Reunion Batch 1994

Reunion Batch 1994

Thursday, January 31, 2013

Boleh lah.. Pencapaian Amatur.. Kedudukan tanggo ke 11,823,953 dari 30 million domain in the world

Walaupun nak dibandingkan dengan blogger terkenal di bentuk muka bumi nih.. kiro amatur macam sei handal lah gak.. ado yo nombur dalam senarai.. kikikiki.. lawak botul.. itu pun bukan hari-hari update blog sendiri..

Usaha tangga kejayaan.. walaupun tak didendang.. ITU LOBEH BAIK...

Tahniah Tinta Jambu.. Terima kasih kurniaan rezeki dariMu Ya Allah.., Alhamdulillah, amin..:)


Wednesday, January 30, 2013

Motivasi itu maknanya memujuk DIRI.. hehe



 Aqasha Daniel baju belang kuning di hadapan.. Insya Allah semoga anak buah terus menerus bersemangat menjadi wira bola sepak negara satu masa nanti..

Kisah saya..
Saya tidak mahu berbuat sesuatu untuk mencapai tahap ego diri.. Ada masa terasa sedih dan dukacita.. namun akhirnya.. kena juga kita melewati hal-hal bernama kehidupan..
 
Untuk berjaya dalam hidup, motivasi diri boleh dikatakan suatu keperluan. Kita mesti tahu bagaimana untuk memotivasikan diri kita. Kita juga perlu mempunyai semangat yang tinggi walau dalam keadaan seteruk mana pun. Sesiapa yang kehilangan semangat ketika melalui situasi yang sukar akan berdepan dengan kekalahan walaupun perjalanannya belum pun berakhir.

Persoalannya disini, bagaimana cara untuk mendapatkan motivasi diri. Disini ada diberikan sedikit tips motivasi diri yang sedikit sebanyak diharap boleh membantu anda dalam mengharungi kesulitan mahupun kesukaran dalam perjalanan kehidupan. Artikel motivasi ini membincangkan tentang apa yang perlu ada dalam diri untuk sentiasa bersemangat dalam mengejar cita-cita.

Artikel Motivasi
Tahu Tujuan

Tiada sumber motivasi yang lebih kuat untuk anda berjaya dari tujuan anda melakukannya. Tujuan anda adalah inspirasi terbaik untuk memberi perangsang dalam menghadapi kesulitan di kemudian hari. Ia akan dapat membantu anda melakukan perkara-perkara yang dilihat mustahil  pada pandangan manusia normal. Bila anda fikir anda sudah tiada semangat untuk meneruskan perjalanan, ingat balik tujuan anda melakukannya dan motivasi itu akan kembali kepada anda serta merta.

Tetapkan Impian atau Matlamat.

Tujuan anda untuk berjaya merupakan sumber motivasi yang kuat tapi masih belum cukup untuk merealisasikan apa yang anda mahukan. Anda perlu ada impian atau matlamat. Anda perlu bayangkan apa yang akan berlaku pada anda apabila anda berjaya mencapai tujuan anda. Memiliki impian sangat penting sebab sangat susah untuk bermotivasi jika anda tiada matlamat yang khusus.  Bayangkan pemain bola sepak. Adakah mereka akan bermotivasi jika tiada pintu gol untuk dijaringkan? Mereka memerlukan matlamat. Begitu juga anda. Matlamat atau impian yang ditetapkan mestilah cukup besar untuk menginspirasikan anda. Ia harus realistik dan mencabar untuk mengeluarkan anda dari zon selesa yang anda duduki sekarang ini.

Mempunyai Keinginan Yang Kuat

Untuk benar-benar mendapat motivasi diri yang jitu, anda mesti mempunyai keinginan yang kuat. Ini akan membantu anda ketika melalui situasi-situasi yang sulit dan memastikan anda berusaha untuk melakukan prestasi yang terbaik walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Jika anda berasa seperti keinginan anda semakin pudar, apa yang perlu anda lakukan ialah untuk  melihat kembali kepada impian dan matlamat anda. Ini akan memberikan motivasi kepada diri anda dan meningkatkan lagi rasa keinginan anda.

Tips Motivasi Diri

Tetapkan Haluan Sendiri

Membandingkan diri anda dengan orang lain biasanya akan mengurangkan keyakinan anda. Walaupun anda pada mulanya bersemangat, lama-kelamaan anda mula terasa kekurangan diri jika dibandingkan dengan orang lain. Elakkan ini terjadi kepada anda. Anda mempunyai matlamat sendiri dan apa yang orang lain kecapi tidak perlu dibandingkan dengan diri anda. Setiap orang mempunyai perjalanan hidup dan keadaan yang berbeza.  Membandingkan diri anda dengan orang lain adalah seperti membandingkan prestasi seorang perenang dengan seorang pelari menggunakan standard masa yang sama. Mereka berdua dalam situasi yang berbeza jadi ianya adalah tidak relevan untuk membandingkan kedua-dua orang ini.

Berani Meneruskan Perjalanan

Apabila anda bertemu dengan cabaran dalam perjalanan anda untuk berjaya, anda mungkin cenderung untuk menghentikan perjalanan itu. Anda mungkin berfikiri bahawa ia terlalu sukar untuk diteruskan. Tetapi, ini sebenarnya adalah saat dimana anda boleh melihat perbezaan antara seorang yang menang ataupun seorang yang kalah. Meskipun kedua-duanya menghadapi kesulitan yang sama, tetapi satu perkara yang membezakan adalah keberanian untuk meneruskan perjalanan itu. Jika berhadapan dalam situasi yang sukar, fokuskan pemikiran anda untuk meneruskan langkah kehadapan. Jangan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan perlumbaan atau berapa banyak lagi cabaran yang akan ditempuhi. Tetapi, hanya fokus untuk mengambil langkah yang seterusnya.

Artikel Motivasi Diri

Lupakan Masa Silam

Percaya atau tidak, salah satu pemusnah motivasi diri anda adalah masa silam anda sendiri. Ia boleh memberi beban yang berat diatas bahu yang perlu anda pikul. Walaupun begitu, ia adalah sesuatu yang boleh anda tinggalkan. Anda mungkin membuat kesalahan pada masa lalu. Anda mungkin telah mengecewakan orang lain dengan apa yang anda lakukan. Tapi itu semua sudah berlalu. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat anda ubah lagi hakikatnya. Hari ini adalah hari yang baru dan anda sentiasa mempunyai peluang untuk memulakan semula hari anda. Tidak kira seteruk mana masa silam anda, masih ada masa depan yang cerah menanti jika anda berani meneruskan perjalanan.


Sekian, semoga tips motivasi diri yang diberikan diatas boleh membantu anda untuk mengecapi kejayaan dalam hidup. Tidak kira sesusah mana pun cabaran yang dihadapi, teruskan usaha anda, berdoalah untuk mendapat yang terbaik, dan bertawakal kepada Allah.

Friday, January 18, 2013

Saya doakan beliau beroleh kejayaan


Salamun'alaikum,

Saya menerima sisipan tag di facebook. Saya kenal wanita muda prihatin nih.. Sejak 2001... Kepada Allah saya bermohon kerahmatan dan inaiyah untuk wanita ini.. Beliau layak di atas segala kesukaran dan kesulitan.. Tidak seperti sesetengah daripada lingkungan beliau.. naik kerana beberapa faktor kenal rapat atau recommended..

Man Jadda Wa Jadda.. iltizam beliau menempuh jalan berliku.. Saya tidak faham kenapa beliau seorang berani untuk tampil ke depan dengan segala kesukaran dan kesulitan yang ada.. ketika yang lain dibuai mimpi indah dan selesa dengan apa yang ada.. sesetengahnya berpuas hati dan tidak pula berfikir seperti beliau fikirkan..

Beliau berbisik kepada saya.. saya terpinga-pinga.. ketika tu tak dengar apa yang dibisikkan.. kemudian,beliau minta saya mendoakan kejayaannya.. (yang ini saya dengar.. sebab beliau tak berbisik..) saya cuma kata.. saya sudah mula berdoa sejak sekelian lama..  dah 12 tahun lamanya.. mungkin doa dari orang ke 41.. kata saya.. (Ketika bertemu di Istana Seri Menanti, beliau menerima pingat ANS dari DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir sempena Keputeraan Baginda ke-65.)

Semoga beliau berjaya.. kerana jika beliau berjaya.. ramai yang akan mendapat manfaatnya.. dan saya sentiasa menyokong seseorang yang memberi manfaat kepada ramai orang.. biarlah diri umpama lilin.. panas membakar menerangi orang disekeliling..

Sebelum ini ada yang memberi respon yang baik dan tidak baik mengenai beliau.. tetapi itu tidak mengurangkan keyakinan saya kepadanya.. 

Saya doakan semoga KEKANDA berjaya.. Insha Allah.


ikhlas,

Tinta Jambu

Thursday, January 17, 2013

Penyokong PR Bertumbuk Kerana Wanita?



