Reunion Batch 1994

Reunion Batch 1994

Sunday, November 18, 2012

[PAS SYIAH] HARAMKAN PAS yang makin sesat menyesatkan. WAJIB BACA!!

Solat Hajat paling pelik antara yang terpelik sekali di dunia.

Tahniah kepada PAS kerana telah menyesatkan lebih 30,000 orang dari hanya satu doa sahaja. 

Manusia jenis apa lah puak PAS nih

Selepas kita dikejutkan dengan 'doa terkasima' oleh Nik Razi Nik Mat mlm tadi.. (mungkin itulah doa kali ke sejuta..) yg mahu melihat kerajaan BN hancur.. Tp apa didapati.. Dibaca.. Byk lagi ahli Pas yg tertindas dikalangan mereka.. Ulamak dulu diharap memimpin ahli pas ke arah yg lebih syumul.. Tidak dilihat lagi ke arah itu.. Malah kelihatan mahu melahirkan lebih ramai pengganas Islam dlm masa yg sama akan jadi betullah persepsi barat mengatakan dan mengistilahkan umat Islam sebagai 'terrorist'.. Agak2lah.. Jauh terpesongnya aqidah ulamak Pas ni.. Kesian kat ahli yg nak merasa nikmat syurga.. Tak pasal dekat membau pintu neraka.. Waulah hu alam.. Semoga Allah memberi sei satu perasaan yg mahu terus jadi kekasihNya, Allahu Akhbar.. Amin.

Amat menyedihkan. Mungkin juak PAS terlupa kisah Nabi Luth, Nabi Noh, Nabi Ibrahim, Nabi Sulaiman, Nabi Musa dan para nabi. Apabila mereka mendoakan kebaikan untuk kaum yang sesat.. tetapi kaum itu menjadi semakin sesat dan tidak mengendahkan dakwah nabi-nabi tersebut. Kemurkaan Allah Taala bukan dari doa nabi-nabi itu. Tetapi kemurkaan Allah Taala adalah kepada mereka yang sudah diberi peringatan.

Sebaliknya, dunia zaman ini, mereka menganggap mereka kaum yang tidak sesat sedangkan merekalah kaum yang sesat. 

Adakah Allah akan mendengar doa mereka untuk menghukum UMNO dan BN??
Atau Allah akan mendengar doa tersebut untuk menurunkan pembalasan ke atas kaum sesat yang menyesat ini??

Perasaan makin merasakan UMNO/BN berada dalam landasan yang tepat sehingga inilah jalan terakhir bagi puak sesat PAS. Semoga Allah mengampunkan dosa mereka dan UMNO/BN beroleh kemenangan besar bagi memperbaiki aqidah mereka yang jahil itu. 


Tuesday, November 13, 2012

KISAH BENAR PERJUANGAN BARISAN NASIONAL DEMI RAKYAT DAN MASA DEPAN WAJIB BACA


Sesuatu produk yang baik akan bertahan lama,biarpun begitu banyak produk baru yang muncul di pasaran.Malah,produk-produk baru itu juga tidak dapat tidak akan mencuba sedaya upaya untuk meniru atau menciplak produk lama itu.Seringkali terjadi,pengguna yang telah mencuba produk baru akan kembali menggunakan yang lama kerana tidak berpuas hati dengan kualiti produk ciplak atau tiruan.

Produk asal yang asli dan berkualiti akan tetap di hati dan bertahan biarpun berdekad-dekad lamanya.Begitulah halnya dengan Barisan Nasional yang tetap bertahan biarpun usia sudah menjangkau 55 tahun.Biar begitu banyak saingan dari parti-parti lain,termasuk parti-parti baru yang berusaha untuk meniru atau menciplak BN, namun produk tiruan tidak mungkin sama dengan yang asli.Persoalannya,bagaimana BN boleh bertahan walaupun berbagai-bagai tohmahan dilemparkan bagi memburukkan imej dan reputasinya ??? Jawapannya,kerana semua rakyat dapat melihat bukti nyata,selama tahun demi tahun,bahawa perjuangan BN adalah demi rakyat dan demi masa depan negara, bukan demi individu atau kumpulan tertentu.

