-warkanlah kepada semua rakyat untuk memberikan cadangan mengikut garis panduan dan slogan yang telah ditetapkan.

Selain itu, tolong tarik semula dan ubah logo baru ini sebelum perkara ini merebak kepada rakyat akar umbi yang bukan IT savvy. Kenapa kami kata begini, sebabnya esok Haramkah dan Keldaian Daily akan keluarkan edisi terbaru mereka dan sudah pasti isu ini akan dieksploitasi sepenuhnya. Tolonglah kurangkan isu yang memberi impak negatif kepada Kerajaan.

Namun satu perkara yang menarik perhatian kami adalah, dalam pada mereka mengutuk-ngutuk logo baru tersebut, mereka berjaya menghasilkan logo yang jauh lebih menarik mengikut solgan dan tema patriotik yang lebih kontemporari. Jadi sekarang siapa kata orang muda tolak slogan Janji Ditepati Kerajaan?!! Kalau mereka anti Kerajaan, sudah tentu mereka akan hasilkan logo dan tema Hari Kemerdekaan negara mengikut selera fuckatan, bukan?!!

Sumber : MyMassa

Wednesday, July 25, 2012

Adat Perpatih – Adat beragama, Agama kita pertahankan, Adat Bernegeri, negeri kita pertahankan, adat berkampung, kampung kita pertahankan.. adat bersuku, suku dipertahankan



DYMM Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir pernah bertitah ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Adat Perpatih 2012 pada 7 Julai lalu bahawa Kerajaan Negeri perlu sentiasa memperkenalkan Sistem Adat Perpatih kepada generasi muda dan orang luar dari negeri ini.

Sistem Adat Perpatih yang diamalkan sejak zaman berzaman itu terbukti berjaya mengubah gaya hidup masyarakat yang bertelagah agar sentiasa memupuk semangat perpaduan dan kekeluargaan diantara satu sama lain.

Menurut baginda, adat tertua itu tidak boleh dibiar untuk generasi hari ini menyalah tafsir dan ianya perlu dibudayakan.

Titah baginda, “Beta melihat langkah yang pragmatik perlu dikenalpasti dan dilaksanakan agar warisan Adat Perpatih tidak dilihat sebagai terpakai hanya untuk tujuan atau sesuatu majlis tertentu sahaja. Adat yang disanjung ini tidak seharusnya dibiarkan terus berada ditakuk lama tanpa memberikan ruang untuk ianya berkembang bersesuaian dengan peredaran zaman.”

“Ianya juga perlu dibuktikan sebagai pemangkin utama bagi menangani masalah gejala sosial yang melanda masyarakat pada hari ini, seperti penyalahgunaan dadah, kerapuhan nilai-nilai murni, serta kelunturan budi bahasa dan keruntuhan institusi kekeluargaan.” Titah baginda lagi.

Baginda turut tegas dan memastikan asas nilai tradisi yang positif yang terkandung di dalam Adat Perpatih tidak diwariskan hanya pada nama dan tujuan tertentu sahaja, tetapi melalui pengisian serta amalan yang menyeluruh di dalam aspek kehidupan.

Sekiranya perkara ini diberi keutamaan oleh semua pihak, Adat Perpatih akan terus kekal relevan untuk diwariskan kepada generasi akan datang.

Menurut senario hari ini, keadaan menjadi agak kritis dan pemahaman masyarakat semakin longgar terhadap kehidupan bermasyarakat dan budaya kehidupan itu semakin ditinggalkan.

Oleh yang demikian, Negeri Sembilan khususnya yang terkenal dengan negeri beradat ini perlu menginsafi  serta mengamalkan sistem permuafakatan dengan lebih mendalam lagi agar perhubungan ini menjadi semakin kuat dan utuh.

Hubungan antara Raja dan Pemimpin, hubungan pemimpin dengan rakyat diibaratkan sebagai “Raja dan rakyat berpisah tiada. Raja penaung rakyat jelata. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.”

Segala perselisihan dirunding untuk mencapai satu keputusan yang baik untuk masyarakat.

Pemimpin yang memegang amanah dan tanggungjawab, disukai dan disayangi rakyat. Adat beragama, agama kita pertahankan, Adat Bernegeri, negeri kita pertahankan, adat berkampung, kampung kita pertahankan.. adat bersuku, suku dipertahankan.

Wan Azizah Bertanding Di Selangor?



Baru-baru ini, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengesahkan akan bertanding kerusi DUN dalam PRU-13.  Katanya lagi, beliau hanya layak bertanding di kerusi DUN di mana beliau bakal mengundi.

Ini bermakna yang Wan Azizah akan bertanding di Selangor, memandangkan kawasan mengundi beliau adalah di negeri ini.   Namun, kawasan mana yang akan ditandinginya masih lagi menjadi tandatanya.  

Beliau juga membayangkan kemungkinan terbabit dalam pentadbiran negeri jika menang nanti.  

Nampaknya, Wan Azizah kini bukan lagi Wan Azizah yang dahulu.  Beliau bukan lagi wanita atau isteri yang hanya mengikut telunjuk suami di mana jika disuruh menipu, menipu, disuruh menangis, menangis, disuruh bertanding, beliau bertanding dan jika disuruh melepaskan kerusi, maka beliau pun melakukannya.  

Kali ini Wan Azizah membuat keputusan sendiri dan beliau nampaknya yakin dengan kesetiaan serta kebolehan ‘orang-orangnya’.  Tindakan Wan Azizah ini dilihat bertitik-tolak dari permusuhannya dengan Azmin Ali yang tidak lagi dapat dibendung.  