 Gambar ni cuma hiasan scene filem
 
Riuh rendah seketika dikalangan pimpinan dan penyokong PR membicarakan kekecohan dan hiruk piruk yang berlaku di pintu masuk utama Stadium Merdeka semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) Sabtu lepas.

Dalam kekecohan tersebut dikatakan seorang pengiring kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim telah ditumbuk oleh seorang penyokong PAS gara-gara enggan memberi laluan kepada Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Namun mengikut perkhabaran lain dari peserta HKR #KL112 yang berada di tempat kejadian kemungkinan kejadian tersebut berpunca daripada kes mengambil kesempatan dan meraba wanita.

Bagaimanapun ini tiada kaitan dengan sekeping gambar meraba punggung seorang wanita bertudung yang sengaja disebarkan oleh bloggers PR dalam usaha mereka untuk menuding jari menyalahkan bloggers UMNO.

Sebaliknya kes meraba yang diperkatakan ini menyebut lelaki yang bertopi biru itu khabarnya secara tak sengaja 'tersilap raba' isteri lelaki berbaju kuning sewaktu berhimpit di luar stadium dan bila bertemu secara kebetulan di pintu utama stadium maka hutang maruah dilangsaikan melalui tumbukan padu ke kepala lelaki bertopi biru.

Barangkali terangsang dengan kehadiran sesetengah peserta HKR #KL112 yang berpakaian seksi dan menjolok mata, ataupun mungkin juga teruja dan ghairah dengan penampilan golongan pondan lgbt yang menyeksakan mata yang turut serta memeriahkan himpunan anjuran PR. Ada kemungkinannya.

Mengikut maklumat lain daripada anggota Unit Amal yang bertugas pula, mereka mendakwa mendengar laungan Shamsidar daripada lelaki bertopi biru semasa kehadiran Anwar menyebabkan orang ramai mengamuk dan mengusirnya, diikuti dengan satu tumbukan singgah ke kepalanya.

Sementara seorang rakannya pula menyanggah keterangan itu sebaliknya mendakwa laungan yang didengar ialah "Anwar, jam omeganya mana?," kemudian diikuti dengan tindakan penyokong PR yang lain mengusirnya.

Agak tidak logik keterangan tersebut memandangkan lelaki bertopi biru itu adalah pengiring Anwar ataupun AJK bertugas, tentunya dia tidak tergamak mempertikaikan di mana jam omega Anwar yang sehingga kini gagal ditunjukkan oleh isteri Anwar kepada orang ramai.

Dalam kesemua keterangan di atas, sukar ditentukan mana satu yang betul. Tiada saksi lain yang dapat mengesahkan, tambahan pula sehingga kini tiada pihak yang tampil membuat laporan polis untuk dibuka kertas siasatan bagi mengelpasti punca sebenar kekecohan.

Namun berdasarkan beberapa video yang sedang ditayangkan di Youtube kebarangkalian besar kekecohan tersebut berlaku sebenarnya disebabkan pengiring Anwar rasa terhina kerana bosnya sebagai Ketua Pembangkang tidak dihormati oleh penyokong PAS untuk menuju dahulu ke pentas.

Tindakan kasar lelaki bertopi biru itu berusaha menghalang rombongan Nik Aziz menyebabkan ramai penyokong PAS berang dan dipercayai menjadi punca utama kekecohan tersebut.

Apapun, sebagai langkah susulan eloklah pemimpin PR membuat penjelasan rasmi untuk meredakan ketegangan, jika betul disebabkan kes raba meraba ataupun provokasi sesama sendiri perlulah dikeluarkan jaminan perkara tersebut tidak akan berulang.

Andainya kekecohan berpunca daripada kelemahan pihak penganjur menyebabkan berlakunya salah faham, maka lelaki yang berkelakukan ganas menumbuk orang lain di depan khalayak ramai itu perlulah diadili mengikut undang-undang.

Wednesday, January 16, 2013

Kisah benar : menghapus 'tinta jambu' in Tip Top

As-salam,

Sesuatu yang tak disangka.. seringkali mendatangi kita.. itu kah suratan dalam kehidupan.. atau sekadar satu kebetulan.. kita asyik membicarakan.. persoalan hidup dan pilihan.. sedang kejujuran semakin berkurang.. masih tiada bertemu jawapan..

Apa sahaja yang tidak kita ketahui.. Alhamdulillah, di atas segala yang berlaku.. yang terjadi telah pun berlaku.. yang belum berlaku.. kita tunggulah bila nak berlaku..

Semoga saya terus jujur dan ikhlas.. kerana keikhlasan memandu kita ke arah satu garis lurus dan meninggalkan segala kecamuk mereka-mereka yang tidak kita kenali hati budinya..

Tak semestinya Tinta Jambu yang dimaksudkan di enjin google itu ialah empunya blog ini.. hihi..

Apo-apo jolah.. yang penting empunya blog faham peranannya sendiri..


Ha ha ha


Punca Cina Jauhkan Diri Dari HKR




Apa lu cakap ni LGE?? 1 juta sampai ker??

Jumlah peserta yang jauh dari sasaran 1 juta sebenarnya, bukanlah satu-satunya faktor Himpunan Kebangkitan Rakyat 112 dilihat sebagai gagal.   Tetapi, sokongan yang merosot teruk dari kaum bukan Melayu juga adalah petunjuk penting bahawa Pakatan Rakyat semakin kehilangan sokongan rakyat.  

HKR menyaksikan hanya 8% dari 45,000 peserta adalah dari kaum Cina, manakala kaum India jauh lebih corot sambutannya iaitu hanya 2%.   Jumlah kedua-dua kaum ini yang begitu sedikit telah memaksa kaum Melayu PAS dan PKR mengangkat lambang DAP bagi pihak sekutu mereka itu.   Antara koleksi gambar Melayu menjadi anjing kurap DAP di dalam HKR, kelihatan wanita bertudung dan lelaki berkopiah putih terkinja-kinja menjerit-jerit sambil memakai lambang DAP, serta sekumpulan anak muda mengarak banner bertulisan Cina. 

Kaum Cina dan India, terutamanya, jelas enggan terlibat lagi dalam kegilaan ini.   Lebih dari itu, kaum Cina DAP juga lebih suka terlibat dalam himpunan yang hanya mengumpul kaum mereka sahaja seperti Himpunan Hijau.  Manakala kaum India pula telah serik ditipu oleh PR dalam isu-isu yang membabitkan kaum itu di Selangor dan Pulau Pinang serta enggan mempunyai apa-apa hubungan lagi dengan PR. 

Bagi memahami situasi ini, post-mortem himpunan BERSIH 3.0 yang lalu mungkin dapat memberi penjelasan yang lebih tepat tentang keengganan kaum Cina untuk turut bersama balaci mereka dari PAS dan PKR di dalam HKR. Himpunan BERSIH 3.0 menyaksikan 30% penyertaan dari kaum Cina dan 7% dari kaum India. 

Dapatan dari post-mortem tersebut menunjukkan yang kaum Cina sudah tidak percaya lagi dengan Anwar dan Azmin setelah mereka didapati mengarahkan rempuhan sewaktu BERSIH 3.0 sehingga menyebabkan kekecohan.   Dan kaum Cina, terutamanya, enggan mengambil risiko terperangkap dalam kekecohan lagi.  

Selepas BERSIH 3.0, ramai dari kaum Cina mula menyedari bahawa tuntutan pilihanraya bersih yang dilaungkan hanyalah gimik semata-mata kerana yang sebenarnya, pembangkang hanya ingin membuat kecoh. 

Bermula dari situ juga ramai di antara mereka mula belajar mendengar penjelasan kerajaan dan mencari maklumat lebih mendalam mengenai sistem SPR serta jawapan-jawapan yang SPR dan kerajaan diberikan terhadap semua tuduhan BERSIH. 

Bertitik tolak dari itu, lebih separuh dari mereka nampaknya sudah mula faham.  Biarpun agak terlambat sedikit, tetapi sekurang-kurangnya mereka telah berusaha untuk mendapatkan maklumat sebenar.   Dari situ juga, lebih separuh dari mereka ini mula menyedari bahawa selama ini mereka telah termakan hasutan pembangkang sehingga tidak mampu lagi menghadamkan maklumat secara rasional.  

Justeru, PR wajar menilai semula apa yang dilaporkan oleh media sebagai ‘berjaya’ mengenai HKR.  Ini kerana, sesungguhnya, tiada apa yang mereka berjaya capai selain berjaya menipu diri sendiri sahaja.   Segala tuntutan yang konon dibuat di dalam HKR juga hanya mengundang ketawa bagi mereka yang arif mengenai politik Malaysia. 

Mana tidaknya, jika antara tuntutan yang dibuat termasuklah mendaulatkan bahasa kebangsaan serta menuntut pilihanraya bersih.   Sedangkan, apakah layak bagi PR untuk menuduh pilihanraya Malaysia sebagai tidak bersih jika pemilihan parti mereka sendiri juga sudah lintang pukang menipu secara terang-terangan?    Dan apa pula ini, yang dibebelkan mengenai bahasa kebangsaan sedangkan DAP begitu beria-ia ingin menghapuskan daulat bahasa tersebut dengan mengangkat Mandarin sebagai lebih tinggi lagi kalaupun tidak sama tinggi melalui nama-nama jalan di Pulau Pinang dan kepala surat kerajaan Selangor. 