Ini sama seperti seorang peniaga yang berniaga dengan ikhlas,memberi khidmat terbaik atau memastikan kualiti terbaik produknya untuk kepuasan pengguna dan bukannya berniaga hanya kerana ingin untung besar Dan inilah yang tidak dapat difahami oleh musuh-musuh atau pesaing-pesaing BN di dalam politik.Kebanyakan mereka,hanya ingin ‘untung besar’ iaitu memegang kuasa tetapi tidak punya keikhlasan untuk berkhidmat kepada rakyat.Oleh itu,segelintir rakyat mungkin terpedaya sebentar dengan promosi,iklan atau lebih tepat,dakyah-dakyah mereka tetapi kemudiannya,rakyat akan tetap kembali kepada BN kerana percaya hanya produk BN yang benar-benar asli lagi berkualiti.Hanya BN yang mampu membawa Malaysia ke tahap ini.Sejarah telah merekodkan bagaimana BN berjaya mengekalkan keamanan di saat kritikal.BN berjaya membawa kita mengharungi beberapa krisis ekonomi dunia dengan aman dan tanpa rakyat terjejas teruk.

Malah,hari ini,di kala dunia sedang dalam kritikal,sehingga Greece bankrap dan Sepanyol,Portugal dan Itali serta Britain juga sedang bergelut dengan krisis ekonomi tetapi Malaysia masih ‘bergaya’ dengan kadar pertumbuhan ekonomi di tahap empat ke lima peratus lebih baik dari Eropah dan Amerika.Rakyat di negara Arab pula sibuk memberontak serta memusnahkan kehidupan sendiri,manakala sebahagian lagi negara di dunia menghadapi perang saudara,pembunuhan etnik,kebuluran dan berbagai-bagai lagi yang mungkin akan dapat diatasi jika kerajaan mereka lebih cekap dan prihatin.

Tetapi ini tidak berlaku di Malaysia walaupun kita hidup berbilang kaum dan berbagai agama.Benar kita merasa sedikit ‘sesak’ kerana kos sara hidup yang semakin tinggi tetapi adalah munafik bagi sesiapa yang menafikan bahawa rakyat Malaysia amat mewah dengan makanan sehinggakan di bulan Ramadhan ini pembaziran berleluasa dan berbuka di hotel masih menjadi budaya.Semua ini adalah mustahil sekiranya kerajaan BN bukan sebuah kerajaan yang baik.

Di celah-celah itu,walaupun seimbas pandang rakyat Malaysia sudah cukup mewah dan selesa,namun BN tetap memberikan bantuan langsung dalam berbagai bentuk seperti BR1M,KR1M,TR1M,Klinik 1Malaysia,durian runtuh untuk warga Felda,Bonus untuk kakitangan awam, Duit raya untuk warga Felda dan sebagainya, demi untuk meringankan beban rakyat.Tidak keterlaluan jika dikatakan bantuan tersebut hanyalah untuk membantu rakyat untuk ‘mengekalkan kemewahan’ dan bukannya untuk mengurangkan penderitaan. Ini kerana, jarang sekali rakyat yang menerima bantuan itu berada di tahap begitu miskin sehingga tidak cukup makan dan menderita.

Hakikatnya,walaupun sering mengeluh akan kos sara hidup yang tinggi, namun,hampir kesemua yang mengeluh itu masih bermewah berbelanja di bazaar Ramadhan ini.Ertinya, tahap ‘menderita’ rakyat Malaysia tidak mungkin terbanding dengan tahap ‘menderita’ rakyat di Syria,Afrika,malah mungkin juga sebahagian rakyat Amerika yang berhadapan dengan kadar pengangguran yang tinggi sehingga memaksa mereka menjadi gelandangan. Sedangkan di Malaysia,walaupun menganggur,entah bagaimana,kita tetap cukup makan juga. Inilah realitinya di Malaysia dan semua ini tidak mungkin menjadi realiti jika BN bukan sebuah kerajaan yang baik.Kita yakin,masa depan bersama BN akan kekal cerah dengan komitmen pemimpinnya untuk meneruskan cara berkhidmat atas dasar Demi rakyat dan Demi Masa Depan.