Difahamkan, Wan Azizah berjaya mempengaruhi Anwar untuk menyenaraikan orang-orang dari kemnya sebagai calon sekali gus menolak orang-orang dari kem Azmin.  

Azmin sudah keterlaluan atau melampau, kata sesetengah pihak dalam PKR.  Azmin tidak tahu menghormati sesiapa sama ada Menteri Besar, Presiden parti malah ibunya sendiri.  Demi mengekang penguasaan Azmin, Wan Azizah perlu bertindak.  


Azmin adalah produk Anwar seratus-peratus.  Beliau merupakan anak didik, kekasih, pembantu dan segala-galanya bagi Anwar selama ini.  Di satu tahap, Azmin sudah menjadi Anwar seratus peratus juga iaitu gila kuasa, rakus dan degil dan Anwar menyedarinya.  Azmin adalah ‘raksaksa’ ciptaan Anwar.  Setelah mengesan bahaya Azmin, Anwar pun mula belajar memberi perhatian kepada pendapat isterinya, Wan Azizah.  

Dengan perkembangan ini Wan Azizah mendapat keyakinan baru sehingga akhirnya berjaya menimbulkan keraguan terhadap Azmin di mata Anwar.  Nampaknya, kesetiaan Wan Azizah kepada suami peliwat dan penzinanya berbaloi juga.  

Wan Azizah mendapat sokongan padu dari Khalid Ibrahim, justeru, beliau mempunyai kelebihan kerana mendapat akses kepada maklumat dan bantuan kerajaan negeri secara langsung.  Jika Wan Azizah menang, beliau pastinya akan dapat mempengaruhi kerajaan negeri dan memastikan kem Azmin dihapuskan terus.  

Dengan begitu ramai di dalam PKR yang semakin ‘cuak’ dengan Azmin kerana dilihat sebagai sudah hilang kawalan, Wan Azizah percaya yang beliau berada dalam keadaan selesa dan bersedia untuk ‘mencabar’ Azmin secara halus.  

Sememangnya, parti PKR tidak pernah lekang dari konflik dalaman sejak mula ditubuhkan sehingga memaksa begitu ramai pemimpin dan ahli meninggalkan parti itu saban hari.  Konflik dalaman PKR adalah serius dan ‘pelik’ kerana ia bukan sekadar konflik perebutan kerusi politik, tetapi membabitkan skandal seks, masalah keluarga, manipulasi undi dalam pemilihan dan berbagai-bagai lagi.  

Namun, kita tidak pasti sejauh mana konflik dalaman PKR ini dapat mempengaruhi penyokong-penyokong mereka.  

Bayangkan, bagaimana parti sebegini dapat memerintah negara dengan baik?  Bagaimana kita boleh mengharapkan puak-puak yang asyik bergaduh dan saling bersyak-wasangka sesama sendiri untuk menerajui negara mahupun negeri atau kawasan?  

Yang pastinya, sama ada Wan Azizah menang atau tidak di kerusi yang ditandinginya ia tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat di kawasan tersebut dan keseluruhannya.  Percayalah, pemimpin PKR bertanding bukan kerana ingin berkhidmat kepada rakyat tetapi hanya sekadar ingin bertanding dan memakai gelaran ‘pemimpin’.  PKR adalah parti yang ditubuhkan kerana Anwar dan untuk Anwar serta keluarganya.  Inilah yang rakyat perlu terima jika ingin memangkah mereka dalam pilihanraya. 

Fobia Dengan Tema Hari Merdeka, PR ‘Ugut’ Kerajaan



Fobia Pakatan Rakyat (PR) terhadap slogan ‘Janji DiTepati’ nampaknya benar-benar kronik.  PR bersungguh-sungguh cuba memastikan agar slogan tersebut tidak kekal dijadikan tema Hari Kemerdekaan.  Alasan mereka bahawa ia tidak memberi gambaran terbaik berkenaan semangat kemerdekaan.  

Untuk itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberi tujuh hari kepada kerajaan agar menukar tema kepada yang lebih inklusif atau PR akan mencadangkan tema lain.  Nasib baik jugalah beliau tidak mengugut untuk berdemonstrasi dan menyusahkan orang ramai lagi.  

Mustafa Ali juga mengakui bahawa ‘bila orang tengok saja tema ‘Janji Ditepati’ ini, mereka akan terus ingat kepada BN’.  

Justeru, kita tertanya-tanya, mungkinkah beliau cuba mencadangkan agar tema ditukar kepada ‘Janji Bukan Untuk diTepati’ supaya mengingatkan rakyat kepada PR?  

Pun begitu, siapakah Mustafa Ali untuk memberi kata dua kepada kerajaan?  Siapakah PAS untuk mencadangkan tema lain untuk Hari Kebangsaan?  Sedangkan di dalam PR sendiri pun PAS hanya melukut di tepi gantang. Apakah hak Mustafa Ali atau PAS untuk menukar dan menggunapakai tema lain sebagai tema rasmi Hari Kemerdekaan?   

Lagipun, apa yang PAS faham dengan kemerdekaan?  Bukankah PAS bersekongkol dengan DAP, adik beradik PAP yang selamanya memendam cita-cita untuk ‘menjajah’ Malaysia?  Bukankah PAS bersekongkol dengan PKR yang menjadi talibarut Yahudi Zionis dan menerima dana dari mereka? Bukankah persekongkolan PAS dengan mereka menunjukkan yang PAS tidak menghargai kemerdekaan?  

Ini semua adalah bukti bahawa PAS langsung tidak mempunyai semangat kemerdekaan tetapi entah kenapa tiba-tiba terasa panas pula dengan tema ‘Janji DiTepati’ ini.  Kata orang, siapa makan cili dialah yang terasa pedasnya, bukankah begitu?  