Maka, nampak sangat bahawa senarai tuntutan HKR dibuat dengan cara ‘hentam sajalah’.   

Lagipun, jika HKR dikatakan berjaya, ia seharusnya bermakna bahawa segala isu tuntutan itu juga telah selesai dengan jayanya. 

Kini semua orang dapat melihat bahawa HKR tidak ada motif jelas, selain dari cuba membuat huru-hara di samping cuba menunjuk pada dunia kononnya rakyat menyebelahi pembangkang. 

Namun, dengan jumlah rakyat yang hadir begitu sedikit, iaitu kurang dari jumlah ahli UMNO yang berhimpun ketika Ulangtahun UMNO,  maka tiada alasanlah lagi bagi PR untuk mempersoalkan keputusan PRU-13 nanti, sekiranya ia tidak menyebelahi mereka.  

Pembangkang Guna Talian Hayat Untuk Selamatkan Maruah HKR












Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) ataupun dikenali juga Himpunan Menyokong Gadaikan Kalimah Allah Kepada Kristian sudah pun selesai. Namun ibarat rumah sudah siap pahat masih berbunyi, para penyokong pakatan pembangkang pula masih sosek-sosek sesama sendiri.

Keliru dan mengelirukan. Itu yang sedang berkecamuk dalam minda penyokong pakatan pembangkang berikutan pelbagai angka kehadiran dikeluarkan oleh pimpinan PR dan medianya.

Ada yang kata HKR #KL112 dibanjiri 100,000 orang, 160,000 malah ada juga yang kata nampak dengan mata kepala sendiri 300,000 orang berhimpun di Stadium Merdeka dan kawasan sekitarnya.

Sama-sama sendiri pun berlaku percanggahan ketara, sudahlah angka sejuta gagal dicapai, angka kecil pun tiada satu pun yang tepat dan realistik dengan keluasan lokasi perhimpunan berlangsung.

Mengikut kajian semasa melibatkan pengguna internet seperti blog, portal, twitter dan facebook pada 12 Januari 2012 yakni hari perhimpunan tersebut diadakan terdapat sejumlah 76,000 komen positif yang membicarakan HKR #KL112.

Bagaimanapun keesokan harinya, 13 Januari 2012 komen-komen positif turun mendadak kepada hanya 12,300 komen sahaja. Keghairahan para penyokong PR seperti terbantut. Kenapa dan mengapa?

Berkemungkinan besar kerana tiada insiden besar seperti rempuhan oleh peserta himpunan ataupun tindakbalas keras dari pihak polis. Mungkin ada kebenarannya kerana berdasarkan tinjauan di Stadium Merdeka, banyak kedengaran keluhan para penyokong PR yang merasakan acara kali ini agak membosankan dan tidak mencabar.

Tambahan pula bila mana selepas perhimpunan berlangsung pelbagai angka kehadiran yang tidak munasabah dikeluarkan yang akhirnya memalukan PR sendiri. Semangat penyokong yang sudah sedia tergugat terus jatuh setangga demi setangga dan akhirnya merudum.

Mungkin menyedari populariti HKR #KL112 dilihat gagal menandingi Bersih 3.0, maka datanglah seorang bekas professor kangkung yang terlebih cerdik dengan talian hayat baru untuk menyelamatkan maruah HKR #KL112.

Katanya perarakan yang memanjang 7 kilometer menghala ke Stadium Merdeka bersamaan di hadiri 700,000 orang, itu dakwanya selepas melihat beberapa keping gambar secara sepintas lalu. Seketika bekas professor itu bangga ada yang percaya congak kiranya yang logik kebenaran hanya orang gila sahaja yang mengiakannya.

Maka berkokok gembiralah pemimpin PR mendabik dada dengan gah dan bangganya. Padahal tiada pun perarakan memanjang 7 kilometer dipenuhi peserta HKR #KL112, sebaliknya yang wujud ialah jarak perjalanan perarakan yang jauhnya sekitar 7 kilometer dari KLCC ke Stadium Merdeka.

Stadium Merdeka yang berkapasiti cuma 30,000 ditambah lagi kapasiti maksima atas padang 10,000 orang serta 5,000 orang lagi di luar stadium tiba-tiba boleh dibanjiri 700,000 orang? Makin bengong dan kelu jadinya penyokong PR mahu mencerna angka fantasi yang tak masuk dek akal.

Sia-sia penyokong PAS bawahan yang datang dari jauh mematuhi kerahan tenaga termasuklah ada yang tidur bermalam dalam van dan kereta ketika pemimpin peringkat cawangan, kawasan dan negeri lena selesa di bilik hotel, alih-alih kecelaruan pula yang terus menghantui kepala.

Entah apa lagi usaha PR untuk menaikkan semangat penyokongnya tika ini, satu demi satu serba tak menjadi.

Lagi bertambah parah bila mana malam Ahad lepas, Majlis Syura Ulama PAS yang hanya sesekali saja bermesyuarat itu tiba-tiba pula mengubah keputusan parti apabila tidak bersetuju membenarkan kalimah Allah s.w.t digunakan dalam kitab Bible.

Jatuh lagi semangat penyokong PR khususnya PAS, makin busuk nama HKR #KL112 jadinya.

HKR Iktiraf Idea Transformasi Najib


Akhirnya selesai sudah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112), semuanya berjalan aman dan tenteram. Sekalipun HKR #KL112 gagal mengumpulkan sejuta orang, sekurang-kurangnya penganur dapat juga kutip wang derma lebih dari RM200,000.00 dari penyokong yang hadir.

Soal angka kehadiran berbeza sekejap 100,000 malah ada yang dakwa 150,000 ataupun 300,000 hatta 700,000 sekalipun, bukannya isu utama untuk diperdebatkan.

Yang penting HKR #KL112 sudah membuktikan kapasiti Stadium Merdeka yang cuma 30,000 itu dan kehadiran sebenar cuma 45,000 termasuk peserta atas padang dan di luar stadium, jika bijak dipropagandakan ramai juga yang akan terpedaya dengan temberang angka dan nombor yang bombastik.

Sehingga kini tiada kekecohan besar yang dilaporkan. Kalau ada pun cuma kejadian menumbuk rakan sepakatan semasa kedatangan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang bertembung dengan ketibaan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat di pintu utama Stadium Merdeka, itu sebetulnya sekadar manifestasi kejujuran sikap sesama penyokong PR sahaja.

Demikian halnya dengan penglibatan besar golongan LGBT, aktivis hak asasi manusia ala barat dan puak liberal dalam HKR #KL112, itu tidak mendatangkan aib pun kerana ia hanya satu kejujuran PR sebagai gabungan liberal yang mendukung agenda pluralisme.

Tak salah berlaku jujur menampakkan sikap dan dasar sebenar PR serta sesekali tumbuk kepala pengiring khas pemimpin PR, sedangkan adik beradik lagikan bergaduh, apa sangatlah tumbuk menumbuk sesama rakan dalam pakatan dan berhimpun bersama golongan pondan dan liberal, yak tak?

Malah Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri pun teruja sehinggakan turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada PR di atas kelancaran perjalanan HKR #KL112.

"Perhimpunan yang berlaku pada hari tersebut (Sabtu lalu) telah menunjukkan islah atau pembaharuan yang kita lakukan (kuatkuasakan APA) adalah amat tepat sekali. Tahniah di atas profesionalisme yang dipamerkan oleh pihak berkuasa," katanya dalam satu majlis di Kuala Lumpur semalam.

Baru PM sedar dan tahu hakikat yang PR pun ada juga sikap warasnya yang mampu mengatasi angin gila pus-pus disamping berupaya juga untuk berkelakuan sopan macam manusia biasa yang lain, terutama sekali bila dah nak hampir PRU 13.

HKR #KL112 telah mengiktiraf perubahan dan pembaharuan yang dibawa oleh Najib kepada negara dan rakyat maka layaklah ucapan terima kasih itu ditujukan pada semua pimpinan pembangkang.

Secara ringkasnya HKR #KL112 telah membuktikan tanpa kerjasama dari pimpinan PR sukar untuk menjayakan idea transformasi PM khususnya dalam menjayakan Akta Pehimpunan Awam (APA 2012), betul tak?

Harakah Kelentong 200,000 Hadir HKR


Ini amoi banyak steady.. pegang bendela.. Amboiiii..

Dengan kapasiti tempat duduk stadium yang hanya 30,000 dan luas padang stadium yang hanya lebih kurang 50 ribu kaki persegi, masihkah ada yang percaya bahawa hadirin di Himpunan Kebangkitan Rakyat mencecah 200,000 orang seperti yang didakwa Harakah?   Malah, laporan media-media pembangkang serta laman sosial penyokong-penyokong mereka juga ada yang mendakwa lebih lagi, iaitu sehingga 700,000! 

