Reunion Batch 1994

Reunion Batch 1994

Thursday, August 23, 2012

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!




Lapan hari lagi, 31 Ogos 2012, maka genap 55 tahun Malaysia mengecapi kemerdekaan. Penghormatan perlu diberikan atas usaha pemimpin dan pejuang terdahulu, membawa Tanah Melayu kemudiannya Malaya menjadi sebuah negara yang Aman Merdeka.

Rakyat Malaysia seramai 29 juta pada hari ini amat bertuah kerana ianya  diteruskan oleh pemimpin terkemudian yang telah membawa Negara Malaysia ke arah kesepaduan, kecemerlangan, kemajuan, bebas dan aman untuk didiami.

Bagi sesetengah masyarakat, terutamanya bukan Melayu dan generasi muda pasca merdeka, emosi untuk merayakan hari kebebasan ini, agak ‘kureng’. tidak lebih hanya mengikut trend semasa, ataupun sekadar mengambil bahagian dalam mengibarkan Jalur Gemilang sahaja.

Golongan veteran pramerdeka yang masih hidup hingga ke hari ini, lebih bersemangat dan berjati diri tatkala tiba bulan kelapan tahun Masehi. Nama-nama besar seperti Tunku Abdul Rahman Putra, Datuk Onn Jaafar, Tun Abdul Razak memang terkenal dan dikagumi. Usaha dan jasa mereka mendapatkan kemerdekaan untuk negara seharusnya tidak disangkal, Mari kita berkongsi kisah dengan salah seorang perjuangan pramerdeka, Datuk Siti Rahmah Kassim, 86, yang menjelaskan bahawa jalan untuk merdeka tidak semestinya dengan berperang dan menghuru-harakan keadaan.

Dia merupakan orang pertama menyerahkan barangan kemas bagi membantu rombongan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke London untuk menuntut kemerdekaan.

Ibu menunggu kepulangan saya dengan rotan belah empat. Dia tidak boleh menerima tindakan saya menyerahkan gelang hadiah perkahwinan itu kepada Tunku.


“Ibu merotan belakang saya sebanyak lima kali di tempat yang sama. Saya menangis namun ibu tidak hiraukan dan dia hanya berhenti merotan selepas baju saya dibasahi darah,“ ujarnya yang mula terbabit dalam arena politik sejak tahun 1946 ketika berusia 18 tahun.
Perarakan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman di Pekan Kuala Pilah,
bagi mendapatkan kemerdekaan dan mengumpul dana ke London.

Ucapan Tunku Abdul Rahman

“Semasa Tunku berucap di hadapan ratusan ahli UMNO di Dewan Hang Jebat, Melaka pada tahun 1956, saya berani menyatakan, pada ketika itu, seluruh tenaga, jiwa raga dan darah saya adalah untuk sama-sama berjuang memerdekakan negara.

“Saya masih ingat lagi ucapan Tunku yang ketika itu dalam loghat Kedah. Katanya: “Saya ini dengan Duli Raja-Raja hendak jumpa dengan baginda Queen untuk merundingkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu.

Tapi, UMNO tadak duit, saya pun tadak duit. Saya nak juai istana tapi ayahanda murka. Baginda suruh saya jadi raja tetapi saya lagi suka jadi Presiden UMNO dan bekerja untuk orang Melayu.”

Ketika itu Tunku sebak. Selesai tamat ucapan baginda, saya yang ketika itu duduk di barisan hadapan, bangun seraya berkata, “Saya akan menyahut seruan Tunku!” cerita wanita kelahiran Batu Hampar, Negeri Sembilan ini.

Serah gelang

Tanpa ada yang menyuruh namun atas semangat mahukan kemerdekaan, Siti Rahmah lantas menanggalkan gelang, rantai dan subang yang dipakainya lalu diletakkan di atas selendang merah UMNO yang digunakan ketika itu.

“Saya hulurkan barang kemas itu kepada Tunku sambil memohon supaya baginda menerima barangan tersebut.”

                                        Datuk Siti Rahmah Kassim, 86, Masih Tetap Bersemangat!


Kata saya kepada baginda, ‘Tunku, gelang ini gelang kesayangan saya kerana hadiah perkahwinan daripada ayah. Tetapi, hari ini, saya ikhlas dan reda menyerahkannya kepada Tunku sebagai bantuan untuk membayar tambang rombongan kemerdekaan ke England.”

Tunku menerimanya dengan linangan air mata. Pada masa yang sama, saya turut merayu kepada para hadirin di dewan tersebut untuk turut menyumbang.

Kaum lelaki turut tidak ketinggalan. Tongkat dan jam yang bersadur emas turut diserahkan 
sebagai tanda sokongan.


Kena sebat

Berita tentang usaha beliau menyerahkan barangan kemasnya itu tersiar dalam akhbar keesokan harinya. Malangnya, tindakan itu tidak direstui ibunya.

“Ibu saya masih berfikiran konservatif. Saya fikir ibu bangga dengan saya tetapi sangkaan itu meleset.