Sumber : Suara blogger

Wednesday, November 7, 2012

Masih ingat kisah kapal terbang terhempas di Sintok, 2003?? Kini bapanya menyusul sakit tua. Mari kita sedekahkan Al - Fatihah


Malam tadi mimpi.. Nampak Segerombolan awan berlari2 sambil petir dan guruh sambar menyambar.. Awan berupa manusia kemudiannya tercogok kat bucu rumah.. Pastu bila terlolap.. Terasa mcm jantung tersentak.. Pagi ni bangun.. Dengar berita kenalan mak.. Jiran kami dulu.. Cikgu Jalal kembali ke rahmatullah.. Innalilla wainna lilla hilirodjiun.. Al fatihah. Ada dikalangan yg masih ingat kisah juru terbang buat latihan penerbangan di Kedah beberapa tahun dulu meninggal dunia kapal terbang terhempas? Wasiat akhir cikgu jalal.. Kebumikan jenazah dia bersebelahan pusara anaknya.. Allah Akbar..

Di atas saya update di FB saya. Mungkin kebetulan.

Bila pagi tadi mendengar perbualan mak dengan Kak Dah, keluarga angkat kepada Allahyarham Lt. Mai Einy Sefrina Jalaluddin, tergambar di benak fikiran saya kejadian kemalangan yang menimpa pada 12 Ogos 2003. 9 tahun sudah peristiwa itu berlaku dan kesedihan masih dapat dirasakan dalam naluri kemanusiaan saya.

Hari ini ayahanda kepada srikandi ini pula kembali ke Rahmatullah, dikhabarkan sakit tua. Cikgu Jalal meninggal dunia di rumah anaknya di Kuala Lumpur.

Innalillah wainna lilla hilirodjiun, Al-Fatihah kepada kedua-dua mereka.

Dari tanah kita datang.. kepada tanah juga kembalinya kita.. Kembali abdi mengadap Ilahi.

Di bawah, dapat saya cari melalui enjin carian google. Sekadar berkongsi cerita untuk kita saling bermuhasabah diri.

Kesedihan saya terimbas kembali.. kerana keluarga kami juga rapat dan pernah berjiran. Ya Allah, berilah kekuatan kepada keluarga mereka di atas perkhabaran sebegini. Amin.

Artikel 1
 Lt Mai Einy Sefrina Jalaluddin

SINTOK: Seorang juruterbang wanita Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbunuh apabila pesawat Pilatus PC-7 yang dipandunya secara solo terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Batu 25, Jalan Bukit Kayu Hitam-Changlun, dekat sini, semalam.

Kejadian itu adalah nahas pertama membabitkan pelatih wanita sejak TUDM mengambil juruterbang wanita sejak 1986.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superitendan Mohd Aris Ramli, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 12.20 tengah hari ketika juruterbang pelatih itu melakukan latihan penerbangan di ruang udara sekitar kawasan berkenaan.

Pegawai Perhubungan Awam TUDM Mejar Roslan Salam ketika dihubungi, berkata pelatih terbabit Leftenan Mai Elny Sefrina Jalaluddin, 23, adalah dari Kolej Tentera Udara Alor Star.

Mai Elny yang berasal dari Kampung Ulu Beting, Kuala Pilah mengambil bidang Kursus Asas Juruterbang di Pusat Latihan Terbang Satu (Pulatibang 1) di kolej itu sejak 2001.

Kedua-dua ibu bapanya berlepas dari Pangkalan TUDM, Subang, Selangor ke Alor Star pada jam 7 petang semalam untuk melihat jenazah anak mereka.

Jenazah mangsa dikeluarkan dari tempat kejadian petang semalam dan dihantar ke Hospital Alor Star untuk bedah siasat.

Pesawat satu tempat duduk terbabit berlepas dari Pangkalan TUDM di Kepala Batas dekat sini pada jam 11.19 pagi semalam untuk latihan penerbangan solo.

Pesawat dilihat menjunam ke dalam kebun getah dan terbenam kira-kira enam meter ke dalam tanah menyebabkan ia berkecai.

Cebisan bangkai pesawat berkenaan juga bertaburan dalam lingkungan 100 meter di kawasan nahas.

Dua jentera pengorek milik orang awam dipanggil kira-kira jam 3 petang untuk membantu pasukan penyelamat mengeluarkan mayat mangsa dan bangkai pesawat.

Sehingga jam 6 petang, kerja mengeluarkan cebisan pesawat dan mayat mangsa masih belum selesai.

Operasi mencari dan menyelamat membabitkan anggota TUDM, polis dan 32
anggota Bomba dan Penyelamat dari Bukit Kayu Hitam.

Beberapa saksi berkata pesawat itu dilihat terbang rendah dari arah Lebuhraya Changlun-Sintok dengan deruman enjin kuat sebelum menjunam ke dalam kebun getah di situ.