Jumlah ini dikira kononnya berdasarkan stadium yang padat, ditambah dengan peserta diluar yang merangkumi perimeter sejauh 7km sekeliling stadium.    Adakah sesiapa yang akan percaya dakwaan pembangkang ini? 

Jika dakwaan mereka benar, tentulah Kuala Lumpur menyaksikan kesesakan lalulintas yang teruk serta rungutan para peniaga sepertimana yang berlaku dalam himpunan-himpunan yang didalangi PR sebelum ini.   Tetapi, ini semua tidak berlaku.   Malah, peserta juga tidak menghadapi masalah atau halangan untuk ke lokasi perhimpunan kerana tiada sekatan jalanraya secara besar-besaran.  

Hakikatnya, walaupun keadaan begitu longgar, PR masih tidak mampu mengumpul 1 peratus pun dari jumlah sasaran 1 juta, apatah lagi 200,000 hingga 700,000.  Jumlah rasmi yang dikeluarkan oleh pihak polis iaitu 30 ribu di tempat duduk stadium, 10 ribu di padang stadium dan lebih kurang 5 – 7 ribu di luar stadium adalah lebih munasabah untuk diterima di akal.   

Ini kerana, logik PR yang mengambil kira perimeter sejauh 7km tidak boleh dipakai kerana adalah mustahil untuk peserta berada di sekeliling stadium.  Hanya satu jalan sahaja yang dipenuhi mereka iaitu di hadapan pintu stadium, itupun hanya menyaksikan barisan peserta sejauh 1km atau kurang.   Keadaan di jalanraya di kawasan lebih dari 1km dari stadium adalah lengang, aman dan tenteram.  Hanya kelihatan beberapa peserta yang mungkin balik awal, atau terlambat datang yang mundar mandir, berjalan santai dalam beberapa kumpulan. 

Mungkin kerana telah mendapat maklumat lebih awal bahawa keadaan akan mudah dikawal, maka pihak mengambil keputusan untuk bersikap tidak begitu tegas sepanjang perhimpunan berlangsung.   Maklumat dan tindakan pihak polis terbukti tepat apabila peserta juga tidak membuat provokasi dengan mencabar polis atau bertindak ganas. 

Maknanya, polis telah dapat mengagak jumlah peserta sebelum perhimpunan bermula lagi tetapi PR masih tidak dapat menganggarkan jumlah tepat peserta walaupun perhimpunan telah selesai.

Perbezaan besar di dalam jumlah yang dilaporkan media pro-PR dengan sendirinya membuktikan yang PR hanya ‘hentam’ sahaja dalam membuat laporan mengenai sambutan terhadap HKR.   Yang sebenarnya, PR cukup maklum yang HKR telah gagal dan tiada sambutan.  Ia dapat dihidu sejak malam sebelumnya lagi di mana hanya mampu mengumpul seribu orang.   

Ada juga peserta yang berkata bahawa HKR adalah jauh lebih hambar dari BERSIH 3.0.  Terdapat ramai yang pulang awal dan kaum Cina dan India juga sudah tidak ambil peduli lagi. 

Yang terus dibuai mimpi, percaya bermati-matian bahawa gambar-gambar superimpose serta stadium kecil dengan ruang di luar yang terhad itu mampu menampung sehingga 200,000 – 700,000 orang adalah benar, hanyalah puak-puak balaci PAS dan segelintir remaja-remaja haprak dalam PKR.   Mereka inilah saja harapan PR untuk meneruskan langkah menuju pilihanraya. 

Mahu tidak mahu PR perlu terus menjaja gambar superimpose tersebut untuk menyedapkan hati penyokong mereka.  Manakala, media seperti Harakah pula perlu terus memainkan peranan menjaja pembohongan demi menutup malu. 

Lagipun, bukanlah Harakah namanya jika melaporkan yang benar iaitu bahawa HKR gagal kerana peserta yang hadir tidak sampai pun 50,000 orang?    Tidak mungkin Harakah mampu menjelaskan bahawa jika stadium tersebut menampung lebih sedikit daripada jumlah itu, maka kita pasti menyaksikan tragedi stadium runtuh dengan kecederaan atau kematian para peserta HKR.   

Tetapi, tidak mustahil juga inilah sebenarnya yang diharapkan pemimpin PR, iaitu tragedi berlaku bagi membolehkan mereka menyalahkan kerajaan…  malangnya, untuk tujuan ini juga mereka telah gagal.

ANWAR KECEWA 'KEBANGKITAN RAKYAT' JADI KEMENANGAN BN

Gambar sekadar hiasan buat renungan

Beberapa kesimpulan dapat dirumus daripada 'Himpunan Kebangkitan Rakyat' anjuran parti-parti pembangkang Sabtu lepas.

Pertama, sekalung tahniah kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mengotakan janji untuk mempastikan perhimpunan tersebut dijamin aman dan tidak berlaku sebarang rusuhan atau kekacauan seperti pengalaman lalu.

Kemenangan besar dan hakiki pada hari Sabtu lalu bukan kepada pembangkang tetapi kepada Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional.

Kewujudan Akta Perhimpunan Aman 2012 telah meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan apabila rakyat mengetahui keselamatan terjamin serta kehidupan mereka tidak lagi terganggu bilamana pembangkang mahu mengadakan sebarang demonstrasi di masa depan.

Ini adalah satu pendekatan inklusif oleh pihak polis yang patut diberi pujian dan penghargaan termasuk pihak pembangkang sendiri.

Sikap keterbukaan Perdana Menteri yang berkata kerajaan pimpinannya sanggup dikritik dan ditegur adalah satu cerminan dasar yang mengutamankan hak dan kebajikan rakyat dan pada masa yang masa menghormati nilai-nilai sistem demokrasi negara ini.

Kedua, perhimpunan yang diuruskan dengan begitu baik oleh PDRM telah menggagalkan sebarang percubaan pihak pembangkang untuk menimbulkan huru hara di jalanan sebagaimana ang mereka telah lakukan pada perhimpunan Bersih 3.0.


Sudah tentunya individu yang paling kecewa ialah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mengharapkan penyokong-penyokong pembangkang dapat digerakkan sekali lagi untuk merusuh dan menimbulkan suasana tegang.

Strategi Anwar supaya berlaku kakacauan ialah supaya media antarabangsa yang membuat liputan berita akan menyebarluaskan gambaran bahawa kerajaan bertindak zalim, kuku besi, diktator dan sebagainya.

Malangnya perkara ini tidak terjadi dan perhimpunan yang diadakan tidak ubah seperti mana-mana ceramah politik pembangkang.

Kerajaan masih menunjukkan sikap prihatin dan berlembut walaupun pembangkang melanggaar beberapa syarat yang telah dipersetujui seperti menghadkan kehadiran peserta perhimpunan kepada 30,000 sahaja dan dilarang membawa bersama kanak-kanak.

Ketiga, ketiadaan Ketua Parlimen Dap, Lim Kit Siang menimbulkan tanda tanya mengapa beliau tidak hadir pada perhimpunan terbesar pembangkang sebelum Pilihan Raya Umum ke 13.

Pembangkang berkata dengan jumlah mereka yang berkerumun di Stadium Merdeka sudah cukup untuk menyampaikan mesej kepada Barisan Nasional bahawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Mungkin penyokong pembangkang penuh yakin berdasarkan semangat membuak-buak mereka pada hari itu namun Kit Siang nampaknya tidak begitu menaruh harapan yang menggunung.

Keempat, melihat kepada kerenah penyokong pembangkang yang mewakili pelbagai ideologi dan politik serta landasan perjuangan yang berbeza-beza menjadi satu persoalan adakah pemimpin dan penyokong mempunyai kesatuan fikrah dan pandangan politik yang sama untuk ke Putrajaya?

Pas dengan baju serba hijau yang gemar melaungkan takbir, kumpulan Bersih dan ant-Lynas pula dengan baju kuning mereka, dan PKR dengan baju biru muda masing-masing bersorak dengan sloganan tersendiri seolah-olah ia hanyalah satu perhimpunan carca marba atau 'motley crue'.

Malah terdapat kumpulan-kumpulan serpihan yang menumpang sekaki untuk bersama perhimpunan itu seperti golongan LBGT, anti-Islam, anti-Melayu, pluralis dan liberalis, cauvinis dan rasis, anti-Raja, pendakwah Kristian dan sebagainya.

Semuanya juga mempunyai impian Anwar aagar memenuhi agenda perjuangan kumpulan mereka jika berkuasa.

Malah jika dibilang dengan jari jumlah yang hadir jauh daripada 1 juta yang disasarkan sebelum ini.

Anggaran pihak polis hanya sekitar 40,000 orang yang hadir hanyalah empat peratus dan ini merupakan satu kegagalan besar pihak penganjur.

Di mana 300,000 penyokong yang hendak dikerah oleh Pakatan Rakyat Selangor?

Akhirnya yang datang adalah muka sama yang juga turut menyertai perhimpunan dan demonstrasi jalanan Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0, Perhimpunan Anti -Isa, dan Perhimpunan Air Selangor sebelum ini.

