Reunion Batch 1994

Reunion Batch 1994

Wednesday, October 31, 2012

Bila Gambar Berbicara



























Sumber : Beruang Biru

Perjanjian Rahsia DAP-PAS: Anwar Jadi PM 2 Tahun Sahaja


Kata orang politik itu kotor.   Kata-kata ini mungkin benar tetapi kurang tepat kerana yang kotor adalah orang-orang politik dan bukan politik.  Namun, bagi Pakatan Rakyat, jangankan orang-orang politiknya kotor diselaputi berbagai skandal tetapi strategi politiknya juga kotor.  

Semua orang tahu bahawa antara PKR, DAP dan PAS tidak ada titik persamaan dan untuk mereka bergabung di dalam satu pakatan merupakan sesuatu yang pelik atau ‘taboo’.   Bagi ketiga-tiga mereka untuk bekerjasama dalam ertikata sebenar sebenarnya amatlah mustahil tetapi itulah yang mereka serlahkan kepada rakyat, iaitu kononnya mereka bekerjasama untuk memperjuangkan rakyat. 

Mengenali DAP yang diterajui Dinasti Lim, sifat kiasu semulajadi mereka tidak memungkinkan mereka menerima sesiapa sebagai pemimpin mengatasi kedudukan mereka.  Begitu juga dengan PAS yang kononnya memperjuangkan kepimpinan  Ulama dan Negara Islam, mana mungkin menerima orang lain di luar kelompok mereka sebagai Ketua. 

Tetapi, DAP dan PAS telah menerima Anwar Ibrahim sebagai ketua mereka dan sekali gus bakal Perdana Menteri atau lebih tepat Presiden, jika mengambilkira perjuangan PR untuk menubuhkan Republik.   Tentunya, ini adalah pelik. 

Lebih pelik lagi jika kita melihat kepada sejarah hubungan Anwar dengan PAS dan DAP.  Dalam tahun 1997, iaitu apabila kegemaran luar-tabiee dan salahlaku Anwar mula terhidu oleh orang luar, Mat Sabu mengambil langkah awal mendedahkannya di dalam wawancara dengan Majalah Tamadun.    Mat Sabu jugalah yang merekacipta gelaran manja ‘Aljuburi’ untuk Anwar.   Di dalam wawancara itu, Mat Sabu membelasah UMNO kerana mempunyai pemimpin yang begitu kotor sekali seperti Anwar Ibrahim. 

Dalam tahun yang sama, Karpal Singh telah mengambil langkah lebih jauh dengan membawa isu salahlaku dan luar-tabie Anwar ke parlimen.  Bukti ini boleh didapati dengan mudah melalui rekod Hansard Parlimen.  Karpal Singh mempersoalkan kerajaan kerana membiarkan manusia yang begitu kotor sekali menjadi pemimpin.  Beliau juga mendedahkan yang DAP mempunyai bukti terhadap apa yang didakwa mereka itu. 

Apabila Anwar akhirnya dipecat kerana kesalahan yang terlebih dahulu dihidu PAS dan DAP tersebut, tidak semena-mena Karpal Singh telah bertindak membela Anwar habis-habisan.   Tentu sekali, segala bukti yang dimiliki mengenai kesalahan Anwar seperti yang didakwanya disimpan baik-baik.    Dan bukti ini pastinya masih ada di tangan Karpal dan DAP. 

Dengan pengetahuan dan bukti yang dimiliki oleh DAP dan PAS mengenai Anwar, tindakan mereka menerima Anwar sebagai ketua membuktikan yang mereka mempunyai agenda tersendiri atau berasingan dalam memastikan kekuasaan parti masing-masing sekiranya PR memerintah. 

Dari sumber-sumber dalaman yang diperolehi, dimaklumkan bahawa DAP dan PAS telah membuat perjanjian lisan di antara beberapa pemimpin tertinggi kedua-dua parti mengenai Anwar.   Menurut sumber tersebut, kedua-dua parti bersetuju dalam keadaan terpaksa menerima Anwar kerana tiada calon lain yang boleh ditonjolkan sebagai ‘orang tengah’ yang berwibawa untuk mewakili sebuah pakatan yang bertentangan dalam prinsip perjuangan.  Anwar yang mempunyai sejarah Islamik radikal dan kemudiannya berubah menjadi liberal dan plural adalah yang paling sesuai untuk duduk di tengah-tengah antara Islam ekstrem dan kafir harbi. 

Namun, kedua-dua PAS dan DAP juga tidak senang membiarkan Anwar terus menjadi ketua mereka.  Justeru, mereka sepakat bahawa Anwar hanya akan memegang jawatan untuk seketika, sementara keadaan stabil dan rakyat mampu menerima cara pentadbiran PR.  Dengan cara ini juga, PAS dan DAP boleh mengkambing-hitamkan Anwar sekiranya kerajaan PR dikecam dan diragui rakyat. 

Ini juga akan membantu menaikkan kemarahan rakyat terhadap Anwar serta memudahkan mereka menendang Anwar keluar.  Sebagai menyediakan alasan rasmi untuk menyingkirkan Anwar, mereka akan membangkitkan kembali semua isu skandal seks Anwar dengan mendedahkan bukti-bukti baru yang selama ini disimpan.   Pada ketika ini juga, pemimpin DAP dan PAS akan memberi kenyataan bahawa mereka percaya yang video seks Anwar-Chinadoll adalah sahih. 

Sumber juga berkata bahawa dalam masa 2 tahun, paling lewat, Anwar akan disumbat kembali ke penjara oleh PAS dan DAP.  Ini adalah perjanjian lisan yang dibuat antara PAS dan DAP. 

Namun, sama ada mereka mampu mempercayai sesama sendiri adalah cerita lain sama sekali.  Ini kerana DAP mempunyai lebih persamaan dengan Anwar berdasarkan 4 perjuangan asas parti itu iaitu menghapuskan Institusi Raja-raja, menghapuskan Rejimen Askar Melayu DiRaja, menghapuskan hak istimewa Melayu dan menjadikan Malaysia Negara Sekular.  

Sedangkan PAS pula ingin mengekalkan apa yang ada dan hanya menambah ‘dos’ agama iaitu melaksanakan hudud dan meningkatkan perlaksanaan undang-undang Islam dan cara hidup Islam yang bertentangan dengan DAP. 

DAP dan PAS kedua-duanya percaya yang mereka boleh mencapai segala matlamat mereka tanpa Anwar.   Tetapi, mampukah mereka mencapai matlamat tersebut secara bersama?   Salah satu parti akan terpaksa mengalah juga akhirnya dan kita sudah dapat menjangkakan bahawa yang akan kalah adalah PAS walaupun majoriti rakyat negara ini adalah Melayu. 

Ini kerana pemimpin PAS telah terbukti terlalu lemah dan tidak mampu melawan DAP.  Lebih buruk lagi, apabila PAS sendiri sudah dikuasai Anwarinas yang prinsipnya lebih cenderung menyerupai DAP berbanding PAS.  Kumpulan ini juga pasti akan menimbulkan masalah jika perjanjian lisan PAS-DAP dilaksanakan. 

Justeru, apa yang kita lihat ialah negara bakal bergoyah apabila PR memerintah.  Dengan Dinasti Lim menggenggam kuat takhta melaksanakan agenda DAP dengan licik dan pantas sementara PAS terkial-kial merebut takhta cuba menghalang mereka, manakala Anwar pula menggunakan sepenuhnya pengaruhnya di barat untuk menepis tendangan mereka.  

Perebutan dan pergolakan ini akan mempengaruhi penyokong masing-masing, lalu merebak membangkitkan kemarahan rakyat keseluruhan apabila negara semakin tidak terurus.   Pada ketika itu, campurtangan asing dan sang kiasu DAP naik tocang lalu mencabar dan membangkitkan kemarahan umat Melayu adalah sesuatu yang pasti akan berlaku.  

Kesudahan nasib kita tidak perlulah penulis nukilkan di sini kerana penulis pasti anda semua dapat fikirkannya sendiri.  

Sumber : Beruang Biru

 

2 Pengganas yang diTangkap di Lubnan Penyokong PR


Kita bertuah berada di bumi Malaysia yang terhindar dari segala keganasan dan bencana alam yang besar.  Walaupun terdapat beberapa percubaan untuk menghuru-harakan negara oleh beberapa pihak, namun, sehingga kini segala percubaan tersebut berjaya dipatahkan atau dibendung oleh pihak berkuasa. 

Untuk itu, kita wajar menghargai kecekapan pihak keselamatan negeri, negara dan juga kepimpinan kerajaan.   Ini adalah bukti bahawa segala apa tohmahan yang cuba menggambarkan bahawa pihak keselamatan negara ini serta kepimpinan kerajaan adalah korup dan tidak cekap adalah tidak benar sama sekali. 

Adalah mustahil bagi sebuah negara yang anggota keselamatan dan kepimpinan kerajaannya begitu korup dan tidak cekap mampu memastikan keamanan yang berkekalan di negara ini. 