Saksi, Hasnah Abdullah, 57, berkata beliau mendengar deruman enjin pesawat yang kuat ketika berada di dalam rumahnya yang terletak 200 meter dari tempat kejadian.

"Pesawat itu seperti terlalu hampir dengan rumah dan kemudian saya mendengar dentuman yang kuat dalam kebun getah," katanya di tempat kejadian.

Hasnah kemudian berlari ke tempat kejadian dan mendapati pesawat berkenaan hancur dan beberapa cebisan mayat mangsa turut dilihat di sekitar situ.

"Apabila melihat keadaan itu, saya tahu tidak ada apa-apa bantuan yang dapat diberikan dan gementar apabila melihat cebisan anggota manusia," katanya.

Pemilik kebun getah tempat kejadian itu berlaku, Halim Din, 63, berkata beliau sedang bekerja di kebunnya apabila melihat pesawat itu terbang rendah menuju ke arah kebunnya dan menjunam.

"Pada mulanya tidak kedengaran enjin pesawat hingga ia dekat dengan kebun baru saya mendengar bunyi enjin yang amat kuat sebelum terjunam kira-kira 150 kaki (50 meter) dari tempat saya bekerja," katanya.

Bagaimanapun, Halim berkata beliau tidak pergi ke tempat itu kerana takut tetapi memanggil beberapa penduduk lain. Katanya, beberapa minit kemudian pasukan Bomba dan Penyelamat tiba. 

Sumber :  Berita Harian 

Artikel 2

Trainee pilot dies in crash
BY ANTHONY TAN AND IAN MCINTYRE

Searching in progress at the crash zone.

CHANGLOON: A trainee pilot who aspired to be the first woman to fly a B-733 transport aircraft was killed when her Pilatus PC7 crashed into a rubber estate near here yesterday.

Leftenan Mai Elny Sefrina Jalaluddin, 22, died on the spot in the incident, which occurred at Jalan Bukit Kayu Hitam at 12.20pm.

The pilot had left on a solo training flight from the RMAF College in Kepala Batas, Alor Star at 11.19am.

Some eyewitnesses claimed they heard an explosion and saw a lot of smoke before the plane plunged to the ground.

Pieces of the wreckage were strewn as far as 50m from the spot where the plane crashed.

A large crowd gathered to watch from a distance as the site was cordoned off.

Search and rescue workers comprising personnel from the RMAF, Fire and Rescue Department, Civil Defence Department and police took hours to dig out the wreckage. The cockpit was embedded several metres in the ground.

Lt Elny’s body was removed from the wreckage at about 6.45pm and sent to the Alor Star Hospital mortuary.
Halim Din, 63, who claimed to own the plot where the plane crashed, said he saw the aircraft tilting before it nose-dived into the ground.

“The wings hit the rubber trees on the way down,” he said.

Hassan Lebai Seman, 65, said the aircraft sounded like it was having engine trouble before the crash. He said there was an explosion and smoke when the plane hit the ground.

In a statement, RMAF public relations officer Mejar Roslan Salam said the air force would investigate the cause of the crash.

Lt Elny, the fifth of six siblings, is from Kampung Beting in Kuala Pilah, Negri Sembilan.

In May, she told Utusan Malaysia she had rejected offers to study at Universiti Tenaga Nasional and Universiti Teknologi Malaysia because she wanted to pursue her ambition of becoming a pilot.

The article in the newspaper’s “Gaya Tentera Armed Forces” column had quoted her as saying she was confident that women could succeed as pilots even though the profession was dominated by men.

In KUALA PILAH, Simon Khoo reports Lt Elny's elder sister Maishas Zima Jalaluddin as saying her sister got engaged to an RMAF pilot during the last Hari Raya.

She was supposed to graduate from the RMAF college in November, she said.

“I am stunned. She had called me earlier in the day asking me questions on skincare treatment.

“It was the first time she called me on my cellphone but since I was busy with my work, I told her I would call her later,” said Maishas, 31. 

Reference : The Star Online

Tuesday, November 6, 2012

Zul Noordin desak Izzah jawab.. tetapi kenapa Azmin pula terkehadapan??



Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar antara wakil rakyat kerap hadir di Dewan Rakyat dan selalu bersama ahli parlimen pembangkang lain jika ada sidang media di lobi parlimen.