Kehadiran penyokong Cina juga amat hambar sekali dikatakan sekitar 8 peratus atau 3,000 sahaja manakala penyokong India kira-kira 2 peratus sahaja.

Ini jelas membuktikan orang Melayu telah dipergunakan oleh Dap untuk menjayakan agenda politik mereka.

Yang tidak faham politik adalah penyokong pembangkang dari kalangan orang Melayu dalam Pas dan PKR yang gagal mengerti bahawa mereka hanyalah keldai tunggangan Dap yang bersikap talam dua muka dan berpura-pura.

Mungkin ini menjadi penyebab mengapa Anwar hanya berucap setakat 20 minit sahaja kerana penyokong sudah meluat dan mula keluar stadium ketika beliau mula berceramah.

Himpunan Shamsidar juga tidak menjadi kerana penyokong Pas dan Dap tidak mahu terbabit menyokong isu peribadi dan moral buruk Anwar.

Hakikatnya 'kebangkitan' yang diharapkan menjelma menjadi kekecewaan yang amat menghampakan.

Sunday, January 13, 2013

Himpunan Kelentong Rakyat 112 ; Nasi Bungkus Dari Gereja ?

 
Benarkah seperti yang di dakwa bahawa makanan berupa nasi bungkus polister ini disediakan oleh 2 gereja yang berdekatan ?

MI pernah keluarkan artikel tentang gereja yang iklankan khidmat penyediaan makanan dan tempat tinggal bagi peserta Himpunan Selamatkan Samsidar semalam. Baca iklan itu di SINI.

Tak salah bagi orang makan dan ianya bukan satu jenayah pun. Cuma hairan bagaimana gereja yang kita tahu tiada unsur politik juga ambil bahagian dalam Himpunan Selamatkan Shamsidar ini. Apakah mereka juga sokong kononnya himpunan aman ini ? Apakah gereja tahu apa maksud tersirat yang terselindung oleh penganjur Himpunan yang tidak mempunya mesej yang jelas ini ?

Apakah si penerima tahu bahawa makan yang dimakannya itu halal atau sebaliknya ? MI diberitahu bahawa sesetengah polister makanan itu ada tanda nama gereja dan hingga saat ini MI masih menunggu gambar tersebut.
 

Gereja Sediakan Makanan & Penginapan Untuk Peserta Demo


Kali ini tidak seperti sebelumnya. Dijangka bakal lebih hebat dari Himpunan Bersih 3, bukan sekadar aksi yang bakal dipersembahkan oleh kumpulan demo jalanan malah turut disertai oleh rumah ibadat Kristian yang menawarkan makanan dengan tempat tinggal percuma.

Diberitakan dan disebarkan dalam media maya termasuk Facebook bahawa Wisma Methodist dan gereja Gospel Hall Church menawarkan makanan dan tempat tidur bagi peserta demostrasi yang datang dari jauh atau yang ingin rasakan pengalaman santai rehat disamping melihat sendiri bagaimana organisasi mereka membantu 'rakyat jalanan'.

Menurut sumber dalaman, pihak gereja berbuat demikian adalah sebagai ingin melahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada kumpulan pendemo yang berjuang bermati-matian untuk menuntut hak Kalimah Allah supaya dapat dimasukkan dalam kitab suci mereka.

Sebagai ucapan terima kasih maka pihak gereja bersedia membalas budi dengan menawarkan khidmat kesihatan percuma juga.

Lokasi kedua gereja hanya 5 minit dari Stadium Merdeka dan ianya amat selesa serta selamat bagi pendemo yang ingin bermalam di sana.

Menurut sumber kumpulan Himpunan Shamsidar, mereka agak kecewa bila masjid dan surau yang berdekatan tidak membuka ruang untuk mereka gunakan tandas dan tidur di ruang solat. Kenapa Gereja sanggup bersama kita dan masjid menolak kita ? Itulah luahan hati pendemo yang kecewa kerana tidak dapat bermalam di masjid Negara.

Hai tak taulah kalau ni boleh hits pulak???? Cukup 4 saksi??? camne nih???:)


Semalam MI ceritakan bagaimana usaha mencari isteri Ketua Cawangan Pas yang 'hilang' 3-4 hari di SINI.

Part III

Bersama Ustaz Saidi dan suami yang juga ketua cawangan pas ketika itu, sepupu Ustaz Saidi dan kawan-kawannya yang lain juga turut bersama. Rata-rata mereka ketika itu adalah pelajar pondok yang sudah senior atau sudah berusia. Untuk makluman pembaca, pondok pengajian agama di Kelantan bukan saja terdiri dari pelajar yang berusia seawal 12 tahun, ada juga pondok yang masih kekalkan tradisi menerima warga emas sebagai pelajar dan juga golongan dewasa yang ingin menambah ilmu tanpa mengharapkan sekeping sijil atau ijazah. Sekadar menafaatkan Ilmu Islam di usia yang sudah lanjut.

Bertolak dari rumah Si suami, dengan dua buah kereta mereka menuju ke stesen keretapi Kuala Krai.

Sebaik saja keretapi singgah di stesen, Ustaz Saidi bersama Si suami dan rakannya yang lain terus naik dan berjumpa dengan "master" yang bertugas mengawal selia penumpang. Ustaz Saidi bertanya bilik manakah yang digunakan oleh wakil rakyat tersebut, "master" dikatakan menunjukkan bilik di mana wakil rakyat pas itu berada.

Nombor bilik kelas pertama yang digunakan oleh Adun Pas tersebut adalah VIP No 1, koch khas yang selalu digunakan oleh orang kenamaan.

Tanpa membuang masa, menurut Ustaz Saidi, beliau mulanya mengetuk pintu koch beberapa kali namun tiada jawapan dan beliau, Ustaz Saidi mengambil keputusan membuka pintu dengan menendang pintu bilik tersebut.

Sebaik saja pintu bilik VIP No1 terbuka, Ustaz Saidi bersama Si suami dan sepupu beliau, Ahli Jawatan Kuasa Bahagian Pas, Ustaz Fauzi menerpa masuk dan terbukti apa yang selama ini bukan lagi khabar angin, ianya telah mengesahkan bahawa cerita-cerita yang tersebar di kalangan penduduk Pasir Puteh terbukti benar. Isteri kepada Ketua Cawangan Pas berada di atas perut Wakil Rakyat Pas.

Menurut Ustaz Saidi, beliau tidak dapat menahan marah begitu juga dengan Hj Fauzi maka sebiji penampar hinggap di kedua pipi pasangan yang sedang asyik masyuk melakukan dosa besar.

Ketika itu Wakil Rakyat Pas sudah terkedu, menangis minta dilepaskan, menangis memohon maaf di atas perbuatan terkutuk, begitu juda dengan isteri ketua cawangan pas tersebut. Bagaikan dirasuk hantu, melolong memohon ampun kepada Sang Suami yang hanya mampu menitiskan airmata.

Si suami bagaikan terpaku, terpinga tanpa kata dan tak mampu berbuat apa-apa, menurut Ustaz Saidi, yang melihat kejadian itu bukan beliau seorang, bukan Hj Fauzi bersamanya sahaja malah saksi yang datang bersama mereka juga melihat kejadian yang memalukan bagi seorang Wakil Rakyat Pas dan isteri kepada ketua cawangan pas. Malah lebih dari itu, penumpang yang ada berdekatan dengan bilik tersebut juga melihat peristiwa yang amat hina bagi seorang yang kononnya pejuang parti yang mengguna pakai nama ISLAM.

Saksi utama, Ustaz Saidi terkilan bila melihat Sang Suami yang hanya alirkan airmata, tak mampu memarahi isterinya dan jauh sekali untuk melepaskan geram kepada Wakil Rakyat Pas tersebut. Janji untuk ceraikan kiranya beliau melihat sendiri isterinya dengan orang lain juga hilang begitu saja. Longlai dan lemah keluar dari keretapi menuju ke kereta mereka. Meninggalkan Ustaz Saidi dan Hj Fauzi uruskan masalah tersebut.

Tambah Ustaz Saidi, bilik dalam koch VIP No1 umpama bilik penganting baru, pakaian kedua pasangan mungkar berselerak dan isteri ketua pas cawangan hanya mampu menutupi tubuh bogelnya dengan sehelai tuala yang berwarna merah.

Esok, cerita benar apa yang terjadi di rumah Mursyidul Am Pas Malaysia, Menteri Besar Kelantan dan juga momokan sebagai Ulama Ulung Pas bakal MI ceritakan.

Bagaimana riak muka Nik Aziz ?
Bagaimana jawapan Nik Aziz ?
 
Bagaimana dengan mudah Nik Aziz letak kepentingan parti melebihi segalanya dan bagaimana bermula dari saat itulah Ustaz Saidi dan rakan yang lain bertindak keluar dari Pas kecuali seorang saksi. Kenapa saksi tersebut enggan keluar parti bakal MI dedahkan !