Namun, itu tidak bermakna yang mentaliti ‘gemar kepada keganasan’ tidak wujud di kalangan rakyat Malaysia.  Mungkin kerana tidak mampu mengatasi kecekapan pihak berkuasa Malaysia maka pengganas Malaysia memilih untuk melakukan keganasan di negara lain, antaranya, Nordin Mat Top yang berasal dari Johor, telah ditembak mati di Indonesia kerana terlibat dalam pengeboman di negara itu.  

Selain itu, penangkapan dua warga Malaysia kerana dipercayai menjadi pengebom berani mati di Lubnan baru-baru ini juga menjadi satu lagi bukti akan kewujudan mentaliti sebegini di kalangan kita.

Siasatan mendapati dua lelaki Malaysia itu direkrut ke dalam Al-Qaeda oleh seorang lagi rakyat Malaysia sebelum dibawa ke Yemen di mana mereka menemui anggota lain kumpulan itu.  Kedua-dua suspek itu cuba memasuki Syria menerusi Turki atas misi jihad bagi melakukan serangan berani mati.  
Mereka dikatakan bercadang menghubungi seorang individu di Lubnan untuk menyelaras komplot serangan tersebut.

Mentaliti yang ‘cintakan keganasan’ ini sering menggunakan nama penyamaran iaitu ‘jihad’ bagi menghalalkan kemusnahan yang mereka bakal lakukan. 

Sejarah mengenai keganasan di Malaysia merekodkan bagaimana parti PAS terlibat dalam menerapkan mentaliti ini sehingga membawa kepada tragedi berdarah Memali dan juga Sauk.   Semuanya atas nama ‘jihad’. Ia bermula dari Amanat Haji Hadi yang menyatakan bahawa UMNO itu kafir kerana bekerjasama dengan bukan Islam dan wajib ditentang.

Sehingga kini, masih ada di kalangan PAS yang menggelar mereka yang terbunuh di Memali sebagai para ‘syuhada’.  Mereka percaya, yang mereka wajib membunuh, menentang dan menjatuhkan kerajaan Islam yang ada di Malaysia atas sebab ‘tidak cukup Islam’ atau ‘kafir’ dan perlu digantikan dengan pemimpin mereka yang ‘benar-benar Islam’.  Mereka benar-benar yakin bahawa membunuh pihak berkuasa yang sebahagian besarnya juga beragama Islam, adalah satu jihad dan jika terbunuh ketika berjihad itu, maka kematian mereka adalah syahid. 

Walaupun PAS kini sudah semakin terbuka, hatta liberal juga mungkin, tetapi mentaliti ektremis ganas yang diterapkan oleh mereka suatu ketika dulu terus kekal di dalam beberapa golongan masyarakat.  Hari ini, golongan ini memilih untuk menyertai organisasi asing seperti JI, Al-Qaeda dan berbagai-bagai lagi, yang menaja keganasan atas berbagai alasan dan sebab.  Membela umat Islam Palestin, adalah antara alasan paling ‘popular’ di kalangan mereka.  

Mereka enggan memilih untuk berjihad dengan cara aman sepertimana yang dilakukan oleh Aman Malaysia atau Mercy Malaysia yang sanggup bergadai nyawa merempuh bahaya serangan dan halangan pengganas Israel untuk menghantar bantuan ke Palestin.  Tetapi, mereka memilih untuk membunuh atau membalas keganasan dengan keganasan juga, dengan harapan untuk mati syahid.  Lebih buruk apabila mereka bukannya bertindak ganas di zon bahaya yang terlibat, tetapi di tempat awam yang selamat dengan misi ‘bom berani mati’.

Memilih keganasan dan bukan keamanan untuk berjuang adalah sinonim bagi pihak penentang kerajaan atau pemberontak.   Telah menjadi satu ‘hukum tidak bertulis’ bahawa golongan bermentaliti ganas tidak mungkin menyokong pemerintah dan sering menganggap orang lain salah dan jahil serta hanya mereka sajalah yang benar dan bijak. 

Kalaupun mereka menyokong kerajaan, kerajaan itu pastinya kerajaan negara lain dan bukannya kerajaan yang memerintah negara mereka.  Dan ini akan dijadikan alasan untuk mengganas.   Pendek kata, mereka tidak pernah menghargai apa yang ada di depan mata dan sering mencari alasan untuk memberontak.

Seperti juga dua warga Malaysia yang ditangkap di Lubnan tersebut, sumber awal yang didapati dari Lubnan menyatakan bahawa kecenderungan politik mereka ialah membenci kerajaan Malaysia dan menyanjung pihak pembangkang. 

Tidak perlu diperincikan parti mana dari pembangkang yang mereka sanjung kerana pembangkang di Malaysia kini telah terangkum menjadi satu, iaitu Pakatan Rakyat.   Justeru, cukup untuk kita hadamkan maklumat ini iaitu dua warga kita yang disyaki pengganas itu adalah penyokong Pakatan Rakyat. 

Maka terbuktilah sudah bahawa politik benci keterlaluan yang dimainkan oleh Pakatan Rakyat akhirnya berjaya melahirkan pengganas.

Sumber : Beruang Biru

Hudud: PAS Perlu Hati-Hati, Elak Dari Kaitkan DAP


RAMAI penyokong Pakatan Rakyat tidak faham apa isu sebenarnya berkaitan dengan hukum hudud yang diucapkan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dalam konvensyen MCA yang baru lepas, sehinggakan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, memberikan kata dua kepadanya untuk meminta maaf atau menghadapi tindakan undang-undang dalam masa 1 minggu.

MCA menentang dan memperlekeh hudud, so apa masalahnya?  Adakah ini perkara baru?

Kalau Salahudin terlupa, penulis nak sebutkan disini yang MCA dah lama menentang hudud, bukan sejak berada di bawah pimpinan Soi Lek sahaja pun.

Sebaliknya sekarang, kata dua Salehudin ini menimbulkan pertanyaan ramai orang, adakah beliau cuba menunjukkan kepada rakyat bahawa PAS akan tetap mahu melaksanakan hudud di negara ini jika Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan persekutuan kelak?

Adakah PAS sudah lupa bahawa DAP sebagai salah satu komponen terbesar dalam Pakatan Rakyat juga menentang perlaksanaan hudud, malah pendirian itu (tidak melaksanakan hukum hudud) juga adalah pendirian rasmi Pakatan Rakyat dimana PAS sebagai anggota komponennya?

Pendekatan dan cara disebut sahaja yang berbeza dari apa yang disentuh Soi Lek, tapi matlamatnya tetap sama, hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini. Period!!

Penulis tidak berminat mempertahankan MCA kerana parti itu secara teorinya sudah ‘mati’.

Tapi penulis lihat MCA boleh ‘hidup semula’ kalau polemik hudud dengan PAS ini kalau berterusan.  Bagaimana?  Kalau MCA berjaya mengaitkan DAP dalam polemik ini jika tindakan undang-undang diteruskan nanti.  Malah percaya atau tidak, usaha itu sedang giat dijalankan sekarang sebaik cabaran Salahudin ini tersebar.

Ini sudah pasti berlaku kerana MCA dan DAP secara teorinyanya ‘bersekutu’ dalam soal penentangan terhadap hudud.

Bagaimanapun, kelebihan berpihak kepada MCA kerana sekurang-kurangnya BN tidak mempunyai pendirian rasmi untuk melaksanakan hudud, berbanding dengan PAS dalam Pakatan Rakyat yang masih berkeras untuk melaksanakan undang-undang Islam tersebut.

Walaupun sudah rasmi hudud tidak ada dalam agenda Pakatan Rakyat (malah PAS sendiri – rujuk Muktamar PAS 2011).  Tapi dari banyak kenyataan oleh pemimpin PAS yang boleh dirujuk kebelakangan ini, menunjukkan kecenderungan ke arah itu.

Lebih membimbangkan penulis, ancaman PAS terhadap Soi Lek ini sudah mula menjadi buah mulut di alam siber dan kedai kopi, terutama yang berkait rapat dengan masyarakat Cina.  Malah, ada juga yang mengatakan DAP menyokong PAS untuk menyaman MCA kerana menentang hudud atau dalam bahasa mudah, DAP juga menyokong hudud!!

Tak logik?  Kenapa tidak, bukankah PAS dan DAP sama-sama bernaung di dalam Pakatan Rakyat?

Rasanya tak perlu penulis nak ingatkan bagaimana bahayanya persepsi DAP menyokong hudud ini kalau dimainkan di kalangan orang cina.  Pilihanraya umum 1999, dek kerana isu hududlah DAP hilang kuasa di banyak tempat dengan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh sendiri pun tewas di kawasan masing-masing.

Oleh yang demikian, penulis ingin menasihatkan PAS, dalam keadaan sekarang, perkara-perkara seumpama ini sangat bahaya kepada politik DAP dan Pakatan Rakyat.

Adalah lebih baik dan bermakna jika PAS menyerahkan kepada NGO-NGO Islam yang lain untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas MCA berhubung kenyataan Soi Lek tersebut, dengan PAS sendiri menjauhkan diri.

Lebih jauh PAS menjarakkan diri, lebih baik.

Masyarakat hari ini, terutama masyarakat cina, bukan bodoh.  Dah elok-elok 100% sokongan masyarakat cina terhadap DAP, kalau MCA berjaya memutar belitkan isu ini nanti, berlaku peralihan sokongan yang hanya akan memberi kelebihan kepada BN.