Pada Isnin, ramai petugas media ternanti-nanti kemunculan Naib  Presiden PKR itu di Parlimen untuk dapat komennya ekoran kenyataan beliau di satu forum Sabtu lalu bahawa setiap rakyat di negara ini tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu  juga perlu terpakai kepada orang Melayu.

Namun, beliau tidak muncul untuk menjawab kenyataannya yang disiarkan Malaysiakini dan kemudian dipetik Utusan Malaysia.

1Christians.blogspot.com turut melapor kenyataan Nurul Izzah yang menjawab  soalan peserta forum Negara Islam : Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? di Subang Jaya, pada Sabtu  lalu.

Penyudahnya, Timbalan Presiden PKR yang juga ahli parlimen Gombak, Azmin Ali jadi tumpuan media untuk penjelasan berhubung apa dikatakan oleh Nurul Izzah.

“Itu (hanya laporan )Utusan Malaysia. Nurul  Izzah tidak menyatakan demikian. Beliau sudah buat penjelasan cukup jelas bahawa sebagai seorang Muslim, kita terikat dengan undang-undang Syariat.

“Apa dikatakan Nurul Izzah bagi orang bukan Islam kerana dalam Islam kita tidak boleh memaksa orang bukan Islam menerima Islam...kita tak boleh paksa. Bagi sesaorang Muslin, kita wajib terikat undang-undang Syariat,” ujar Azmin.

Jelas Azmin merujuk kenyataan Nurul Izzah dalam laman sosial Facebook, pada Isnin menafikan beliau menyokong murtad selepas kenyataannya dikritik pelbagai pihak.

Bagaimanapun, kenyataan awal dan kemudiannya dinafikan sendiri oleh Nurul Izzah, menyebabkan ahli parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu, Datuk Zulkifli Noordin menuntut anak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memberikan penjelasan.

Dalam sidang media di lobi parlimen lewat petang Isnin, beliau mendedahkan apa dikatakan Nurul Izzah sama dengan pandangan Majlis Peguam yang disokong beberapa NGO supaya ditubuhkan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) bagi membolehkan kebebasan pilih agama dan keluar agama termasuk oleh orang Islam.

“Saya nak tahu beliau sedar atau tidak kenyataannya itu senada dengan Majlis Peguam dan NGO lain yang mahu tubuhkan IFC dan ditentang keras PAS.”

“Saya juga nak tahu adakah (kenyataan) Nurul  Izzah juga sependapat dengan Artikel  18, Deklerasi Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu yang memperuntukkan tiap-tiap individu berhak memilih dan mengamalkan agama masing-masing,” katanya.

Menurut Zulkifli, isu kebebasan memilih agama ini adalah yang diperjuangkan golongan liberal  yang menganut fahaman pluralisme yang turut dikaitkan dengan Anwar.

“Fahaman pluralisme adalah yang menyamakan Islam sama dengan Kristian, Hindu sama dengan Buddha, Sikh sama dengan Kristian...semua sama. Saya nak tanya adakah Nurul Izzah kongsi pendapat dengan golongan ini,” tegas Zulkifli.

Selain itu, katanya kenyataan Nurul Izzah senada dengan Anwar semasa kes Lina Joy yang murtad.

“Ketika ditanya pendapatnya,  jawaban Anwar : Itu adalah hak kebebasan Lina untuk memilih. Kenyataan itu dan kenyataan Nurul Izzah sama,” ujar beliau.

Persoalan lain dibangkitkannya adalah kenyataan Nurul Izzah yang perlu ditanya orang ramai apa sebenarnya dasar pembangkang kerana beliau adalah anak Anwar, Ketua Pembangkang yang diuar-uarkan jadi Perdana Menteri.

“Nurul  Izzah adalah anak Presiden PKR, beliau juga Naib Presiden PKR dan ahli parlimen Lembah Pantai bagi PKR. Kenyataan Nurul  Izzah ini beri persepsi itu adalah pandangan parti pembangkang supaya rakyat tahu dasar sebenar pembangkang,” katanya.

Sehubungan itu, katanya sudah tiba masa Majlis Fatwa Kebangsaan memanggil pemimpin PKR dan PAS untuk mendapatkan penjelasan mengenai pendirian parti  masing-masing serta mengelakkan umat Islam dan orang Melayu keliru selepas PAS berdolak dalih dalam isu Hudud.

Bagi ahli parlimen Bebas kawasan Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, kenyataan Nurul Izzah berhubung itu kebebasan memilih agama itu ibarat ‘bapa borek, anak rintik’.