Sebelum ini, sebuah stesyen TV pernah mengadakan kajiselidik berkenaan tema Hari Kebangsaan di kalangan orang-orang muda, dan hasilnya mendapati ramai yang langsung tidak tahu menahu mengenainya.   Jelas, tema adalah soal kecil sebelum ini yang tidak mendapat perhatian sesiapa tetapi menjadi begitu besar hari ini kerana PAS memperbesarkannya.  

Dengan memperbesarkan soal tema Hari Kebangsaan, Mustafa Ali seolah-olah telah membuat deklarasi bahawa PR adalah parti yang tidak menepati janji.  

Jika inilah masalahnya, maka yang perlu diubah bukanlah tema Hari Kebangsaan, tetapi sikap PR itu sendiri.  Siapa suruh tidak tepati janji?  Takkanlah kerana PR tak mampu tepati janji maka BN pula yang salah dan tema Hari Kebangsaan perlu diubah?

Orang yang tidak menunaikan janji adalah orang yang tidak bertanggungjawab dan tidak amanah.  

Oleh itu, ‘janji’ wajar dilihat dalam konteks yang lebih luas iaitu ‘tanggungjawab’ atau ‘amanah’.   Sikap bertanggungjawab dan beramanah inilah yang memastikan kemerdekaan negara ini berkekalan.  

Maka jelaslah bahawa tema ‘Janji DiTepati’ adalah inklusif dan padat bagi menggambarkan Malaysia hari ini yang kekal merdeka, makmur, aman dan maju kerana komitmen kerajaan dan rakyat untuk berpegang pada janji.  

Mungkin ini terlalu pahit untuk ditelan oleh Mustafa Ali, tetapi ini adalah hakikat dan orang yang jujur tidak akan punya masalah untuk menerima hakikat ini.

Aiseeeeeeeyyyyymen.. baru nak melazer dah accident pulak..

zed zaidi kemalangan 
Dengan pantas Abang Nara menjegilkan mata dan mengushar apakah yang terjadi. Rupa-rupanya sekeping gambar eksiden yang melibatkan Zed Zaidi telah pun tersebar di Twitterjaya. Daripada gambar memang nampak teruk sangat kemalangan yang terjadi. Macam dah nyawa-nyawa ikan pun ada jugak.

Namun disebabkan Zed Zaidi ialah seorang pelakon, maka kemungkinan besar gambar tersebut diambil untuk shooting salah sebuah drama/filem lakonannya. Dan ternyata sebenarnya Zed Zaidi tidak eksiden pun. Sememangnya ianya adalah salah satu daripada babak lakonan untuk drama terbaru Zed Zaidi.

zed zaidi kemalangan

Kepada peminat Zed Zaidi, bolehlah anda menarik nafas lega. Tak perlu risau kerana pelakon kesayangan anda sebenarnya sihat walafiat. Abang Nara doakan agar hidup Zed Zaidi sentiasa jauh daripada kemalangan seperti di dalam drama lakonannya ini. Sama-sama kita doakan.

p/s : Kemalangan pun nak gossip ker?? Huh!!! Jangan main-main dengan berita macam ni haaaaaa.. jantung bisa yoyo tauuuuuuuu.. Sengal ya amat!!

Berita betul di sini. Klik aja..

Tuesday, July 24, 2012

Jasa Najib di Usia 59 Tahun



YAB Dato’ Seri Najib mungkin baru 3 tahun memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia, namun jasa-jasa beliau kepada rakyat dan negara begitu banyak dan sukar untuk disenaraikan.   

Bermula dari usia 22 tahun, Najib telah pun menjadi Ahli Parlimen sebelum dilantik menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos dan kemudiannya Timbalan Menteri Pelajaran serta Timbalan Menteri Kewangan.  Ini bermakna, di usia yang begitu muda, Dato’ Seri Najib telah pun menabur jasa kepada rakyat melalui portfolio-portfolio yang dipegangnya.  

Kewibawaan, kesungguhan dan keikhlasan beliau berkhidmat telah mendapat perhatian Perdana Menteri pada ketika itu, iaitu Dr. Mahathir Mohamad yang kemudiannya mencalonkan beliau ke kerusi DUN Pekan yang membawa kepada perlantikannya sebagai Menteri Besar Pahang di usia 29 tahun.  

Lanjutan dari itu, Najib sebagai Menteri Besar menjadi antara tokoh perintis Yayasan Pahang bagi mempromosi pendidikan dan sukan di kalangan belia melalui biasiswa dan dana.   Beliau juga berjaya menjana pendapatan negeri melalui sumber semulajadi dan kerjasama dengan FELDA, dengan membuka jalan untuk skim pendudukan tanah baru bagi memberi peluang pendapatan kepada golongan miskin dan tidak memiliki tanah.  

Selain menyumbang melalui politik, Najib yang dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan, Majuternak, telah menggunakan sepenuh peluangnya di sana untuk mencari idea-idea baru bagi membantu para penternak.  

Dan apabila beliau memegang jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, kesungguhan beliau meningkatkan mutu sukan negara ternyata membawa hasil apabila Malaysia berjaya menunjukkan pencapaian terbaik di Sukan SEA 1989 yang diadakan di Kuala Lumpur.  

Pada tahun 1991, Najib dilantik menjadi Menteri Pertahanan dan sehingga kini beliau tetap dianggap sebagai Menteri Pertahanan terbaik bagi Malaysia. Beliau memodenkan dan meningkatkan kredibiliti Angkatan Tentera Malaysia melalui berbagai latihan dan peralatan terkini.  