Penulis faham PAS mahu mengaut sebanyak yang boleh undi dari orang Melayu dengan mempolitikkan isu ini, tapi apalah maknanya usaha tersebut jika ia boleh mengorbankan sokongan berharga kaum cina terhadap Pakatan Rakyat, terutama sekali DAP?

Dulu pun penulis sudah sebut dan penulis tidak kekok untuk menyebutkannya lagi, hudud dalam apa keadaan sekali pun tidak boleh dilaksanakan di Malaysia apatah lagi dikaitkan dengan Pakatan Rakyat.

Inilah faktanya, sama ada PAS suka atau tidak.

PAS AND PKR YOUTHS PROTEST AGAINST MCA AND SOI LEK IS JUST A SHOW, NOTHING SERIOUS OR REAL



So PKR and PAS youth protested against MCA for the party’s hard stand against Hudud laws and Nik Aziz Nik Mat’s statement that women who wear revealing cloths should be raped and they asked for it.
 
How the statement fron Nik Aziz is read is up to the individual but the irony is that how come PAS and PKR youth could protest against MCA and the party president Chua Soi Lek when they did not even open their mouths when DAP strongman Karpal Singh put his foot down against Hudud laws and implementation of Islamic government?
 
Double standard? Or political considerations? Or whatever it is, the scenario is revealing…for the parties in the opposition front, whatever their leaders do is good and whatever the ruling BN do are bad…even if the population thought otherwise.
 
They will present all kind of scenarios and all kinds of reasons to make sure the population of the country dislike and hate the ruling party and attracted to them.
 
The ‘political tsunami’ they created in 2008 is no longer existing and they have to find other kind of ‘tsunami’ to maintain their influence which is fading very fast while at the same time ward off onslaughts from the voters on weaknesses emerging very clear in states they won and ruled.
 
Failure to fulfill their promises made in 2008 and the weaknesses in administration as shown every now and then, they try hard to divert the attention and focus of voters to whatever they can against the ruling BN.
 
Now they harp on ‘make believe issues such as scorpene and the RM40 million donation to Sabah Umno’, the act which they do good which would, at the very least, create doubts in the voters’ minds.
 
And when Karpal was hitting out at Hudud which was worse than Soi Lek, belittling Islam and PAS, PKR youth and its head Shamsul Iskandar Mat Akin did not utter a word.
 
PAS youth was quite vocal against Karpal but not so demanding. Lucky for PAS, the party has former deputy president Nasharuddin Mat Isa who is willing to sacrifice his position in defending Hudud and PAS policies.
 
He was later joined by Ulamak council deputy chief Dr Haron Din, and the by few others who proposed that Nik Aziz steps down and make way for new leaders.
 
Whether right or wrong, the protests by PKR and PAS youths against MCA and Soi Lek does not have much or any effect on voters’ minds and sentiments given the hypocrisy in whatever actions they take.
 
The double standards they practiced are crystal clear and voters know and see what they do…thus the protests against Soi Lek and MCA, to the voters are just a ‘show’.
 
What voters know and understand at present is that DAP is against Hudud and Islamic laws and PKR has been quiet on this just, just to make sure the ‘marriage of convenience’ among them ‘look good’.
 
And as far as PAS is concerned, regardless of NIk Aziz or not, the party is determine to go alone if it is necessary as the party continues to pursue its struggles and objectives.
 
Credits : Beruang Biru

PAKATAN RAKYAT RANCANG HAPUS AGENDA MELAYU DI SELANGOR



Antara kelemahan utama kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ialah hampir ketiadaan langsung agenda bagi memartabatkan bangsa Melayu di negeri itu.

Sebut sahaja mana-mana bidang kehidupan yang menyentuh orang Melayu samada perniagaan, aspek sosio-ekonomi malah agama sekali pun, rakyat akan tertanya-tanya apakah program-program pro-Melayu yang telah dirancang mahupun dilaksanakan sepanjang 4 1/2 tahun Pakatan Rakyat memerintah di negeri terkaya di Malaysia itu.

Malah amat menyedihkan sekali apabila Selangor melantik pula Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi yang sepatutnya membela orang Melayu terutamanya golongan susah dan miskin.

Namun dengan pengalaman serta ketokohan Anwar sebagai bekas Menteri Kewangan selama lapan tahun juga gagal menyelamatkan nasib orang Melayu.

Anwar bagaikan tunggul kayu mati yang hanya berperanan sebagai penghias serta tidak mempunyai apa-apa fungsi yang boleh membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat Selangor.

Kini nasib orang Melayu di tanah air mereka sendiri akan lebih tertekan dan akhirnya akan merempat apabila Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim bercadang untuk menjual lima aset bangunan kepunyaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Antara aset PKNS yang bakal menjadi mangsa kerakusan Pakatan Rakyat ialah Wisma Yakin yang begitu terkenal sebagai ikon perniagaan orang Melayu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur sejak awal tahun 1970an lagi.

Siapa tidak kenal Wisma Yakin yang menjual serba anika pakaian dan aksesori budaya Melayu seperti baju Melayu, songkok, samping, kain pelikat, butang baju dan sebagainya.

Kelas peniaga Melayu kecil dan menengah berjaya diwujudkan di Wisma Yakin kerana dasar pro-Melayu yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional selama ini.

Turut menjadi mangsa lagi ialah Kompleks PKNS Shah Alam yang akan dijual pada harga RM85 juta, PKNS Bangi (RM42 juta), PKNS Petaling Jaya (RM90 juta) dan SACC Mall (RM97 juta) dengan nilai keseluruhan yang bakal diraih berjumlah RM321 juta.

Begitu hebat pentadbiran Pakatan Rakyat dengan slogan 'Harapan Baru Untuk Malaysia' sehingga orang Melayu akhirnya akan kehilangan semua aset-aset mereka sedikit demi sedikit yang telah dibina dengan penuh penat lelah di bawah Barisan Nasional sejak zaman merdeka lagi.

Antara objektif utama PKNS yang ditubuhkan oleh kerajaan BN sejak 45 tahun lalu ialah peranannya sebagai satu agensi pembangunan sosio-ekonomi Selangor selain menjadi, agensi utama pembangunan hartanah kerajaan negeri, pemegang amanah bumiputra, agensi utama melaksanakan Dasar Ekonomi Baru dalam menyusunkan semula struktur masyarakat dan pembasmi kemiskinan di kalangan masyarakat Bumiputera bandar dan luar bandar.

Jika diteliti jasa lebih empat dekad PKNS di, kejayaan terbesarnya adalah kemunculan Selangor sebagai negeri yang termaju dan terkaya di Malaysia dari segi pembangunan industri, perumahan dan perbandaran.

Di bawah Pakatan Rakyat semua kejayaan yang telah dicapai bagi pembangunan sosio-ekonomi rakyat Selangor khususnya orang Melayu akan hancur dan musnah.

Maka tidak silap dikatakan bahawa antara agenda penting kerajaan Pakatan Rakyat apabila mengambil alih pentadbiran di Selangor ialah mensasarkan institusi-institusi yang mempunyai kepentingan Melayu.

Faktor mengapa ini berlaku ialah kehadiran parti rasis DAP sebagai sekutu PKR dan PAS.

Sementara PAS sudah menjadi keldai DAP akan membawa apa sahaja beban mengikut kemahuan parti rasis Cina itu, PKR pula menjadi pak turut kerana sokongan amat diperlukan oleh Anwar untuk mengejar cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Yang menjadi mangsa sudah tentunya orang Melayu kerana DAP tidak sesekali akan membenarkan orang Melayu berjaya dan cemerlang di negeri itu.

Lihat bagaimana agenda Pakatan Rakyat Selangor di kawal dan dirancang oleh DAP dengan restu Anwar apabila kerajaan negeri merampas tanah seluas 323.7 hektar kepunyaan Yayasan Basmi Kemiskinan di Serendah pada tahun 2010.

Tanah tersebut dirampas oleh Pakatan Rakyat hanya kerana YBK menolak nafsu Khalid supaya beliau dilantik sebagai pengerusi yayasan itu.

Rampasan tanah itu telah membantutkan usaha kerajaan pusat untuk membina kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah sekali gus menafikan hak beribu-ribu anak Melayu meneruskan pengajian mereka.

Mujur keadilan dapat ditegakkan apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan tanah itu dikembalikan semula kepada YBK.

Agenda melemahkan orang Melayu melalui bidang pendidikan juga dikesan di UNISEL, sebuah universiti milik kerajaan negeri Selangor yang mengalami kerugian berjumlah RM54 juta dalam tempoh tiga tahun sejak Pakatan Rakyat memerintah bermula dari tahun 2008 sehingga 2010.

Sebagaimana anak-anak Melayu di nafikan pendidikan dengan ketiadaan kampus cawangan UiTM di Serendah, beribu-ribu pelajar Melayu yang kini menuntut di UNISEL akan menerima nasib yang lebih malang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Pengurusan yang lemah dan tidak berjaya, ditambah lagi dengan agenda politik kotor Pakatan Rakyat untuk menjadikan UNISEL sebagai medan latihan kader-kader pembangkang, institusi pengajian tinggi yang dulunya dipandang tinggi dengan pencapaian akademik yang membanggakan, kini akan turut sama dikorbankan demi memuaskan hati DAP.