“Bagi saya Nurul Izzah ini budak mentah dan mungkin terpengaruh dengan bapanya yang mendokong fahaman pluralisme. Saya minta PAS secepat mungkin, tarbiahkan budak ini,” katanya mengulas perkara itu.

Beliau juga mahu Jabatan Agama Islam Selangor menyiasat kenyataan Nurul Izzah. 

Sumber : AgendaDaily

Sunday, November 4, 2012

EKSLUSIF: LAPORAN TELUS DAN SEIMBANG HIMPUNAN RAKYAT


Seremban 4/11/2012 - Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan di Seremban Jaya Seremban melihatkan sejumlah besar penyokong pakatan pembangkang berjaya dimobilasikan daripada Perak, Kedah, Kelantan, Selangor, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang , Melaka dan Johor.

Penganalisian bagi perkara ini telahpun dilakukan oleh pemerhati-pemerhati bebas yang berada di situ dengan loghat cara cakap mereka, dengan beg-beg yang mereka bawa, bas-bas yang datang serta plat-plat nombor kenderaan yang dirakam sepertimana blogger-blogger lain dah dedahkan.


Meskipun jangkaan awal pihak penganjur ingin mengumpulkan 50,000 penyokong, pihak penganjur akhirnya sekurang-kurangnya dapat menghimpunkan 10% daripada jumlah itu iaitu 5000 orang sahaja. Ini menolak propaganda HARAKAH yang menyatakan 10,000 telah hadir di dalam himpunan mereka.

MHS berpendapat perhimpunan ini telah berjaya dilaksanakan oleh pihak penganjur kerana berjaya mengumpulkan HARDCORE-HARDCORE PAS, PKR dan secubit daripada DAP. Daripada jumlah itu , dikenalpasti tidak sampai lebih kurang 600-700 orang masyarakat dari Negeri Sembilan berdasarkan jumlah kenderaan yang berplat "N" dan "W" . Itupun kami perlu mengambil kira plat W sebab ramai orang Negeri Sembilan juga menggunakan plat itu.  

Dari segi teknikal, Sistem Suara (PA SISTEM) juga kurang memuaskan. Lebih separuh tetamu iaitu yang berada di lingkungan radius gerai pameran dan gerai jualan makanan, tidak mendengar butir bicara pemidato. Hal ini menyebabkan mesej yang disampaikan tidak jelas.

Dari segi penganalisian Kategori Peserta , mereka yang hadir 75%-80% adalah mereka yang memegang jawatan tertentu di dalam ranting, cabang, cawangan atau bahagian PKR dan PAS serta pimpinan tinggi DAP Pulau Pinang seluruh Negara. (Itu pun kerana Lim Kit Siang turun, jika tidak kemungkinan jumlah DAP adalah berkurangan).

Maka untuk mengandaikan NEGERI SEMBILAN bakal menjadi mangsa tsunami politik kepada PR adalah pendapat yang sangat dangkal dan satu andaian yang silap. 

-MHS AKAN DEDAHKAN LAGI PERKARA-PERKARA YANG MENARIK SEBENTAR LAGI- ADIOUS AMIGOS!  Rasanya orang-orang PR yang hadir dapat merasai kebenaran perkara ini. Sekian, Wallahualam.Allah Maha Mengetahui.

Kredit kepada My Home Soil (Klik)

EXCLUSIVE! Hujan & Ribut di Himpunan Kebangkitan Rakyat!

Perhimpunan Haram yang tidak diberkati dan dirahmati!

Ungkapan yang paling sesuai  dapat gambarkan kepada viewers sekalian.

Terima kasih mymassa kerana berkongsi maklumat ini. 



 Ini Permulaannya sebelum hujan

Tinggallah 3-4 orang pencacai Pakatan Rakyat

Bertempiaran berlari meningkalkan perkarangan

Nah lihat sendiri, kuasa Allah s.w.t, hujan lebat ribut petir, habis bertempiaran pencacai Pakatan Rakyat (PAS) ni berlari berpayungkan kerusi. Kalau cerita dan agenda yang dibuat penuh tipu fitnah caci maki, memang takkan diberkati dan dirahmati. Diturunkan hujan dan ribut petir untuk menghalau lebih ramai umat Islam dari terdengar fitnah dan khabar angin yang cuba disampaikan Pakatan Rakyat.