Setelah kementerian tersebut berada di tahap yang membanggakan beliau diberi pula tanggungjawab untuk menerajui Kementerian Pelajaran.  Di sini, beliau mengstruktur semula dan mengswastakan universiti awam serta menggalakkan kerjasama dengan universiti luar negara.  Antara jasa beliau di kementerian ini yang dapat dinikmati secara langsung oleh para guru hari ini ialah menaiktaraf sijil pendidikan kepada diploma bagi menaikkan tanggagaji guru-guru.  

Khidmat Najib sebagai Menteri Pertahanan sekali lagi diperlukan pada tahun 1995.  Beliau pun mengambil peluang ini untuk meningkatkan moral Angkatan Tentera Malaysia yang telah sedia dihormati dunia, dengan memperkenalkan skim perumahan yang lebih baik, pengstukturan semula elaun dan juga pendapatan mereka.  

Jelas, jasa-jasa Dato’ Seri Najib sebelum menjadi Perdana Menteri juga sudah tidak terhingga banyaknya.  

Najib dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009, dan sejak itu, beliau langsung tidak membuang masa untuk bekerja.  Dalam masa hanya 3 tahun, idea transformasinya ternyata berjaya dilaksanakan, malah berjaya membuahkan hasil dan bukannya hanya slogan kosong.  

Beliau pantas memperkenalkan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) bagi meningkatkan kualiti, kecekapan dan ketelusan dalam sektor perkhidmatan awam dan kerajaan.  KPI diperkenalkan bagi mengukur tahap pencapaian pegawai dan juga agensi-agensi kerajaan.   

Selain itu, National Key Result Areas (NKRA) diumumkan sebagai garis perancangan untuk menangani 7 perkara yang melibatkan rakyat dan negara, iaitu mengurangkan jenayah, memerangi rasuah, meningkatkan pencapaian pelajar, menaikkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah, meningkatkan infrastruktur asas di kawasan luar bandar, memastikan bekalan air bersih dan dirawat, meningkatkan sistem pengangkutan awam di bandar dan menangani masalah kos sara hidup.  

Kesemua ini telah dan sedang berjalan lancar manakala sebahagian besarnya telah pun menunjukkan hasil yang memuaskan.  Ternyata, beliau adalah seorang yang mengotakan apa yang dikata dan tanpa membuang masa.  

Kempen 1Malaysia yang dilancarkan beliau juga mendapat tempat di hati rakyat yang rata-ratanya menyokong perpaduan di bawah nama satu bangsa.  

Dalam masa tiga tahun pemerintahan beliau juga, Najib berjaya mengekalkan kekukuhan ekonomi Malaysia bermula dengan lonjakan paling tinggi dalam GDP sehingga 5.9% pada September 2009 dari rekod yang rendah pada Mac 2009 iaitu -7.6% sebelum beliau pengambil-alihan tampuk pemerintahan 

Kestabilan politik dan ekonomi dalam negara hasil dari kepimpinan Najib, telah membolehkan kerajaan mengumumkan bantuan-bantuan bersifat langsung kepada rakyat, antaranya BR1M, KR1M, TR1M, Klinik 1Malaysia dan berbagai-bagai lagi.  

Berdasarkan fakta di atas, pendek kata, sejurus selepas mencapai usia dewasa, iaitu di awal 20-an, Najib telah tidak berhenti-henti menabur jasa kepada rakyat. Namun, di usia 59 tahun hari ini, Najib tidak langsung menganggap kedudukannya sebagai balasan kepada jasa-jasanya tetapi mengambil sikap seolah-olah beliau pula yang terhutang budi dengan rakyat kerana memberi keyakinan kepadanya.  Justeru itu, beliau terus tegap bersemangat untuk berkhidmat dan menabur jasa tanpa merasa jemu atau letih.  

Sesungguhnya tidak seorang pun dari rakyat Malaysia yang mampu menafikan segala jasa-jasa beliau walaupun mereka mungkin merupakan penyokong pembangkang.  Tiada siapa boleh menafikan yang mereka menerima wang tunai serta bantuan langsung dari berbagai-bagai program yang diilhamkan Najib.  

Sememangnya, sudah menjadi tuntutan agama dan moral bagi kita semua untuk mengucapkan terima kasih kepada beliau atas segala jasa yang dicurahkan.  Dengan itu, kita mendoakan agar Dato’ Seri Najib dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik agar dapat terus berkhidmat kepada negara dan juga rakyat.  

Selamat Ulang Tahun, Dato’ Seri Najib, Perdana Menteri yang dikasihi lagi dihormati!

Monday, July 23, 2012

Pemikiran Kelas Ketiga Ulamak PAS berbanding Ulamak UMNO. Adakah kerana terpaksa bodoh untuk menjaga hati tuan guru???



Kisah lawak untuk renungan kita semua. Kisah ini MyMassa kongsikan sempena debat malam kelmarin. (TJ nak berkongsi info dari mymassa)
Pemimpin sebuah Kerajaan Negeri telah memanggil kesemua Ulama' UMNO dan PAS, bertujuan untuk mengetahui perbezaan diantara mereka.
Kesemua Ulama' PAS menghadirkan diri lebih awal, tetapi seorang Ulama' UMNO tiba sedikit lewat bebanding Ulama' UMNO yang lain-lain.

Ulama' UMNO tersebut berjalan sambil mengepitkan kasutnya di celah lengannya.

Ulama' PAS memandang kehairanan sambil berkata, "Kenapa kamu mengepitkan kasut kamu begitu?"