Hakikatnya lebih lama Pakatan Rakyat memerintah di Selangor, lebih dahsyat kemusnahan agenda Melayu akan dilakukan dan semua ini dilakukan di depan mata PKR dan PAS yang kononnya mendakwa sebagai pelindung Melayu.

Sumber : Beruang Biru
 

Musa Hassan's Press Conference Is Fabricated By Pakatan Rakyat

Most Malaysians are already aware with the fact that the venue of Foreign Correspondent Club of Thailand (FCCT) with links on the press conference made by former Malaysia, Chief of Police, Musa Hassan was used by SUARAM when they held a press conference regarding Scorpene.
So, it is not surprising when all of the sudden FCCT was once again manipulated by SUARAM and opposition coalition just to tarnish the former PC's image so that they could proceed with their propaganda regarding Altantuya.
At FCCT, anyone could organize press conferences with just about any issue, and for SUARAM as PR's NGO proxy, organizing such event is not something hard.
The Opposition and its NGO would always want the story of Altantuya to go around until at least the coming GE13, to make that happen, a new character would need to be included in the drama.
A few days prior to the event, Musa had withdrew his suit against PKR's General Leader, Anwar Ibrahim regarding the charge where he was involved in the conspiracy of fabricating evidences against Anwar.
The fact is, no evidence were fabricated and the suit was only withdrew by the former PC when Anwar sent his representative to suggest that the case is settled out of the court.
"I was understood that there were some misunderstanding regarding my role in this case, by the defendant, and I accept to settle this case outside of court as suggested by defendant," Musa's statement when asked by reporters on the reason why he withdrew the suit.
Anwar then took the advantage from the case withdrawal by portraying that he was at the right side even though the suggestion to settle the case outside of the court was made by his side.
Then all of the sudden FCCT's website showed the invitation for a press conference by the former PC by saying that 'there is a new finding in the murder case of Altantuya'.
Pro-opposition portals were few of the first to publish the news on this matter. Then as Musa realized that his name was misused, he immediately denied the matter, then the same media had to announce that the conference was cancelled.
For us, this fabricated press conference by Pakatan Rakyat seemed funny, but for opposition's loyal supporters, they look at this matter as their moral win, without even realizing they were fooled by their own leader.
It was clear how opposition was smart in taking the chance to manipulate Musa for their own political interest. The close GE comes, more wird stories would come up.
That is all they can afford to do. They did not do anything to rakyat because all of leaders have been focusing on their own interest.
Despite that, there is no doubt that PR and its vehicle has always been great when it comes to drama, but that would not last long. They might be able to lie to a few people, but they cannot lie to all Malaysians.

Credit : Beruang Biru

Mimpi Hudud PAS

 
Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU 13) dijangkakan berlangsung bila-bila masa saja dari sekarang dan sebagaimana biasa, makin dekat musim pilihanraya maka kian aktiflah para pemimpin pembangkang misalnya dari PAS mendendangkan semula isu perlaksanaan hukum hudud.

Itulah yang terjadi kini apabila Presiden PAS, Abdul Hadi Awang tiba-tiba sahaja memberi kenyataan terbuka mendakwa sudah wujud titik temu di antara DAP dengan PAS berhubung isu hudud PAS yang sedang hangat diperdebatkan tika ini.

Menurutnya, "Titik persamaan secara umum sudah disepakati, apabila DAP menerima konsep yang sudah ada dalam perlembagaan negara, termasuk kedudukan agama Islam.

Bagi PAS sudah cukup menarik untuk memberi ruang perbincangan sekiranya memerintah negara. Cara ini tidak boleh dilakukan oleh UMNO dengan rakan-rakan karibnya dalam Barisan Nasional," demikian kata Hadi dalam satu kenyataannya semalam.

Dari bait demi bait kenyataan rasmi Presiden PAS itu, ternampak jelas Hadi cuba membersihkan imej keras DAP khususnya dalam hal melibatkan isu hudud.

Itulah hakikatnya sejak dulu, pemimpin PAS akan senantiasa mencari hujah yang bersimpul-simpul semata-mata memepertahankan rakan sepakatannya sekalipun sudah disedarinya DAP tidak pernah berganjak dari pendiriannya dalam isu tersebut.

Entah di mana wujudnya titik temu bagi DAP dan PAS dalam isu hudud sukar dimengertikan. Seringkali yang terjadi apabila isu hudud di bawa ke mesyuarat tertinggi PR akan berakhir dengan kenyataan 'hudud bukan keutamaan PR" ataupun "hudud tidak akan dilaksanakan sekiranya PR memerintah negara".

Kemudian macam biasalah, para pemimpin PAS akan gebang keliling kampung kononnya UMNO yang menolak perlaksanaan hudud. PAS yang berjanji, PAS yang memasukkan janji hududnya dalam manifesto 1986 dan 1990, UMNO pula yang dipersalahkan.

Kalau soal penerimaan DAP terhadap Islam sebagai agama rasmi sebagaimana termaktub dalam perlembagaan negara dijadikan asas oleh Hadi untuk mendakwa wujudnya kesepakatan diantara mereka, jelaslah Hadi sudah terbelit dengan lidah sendiri.

Mana tidaknya bila sebelum ini, Hadi jugalah yang mentakrifkan perlembagaan negara sebagai perlembagaan kafir, jahiliah dan sekular melalui amanatnya kira-kira hampir 30 tahun lampau, namun kini perlembagaan itu pula yang dijadikan sandaran oleh PAS untuk menonjolkan konon sudah wujud kesepakatan dan titik temu antara DAP dengan PAS.

Satu-satu caranya untuk PAS membuktikan betapa seriusnya mereka untuk melaksanakan hudud mengikut lunas demopkrasi berparlimen ialah dengan bertanding di minima 167 kerusi parlimen dan menang di sekurang-kurangnya 148 kerusi tersebut supaya perlembagaan negara dapat dipinda bagi memberi laluan kepada perlaksanaan hukum hudud PAS.

Soal dasar dan prinsip perjuangan PR pun tidak mampu ditentukan oleh PAS, hatta untuk menuntut hak kuota bertanding di minima 100 kerusi juga tak tercapai dek kemampuannya, apatah lagi mahu bertanding di 167 kerusi parlimen.

Hadi boleh terus bermimpi indah sambil mengharapkan para penyokong PAS serta umat Islam keseluruhannya percaya bahawa PAS benar-benar serius untuk melaksanakan hukum hudud, tapi hakikatnya realiti yang terpampang depan mata tidak mampu dinafikan oleh mana-mana pihak.

Baik dalam Buku Jingga yang menjadi dasar perjuangan PR dan dipersetujui oleh PAS mahupun dalam mana-mana mesyuarat peringkat tertinggi pimpinan PR berkaitan isu hudud, semuanya jelas menunjukkan PR mahupun PAS tidak akan melaksanakan hukum hudud.

Janji demi janji sejak dulu hingga kini sama ada dari mulut Presiden PAS mahupun lain-lain pemimpinnya, hanyalah gebang dan dongengan semata-mata, tak lebih tak kurang hanyalah bertujuan supaya penyokong PAS terus lena dibuai mimpi indah. Realitinya, jauh panggang dari api. 

Sumber : Beruang Biru


MALAY AND ISLAMIC NGOS BARKING THE WRONG TREES



 
Are the Muslims and Malay NGOs in the country going on the wrong path or barking the wrong trees? Have intellectualism and rational thinking dodged the minds of these organisations to the extent that they no longer see the threes from the forests or vice-versa?
 
The Islamic world or rather Islamic countries are now facing rebellions from their own people wanting or more freedom, and what they got so far are chaos and instability with unemployment and economic uncertainty.
 
The price they have to pay for the so-called freedom and democracy propagated to them by agents of change from non-other than the foreign masters and economic hooligans who just wanted profits and to see the destruction of developing or developed Islamic nations.
 
While Iran is fighting a lone battle against America’s attempt to disarm them of nuclear weapons to protect Israel and to make sure no Islamic nations is powerful enough to fight Israel or United States, here in Malaysia the Islamic and Malay NGOs are harping on movies like  My Name Is Khan.
 
Whats wrong with the movie? Promoting liberalism? So does the movie create revolution in Islamic nations? Have these NGOs ever thought of how to build up Islamic and Malay enterprises to compete with other races in the country?
 
Have they ever thought that the ruling party Barisan Nasional (BN) needs help in promoting and developing Islamic and Malay busiensses, no matter how small they are?
 
Have they ever thought of being loyal to Malay and Islamic businesses which can help the government promote and develop them? Have they thought that government alone cannot do much unless they support these enterprises by being loyal, by visiting and buying their products, by helping to promote them to others and so on?
 
Now what these NGOs do is to harp on movies like mentioned above and other movies that rundown Islam as though they are the protector of Islam but right under their own noses when Muslims businesses needed their support they just ‘walk pass’ without taking notice?
 