Ibu menunggu kepulangan saya dengan rotan belah empat. Dia tidak boleh menerima tindakan saya menyerahkan gelang hadiah perkahwinan itu kepada Tunku.

“Ibu merotan belakang saya sebanyak lima kali di tempat yang sama. Saya menangis namun ibu tidak hiraukan dan dia hanya berhenti merotan selepas baju saya dibasahi darah,“ ujarnya yang mula terbabit dalam arena politik sejak tahun 1946 ketika berusia 18 tahun.



APAKAH PULA SUMBANGAN KITA KEPADA NEGARA MALAYSIA TERCINTA?
SAYANGI DAN HARGAILAH SEMANGAT DUA MERDEKA YANG KITA KECAPI KINI!
MAKA KEMBALILAH KEPADA FITRAH….


Mengimbau Sebuah Kisah
Liputan meluas
Kisah Siti Rahmah dipukul oleh ibunya sehingga bajunya berlumuran darah kerana memberi gelang perkahwinan pemberian ayahnya pada sebuah majlis yang berlangsung di Dewan Hang Tuah, Bandar Hilir Melaka juga mendapat liputan luas akhbar-akhbar di Tanah Melayu.






 



Thursday, August 16, 2012

ASIK POLITIK jor kojo eh.. tak kunjung sudah..


TAZKIRAH AIDILFITRI

Berhari Raya Mengikut Sunnah
Eidulfitri merupakan hari kita bersuka ria dan menzahirkan kegembiraan. Ia membawa makna kembali kepada fitrah. Fitrah maknanya bersih dan yang bersih itu adalah hati yang sudah dididik oleh tarbiah (pendidikan) Ramadhan. Maka dengan erti kata lain, tujuan kita berhari raya ialah bagi meraikan kejayaan kita berpuasa di bulan Ramadhan dalam masa yang sama mengekalkan momentum tarbiah Ramadhan yang mana maqsad (tujuan) utamanya iaitu menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah S.W.T.

Eidulfitri Yang Di Tuntut

Sebagaimana yang ditegaskan bahawa puasa disyariatkan bagi mencapai maqsad taqwa. Maka sambutan hari raya mestilah selari dengan apa yang dituntut oleh syarak. Anas r.a menceritakan:

“ Ketika Rasulullah S.A.W berhijrah ke Madinah, ada dua hari raya yang disambut meriah oleh penduduknya. Maka Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik daripada itu, iaitu Eiduladha dan Eidulfitri. " (Hadis riwayat Abu Daud dan An-Nasa'i)

Jelas di sini, bagi umat Islam bukan ia sekadar satu perayaan, adat atau budaya. Ianya juga bukanlah hari yang direka-reka oleh manusia. Ia merupakan anugerah Allah S.W.T sebagai tanda kasih dan rahmat-Nya kepada semua hamba-Nya yang taat serta ikhlas menjalankan ibadat puasa di bulan Ramadhan. Apa yang menyedihkan kita sekarang ialah segelintir daripada manusia melakukan banyak kesalahan dalam menyambut hari raya. Malah ramai yang tidak mengerti apa sebenarnya tujuan mereka merayakannya. Lebih teruk, kegembiraan yang sepaturnya diraikan dalam suasana ibadah bertukar menjadi menderhakai Allah s.w.t.


Amalan Eidulfitri Mengikut Sunnah


Bertakbir.

Bertakbir pada tarikh 1 Syawal suatu amalan yang disyariatkan. Takbir ini bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) pada malam hari raya pertama dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam mula berkhutbah.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur." (Surah al-Baqarah:185)


Lafaz ucapan selamat

Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:

“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalallahu minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”


Meneruskan qiamullail

Jika sepanjang bulan Ramadhan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadhan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam hari raya sahaja. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadhan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnya sesudah bulan Ramadhan.


Memakai pakaian yang indah

Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang nipis, menampakkan susuk badan dan bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menjerumuskannya ke dalam kemungkaran. Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaum wanita. Sabda Rasulullah S.A.W:

"Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, (untuk menarik perhatian) dia adalah (ibarat) penzina." (Hadis riwayat al-Nasaai)

Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya berbau busuk. Islam adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian yang keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan tidak sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang kuat dan boleh menarik perhatian lelaki hanyalah khusus untuk suaminya.


Mengerjakan Solat Sunat Eidulfitri

Di antara syiar yang paling utama dalam menyambut Eidulfitri adalah perlaksanaan solat sunat Eidulfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata:

"Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya (pertama) Eidulfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya." ( Hadis riwayat al-Bukhari)

Namun, jika anda masuk ke masjid, wajarlah menunaikan solat dua rakaat tahiyyatul masjid. Merujuk kepada hadis di atas, Baginda S.A.W menunaikan solat hari raya di tanah lapang, bukan di masjid Baginda S.A.W.


Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun." – (Hadis riwayat Muslim)

Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Kiraan setahun adalah setelah mengambil kira 30 hari berpuasa dalam bulan Ramadhan. Ini berdasarkan kepada setiap amalan soleh akan digandakan sepuh pahala oleh Allah S.W.T. 30 hari Ramadhan ditambah 6 hari digandakan dengan sepuluh akan menghasilkan 360 hari iaitu julah hari untuk satu tahun.