Ulama' UMNO itu menjawab,"Saya terdengar bahawa semasa zaman Rasulullah s.a.w, PAS gemar mencuri kasut!"
Ulama' PAS menjawab, "Mana ada PAS semasa zaman Rasulullah s.a.w."
Ulama' UMNO seraya berkata,"Jadi perdebatan kita telah tamat. Kesimpulannya, ...""dari mana datangnya PARTI kamu ??""
Diubahsuai dari kisah Sheikh Ahmed Deedat.

Kalau betul PAS takde zaman Rasulullah S.A.W, macam mana Nik Abduh kata Allah S.W.T suruh mereka ke Putrajaya?


apa nak jadi dengan waris Nik Aziz nih.. lah pulakkkkk..

Zaman bodek PM dah berakhir...


Datuk Seri Najib Razak mahu rakyat menyokong kerajaan Barisan Nasional berdasarkan rekod pencapaian, bukan kerana kerana mereka takut kepada Perdana Menteri.
“Saya tak mahu sokongan diberikan semata-mata kerana nak sokong saya sebagai Perdana Menteri. Kalau kata nak bodek Perdana Menteri, zaman nak bodek Perdana Menteri sudah berakhir,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Kelab Persara Kerajaan 1Malaysia (KUPEKMAS) di Kuala Lumpur, Khamis.
“Bila saudara sudah bersara dari kerajaan, saya tak boleh nak naikkan pangkat pun. Saya tak boleh nak bagi jawatan kepada tuan-tuan dan puan-puan. Mungkin, kalau nak bagi tambah pencen, mungkin boleh,” katanya disambut tepukan gemuruh kira-kira 1,000 pesara kerajaan yang hadir pada majlisberkenaan.
Perdana Menteri berkata, sokongan hanya patut diberikan sekiranya pesara-pesara merasakan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional berhak mendapat sokongan.
“Kalau tuan-tuan dan puan-puan sokong kerajaan pada zaman ini kerana yakin kita berhak mendapat sokongan, bukan kerana yang lain. Bukan kerana takut kepada Perdana Menteri.
“Tak ada. Kalau nak tukar dah tak boleh nak tukar dah.Nak tukar ke mana? Hulu Jerantut? Gua musang? Tak ada sebab mengapa tuan-tuan dan puan-puan  takut pada Perdana Menteri,tetapi kerana tuan-tuan dan puan-puan menghormati saya,” katanya.
Najib berkata, sokongan daripada pesara amat besar maknanya kerana ia dibuat dalam sistem demokrasi berparlimen di mana kerajaan mengembalikan hak penentuan kepada rakyat sekali dalam masa tidak lebih daripada lima tahun.
“Kitamemberi hak kepada rakyat untuk menentukan pihak mana yang layak, pihak mana yang patut diberi sokongan. Penentuannya ialah kepada sejauh manakah kepercayaan dan keyakinan  kita terhadap sesuatu pihak itu untuk memimpin negara dan mentadbir negara kita,” katanya.
Najib berkata kriteria utama yang patut dilihat oleh rakyat ialah “track record”kerajaan Barisan Nasional selama ini.
“Sebagaisebuah kerajaan kita telah berjaya membangunkan negara, memakmurkan rakyat, dan sejauh mana kita telah membela penjawat awam selama ini. Kalau kita menoleh ke belakang dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini dan lebih lama daripada itupun, apakah kita sudah yakin kepimpinan dulu dan hari ini yang saling sambung menyambung dalam konteks kesinambungan negara kita telah benar-benar  membina kebajikan penjawat awam?
“Kalau jawapannya ialah Ya, pihak yang ada dulu dan sekarang in telah benar-benar membela untung nasib penjawat awam,  maka layaklah saya dan rakan-rakan mendapat sokongan yang padu daripada tuan-tuan.”
Najib juga menasihatkan pesara supaya tidak terpedaya dengan janji manis pembangkang. “Jangan kita terpedaya dengan janji-janji manis di bibir yang kita tahu pada lojiknya tidak rasional. Kerana apa kerana diaidamkan Putrajaya. Bila sampai pada pilihanraya, apa nak jadi-jadilah.
“Sayatak boleh berjanji sesuatu saya tahu saya tak boleh tunaikan. Ini kerajaan yangbertanggungjawab. Sebab itulah perlu yakin dengan kerajaan Barisan Nasional,”katanya.
Najib berkata, dia mahukan sokongan bukan kerana diri sendiri tetapi untuk kerajaankerana ia mempunyai satu agenda besar untuk memartabatkan bangsa.
“Kita ada matlamat yang indah untuk rakyat, ia bukanlah sesuatu khayalan, igauan,mimpi di siang hari,angan-angan mat jenin atau janji tinggal janji. Kita adaagenda yang akan membela kemakmuran rakyat negara kita. Isyaallah dengansokongan ini kita akan melaksanakan janji-janji.
“Apabila anda pulang, sampaikan mesej ini. Anda tahu track record saya sebagai Perdana Menteri, Di mana saya boleh bantu, saya bantu,” kata Najib yang selepas itu mengumumkan bersetuju dengan cadangan presiden PUKEMAS, Datuk Omar Osman supaya 19 Julai dijadikan Hari Pesara mulai tahun hadapan. 