To these NGOs, they must reflect intellectualism but they cannot even make a movie that can fight back the so-called promotion of liberalisms in other movies…it is just useless showing of one’s intellectualism when one’s own backyard and economic status are just nothing.
 
No one would listen to anyone who is nothing – no economic power or standing – as intellectualism alone is of no relevance in today’s world of economic power.
 
Most of the intellectuals are also being employed by those liberals or non-Muslims who are financially sound and make use of them to actually stir up the minds of other Muslims.
 
And this is actually happening where we see Muslims going after each-others’ throats in the name of freedom or liberalism or whatever ‘isms’ that the West wants.
 
And Muslims and Malay NGOs here are just the same as they continue to harp and become emotional on matters or issues unrelated to the reality of the Malays and Islamic situation here.

Kumpulan Kristian Kuasai DAP

 
Suatu ketika dulu, ramai kalangan pemimpin dan penyokong PAS yang begitu teruja dan terpesona dengan kepimpinan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, pernah menyamakan Setiausaha Agung DAP itu sebagai setaraf dengan Khalifah Umar Al-Khattab.

Sehinggakan ada segelintir pemimpin PAS yang secara sedar mendoakan kesejahteraan kepimpinan Guan Eng di Pulau Pinang semasa Khutbah Jumaat dibacakan.

Pelik? Tiada peliknya. Bagi PAS kepentingan undi dan kuasa duniawi amat penting dan kerana itu amat dihargai nilai persahabatannya dengan kafir harbi DAP berbanding persaudaraan sesama Islam.

Dalam pada PAS begitu teruja dengan 'kehebatan khalifah' Guan Eng, selang beberapa ketika kemudiannya beliau dinugerahkan dengan gelaran sebagai Father Joseph dari Gereja St. Anne, Bukit Mertajam sebagai perhargaan di atas sumbangan dana kepada gereja tersebut.

Penganugerahan gelaran Father Joseph kepada Guan Eng itu sebenarnya tidaklah mengejutkan, walaupun selama ini beliau sering berahsia berkaitan status agamanya.

Namun bagi penyokong PAS yang acapkali memuja muji Guan Eng konon bakal mengulangi kegemilangan Khalifah Umar Al-Khattab, tak sedikit yang terpinga-pinga apabila mengetahui rupa-rupanya Guan Eng adalah seorang penganut Kristian yang amat taat pada agamanya.

Mungkin ini dapat menjawab persoalan kenapa tiba-tiba sahaja perarakan Maulidur Rasul tidak lagi diadakan di Pulau Pinang. Barangkali ini semua adalah gara-gara betapa 'mesranya' Setiausaha Agung DAP itu dengan gaya kepimpinan ala khalifahnya yang selama ini di puja oleh PAS agaknya.

Selain Guan Eng dan isterinya, Betty Chew, ramai lagi pemimpin DAP yang sedang menonjol tika ini rata-ratanya beragama Kristian, antaranya Terresa Kok, Ronnie Liew, William Leong, Ngeh Koo Ham @ James, Nga Kor Ming @ David, Tony Pua dan Hannah Yeoh.

Sebahagiannya dari mereka diketahui umum cukup keras dalam mencuit hak umat Islam termasuklah pernah mempertikaikan azan subuh, bacaan Al-Quran, tulisan jawi pada papan tanda jalan, mendesak penggunaan kalimah Allah s.w.t untuk kegunaan kitab Kristian dan gereja serta beberapa isu sensitif yang lain.

Selain itu, dikalangan pemimpin PKR pula seperti Xavier misalnya serta beberapa yang lain juga pernah mencetuskan kontroversi termasuklah menyampaikan 'tazkirah' di ruang utama solat surau.

Malah beberapa orang dari mereka juga merupakan orang kuat gereja yang pernah terbabit secara tidak langsung dalam usaha memurtadkan orang Islam.

DAP tetap DAP, sementelah lagi kini DAP sudah dikuasai kumpulan pemimpin yang beragama Kristian yang agak vokal mempertikaikan hak agama dan umat Islam, tidak mustahil mereka akan semakin berani mempolemikkan pelbagai isu sensitif berkaitannya.

Manakala PKR pula walaupun dikuasai oleh Anwar Ibrahim, namun kebanyakan hala tuju politiknya terlalu dekat dengan unsur Kristian termasuklah cukup sinonim dengan budaya candle light virgil serta pernah menamakan seorang penganut Kristian, Baru Bian sebagai bakal Ketua Menteri Sarawak.

Jelas sekali kerjasama dan persahabatan PAS dengan DAP tidak pun berjaya mengubah kepercayaan Guan Eng ataupun menyebabkan DAP semakin berlembut dengan Islam ataupun membawa PKR semakin dekat dengan Islam.

Sebaliknya yang berlaku, PAS pula semakin liberal dengan pendiriannya sehinggakan terikut-ikut rentak DAP serta PKR dengan melupakan terus semua perjuangannya untuk mendirikan Negara Islam dan menegakkan hukum hudud ala PAS.

SUmber : Beruang Biru

Kerajaan Pusat Anak Tirikan Kelantan?






 
Sejak PAS menguasai Kelantan Oktober 1990 hingga sekarang, salah satu propaganda kenegerian yang seringkali disebut-sebut oleh pemimpin PAS ialah kononnya rakyat negeri ini telah di anak tirikan oleh Kerajaan Pusat.

Matlamatnya tidak lain dan tidak bukan, bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat kenegerian rakyat Kelantan disamping terus menanam kebencian umum terhadap UMNO yang menerajui Barisan Nasional (BN) di peringkat pusat.

Hakikatnya, tak selamanya propaganda sedemikian mampu mempengaruhi rakyat jelata kerana banyak bukti yang terpampang di depan mata telah secara sendirinya menafikan dakyah PAS tersebut.

Ambil satu contoh mudah dalam isu projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di Lembah Sireh, antara tanggungjawab dan janji yang sepatutnya dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Kelantan tapi gagal ditunaikan ialah pembinaan Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra.

Sehingga tahun 2007, jambatan tersebut gagal dibina oleh syarikat swasta Liziz Standaco Sdn Bhd yang dilantik oleh Kerajaan PAS Kelantan, akhirnya Kerajaan Pusat pula yang  mengambil inisiatif dan menanggung beban membinanya bagi mengurangkan kesesakan di kawasan berkenaan.

Namun tabie pemimpin PAS tetap sama tidak berubah, hanya disebabkan takut dengan sikap prihatin Kerajaan Pusat dalam membantu rakyat negeri ini, maka disebarkan khabar-khabar angin kononnya kelewatan projek jambatan ini siap disebabkan wujudnya unsur rasuah.

Pertukaran beberapa kontraktor pembinaan dijadikan asas bagi mengukuhkan hujah mereka berkaitan dakwaan berlakunya ketirisan dan rasuah dalam projek pembinaan jambatan ini.

Sedangkan hakikat syarikat pemaju, Liziz Standaco yang dilantik oleh Kerajaan PAS Kelantan gagal melaksanakan tanggungjawab pembinaannya tidak pula berani disentuh oleh ustaz-ustaz jadian dan para penceramah PAS.

Kesediaan Kerajaan BN meneruskan pembinaan jambatan ini motifnya cukup jelas kerana menyedari kepentingannya selain mampu mengurangkan masalah kesesakan lalulintas, ia juga mempunyai kesan signifikan dalam memacu pertumbuhan ekonomi negeri khususnya di pusat bandar Kota Bharu.

Kerajaan Pusat sebenarnya berhak untuk buat tidak endah sahaja dengan kegagalan PAS memenuhi janji pembangunannya itu, namun demi kerana mahu membantu rakyat maka soal perbezaan politik diabaikan demi kebaikan bersama.

Senario keprihatinan Kerajaan BN ini membuktikan tuduhan pemimpin PAS kononnya Kerajaan BN sengaja meminggirkan Kelantan dan menganaktirikan negeri ini hanyalah satu pembohongan dan propaganda jahat sahaja.
 
Sumber : Beruang Biru

Azizan MB Yang Tidak Tahu Apa-apa

 
Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah dikatakan amat disenangi rakyat Kedah kerana sikapnya yang santai, suka berjenaka dan bersih.   Bagi rakyat Kedah yang tidak berfikiran jauh, ketiga-tiga sifat ini sudah cukup untuk diberi undi.    Mereka tidak sedar bahawa mentadbir negeri memerlukan lebih dari sekadar personaliti yang disenangi. 

Bagaimanapun, Laporan Audit yang dibentangkan baru-baru ini seharusnya membuka mata rakyat Kedah mengenai kesilapan mereka memberi kepercayaan kepada pihak yang salah atas sebab-sebab yang salah.   Jelas dari laporan tersebut bahawa negeri Kedah berada dalam keadaan ‘kehilangan arah’ akibat Menteri Besarnya tidak punya kawalan dan pengetahuan atas apa yang berlaku. 

Masalah MB Kedah tidak tahu apa-apa bukan masalah kecil sepertimana yang cuba digambarkan oleh PAS kepada rakyat Kedah.   Kelemahan beliau telah mengakibatkan Kedah kerugian atas sebab-sebab yang tidak sepatutnya atau sepatutnya dapat dielakkan sejak dari awal. 