Hadis ini menjadi penguat bahawa Syawal yang datang menjadi pelengkap kepada penyempurnaan Ramadhan yang sebelumya kita lakukan dalam usaha mencapai ketaqwaan kepada Allah S.W.T

Terdapat banyak lagi perkara-perkara sunat yang dilakukan ketika menyambut hari raya ini seperti berjalan kaki ke masjid untuk bersolat raya, mandi di pagi raya, dan makan sebelum menunaikan solat raya.


Penutup

Kesimpulannya, Syawal menjadi penerus kepada maqasid puasa dan ibadah-ibadah lain dalam Ramadhan. Maka kita seharunya menyambut hari raya dalam keadaan tunduk, patuh, penuh keinsafan dan bertakwa kepada Allah S.W.T. Inilah sebahagian daripada hukum-hakam dan amalan yang disunnahkan ketika menyambut hari raya Eidulfitri menurut al-Quran dan al-Sunnah yang sepatutnya dijadikan contoh ikutan bagi seluruh umat Islam. Mudah-mudahan, hari raya yang akan menjelma nanti disambut dengan penuh keikhlasan, kemeriahan dan selari dengan perintah Allah serta Rasul-Nya 





Tuesday, August 14, 2012

UMNO yang salah.. Tinta Jambu mau PAS.. :)



1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, - 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO  tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya."  - 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP  ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - 26 Nov 1994.

10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - 19 Nov 1992.

11. "PAS sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - 25 Jun 1999.

12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - 24 April 1994.

13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - 17 April 1995.

14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - 6 November 1999.

15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Kota Bharu, 1999.


16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - 6 November 1999.

17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Harakah, 4 Mac 2001.

18. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." -  Harakah 1-15 Ogos 2001.

19. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah di Masjid Pengadang Baru, Marang, - Oktober 2001.

Bersambung...http://mymassa.blogspot.com/2012/08/himpunan-hadis-hadis-tuan-guru_14.html

p/s : Selama ini kita tertipu dengan agenda jahat DAP. PAS tidak seperti dulu lagi. Di suruh berubah, liat macam daging  di rebus tak ompuk-ompuk. Sudah-sudahlah tu Nik Aziz mengeluarkan fatwa yang sesat lagi menyesatkan. 

Tolonglah sayangi umat Islam yang disesatkan aqidah ni. PAS kembali lah kepada perjuangan Ustaz Asri dan Ustaz Fadil Noor..

Tinta Jambu pilih mengundi.. :)

Saturday, August 4, 2012

[Paparazi] Artikel tak bertajuk.. Nak tau baca aja.. :)


Tinta Jambu hanya menyahut cabaran blogger Tepak Bersulam agar mendapatkan gambar Datin Seri Rosmah Mansor. 

Pada mulanya, keadaan menjadi agak sukar untuk menjadi 'paparazi' tak bertauliah apabila di kawal ketat oleh safety guard Datin Seri Rosmah Mansor.

Katanya, "dilarang sama sekali mengambil gambar Datin." Cuba juga memujuk, "alah kak.. sekeping jer.. sekeping jer.." Umang ai.. aksen betul akak polis nih.. hehe.. Dia tetap cakap tak boleh.. terpaksalah Tinta Jambu akur.

Apa pun Tinta Jambu menghormati tugas polis. Itu macam lah, tugasnya yang berprinsip.. Tak boleh katakan tidak.. 

Dalam duk memikir.. TJ pandang atas.. "Ah'haaaaaaa.. lupa pulak masjid ni tiga tingkat." Tanpa melengah-lengahkan masa.. TJ naik atas dan mengambil gambar ala-ala paparazi gitu. Mengegel tekau eh.. 

Apa pun Datin Seri Rosmah Mansor memang sporting habis lah.. Orang kata dia sombong?? Ado mak.. sombong ker??

Tak baik fitnah tau.. hebat Datin Seri Rosmah Mansor.. dalam ada pihak giat memburukkan beliau, beliau semakin relax dan cool plak??

Habis tu.. golongan orang mato tinggi ni suka fitnah untuk apa?? Bukalah fikiran kita dari terus menerus jumud. Apa dar..

Seburuk-buruk fitnah ditaburkan kepada Datin Seri Rosmah Mansor, buruk lagi kelakuan orang yang mencipta fitnah buat dirinya.

p/s : Beliau isteri pembaca berita  yang bergelar Pak Ngah pun adalah fitnah belaka yang dirancang oleh pihak tertentu.. Hebat datin nih.. hanya kerana beliau manusia naif yang tak reti melawan.. dirinya tidak henti-henti di fitnah. Kalau lah betul beliau seorang veto kepada suami dan rakyat umum.. tentu sekali ramai orang yang dah di samannya.. Lagi orang fitnah apa saja, lagi beliau buat derkkkkkk jer.. kaki fitnah tak lelah ker???