Salin dan lokap dari Malaysia Instinct (kisah benar)

HAMIK KAUUUUUUU : Himpunan Kelentong Rakyat (HKR) Gagal

Gambar ni???? Cukup sejuta ker??? 
Kemonlah.. Stadium Merdeka beb.. kapasiti 30,000 jer..
 
 
Media-media pembangkang pantas melaporkan ‘kejayaan’ Himpunan Kelentong Rakyat (HKR) sejurus himpunan tersebut berlangsung.  

Nampaknya, tafsiran ‘kejayaan’ oleh pihak Pakatan Rakyat memang pelik kerana selalunya sesuatu itu ditafsirkan sebagai berjaya jika ia menepati sasaran.  Sedangkan HKR yang dianjurkan mereka hanya mencapai 4.5% jumlah peserta yang berjaya dikelentongkan, berbanding 1 juta yang disasarkan. 

Namun, himpunan ini tetap diwar-warkan mereka sebagai ‘berjaya’.  Mungkin mereka menggunakan program yang sama sepertimana yang digunakan oleh DAP dalam pemilihan CEC parti itu yang menggunakan matematik tidak logik sehingga mendapati bahawa angka 45,000 adalah bersamaan dengan 1 juta.

Perlu diingatkan, bahawa sebelum himpunan berlangsung, puak-puak PR telah terlebih dahulu mewar-warkan kononnya, terdapat 10,000 polis baru direkrut khas untuk membuat kacau dan menyamar menjadi peserta.   Jika ini benar, maka angka sebenar jumlah peserta hanyalah 35,000.  

Bagaimanapun, media pro-PR terus mengkelentong penyokong mereka dengan memaparkan gambar-gambar superimpose serta jarak dekat yang memperlihatkan seolah-olah jumlah peserta begitu ramai.   Ada juga yang cuba bermain logik matematik dengan mengira ruang sekaki persegi berbanding kawasan perhimpunan dan memberikan jumlah menghampiri 700,000 orang.  Kiraan ini, walaubagaimanapun tidak mengambil-kira keluasan dan kapasiti stadium. 

Faktanya, kapasiti tempat duduk stadium hanyalah 25,000.  Jika dicampur dengan yang berdiri termasuk di tengah padang yang seluas 50ribu kaki persegi, dibahagi dengan 2 kaki persegi keluasan yang diperlukan untuk seorang individu bersaiz sederhana berdiri tegak, maka paling ramai mungkin terdapat lebih kurang 10,000 – 15,000 lagi.   Di luar stadium pula, hanya satu bahagian sahaja yang menyaksikan peserta yang ramai, dan dalam perimeter beberapa puluh meter sahaja dari stadium, yang mana dianggarkan hanya mampu mendapat kiraan dalam 5,000 – 10,000 orang sahaja. 

Justeru, anggaran rasmi yang dikeluarkan oleh pihak polis adalah lebih munasabah iaitu 45,000 orang. 

Daripada jumlah ini, hanya terdapat lebih kurang 8% kaum Cina dan 2% kaum India yang berjaya dikelentong.   Selebihnya, semuanya adalah Melayu PAS dan PKR yang terpaksa membawa lambang DAP dan sepanduk berbahasa Cina bagi mengkelentongkan diri sendiri kononnya kaum Cina juga ramai yang ‘terkelentong’. 

Apa yang kurang jelas dari himpunan ini ialah tujuan ia diadakan.  Kononnya, ia untuk menuntut PRU bersih, menuntut professionalisme kakitangan awam, menuntut Bahasa Kebangsaan dimartabatkan dan entah apa-apa lagi.   Tetapi, entah kenapa pemilihan parti sendiri yang jelas kotor dan tidak professional tidak pula menjadi isu.   Dan entah bila pula DAP bersetuju untuk mendaulatkan Bahasa Kebangsaan sedangkan kepala surat rasmi kerajaan Selangor juga menyaksikan bahasa Mandarin diangkat setaraf. 

Sebenarnya, pemimpin-pemimpin PR telah menjangkakan jumlah ini, kerana itulah mereka memilih Stadium Merdeka yang jauh lebih kecil bagi mengelak ia kelihatan kosong.  Jika dibanding dengan perhimpunan ulang tahun UMNO baru-baru ini yang menyaksikan 100,000 orang di Stadium Bukit Jalil, maka jumlah RAKYAT yang menyertai HKR adalah jauh lebih rendah dari jumlah ahli UMNO.   

Walaubagaimanapun, melihat dari komen-komen penyokong PR di media sosial,  nampaknya 100% daripada mereka telah benar-benar percaya dengan apa saja dikelentongkan oleh pemimpin dan media mereka mengenai HKR ini. 

Oleh itu, jika tujuan HKR ini adalah untuk kelentong, maka ia wajar dikatakan sebagai berjaya dengan cemerlang sekali kerana walaupun hanya 4.5% dari penyokong PR yang turun berdemonstrasi, tetapi habis satu Malaysia dan seluruh dunia berjaya dikelentong oleh PR kononnya mereka ramai penyokong, sedangkan hakikatnya, untuk mendapat 10% dari sasaran 1 juta pun tidak terdaya.

HKR112 ; Duit Kutipan Hilang ? Upah Tak Di Bayar





Tradisi mengaut duit rakyat tetap tidak berubah walau apa pun nama perhimpunan yang dibuat oleh pakatan haram. Baik ceramah politik, demostrasi jalanan atau perhimpunan haram serta rapat umum untuk mana-mana pilihanraya kecil. Tong sedekah wajib ada. Semuanya kerana selagi Pas wujud bersama dalam program itu maka S.O.P untuk kaut duit rakyat tetap ada.

Yang berbeza hanya nama tabung yang kononnya dilancarkan ketika itu. Ada tabung Memali untuk keluarga Memali yang kononnya nak bantu balu dan anak yatim yang kematian bapa ketika tragedi itu berlaku. Ada tabung jihad yang dikutip semasa ceramah memfitnah UMNO BN dan ada juga Tabung kononnya untuk PRU. Semuanya pembohongan dan penipuan semata-mata.

Kemana hilangnya duit Tabung Memali ?
 
Kemana dihalakan duit sedekah setiap kali ceramah di seluruh Malaysia kononnya untuk jihad ?
 
Kemana duit kutipan 'adhock' yang dipungut ketika pilihanraya kecil ?

Jumlah sebenar duit kutipan pun tidak pernah diisytiharkan selama ini setiap kali habis program.

Terbaru, semalam Himpunan Sokong Shamsidar yang dibuat dalam Stadium Merdeka dan dianggarkan kehadiran peserta demo haram melebihi 50 ribu orang. Berapa kutipan yang dapat ? Tak mungkin Rm500 sahaja dengan kehadiran manusia yang sebegitu ramai.

Untuk apa duit ini dikutip ?
 
Adakah untuk bayar bil Hotel mewah yang digunakan oleh pemimpin besar mereka bersama ahli keluarga?
 
Adakah untuk membayar bil perjalanan pemimpin negeri yang datang dari seluruh negara ?
 
Apakah penceramah yang datang berceramah juga kenakan bayaran ?

Bagaimana dengan kekecohan pembayaran upah yang berlaku di kedai makan di Kg Baru ketika malam Chegu Bard berceramah, klik di SINI.

Bagaimana dengan kumpulan Chegu Bard yang pergi ke gerai-gerai penjaja dan meminta bayaran sewa tapak sempena malam ceramah beliau ? Klik di SINI anda dapat lihat gambar mereka menadah minta bayaran dari penjaja pasar malam yang hasilnya tak seberapa. Kemana duit kutipan ini pergi ?

Khabarnya duit upah untuk setiap peserta sudah disedikan oleh penganjur. Klik di SINI dan anda akan dapat lihat gambar yang berjaya dirakam oleh rakan MI.

Gambar di bawah adalah mangsa yang ditipu? yang dijanjikan upah tapi segalanya hanya tinggal janji. Pemimpin datang tidur di hotel 5 bintang tetapi pengikut tidur sedemikian rupa.

Anda boleh lihat bagaimana peserta demo haram yang menyokong Shamsidar ini tidur bergelimpangan di SINI


MI bukan berniat nak menuduh pengutip derma melarikan duit kutipan dalam jumlah yang banyak semalam, sekadar ingin membuka ruang pemikiran yang lebih waras.

Lakonan kononnya pakatan haram tidak berduit adalah pembohongan semata-mata. Lakonan kononnya pemimpin mereka hidup zuhud juga merupakan penipuan yang amat besar kerana Anwar Ibrahim adalah antara manusia terkaya di Malaysia.

Akaun milik Nurul Izzah pernah MI tunjukkan di SINI yang mana pembongkaran mengenai kedudukan kewangan Anwar dan keluarga amat ketara. Hingga saat ini Anwar tidak pernah menafikannya lagi.

MI amat berharap penganjur terutama Mat Sabu tampil dengan jujur dan 'declare' jumlah kutipan semalam dan untuk apa kutipan itu dibuat. Mat Sabu pun khabarnya bergaji RM15 ribu sebulan yang mana khabarnya dibayar oleh Kerajaan Dap Pulau Pinang atas dasar Mat Sabu dilantik sebagai Lembaga Pengarah Air Pulau Pinang. Benarkah dakwaan ini ?