Perutusan Perdana Menteri meraikan bulan Ramadhan al-Mubarak


Alhamdulillah puji syukur ke hadrat Allah SWT. kerana di atas taufik dan inayah-Nya dapat kita meraikan bulan Ramadhan al-Mubarak pada tahun ini dalam keadaan penuh keberkatan dan kerahmatan.
Bulan Ramadhan adalah merupakan bulan kemuliaan dan penuh keberkatan yang dikurniakan Allah SWT kepada umat Islam untuk di ambil peluang bagi meningkatkan keimanan dan ketaqwaan dengan pelbagai ganjaran pahala yang berlipat-kali ganda.
Ibadat puasa yang dilakukan dengan penuh kesempurnaan, sudah pasti mampu mengawal segala kemaksiatan dunia dan dapat mendidik jiwa menjadi lebih tenang dan seterusnya membentuk diri menjadi seorang hamba yang bertakwa kepada Allah SWT.
Sesungguhnya bulan Ramadhan ini adalah bulan perjuangan menentang hawa nafsu. Harus diingatkan di bulan yang mulia ini kita perlu menginsafi diri dengan membantu para fakir miskin, anak-anak yatim dan orang yang kurang bernasib baik daripada kita. Perbuatan membazir haruslah dielakkan. Sikap suka bersedekah mestilah dipupuk. Zakat fitrah pula janganlah dilupakan.
Menyedari akan kemuliaan bulan ini, saya menyeru agar semua umat Islam di Malaysia menguatkan lagi perpaduan ummah kerana harus diingat perpaduan dan penyatuan umat merupakan asas kekuatan umat Islam pada masa hadapan. Inspirasi perpaduan daripada peristiwa Perang Badar yang berlaku pada 17 Ramadan harus di jadikan pedoman oleh umat Islam seluruhnya.
Perpecahan umat Islam akibat perbezaan dan ideologi politik merupakan salah satu faktor yang boleh melemahkan kekuatan Islam di dalam negara ini. Yakinilah bahawa kemenangan dan kejayaan itu hanya akan datang apabila terciptanya perpaduan di antara yang memimpin dengan yang dipimpin.
Ingatlah sesungguhnya musuh-musuh Islam sentiasa berusaha untuk memecah-belahkan umat Islam, mereka sedar kekuatan Islam selama ini banyak bergantung kepada perpaduan yang terbina erat.
Justeru, bersama-samalah kita mengenepikan perbezaan pendapat dan ideologi politik demi perpaduan ummah yang akan membawa seluruh umat Islam di Malaysia ini ke suatu dimensi baru yang lebih baik pada masa yang mendatang.
Akhir kalam janganlah kita lupa untuk mencari kerahmatan di malam Lailatulqadar yang mempunyai ganjaran kebaikan bersamaan seribu bulan. dan rahmat keampunan daripada Allah SWT. Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa. Sekian. Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Kuning Hijau Oren ----> Lampu Jalan Pakatan Rakyat

oren6-leadxx



Mungkin kalau ditanya peneroka, ramai antaranya sudah bosan dengan taktik pembangkang terutama PAS yang berterusan memburukkan mereka serta Felda.Pasti mereka juga hairan kenapa Pengerusi Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman terus ‘sawan’ dengan menghentam Felda terutama langkah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) baru-baru ini.

Terbaru, usaha PAS dan Mazlan memalukan peneroka lain dan Felda melalui himpunan Oren di ibu negara, pada Sabtu bertujuan menghantar memorandum kepada Yang di Pertuan Agong untuk menyuarakan rasa tidak puas hati segelintir peneroka terhadap Felda.

oren7xx


Maksud segelintir ini kerana keseluruhan peneroka di seluruh negara berjumlah 112,635 tetapi yang tidak puashati dengan Felda entah berapa kerat sahaja.
Memanglah gempak sakan bila Anak dakwa seramai 20,000 orang akan hadir perhimpunan tersebut…. tetapi akhirnya kira punya kira hanya kira-kira 3,000 orang saja.

oren5xx

Daripada jumlah itu, entah berapa orang sangat peneroka Felda kerana mustahil anak-anak kecil, remaja dan pelajar IPT yang ikut serta perhimpunan itu adalah mereka yang ‘sakit hati’ dengan Felda.
Yang pasti sebahagian besar peserta himpunan adalah ahli dan penyokong PAS yang tiba-tiba jadi ‘peneroka’.
Merisik dikalangan peserta didapati sesetengahnya dibawa datang dengan bas dari tempat-tempat yang tidak ada kawasan rancangan Felda.
Mereka cuma ahli PAS yang datang syok-syok datang ' makan angin ' untuk menyertai satu perhimpuan yang dianjurkan oleh parti di ibu negara.Itu saja.
Nyata sekali perhimpunan itu bukan suara hati peneroka.
Mereka berhimpun dekat Masjid Wilayah Persekutuan sebelum berarak melalui Jalan Duta.Dari lokasi sekitar dua kilomiter dari Istana Negara seramai enam wakil mereka dibenar menghantar memorandum itu.


oren4xx

Mazlan dan pemimpin PAS lain termasuk timbalan parti Mohamad Sabu, Naib Presiden Salahuddin Ayob, Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut serta himpunan Oren kena sedar bahawa sandiwara mereka memburukkan Felda sudah lama diketahui rakyat.
Kalau nak jadi jaguh, bertandinglah dalam pilihan raya kelak terutama di kawasan pengundinya ramai orang Felda.
Bolehlah nanti tengok macam mana mereka ‘malukan’ pula Mazlan dan Tuan Ibrahim yang ada kaitan dengan sejarah Felda.
Kalau setakat 3,000 orang yang hadir dengan peneroka sebenar yang menyokong pembangkang boleh dikira dengan jari, Mazlan patut malu.
Ataupun Mazlan memang sudah malu besar kerana dalam sibuk-sibuk balun sakan, FGVH berjaya disenaraikan dan harganya meletup bahkan peneroka juga dapat durian runtuh RM15,000 setiap keluarga.