Audit mendapati bahawa MB Kedah telah gagal mengenalpasti projek yang berisiko tinggi seperti perladangan di Papua New Guinea.  Entah bagaimana, projek sebegitu besar boleh diteruskan dengan pinjaman berjumlah USD44 juta dari  luar negara tanpa tandatangan Lembaga Pengarah.   Pinjaman pula dibuat tanpa dokumen yang lengkap.

Begitu juga dengan projek 99 East Langkawi yang mengalami kerugian hanya kerana tidak menepati perjanjian tanpa sebab-sebab yang pasti.

Dan tidak perlulah disebut lagi tentang lantikan kontraktor yang tidak berdaftar sepertimana yang didedahkan secara meluas di dalam akhbar.  Dari situ pula, terdedah kemudiannya amalan kronisme dan korupsi serta kelemahan yang ketara di semua peringkat pentadbiran yang terlibat. 

MB yang kononnya Ulama ini juga gagal memastikan perihal agama dititikberatkan.  Buktinya, Laporan Audit mendapati bahawa sijil halal negeri Kedah bagi tahun 2011 telah diberikan tanpa dikemukakan kepada jawatankuasa kerana jawatankuasa telah TIDAK PERNAH BERMESYUARAT.   Sebaliknya semua kelulusan sijil halal dilakukan oleh YDP secara bersendirian atas alasan untuk kepentingan industry yang mana membangkitkan persoalan mengenai korupsi. 

Semua yang berlaku ini amatlah mengejutkan kerana ia melangkaui kelemahan biasa dalam sejarah audit negeri. 

Kedah bukannya negeri yang besar malah besar sedikit sahaja dari Perlis.  Dari segi perindustrian juga Kedah masih jauh jika dibandingkan dengan Pulau Pinang, Selangor atau Johor.  Dengan hanya beberapa projek setahun tentunya aktiviti kewangan Kedah juga tidaklah begitu rancak.  Dalam ertikata lain, tidak seharusnya seorang Menteri Besar terlepas pandang atau tidak sedar akan apa yang berlaku dalam negeri yang kecil ini.  

Justeru, tidak ada alasan bagi Azizan untuk menafikan kelemahannya.   Azizan juga tidak dapat lagi untuk meletakkan kesalahan ke atas bahu kerajaan terdahulu memandangkan projek-projek yang mengalami masalah yang ‘pelik-pelik’ ini adalah bermula ketika pemerintahannya. 

Sudahlah projek yang ‘diluluskan’ tidak masuk akal, kerugian yang dialami pula diakibatkan oleh masalah yang tidak masuk akal juga.   Di masa yang sama pula, Azizan langsung tidak mampu mencari projek yang benar-benar masuk akal yang amat diperlukan oleh Kedah dan rakyatnya.  Contohnya, memelihara, memulihkan dan membina pusat-pusat pelancongan serta peninggalan sejarah.   Sehingga kini, pusat pelancongan yang boleh dibanggakan oleh rakyat Kedah, hanyalah Langkawi, itupun dicetus dari pemikiran Tun Mahathir yang amat dibenci oleh PAS. 

Kedah sebagai tamadun tertua seharusnya mampu menjadi pusat sejarah namun usaha untuk menggali dan mengorek serta mendokumenkan sejarah lama masih gagal dilakukan.  Malang bagi Kedah kerana pemimpinnya hanya berminat untuk meraih undi tanpa memikirkan tanggungjawab sebenar mereka terhadap negeri tersebut.  Sedangkan Kedah mampu mengatasi atau menyaingi Melaka dalam menjadi negeri bersejarah. 

Ini belum lagi dikira masalah sampingan seperti KUIN atau KCS sendiri yang mana perasaan tidak puas hati di antara orang bawahan dengan orang atasan serta orang sekeliling berterusan tanpa apa-apa tindakan atau keputusan dari Azizan.   Perebutan jawatan dalam pentadbiran Kedah juga dibiarkan berlarutan seolah-olah Azizan sudah buntu atau mungkin benar-benar tidak tahu menahu tentang apa yang berlaku. 

Kini, setelah segalanya terdedah dengan bukti audit, kita tidak tahu sama ada Azizan sengaja buat tak tahu atau benar-benar tidak tahu.  Beliau tidak pula memberi jaminan siasatan atau penambahbaikan akan dilakukan ke atas pendedahan audit. 

Tetapi, apa yang beliau tahu ialah menuding jari kepada pihak lain serta mengangkat bahu mengaku tidak tahu.  Langsung beliau tidak malu menjadi MB yang serba tak tahu. 

Maka tidak hairanlah bila ada yang bertanya “Apa yang Azizan buat di Kedah?” Maka jawapan rakyat Kedah ialah “Azizan buat tak tau”.  

Khalid Ibrahim Terbaik: Anwar Sahkan Nik Aziz MB Paling Teruk?






 
Tindakan Ketua Pembangkang mengumumkan ‘anugerah Menteri Besar terbaik’ yang ‘dimenangi’ oleh Khalid Ibrahim dilihat sebagai ‘politically incorrect’, sekali gus menunjukkan bahawa kebolehan Anwar dalam berpolitik semakin terjejas. 

Kesilapan kecil ini bukanlah sesuatu yang biasa bagi Anwar kerana beliau selama ini cukup bijak mengatur kata-kata dan tindakan dalam berpolitik sehingga berjaya memperdaya begitu ramai orang termasuk Yahudi dan pemimpin bertaraf dunia, Tun Mahathir Mohamad selama berpuluh-puluh tahun. 

Namun, akhir-akhir ini, Anwar kerap membuat kesilapan sama ada kerana terperangkap dalam situasi yang sukar seperti apabila disoal mengenai pendiriannya terhadap Israel dan undang-undang liwat, atau kerana gabra terkantoi seperti kes jam omega. 

Tetapi dalam kes pengumuman anugerah Menteri Besar Terbaik, Anwar tidak berada di dalam keadaan tertekan, terdesak atau terperangkap.  Justeru, kemungkinan pengumuman tersebut bukan kesilapan tetapi Anwar memang benar-benar berniat membuat pengumuman itu tanpa memikirkan kesannya. 

Pakatan Rakyat mempunyai 4 Menteri Besar dan bagi Anwar untuk memuji salah seorang pastinya akan membangkitkan rasa kurang senang di kalangan 3 yang lain.  Sedangkan, prestasi seseorang MB tidak wajar diadili melalui pendapatan negeri kerana setiap negeri mempunyai masalah yang berlainan berdasarkan sumber negeri dan landskap masyarakat.

Di sudut lain pula, memilih untuk memuji seorang MB sebagai terbaik juga dilihat sebagai cubaan menyelamatkan MB tersebut yang telah dilihat lemah.  Ini adalah strategi biasa politik di mana apabila seseorang politikus itu semakin lemah, maka semakin banyaklah puji-pujian dilemparkan sekadar untuk memastikan pengundi terus yakin dengan parti. 

Oleh itu, tindakan Anwar memuji Khalid berlebihan menjadi senjata yang bukan sahaja makan tuannya tetapi semua orang-orang disekelilingnya sekali.  Menurut beberapa blog, tindakan ini boleh ditafsirkan sebagai talian hayat untuk Khalid tatkala prestasi MB dilanyak teruk oleh Azmin Ali dan kumpulannya dengan menjadikan Faekah Hussin, Setiausaha Politik MB sebagai kambing hitam.

Dan secara semulajadi, apabila ada yang terbaik, pastinya ada yang tercorot.  Jadi, siapakah MB PR yang tercorot?  Walaupun Anwar tidak mengumumkannya, tetapi mengikut logik, Nik Aziz yang telah memerintah Kelantan selama 22 tahun pastinya secara automatik menjadi yang tercorot. 

Memuji Khalid yang belum sampai sepenggal menjadi MB secara tidak langsung boleh ditafsirkan sebagai menyindir Nik Aziz kerana tidak berjaya membangunkan Kelantan dari apa-apa segi sekali pun.  Malah, Kelantan kekal sebagai negeri termiskin dan termundur di dalam Malaysia selama lebih dua dekad.  

Dalam masa yang sama, bukan rakyat tidak tahu bahawa Khalid Ibrahim juga adalah MB yang lemah, walaupun tidak selemah Nik Aziz tetapi tetap lemah dalam kategori seorang MB.   Di bawah beliau, isu-isu politik yang merugikan PR tidak mampu ditangani dengan baik.  Antaranya, isu murtad, arak dan rumah-rumah urut. 

Selain itu, di bawah Khalid juga rakyat menyaksikan UNISEL lingkup, peniaga Melayu di PKNS kini menghadapi risiko, tanah YBK ingin dirampas, isu air yang semakin hari semakin meruncing tetapi kerajaan Selangor masih tidak memberi jawapan bagi penyelesaian yang meyakinkan. 

Justeru, walaupun pada dasarnya, Anwar dilihat sebagai memuji Khalid, tetapi tafsiran yang dibuat oleh rakyat ialah Anwar cuba memulihkan imej Khalid dan menyindir Nik Aziz sekali gus.  Tindakan Anwar bagaikan membaling sebiji batu tetapi terkena dua ekor burung yang bukan menjadi sasarannya. 