Malah Chua Jui Meng yang begitu lantang menghentam Kerajaan BN juga bukannya orang miskin papakedana. Beliau bukannya pakai kereta kancil atau perdana. Berapa tahun beliau menjadi Menteri ketika beliau dalam kerajaan BN ? Tinggal di rumah papan atau banglo besar ? Berapa pembantu rumah beliau miliki?

MI cabar semua pemimpin hipokrit ini jelaskan dengan bukti kemana hala semua duit yang dikaut dalam setiap program mereka dan berapa jumlah sebenarnya. Tidak termasuk upah bagi yang mengusung beg plastik di atas.

Kronologi HKR#112 Capai 1 juta??? Cerita basi..

 
Pandangan dari udara keadaan Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya. Foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL / THE STAR

BERIKUT adalah kronologi Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) yang sedang berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada petang Sabtu:

4.50 petang: Perhimpunan tamat dengan nyanyian lagu Negaraku.

4.45 petang: Bacaan doa daripada Datuk Nik Aziz Nik Mat

 
4.40 petang: Deklarasi himpunan diketuai oleh Datuk Saifuddin Nasution.
 
Keadaan Stadium Merdeka di Kuala Lumpur yang dibanjiri oleh para peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) pada petang Sabtu. Foto RICKY LAI / THE STAR

4.15 petang: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi ucapan.

3.50 petang: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberikan ucapan.
3.35 petang: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberi ucapan.
 
Peserta KL112 berjalan di Jalan Ampang menuju ke Stadium Merdeka. Foto ROHAIZAD MD DARUS / THE STAR

3.13 petang: Sasterawan negara, Datuk A. Samad Said tampil membacakan puisi bertajuk 'Di atas Padang Sejarah'.

3.06 petang: Vokalis kumpulan Blues Gang, Ito tampil menyanyikan lagu bertajuk 'Ubah Sekarang'.

2.45 petang: Pengerusi DAP, Karpal Singh; Setiausaha DAP, Lim Guan Eng dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang tiba di stadium.

2.38 petang: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Stadium Merdeka.

2.11 petang: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali tiba di Stadium Merdeka.
 
Sebahagian peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) sedang berkumpul di KLCC sebelum menuju ke Stadium Merdeka. Foto ROHAIZAT MD DARUS / THE STAR

2.07 petang: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiba di Stadium Merdeka.

2.03 petang: Wakil mahasiswa, Safwan Anang berucap. Katanya, mahasiswa menerusia 'student power' (kuasa mahasiswa) akan terus berjuang agar PTPTN dan AUKU dimansuhkan.

1.51 petang: Ribuan peserta KL112 membanjiri Stadium Merdeka. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memulakan ucapan.
 
Keadaan peserta himpunan di Jalan Sultan. Foto CHAN TAK KONG / THE STAR

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku.

1.24 petang: Azan Zohor berkumandang di Stadium Merdeka. Separuh stadium sudah dipenuhi dengan para peserta KL112.

1.17 petang: Peserta dari Jalan Sultan meneruskan perjalanan ke Stadium Merdeka.
 
Kumpulan peserta dari Amcorp Mall berjalan melalui Lebuhraya Persekutuan Kuala Lumpur menuju ke Stadium Merdeka. Foto AZMAN GHANI / THE STAR

1.14 petang: Fuziah Salleh berucap di hadapan peserta di depan Stadium Bola Keranjang.

Dalam ucapannya, beliau berkata, perhimpunan itu dianjurkan bertujuan untuk menuntut sistem pentadbiran kerajaan yang adil.

Ini termasuk tuntutan agar kerajaan menghentikan projek Lynas, memberi royalti minyak dan memastikan sistem pilihan raya yang bersih dan adil.

Beliau turut menggesa agar semua rakyat turun mengundi pada PRU-13 nanti jika menginginkan perubahan.
 
Kumpulan peserta KL112 memenuhi kawasan di hadapan Pasar Seni. Foto NORAFIFI EHSAN / THE STAR

1.00 petang: Peserta KL112 diminta duduk di jalan berhadapan dengan Stadium Bola Keranjang.

12.52 tengah hari: Kumpulan peserta KL112 mula bergerak ke Stadium Merdeka.

12.45 tengah hari: Pemimpin pembangkang dan NGO berucap di hadapan peserta KL112 di Jalan Sultan sebelum bergerak ke Stadium Merdeka.
 
Kumpulan penyokong KL112 berjalan di Jalan Ampang menuju ke Stadium Merdeka. Foto M. AZHAR ARIF / THE STAR

12.20 tengah hari: Hujan renyai-renyai di Jalan Tun Sambathan. Peserta tetap meneruskan perjalanan ke Stadium Merdeka.

12.15 tengah hari: Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw tiba menyertai peserta di Jalan Sultan.

Peserta berkumpul di jalan menyebabkan kesesakan teruk di Jalan Sultan.

12.10 tengah hari: Unit Amal PAS menunggi di Little India, Brickfields untuk bergabung dengan kumpulan peserta dari Amcorp Mall sebelum menuju ke Stadium Merdeka. Keadaan trafik sesak.
 
Adam Adli (kanan) yang merupakan wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyampaikan ucapan di hadapan peserta di Masjid Ar-Rahman dekat Universiti Malaya (UM). Foto IZZRAFIQ ALIAS / THE STAR.

12.08 tengah hari: Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Teck berucap menggunakan pembesar suara di hadapan peserta yang berkumpul di Jalan Sultan.

12.02 tengah hari: Peserta KL112 yang berkumpul di Jalan Sultan menyanyikan lagu 'Rasa Sayang' beramai-ramai.

11.50 pagi: Jumlah penyokong bertambah dan membanjiri Jalan Sultan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

11.14 pagi: Kumpulan peserta melepasi Dataran Maybank, Bangsar. Polis trafik mengawal lalu lintas.
 
Sebahagian peserta KL112 yang duduk di jalan berhadapan dengan Stadium Bola Keranjang. Foto ARIFFUDDIN ISHAK

11.25 pagi: Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh tiba di Jalan Sultan. Menurut beliau, kumpulan penyokong KL112 di Jalan Sultan akan bergerak menuju ke Stadium Merdeka kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

11.00 pagi: Kumpulan peserta KL112 semakin ramai di sepanjang Jalan Bangsar. Mereka bergerak menuju ke Brickfields. Kumpulan mahasiswa turut kelihatan.

Trafik sedikit sesak namun masih terkawal. Kelihatan juga pegawai pemerhati daripada Majlis Peguam ditempatkan.

10.35 pagi: Kumpulan peserta KL112 dari Amcorp Mall bergabung dengan kumpulan peserta yang berkumpul di UM.
 
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bersemangat ketika memberi ucapan di hadapan peserta KL112 di Majid Ar-Rahman dekat UM. Foto IZZRAFIQ ALIAS / THE STAR.

10.20 pagi: Kumpulan peserta mula memasuki Lebuhraya Persekutuan Kuala Lumpur. Mereka berjalan di lorong kecemasan. Keadaan trafik lancar.

10.05 pagi: Pasukan Unit Amal PAS mula membuat kawalan di sekitar Jalan Sultan. Jumlah peserta himpunan semakin bertambah.

10.05 pagi: Peserta mula berjalan menuju ke Universiti Malaya (UM) secara berpasangan. Keadaan terkawal.

10.00 pagi: Jumlah penyokong KL112 di Jalan Sultan semakin bertambah. Suasana sekitar kawasan bising dengan tiupan "vuvuzela".

9.00 pagi: Peserta perhimpunan berkumpul di Amcorp Mall, Petaling Jaya untuk berarak ke Stadium Merdeka pada pukul 10 pagi.

Peserta terdiri daripada anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan orang awam, antara yang akan berjalan bersama kumpulan ini termasuk Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Peserta dijangka akan berjalan dari sini yang merupakan lokasi pertama dan paling jauh yang akan dilalui oleh peserta perhimpunan untuk sampai ke Stadium Merdeka.

8.45 pagi: Sekumpulan penyokong KL112 dari Johor mula berkumpul di Jalan Sultan berhadapan dengan Kompleks Selangor.

Kumpulan berkenaan memakai kemeja-T kuning dengan tulisan 'Kuasa Rakyat KL112'.

Perkembangan selanjutnya selepas ini.

Saturday, January 12, 2013

HKR112 ; Gambar Pelajar Terima Upah RM 100 Seorang



Akhirnya dapat juga gambar sebagai bukti bahawa ada unsur UPAH dalam himpunan yang dianjurkan pakatan haram.

Kononnya yang datang ke KL untuk menyertai himpunan anjuran pakatan haram semuanya ikhlas, kononnya nak gambarkan bahawa mereka datang dengan duit sendiri dan kononnya pakatan haram tidak pernah terlibat mengupah mana-mana pelajar U atau orang kampung.