Malaun BERSIH dan PAS demonstrasi kejam dan zalim menceroboh premis perniagaan

Ruang Solat yang Disediakan

Alhamdulillah dalam seribu orang (Dikatakan 50 ribu?????) ada lah jugak 10-20 orang yang bersolat. Tapi mana Mat Sabu dan yang lain-lain? Sembahyang Syiah agaknya :)


Friday, November 2, 2012

Salah tembak...Nazri 'relaks' hadapi serangan Rafizi...


Bagi yang kenal lama dengan Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Nazri Aziz tau sangat perangai beliau yang jenis berterus terang. No hanky panky, orang putih kata.

Termasuklah serangan terbaru PKR terhadap Nazri dengan menuduh anak sulung beliau menggunakan kereta milik taikun balak Michael Chia sehingga mewujudkan konflik kepentingan.

Kisahnya pagi Khamis, di lobi Parlimen Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli buat sidang media cuba nak 'link' kan Nazri dan Chia sebagai kawan dengan mendakwa anak Nazri guna kereta SUV Hummer milik Chia.

Nazri baru-baru ini menjawab soalan di Parlimen memberitahu bahawa Chia yang sebelum ini dituduh beri sumbangan kewangan kepada UMNO Sabah RM40 juta telah dibersihkan dari tuduhan rasuah oleh SPRM.

Penjelasan itulah yang tidak dapat diterima oleh PKR sehingga mereka cuba wujudkan 'link' antara Nazri dan Chia.

Nazri yang ditemui pemberita sejurus sidang media Rafizi itu tersenyum saja 'pulangkan paku buat keras' kepada Rafizi and the geng.

Pertama kata Nazri, beliau hanya baca jawapan bertulis yang disediakan oleh Pejabat Peguam Negara dan SPRM atas kapasiti beliau sebagai menteri yang menjaga hal ehwal perundangan.

"Kalau saya Hakim Mahkamah Tinggi dan Chia merayu pada saya, dan anak saya pandu keretanya, saya akan bermasalah.

"Tapi saya bukan hakim dalam kes Chia, saya bukan penyiasat, yang siasat adalah SPRM, saya hanya menteri yang jawab di Parlimen," kata Nazri.

Mengenai dakwaan terhadap anak beliau, kata Nazri, anaknya itu sudah dewasa dan urusan beliau dengan Chia tidak ada kena mengena dengan dirinya.

Menurut Nazri, beliau tidak mengekori setiap pergerakan anaknya kerana dia sudah dewasa, dan jika anaknya menggunakan kereta Chia, itu adalah urusan mereka berdua.

"Saya tidak 'tidur' dengan anak saya. Saya bukannya gay. Anak saya bukan isteri saya, anak saya bukan kekasih saya, apa yang dia buat, dia tidak beritahu saya.

"Ia antara Micheal Chia dan anak saya. Kalau dia hendak bagi Hummer ke Ferarri ke, itu urusan Chia... bukannya dia bagi pada saya, saya yang menteri, bukan anak saya," katanya.

Menurut Nazri jika beliau ada perlakuan rasuah,laporlah pada SPRM dan polis.

"Ini dok main trompet, apahal? Jelas dan sah dia (Rafizi) saya panggil trompet. Jelas, prosedur kena lapor pada SPRM.  Kalau dia tak lapor pada SPRM, apa dia hendak.Sebab itu saya panggil dia peniup trompet.

"Sebelah dia tadi masa sidang akhbar,ada ahli parlimen Tian Chua. Tian  Chua tanyalah dalam Dewan, bolehlah saya jawab. Nampak Rafizi nak ambil alih tempat Tian Chua, Tian Chua masuk tetapi Rafizi yang cakap.

"Pada saya benda ini kecil. Saya nak bagitahu, kalau saya lakukan  kesalahan bawah mana-mana akta, lapor pada polis...kalau saya rasuah,  lapor pada SPRM."katanya.

PKR semanjak dua menjak ini memang sibuk cuba korek kesalahan pemimpin BN sahaja. Persoalan yang lebih mustahak dan penting seperti siapakah lelaki dalam video seks yang 99.99 peratus dikaitkan dengan penasihat mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba ditutup rapat-rapat.

Siapa pun dikalangan pemimpin pakatan pembangkang tidak berani sebut apalagi desak ia disiasat.