 Walau apapun, Nik Aziz wajar difahamkan akan isyarat Anwar ini.  Anwar diketahui tidak pernah mempunyai rasa hormat terhadap PAS.   Oleh itu, secara tidak langsung, sindiran terhadap Nik Aziz tersebut merupakan cara halus untuk Anwar mengingatkan PAS betapa lemahnya mereka dan betapa mereka tidak layak untuk duduk sama tinggi dengan PKR atau DAP dalam PR. 

 PAS tidak mampu membangunkan walau satu negeri dalam masa 22 tahun, bagaimana PAS boleh bermimpi untuk memberi tekanan kepada PKR dan DAP untuk melaksanakan hudud atau apa saja yang berkaitan undang-undang Islam jika PR memerintah? 

Kesimpulannya, Anwar telah berusaha untuk memberi ‘muka’ kepada Khalid tetapi langsung tidak berbuat yang sama terhadap Nik Aziz.  Anwar secara halus telah mengesahkan bahawa Nik Aziz adalah lemah, dan bahawa PAS adalah tidak lebih dari sekadar tukang sorak dan tukang cuci bagi PR.  
 
Sumber : Beruang Biru

Azizan - A Clueless CM




 
Dato’ Seri Azizan Razak, Chief Minister of Kedah is known by rakyat of Kedah as a laidback person, humorous and transparent. For those who do not think far, the three attitudes are enough to win their votes. They somehow fail to realize that administering a state requires more quality then just those three attitudes.
 
However, the Audit Report which was presented recently should really be an eye opener for rakyat Kedah due to their mistake in giving trust to the wrong person. The report clearly showed that Kedah is now in a tough spot only because its Chief Minister do not have any control nor knowledge over things that are happening in his state.
 
This is a very big problem, not as small as how PAS tried to portray to rakyat Kedah. His weakness has cost Kedah such huge loss, which should not have happened if he were to take preventive measures since beginning.
 
The audit found that Kedah CM has failed to identify high risk projects such as the farming project in Papua New Guinea. From nowhere, such big project continued with loan worth USD44 million from a foreign country without any signature from the Board of Directors. The loan was also signed without proper complete documentation.
 
The same thing goes to 99 East Langkawi project which suffers damages only because it does not follow the agreement requirements, without any valid excuse.
 
And I do not have to repeat on the appointment of unregistered contractors like what was revealed by the media. From there, it was then revealed the practice of cronyism as well as corruption in the administration level.
 
This 'Ulama' CM also failed to ensure that religious matters are taken care of. The proof, Audit report found that halal certificates for Kedah in 2011 were awarded without any notice to the committee because the committee has never held any meetings. Instead, all of the halal certification process were done by YDP personally with the reason of the industry's interest, when he was questioned whether corruption was involved.
 
All of these are simply shocking because it surpasses normal weaknesses in the history of state audit.
 
Kedah is not a big state, it is slightly bigger than Perlis. In terms of industries, Kedah is still less developed to be compared to Penang, Selangor or Johor. With only a few projects annually, the state's financial activity is definitely not that active. In other words, a CM should not have missed any of these issues in the state.
 
Thus, there should be no excuse for Azizan to deny his weaknesses. Azizan also can no longer blame the previous government considering that all of these projects which suffers 'bizzare issues' began as he took over.
 
Not just that the projects which were 'approved' were simply irrelevant, the damages which occurs after it were also irrelevant. At the same time, Azizan could not even find any relevant projects which Kedah and its rakyat really need. For example, restoring tourism sites. Up until now, the only tourism site which can be considered as a pride for people of Kedah is Langkawi, even that was made possible by Tun Mahathir who PAS really hate.
 
We are still yet to consider other issues such as KUIN or KCS where complaints made by staffs are left there without any actions taken from Azizan. Now, after everything is finally revealed in the audit, we cannot tell whether Azizan purposely ignore all of those issues or he really never knew about any of it. He did not even give any guarantee whether he would fix each of those issues which were reported in the audit.
 
But, what he knows now is only to blame others and act as if he does not know anything. 
 
Credit : Beruang Biru

Tuesday, October 30, 2012

"Saya bukan bersih yang kuning tu"- Mawi


Lepas jumpa Mawi di sebuah kedai kopi di Bangi minggu lalu, saya jadi cemburu. Cemburu kerana dia anak Felda. Bestnya jadi anak Felda. Kata Mawi, ramai kawan-kawannya yang sama membesar di Felda Taib Andak dulu, dapat manfaat dan hidup senang.

Kata Mawi, paling bagus sekali KPF (Koperasi Permodalan Felda) di mana sebuah rumah ada satu akaun. KPF ni, cerita Mawi, samalah macam ASB. Jumlah pelaburan maksimum adalah RM250,000. Selalunya dividen akan diberi sebelum dan selepas Raya. Ha? Siapa kata Felda tak bagus?

Petang itu Mawi relaks saja. Jauh beza masa saya jumpa dia pertama kali, tapi masa tu dia baru saja menang AF. Gelabah sedikit, lebih-lebih lagi bila media tekan pasal cerita putus tunang dan macam-macam kontroversi yang boleh dicipta, kerana waktu itu, apa saja cerita pasal Mawi dalam akhbar, majalah, mesti laku. Mawi jadi lombong emas.

Masa itu, royalti dia untuk tiga album cecah RM500,000. The Best Of Mawi pula capai jualan RM180,000. Dengan hasil duit royalti itulah dia buat rumah kampungnya di Taib Andak itu jadi banglo. Siapa sangka angan-angan untuk jadi terkenal dan kaya, menjadi kenyataan. Itulah tuah dan rezeki Allah beri padanya.

Satu hal yang saya tabik Mawi ni, dia tidak besar kepala. Dan tidak lupa diri bila diberi kesenangan dan kekayaan. Berulang-kali dia sebut, "Saya kena sentiasa beringat."

Bagus Mawi. Memang kena sentiasa beringat, maklumlah, pasang surut hidup artis adalah tidak menentu. Ramai yang akhirnya hidup melarat, terutama di akhir kerjaya dan ada yang mati dalam kedaifan. Cukuplah.


Bab pengurusan Mawi memang pandai. Dia melabur dalam ASB, bukan dalam skim cepat kaya ala Pak Mantelo dan segala macam MLM. Dia beli rumah, Puncak Jalil, sebuah flat di Johor Bahru dan dia ujudkan peluang kerja untuk saudara mara di Medan Selera di Mariamah, Johor di mana lapan gerai makan dibuka sejak tiga tahun lalu.

Akhirnya, bila saya puji Mawi, "Pandai Mawi urus kewangan dan pada masa sama kekal sebagai artis yang bersih dari skandal dan gosip," lantas dia jawab dengan ketawa, "Tapi saya bukan "bersih yang kuning" tu ye!"

PANAS: Rahsia Bagaimana Suara Keadilan Beroperasi Terbongkar


Posted by MymassaVoice at 12:00 PTG



SECARA tiba-tiba nama Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) menjadi perhatian kebelakangan ini. Boleh dikatakan hampir setiap hari pembongkaran demi pembongkaran didedahkan oleh Presiden KWMM, DZULKARNAIN TAIB terutama yang melibatkan isu kapal selam Scorpene.


Katanya, tindakan yang dilakukan oleh Suaram disifatkan sebagai mengancam keamanan negara dan sekali gus membenarkan pihak asing mencampuri urusan Malaysia.


Kepada wartawan Mingguan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID dan jurugambar IZHAM JAAFAR, bekas Ketua Pengarang Suara Keadilan ini berkata, tindakan Suaram terus-terusan memfitnah kerajaan dalam isu itu adalah jelas bermotifkan politik.


Pengalaman berkhidmat dengan Suara Keadilan menyedarkannya betapa etika kewartawanan tidak diberi perhatian oleh organ parti pembangkang itu sebaliknya hanya menjadi saluran propaganda dan fitnah yang efektif.


“Yang jelas peranan mereka lebih kepada menyebar propaganda dan fitnah terhadap kerajaan walaupun hakikatnya ia langsung tidak benar dan hanya mahu memburukkan imej kerajaan di mata rakyat," kata Dzulkarnain.



Dzulkarnain dan Suara Keadilan


MINGGUAN: Bagaimana sebenarnya pembangkang menggerakkan medium media mereka?


DZULKARNAIN: Sebenarnya sebelum Pilihan Raya Umum 2008, pihak pembangkang telah aktif berkempen melalui medium Internet terutamanya melalui blog dan sebagainya. Mereka seolah-olah mendapat suatu tenaga baru melalui penggunaan media sosial baru ini. Saya boleh katakan nisbah antara blogger pembangkang dan BN adalah antara 15 ke 20 blogger propembangkang berbanding hanya satu di pihak blogger pro-UMNO atau BN. Itu menjadi faktor bagaimana pihak pembangkang begitu menguasai dunia maya. Terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan terutama yang menghentam kerajaan. Sama ada isu ditimbulkan itu benar atau tidak, ia bukan menjadi ukuran dan keutamaan pembangkang.


Apa yang menjadi keutamaan dalam pemberitaan mereka?