Kini segala penipuan dan pembohongan mereka terbongkar. Malam tadi MI mendapat gambar ini dari kawan yang kebetulan ada di tempat kejadian rasuah ini. Terima kasih MI ucapkan kepada AP di atas gambar yang berjaya dirakam beliau.

Apa yang bakal Anwar jawab ?
Apa yang bakal Mat Sabu jawab ?
Apa yang bakal penganjur jawab ?

Semuanya dah terbukti bahawa pakatan haramlah yang banyak tabur duit untuk nampakkan kepada rakyat bahawa setiap perhimpunan haram mereka mendapat sambutan yang hebat dan ramai yang hadir untuk berdemostrasi di jalanraya demi kononnya nak tuntut keadilan dari kezaliman kerajaan BN.

Mana Hadi Awang ?
Mana Nik Aziz ?

Apa hukum yang bakal mereka buat ?
Apa ayat quran dan hadis yang bakal mereka baca demi nak halalkan yang haram ?

Agenda DAP Untuk Kristiankan Malaysia Hampir Berjaya


Apabila DAP bertekak menegaskan bahawa Malaysia adalah Negara Sekular, agenda sebenar mereka terserlah iaitu menghapuskan klausa Islam sebagai agama rasmi negara di dalam perlembagaan.  Ini bermakna, keutamaan yang diberikan kepada agama Islam dari segi dakwah, penyebaran serta infrastruktur dan pembangunan akan turut terhapus. 

Secara automatik, agama-agama lain akan mendapat hak sama rata dengan Islam dan gejala murtad tidak lagi dapat dikekang.  

Masih ramai di kalangan umat Melayu yang mudah terpedaya dengan momokan bahawa ini semua hanyalah propaganda UMNO.

Kebanyakan mereka sukar menerima soal ‘agama’ menjadi agenda utama DAP kerana setakat yang mereka tahu, kaum Cina tidak begitu ekstrem dalam beragama.  Malah, ramai di antara mereka tidak mengamalkan pun ajaran agama mereka, seperti bersembahyang.    Selain itu, masyarakat Malaysia juga masih lagi cenderung mengaitkan kaum Cina dengan agama Buddha sepertimana India dengan Hindu. 

Justeru, ramai yang merasa ragu mengenai kaitan DAP dengan gejala murtad yang didalangi Kristian.   

Hakikatnya,  kaum Cina dan juga India yang memilih Kristian sebagai pegangan semakin meningkat di Malaysia.  Apa jua alasannya, iaitu sama ada mereka memilih Kristian kerana benar-benar percaya dengan ajarannya, atau sekadar satu ‘escapism’ dari masalah kasta sepertimana prasangka ramai,  ataupun sebagai satu simbol ‘status’ kerana masih terbelenggu dengan pemikiran mendewakan apa saja yang dibuat oleh orang-orang barat serta ingin turut menyambut Krismas, melalui upacara perkahwinan cara barat dan mempunyai nama barat yang dilihat sebagai glamour akibat terpengaruh oleh TV dan filem, adalah tidak penting untuk dipastikan.

Tidak seperti Islam yang tidak membezakan kaum dan meletakkan semua umat Islam sebagai sama dan bersaudara, Kristian pula menyaksikan gereja yang berbeza bagi kaum Cina dan India seperti juga kaum kulit hitam dan kulit putih di barat yang merasa janggal untuk ke gereja yang sama.  

Bagaimanapun, kaum Cina jarang mengumumkan agama mereka tetapi ramai yang menyangka bahawa kaum Cina yang memakai nama barat kemungkinan besarnya beragama Kristian.   Memandangkan pemimpin tertinggi DAP tidak memakai nama barat, maka keraguan masyarakat mengenai penglibatan mereka dalam kes murtad mudah difahami. 

Mungkin kerana itulah maka para penulis blog berbangsa Cina gemar mendesak pemimpin atasan DAP agar mengumumkan agama mereka.   Apa yang diisyaratkan oleh para blogger ini ialah, pemimpin atasan DAP berselindung di sebalik nama Cina walaupun mereka sebenarnya Kristian demi memastikan sokongan berterusan dari kaum Cina ‘ortodoks’ iaitu yang berpegang teguh kepada budaya, bahasa dan agama asal nenek moyang mereka.   Dengan tidak memakai nama barat juga memudahkan mereka untuk mengaburi rakyat mengenai agenda Kristian yang diperjuangkan mereka. 

Agenda Kristian DAP, seperti yang telah terdedah, berpusat di Subang Jaya.   Kumpulan ‘pendakwah’ atau penipu ini beroperasi dengan cara menghulurkan bantuan sebelum mengumpan sasaran mereka untuk ke gereja.  Antara yang telah menjadi mangsa dimurtadkan, mendedahkan bagaimana mereka ‘dipegang’ sehingga merasa terhutang budi dan wajib membayar budi para pendakwah itu dengan memeluk Kristian.   

Puak Kristian ini beroperasi secara tersusun dengan dana disalurkan dari sebuah pusat pentadbiran yang lengkap.   Dengan memanggil diri mereka ‘Evangelist’ atau pendakwah, menunjukkan yang mereka bermazhab Protestant iaitu mazhab yang paling banyak melalui reformasi dan mempunyai berbagai-bagai versi serta mengambil sikap berbeza dengan mazhab katholik yang mengiktiraf darjat tertinggi Pope, atau mazhab orthodox yang lebih dekat dengan Kristian asal iaitu agama Nasrani.  

Salah satu laporan dari laman AsiaOne Singapura bertarikh 27 Jun 2012 mendedahkan beberapa transaksi kewangan yang meragukan yang melibatkan gereja di Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan oleh Suruhanjaya Kebajikan negara tersebut:

1.       ‘Derma’ berjumlah S$2.1 juta bagi “Projek Menyeberang” (Crossover) atau lebih tepat memurtadkan – dipindahkan dari Amerika Syarikat ke Gereja City Harvest di Subang Jaya, dalam jangka masa Diseember 2007 – May 2010. 

 

2.       ‘Derma’ ini kemudiannya dipindahkan ke ‘akaun pelbagai’ juga untuk ‘Projek Menyeberang’ ini.  Dalam bulan April 2007 – Mac 2010 sejumlah lebih kurang S$600,00 dan USD3 juta masing-masing digunakan untuk perbelanjaan En. Kong Hee dan isterinya Ho Yeow Sun yang mana kebanyakan ahli gereja tidak tahu menahu mengenainya. 

 

3.      ‘Derma’ untuk dana pembinaan gereja berjumlah S$600,000 dipindahkan ke akaun pelbagai untuk projek yang sama.  

DAP telah terbukti merupakan antara anggota penting yang memberikan naungan kepada puak evangelists ini yang berpusat di Subang Jaya.   

Pemimpin DAP, antaranya, Hannah Yeoh didedahkan telah menyumbang dana dari DUNnya kepada beberapa pertubuhan Kristian antaranya RM3,000 – Kingdom Christian Fellowship Bhd pada 13 Oct 2011, RM2,500 – Subang Jaya Assembly of God pada 12 May 2011, RM5,000 – Evangelical Free Church Gospel Centre pada 17 Jan 2012 dan RM5,000 - Pusat Subang Jaya Pastors Fellowship pada 2010.

Apabila kes murtad pertama kali menjadi heboh, Datuk Dr. Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa antara yang paling lantang menyuarakan kebimbangan dengan kegiatan gereja di Subang Jaya.   Pemimpin-pemimpin DAP termasuk di peringkat atasan pantas turun membela dan memberi sokongan kepada gereja hampir dalam kadar segera. 

Tidak lama kemudian, kita menyaksikan bagaimana Hasan Ali dipecat dari PAS dan ‘bintang’ Nasharuddin juga merudum. 

Pendedahan lanjut dibuat oleh beberapa blog mengenai ikrar yang dibuat oleh DAP di dalam sebuah majlis yang menampilkan tokoh-tokoh Kristian di rantau ini, untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian.   Ikrar tersebut dilihat konsisten dengan desakan Lim Guan Eng dalam perutusan Krismasnya untuk meneruskan perjuangan menggunakan kalimah Allah dalam kitab Kristian. 

Jelas, bahawa agenda Kristianisasi dengan isu Injil berbahasa Malaysia serta penggunaan kalimah Allah di dalam risalah dan kitab agama Kristian, kes murtad, hubungan pemimpin DAP dengan gereja serta perutusan Krismas Guan Eng adalah isu yang berkait dan berangkai.

Ini bermakna, ia bukan satu paranoia umat Islam UMNO yang tidak berasas tetapi sahih sehinggakan para blogger bukan Islam dan bukan Kristian juga turut menghidunya.    Yang tidak berasas dalam isu ini hanyalah tindakan umat Islam di dalam PAS menyokong, membela dan berdegil untuk terus bekerjasama dengan puak evangelists, bergandingan tangan menuju ke Putrajaya dan duduk bersebelahan di singgahsana.  

Atas bantuan PAS inilah maka agenda Kristianisasi DAP nampaknya hampir berjaya