oren3xx

Barangkali mahu tutup malu besar maka Mazlan merancang himpunan Oren tetapi nyata usaha itu hanya mendedahkan beliau gagal mempengaruhi peneroka Felda menyokong penentangan beliau terhadap Felda,
Mat Sabu, Salahuddin, Tuan Ibrahim dan beberapa pemimpin PKR seperti Cikgu Bard atau Badrul Hisham Saharin dan Ketua Pemudanya Samsul Islandar yang turut serta himpunan Oren sebenarnya cuma nak tumpang publisiti menjelang pilihan raya.
Masing-masing sudah tempah bush jaket nak bertanding PRU 13 dan himpunan Oren ini tentunya pentas terbaik promote diri masing-masing.
Bagi PAS pula, inilah masa nak kutip duit kerana tabung bergerak tetap ‘on’ dalam sibuk-sibuk dengar pemimpin mereka hentam kerajaan.
Dalam sibuk hentam kerajaan sempat pula mereka puji polis kerana benarkan perhimpunan bermula di depan Masjid Wilayah Jalan Duta dan berarak ke Istana Negara bagi membolehkan wakil mereka menghantar memorandum kepada Yang di Pertuan Agong.
Sebab polis bagi agaknya mungkin senang saja kerana mungkin nak tengok betul ke ada 20,000 nak bantah Felda atau gempak saja.
Memang sah gempak saja sebab hanya 3,000 hadir pada himpunan berakhir 4 petang itu.
Pasti itu mesej jelas pada Mazlan, cukup-cukuplah hentam Felda...kalau sesat hujung jalan, kembali ke pangkal jalan...jangan malu kalau nak durian runtuh RM15000 yang Felda bagi.


Orang Islam tak baik sebar fitnah.. Sebarkan gambar tanpa kebenaran tu Islam ker?? --- Ning Baizura


ningbaizura-pas513
Kantoi habis... pembohongan PAS selama ini mengenai sokongan artis-artis hendak sertai parti itu, siap berani sebut nama lagi terbongkar.Ini berikutan tersebarnya tweet 'amukan' penyanyi terkenal NING BAIZURA balun PAS.Beliau  'angin satu badan' berikutan dakwaan kononnya merupakan sebahagian artis yang berkenaan.
Serentak dengan itu, Ning Baizura turut memberitahu bahawa ada pihak tidak bertanggungjawab telah menyebarkan gambarnya bertudung, padahal gambar tersebut adalah gambar untuk drama tahun lepas yang disimpan didalam koleksinya.
Menerusi akuan twitternya @ning dalton, beliau berkata "PAS sebar fitnah katanya sy Ning Baizura dah masuk parti pembangkang & sebarkn gambar sy bertudung utk drama thn lepas dr koleksi saya!," tulisnya pagi Rabu.
Beliau mengulas laporan sebuah akhbar harian yang memetik kenyataan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub kononnya beliau antara artis yang dijangka menyertai parti tersebut.
Sambil melepaskan paku buah keras kepada PAS, kata Ning, "Orang Islam tak patut sebar fitnah tanpa bukti yg kukuh org Islam x payah menggunakan gambar org tanpa kebenaran itu perangai org Islam ker?"
Menurutnya, beliau suka memakai tudung dan akan memakainya satu hari nanti, tetapi tidak mahu tindakannya itu dijadikan satu bahan untuk meraih keuntungan politik.
Pada 30 Jun lalu, Sinar Harian melaporkan Salahuddin pada program anjuran Persatuan Anak Kelantan PPR Kempas di Tempoi Joho, memberitahu, sokongan terhadap Pas semakin meningkat termasuk daripada golongan artis.
Menurut Salahuddin, selain Bob Lokman dan Hairie Othman, beliau turut menyebut beberapa nama lain yang dikatakan bakal menjadi ahli Pas seperti Abby Abadi, Sharifah Aini dan Ning Baizura, namun beliau tidak mengulas lanjut mengenai pengumumannya itu.
Sementara itu penyanyi terkenal Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar yang turut disebut oleh Salahuddin menafikan beliau hendak menyertai PAS.
“Saya sokong kerajaan dan saya tidak pernah terlintas untuk masuk mana-mana parti pembangkang, baik PKR mahupun PAS.”,katanya ketika dihubungi Agendadaily.
Sharifah Aini, 59 yang baru-baru ini mendaftar sebagai pengundi dengan SPR di Pejabat Pos Besar Shah Alam  terkejut namanya disebut sebagai antara artis yang bakal menyertai PAS.
“Saya tidak tahu bagaimana nama saya boleh terbabit. Tapi yang jelas, cerita itu tidak benar,” katanya.
Bila ditanya apakah ada pihak dari sebelah “sana”  pernah mempelawanya menyertai mereka melalui telefon atau sebagainya, Sharifah Aini, dengan tegas menjelaskan, “Tidak ada orang telefon. Saya ini bukan jenis macam itu sebab saya tidak suka orang gaduh-gaduh.
“Bagi saya, kita semua ada plihan masing-masing. Jadi, kalau parti itu fikir mereka baik, buatlah yang terbaik. Tak perlulah kutuk-kutuk orang dan gaduh-gaduh. Kita mahu hidup dalam aman,” katanya.
ning1

Dr. M minta kemuka bukti beliau ‘diktator’


Dr. M minta kemuka bukti beliau ‘diktator’

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi ruang kepada pelayar blognya menyenaraikan tindakan yang dilakukannya sebagai bukti sehingga beliau digelar diktator sewaktu memerintah negara dulu.

Menurut beliau, semasa menjadi Perdana Menteri, banyak gelaran yang diberikan kepadanya terutama di kalangan musuh politik beliau seperti ‘mahazalim’, ‘firaun’ dan ‘diktator’.

Katanya, sehingga ke hari ini, walaupun ditemuramah pihak yang tidak bermusuh dengannya, soalan- soalan yang diajukan memberi gambaran seolah-olah mereka percaya gelaran yang diberikan terutamanya ‘diktator’ adalah tepat.