DZULKARNAIN: Keutamaan mereka adalah mendedahkan sebanyak mungkin isu yang boleh dipolitikkan untuk menghentam kerajaan. Melalui cara ini mereka akan cuba mewujudkan satu persepsi negatif kepada rakyat yang selama ini menyokong kuat BN. Mereka telah melancarkan propaganda dan fitnah melalui laman-laman sosial dan media baru. Saya mahu menjelaskan di sini bahawa taktik ini masih diteruskan sehingga kini malah dengan lebih kerap. Sebenarnya kebenaran bukanlah matlamat mereka kerana ia lebih sebagai propaganda. Taktik ini jika kita lihat lebih kurang sama dengan apa yang dilakukan oleh Menteri Propaganda Nazi, Joseph Groebbels, iaitu apabila berkali-kali kita menyatakan sesuatu itu sebagai benar walaupun hakikatnya ia satu penipuan, kerana minda dari sudut psikologi, apabila diulang banyak kali akhirnya orang akan mempercayainya. Jadi itulah strategi lama namun masih berkesan yang diamalkan oleh pihak pembangkang sehingga kini.


Jika begitu, apakah strategi yang digunakan dalam memanipulasi berita dan fakta?


DZULKARNAIN: Saya lihat pembohongan, fitnah dan character assasination adalah sebahagian daripada strategi utama mereka. Kita boleh lihat sekarang ini dalam isu Scorpene. Ia telah dijadikan satu isu yang besar dan membawanya ke peringkat antarabangsa dan Mahkamah Perancis. Tidak cukup bagi mereka melempar fitnah melalui ceramah dan medium media baru. Apa sebenarnya agenda mereka kerana semua pertanyaan yang diluahkan mereka sudah terjawab? Malah Ketua Audit Negara telah pun menjawab bahawa segala urusan melibatkan Scorpene adalah mengikut prosedur dan perundangan. Namun pihak pembangkang masih berterusan memfitnah kerajaan walaupun jelas Mahkamah Perancis sudah menetapkan pendiriannya. Malah saya ada terbaca baru-baru ini pihak pembangkang cuba menganjurkan satu jelajah ke seluruh negara untuk mendedahkan isu Scorpene walaupun tidak ada isu sebenarnya dalam hal ini.


Kenapa pihak ini begitu bersungguh-sungguh mahu menjadi plaintif dalam perbicaraan ini?


DZULKARNAIN: Sebab itu KWMM membuat sidang akhbar membongkar status Suaram sebagai plaintif. Sejak Mac lalu, pihak mahkamah Perancis telah menolak permohonan Suaram untuk menjadi plaintif. Untuk menjadi plaintif mereka perlu mempunyai kepentingan dalam urusan pembelian Scorpene. Oleh itu jelas ini adalah usaha Suaram untuk menipu Mahkamah Perancis dan apabila pihak mahkamah menyedarinya maka mereka menolak usaha ini. Sekarang ini mereka tidak ada kena-mengena malah tidak boleh bersuara dalam isu Scorpene.


Mereka cuba pula untuk menjadi plaintif bersama namun mereka mahu bersekutu dengan siapa? Kenapa Suaram begitu bersungguh-sungguh mahu menjadi plaintif? Ini adalah sebab undang-undang Perancis berbeza yang mana apabila mereka diterima menjadi plaintif, mereka akan diberi kebenaran ke atas kesemua dokumen yang terlibat dalam urusan pembelian Scorpene. Maka apabila mereka boleh mendapat kesemua maklumat itu maka mereka akan berterusan memfitnah dan memutarbelitkan isu dan fakta mengenai perkara ini kepada umum. Ini yang mereka mahukan sebenarnya dan kami mendedahkan bahawa mereka bukan lagi plaintif dalam perbicaraan malah mereka hanyalah satu pertubuhan haram yang tidak berdaftar.


Boleh ceritakan latar belakang saudara semasa berada di akhbar Suara Keadilan?


DZULKARNAIN: Apabila saya ditawarkan menjadi Pengarang Bersekutu akhbar itu pada 2008 dan kartunis Zunar ialah Ketua Pengarangnya, satu perkara yang saya sangat terkejut adalah, saya diberitahu jika mahu bekerja di akhbar ini paling penting adalah wajib percaya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak terlibat dalam perlakuan liwat. Saya terdiam dan agak terkejut. Sebagai orang media, saya ada perkiraan sendiri iaitu masuk ke akhbar ini kerana ingin tahu bagaimana media pembangkang beroperasi dan apakah prinsip kewartawanan yang mereka pegang. Kemudiannya Suara Keadilan telah diambil alih oleh pengurusan baru dan saya dilantik sebagai Ketua Pengarang. Saya cuba membawa prinsip-prinsip arus perdana dalam akhbar itu supaya ia boleh menjadi satu wadah profesional dalam membuat laporan berita. Jika pemberitaan kami lebih bertanggungjawab walaupun bersuara pembangkang, mungkin kami akan lebih dihormati.


Saya memegang jawatan itu selama setahun namun sepanjang saya memegang jawatan itu, akhbar itu masih sah dari sudut perundangan kerana permitnya sah. Yang pasti walaupun saya cuba membawa pembaharuan namun mereka sebenarnya tidak memberi tumpuan kerana yang penting bagi mereka, ia perlu menjadi satu saluran propaganda dan fitnah yang efektif untuk mereka. Akibatnya akhbar itu banyak disaman. Jawapan kenapa saya berhenti dan kemudian bertindak keluar PKR adalah kerana saman RM200 juta terhadap saya dan beberapa yang lain berhubung isu Felda bankrap. Apabila saya melihat kembali peristiwa itu saya berpandangan adalah tidak adil untuk memfitnah Felda yang telah begitu berjasa kepada orang Melayu dalam usaha meningkatkan taraf hidup mereka.


Bagaimana boleh timbul masalah sehingga disaman?


DZULKARNAIN: Apabila kita mahu mengatakan sesuatu perkara, kita juga perlu melihat kemungkinan apakah kita juga ada kemungkinan bertindak salah dalam hal itu. Saya berpandangan ketika itu adalah tidak betul untuk meletakkan tajuk utama sebagai 'Felda bankrap' dan ia sebenarnya perlu diletakkan tanda tanya di pengakhiran tajuk itu. Jadi mungkin ia sekadar kami menimbulkan persoalan namun pihak atasan langsung tidak bersetuju dan tetap dengan tajuk berkenaan. Saya sudah melihat kami akan disaman dan ia benar-benar berlaku. Kita sedia maklum bahawa mereka mahu mempopularkan akhbar mereka namun bukanlah senantiasa semua berita yang dikeluarkan perlu disensasikan. Kita faham jika terdapat sesuatu berita yang mahu disensasikan namun bukan semua apatah lagi berita dan artikel yang dikeluarkan itu lebih kepada fitnah dan pembohongan.


Bagaimana hubungan Suara Keadilan dengan akhbar-akhbar parti lain seperti Harakah dan Roket?


DZULKARNAIN: Sepanjang saya berada di Suara Keadilan, saya tidak nampak sebarang kerjasama antara kesemua akhbar ini. Masing-masing hanya buat hal masing-masing yang bertumpu kepada aliran pemikiran mereka sendiri. Oleh itu saya berani menyatakan bahawa pakatan pembangkang ini tidak sekuat mana kerana sesama media mereka pun tidak wujud persefahaman yang jelas. Bagaimana mereka mahu menguruskan peranan media jika tiada persefahaman sesama mereka. Yang jelas peranan mereka lebih kepada menyebar propaganda dan fitnah terhadap kerajaan walaupun hakikatnya ia langsung tidak benar dan hanya mahu memburukkan imej kerajaan di mata rakyat.


Bagaimana saudara melihat kritikan yang dilemparkan NUJ terhadap KWMM baru-baru ini?


DZULKARNAIN: Memang mereka menyatakan bahawa kami ini dilihat seolah-olah menyebelahi kerajaan. Namun bagi saya, apa salahnya. Apakah timbul masalah jika kami menyokong kerajaan? Ada juga pihak NGO media yang tidak menyokong kerajaan namun kami tidak merungut atau membuat sebarang aduan mengenai mereka. Ini kerana kita perlu faham bahawa kita adalah pengamal media maka kita perlu berlapang dada dan berfikiran terbuka untuk menerima semua hujah dan fakta yang dikemukakan. Jika pihak NUJ mengatakan kami berat sebelah maka saya cabar mereka supaya mengeluarkan hujah dan komentar mengenai isu Scorpene. Ini mungkin boleh mengimbangi pandangan saya mengenai isu ini dan saya mahu mereka berani ke depan. Mungkin mereka melihat kami lebih kepada prokerajaan namun sebenarnya kami lebih kepada pro-Malaysia. Kami tidak menyokong secara membabi buta namun yang penting adalah keselamatan negara, bebas daripada campur tangan asing dan pada masa, perpaduan dan keharmonian rakyat perlu menjadi keutamaan.


Sumber : http://utusan.com.my/utusan/Rencana/20121021/re_06/Saluran-propaganda-untuk-pembangkang#ixzz29zaawDe6

 

*Sebar-sebarkan.