Sedangkan jelas jika benar individu tersebut Anwar, beliau bukan sahaja melakukan kesalahan moral dengan apabila berzina dengan pelacur, tetapi juga membohongi seluruh pengikutnya termasuk anak dan isteri beliau.

 Selain itu, jika orang tersebut Anwar, ia merupakan kes jenayah kerana beliau membuat laporan polis palsu menafikan itu dirinya.

Itu belum bercakap soal kesalahan agama lagi lagi tu, dan khabarnya bukan satu rakaman video saja. Persoalan lebih penting seperti itu tidak dihiraukan pemimpin PKR yang hanya ikut membuta tuli sahaja.

Cuba tanya Rafizi adakah dia berani korek sampai ke lubang cacing kes video bosnya untuk menentukan kebenaran agar semua orang termasuk dirinya tidak tertipu.Jawabnya tentu takutttttttt....

Sumber : AgendaDaily

Tinta Jambu cuma berpendapat.. Rafizi lembu ni nak tengok orang-orang kita melatah saja. Hehehe.. Lepas kita melatah.. ada lah step seterusnya yang akan dilakukan..

Kita tengok kan ajer lah Badut pagi petang siang malam subuh sapie ni buat kerja badutnya.. Biarkan.. biarkan.. biarkan...

Biarkan Si Rafizi jadi macam Luncai terjun dengan labunya.. Hanyutttttttttt.. hihihihi..

Thursday, November 1, 2012

Kawasan didakwa ada emas diarah tutup


SEREMBAN - Kerajaan negeri mengarahkan supaya lokasi terowong di pekan Titi, Jelebu yang didakwa wujud emas ditutup serta-merta.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) berkata, penutupan kawasan itu bertujuan mengelak sebarang tragedi selain tidak dapat dipastikan ketahanan struktur tanah di kawasan terowong terbabit.

''Kajian telah dilakukan di situ dan ia tidak mempunyai deposit emas. Terowong yang ditemui ini telah digali dan bukannya bersifat semulajadi. Maka kita tidak tahu sejauh mana ketahanannya," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Mohamad diminta mengulas penemuan terowong di pekan Titi, Jelebu yang didakwa penduduk sebagai laluan pelombong emas suatu ketika dahulu, di mana kini mula menarik minat orang ramai mendekatinya.

Dalam sidang akhbar itu, Mohamad juga menjelaskan, banyak mitos berkaitan penemuan terowong ini termasuklah digunakan sebagai laluan pengganas komunis yang hendak ke Karak, Pahang.

''Saya ingatkan kepada orang ramai supaya tidak mendekati kawasan terowong ini dan kerajaan telah mengambil segala tindakan supaya ia diletakkan dalam kawasan merbahaya.

''Kita tidak mahu berlakunya tragedi buruk menimpa rakyat hanya kerana memasuki terowong yang belum dipastikan keselamatannya," jelasnya.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan dengan memetik Pengarah Mineral dan Geosains Negeri Sembilan dan Melaka, Musafar Hamzah berkata, kawasan pekan Titi pernah suatu ketika mempunyai aktiviti perlombongan emas.

Sumber : Utusan Malaysia 

Tinta Jambu memang tak paham bilo ado yang ngoba Mentori Bosar buek onar dengan rakyatnya dan mengayokan kroni.. Gilo oghang yang menuduh nih.. Tak masuk deq akal logik..

Punyolah Tok MB ni menjago rakyatnya dengan pelbagai cagho dan kaedah.. tak yo botul deq mato oghang-oghang nih.. baik Paneh Miang, baik Rafizi Ramli, baik musuh tersembunyi.. baik segalo-galonyo.. 

Tinta Jambu percayo dan sangat yakin Dato' MB ado kekuatan menghadapi ini semua kerana dah banyak dugaan yang dio lalui.. dan dugaan ini akan dilalui dengan jiwo kental...

Sei yakin beb.. laghi ado yang cubo menangah kebolehan dan keupayaan beliau.. makin beliau tau nak buek apo.. Kenkadang sei tak ghisau amek doh.. tapi ado juo yang sei ghisau.. apo pun perasaan ghisau tersebut adalah bersifat normal bagi pemikir kerdil seperti sei..

Insya Allah, segala-galanya akan baik-baik saja, amin.

Tawakal saya hanya demi Allah SWT untuk seorang pemimpin yang persis Tun Dr. M. Allahu Rabbi, Allah Maha Mengetahui. Amin, Amin, Amin ya Rabbil Alamin.