“Berasas atau tidak, gelaran yang diberikan kekal sepanjang hayat dan ia amat berguna dalam politik, terutamanya yang memburukkan musuh. Sebagai Perdana Menteri dahulu, saya diberi banyak gelaran seperti mahazalim, firaun, diktator yang dicipta oleh musuh politik saya.

“Apakah yang saya lakukan yang menyamakan sifat dan perbuatan seorang diktator. Saya ingin tahu daripada pelawat blog saya tentang apakah yang telah saya lakukan semasa menjadi Perdana Menteri menjadi bukti bahawa saya adalah seorang diktator," kata beliau dalam entri terbaru blognya di http://chedet.cc hari ini.

Dr. Mahathir dalam entri tersebut turut memberi contoh beberapa pemimpin dunia yang dilabelkan sebagai diktator iaitu bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak serta beberapa pemimpin lain seperti Benito Mussolini; Ferdinand Marcos; Muammar Gaddafi; Saddam Hussein dan Adolf Hitler.

Malah, beliau turut mengimbau kenangan sewaktu di Kaherah, Mesir pada zaman pemerintahan Mubarak yang mana jalan yang dilalui Mubarak dikosongkan sewaktu pemimpin itu menghadiri mesyuarat selain askar bersenjata lengkap berderet di sepanjang jalan.

Katanya, di atas bumbung bangunan pula terdapat askar penembak tepat’ yang bersenjata untuk menembak sesiapa yang disyaki cuba menyerang rombongan Mubarak.

Sunday, July 22, 2012

Penglibatan ekstremisme dalam politik serius, bahaya



Kerajaan digesa bertindak segera terhadap dakwaan wujudnya anasir ekstremisme atau pengganas yang cuba menyerap masuk ke dalam parti-parti politik di negara ini.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, langkah itu perlu memandangkan penglibatan golongan berkenaan dalam politik mampu memberi kesen terhadap keselamatan negara.

"Tidak kira sama ada parti pembangkang mahupun parti kerajaan, penglibatan puak-puak pelampau ini harus ditangani dan disekat segera kerana ia mampu mendatangkan ancaman kepada negara dan amat berbahaya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi ke dalam parti pembangkang serta cuba menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang.

Ibrahim berkata, kerajaan juga perlu menjelaskan mengenai langkah dan kaedah yang akan digunakan bagi menyekat kemasukan golongan berkenaan ke dalam parti politik.

Katanya, ia berikutan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang sememangnya penting untuk berhadapan dengan situasi ancaman puak pelampau dan pengganas itu sudah dimansuhkan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd. Shahar Abdullah berkata, pihaknya tidak terkejut dengan pendedahan berkenaan memandangkan pembangkang turut menyokong aktiviti berbentuk keganasan dan agresif.

"Kita lihat sahaja dalam siri demonstrasi anjuran mereka seperti Bersih 3.0., ia sangat mengejutkan kerana anggota keselamatan diserang selain harta benda awam dirosakkan.

Selain itu, beliau menegaskan, sekiranya dakwaan berkenaan benar, kerajaan perlu mencari mekanisme terbaik supaya anasir tersebut dapat disekat daripada menular ke dalam institusi-institusi pengajian tinggi.

Jadual Berbuka Puasa dan Imsak di tintajambu.blogspot.com bagi daerah di Negeri Sembilan

Berikut adalah jadual imsak dan berbuka puasa bagi tahun 2012 / 1433 hijrah bagi  Negeri Sembilan . Semoga jadual ini dapat membantu anda membuat rujukan waktu tepat berbuka puasa bagi kawasan anda.

Klik pada gambar untuk mengetahui waktu berbuka puasa di kawasan anda.
Hanya di daerah di Negeri Sembilan aja. 
Zon 1 : Tampin & Jempol 

Klik pada gambar untuk mengetahui waktu berbuka puasa di kawasan anda.
Hanya di daerah di Negeri Sembilan aja. 
Zon 2 : Seremban Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Jelebu

Friday, July 13, 2012

Ranking Wardina di cabar Abby Abadi.. Kelasssssssss ko Maria.. hihi

Dato' AC Mizal Ajak Abby Berdebat. Ekoran kelantangan aktres yang kini menjadi penceramah bebas untuk sebuah parti politik, Abby Abadi di laman sosial Twitter berkenaan isu PDRM, bekas rakan seangkatannya di dalam drama bersiri kepolisan 'Gerak Khas', Dato' AC Mizal mengajak Abby Abadi berdebat berhubung isu terbabit.


Kenyataan itu dikeluarkan oleh AC  menerusi status Twitter miliknya yang berbunyi;


Sebelum itu, Abby Abadi dilihat hadir menyertai demontrasi mendesak kerajaan membebaskan 45 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting pada 8 Julai lalu.


Antara kata-kata yang dilaungkan Abby seperti yang terkandung di dalam rakaman video  ketika perhimpunan tersebut adalah;



"Memang diorang ( pegawai2 warden yang bertugas ) salah. Memang dapat arahan daripada orang atas, tapi mereka yang melakukan apa yang disuruh tu .... dikira bershubahat.

"Saya tak pernah tahu ISA ni dalamnya macam Guantanamo .. Saya tak pernah tahu pun ..

"Bayangkanlah diri masing2, yang berada didalam tu .... kalau kena benda yang sama macam korang buat. Saya tak rasa pun yang diorang kerjakan orang dalam ni ... maksudnya mendera tu ...semua MENTERI YANG SURUH ! Mungkinlah suruh ... tapi dia lebihkan lagi."