Reunion Batch 1994

Reunion Batch 1994

Tuesday, March 26, 2013

Phase 2 - Kehilangan (FIRMAN)


Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Takkan ku sia-siakan kamu lagi

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila

Takkan ku sia-siakan kamu lagi. (2x)


Nota hati ku,

Setelah aku diberikan lagu ini untuk didengarkan.. Pertama kali mendengar, hati aku sayu dan tersentuh..

Aku mendengar lagi buat kali kedua dan seterusnya, betapa jiwa kami betul.. sama-sama merindui antara satu sama lain.

Satu hari, yang tidak diduga iaitu semalam.. kami bertemu dan berbual dan itulah perkara yang telah lama kami tinggalkan.

Terima kasih, kerana ini kuasa Allah SWT yang menentukan dan memberi kami satu rasa untuk saling lengkap melengkapi tak kala kedua-dua kami sangat sibuk dengan pekerjaan masing-masing.

Jika sahabat saya tidak meruntun-runtun hati dan jiwanya untuk bertemu dan berjumpa.. mungkin sehingga hari ini, saya masih ketegangan stress kerana tiada ruang untuk gembira, keluar dari karung kerja dan pelbagai lagi.

Untuk meneruskan setiap kerja setiap hari.. benarlah katanya.. kita perlu ada ruang untuk ketawa berdekah-dekah, perlu buat sesuatu yang luar dari tugas harian.. perlu ada alam untuk dikongsi kehidupan..

Akhirnya, pertemuan dengan sesuatu yang positif itu akan membawa kejayaan terhadap apa yang sedang kita lakukan dan laksanakan..

Jangan pernah untuk sibuk untuk bertemu dia lagi. Katanya di akhir bicara kami.

And me, yup and thanks lovely friend. Nampak gaya u kena selalu kidnap i.. Hahahahahahahaha..

Komplot culik, bunuh Dr Mahathir didedah



Dua bekas ahli PAS mendedahkan komplot untuk menculik, mencederakan dan membunuh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ketaksuban mereka terhadap Amanat Haji Hadi yang menghalalkan pemimpin UMNO dibunuh.

Kumpulan pertama merancang perkara itu pada 1988 untuk menculik dan membunuh Dr Mahathir manakala kumpulan kedua pula pada 1994, yang mahu melempar bom petrol ketika beliau melakukan lawatan di Semarak, di sini.

Perkara itu didedahkan bekas EXCO Pemuda PAS Kedah, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena CN Afghani, 57, dan bekas Timbalan Ketua Keselamatan PAS Kelantan, Shaidi Hussin, 45, kepada pemberita selepas menghadiri majlis Himpunan Selamat Tinggal PAS di Gaal, di sini, malam kelmarin.

Sudah insaf, mohon maaf 

Bagaimanapun, kedua-dua mereka yang kini sudah insaf dan memohon maaf kepada Dr Mahathir di atas tindakan dipengaruhi ketaksuban terhadap pemimpin PAS ketika itu.

Zainon yang juga penulis buku Kafirkah Aku mendakwa dia bersama lebih 30 orang yang semuanya ahli PAS, merancang untuk menculik dan seterusnya membunuh Dr Mahathir yang dianggap darahnya halal.

Oleh kerana ketika itu saya lihat sistem pilihan raya di Malaysia lambat untuk PAS mencapai kemenangan, saya merancang untuk merampas kuasa atau membunuh Perdana Menteri pada masa itu.

Kami juga telah menyiapkan Kabinet sementara dengan melantik Haji Hadi (Datuk Hadi Awang) sebagai Perdana Menteri. Bagi kami ketika itu membunuh Dr Mahathir adalah satu ibadat. Kami memahami sebegitu daripada Amanat Haji Hadi.

Rancangan dapat dihidu

Bagaimanapun, sebelum rancangan itu berjaya dilaksanakan pihak keselamatan dapat menghidu rancangan kami dan sebahagian ahli kumpulan ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), katanya yang mengakui tidak memaklumkan mengenai rancangan itu kepada kepemimpinan atasan PAS ketika itu.

Ditahan mengikut ISA

Zainon yang pernah ditahan mengikut ISA selama enam tahun dari 2001 hingga 2006 berkata, PAS kini tidak lagi memperjuangkan Islam malah telah menggadai agama suci itu selepas bertahaluf siyasi (kerjasama) dengan DAP dan PKR.

Shaidi pula mendedahkan selepas berlaku peristiwa pembunuhan di Memali pada 1985, beliau diarahkan oleh ketuanya untuk merancang membunuh Dr Mahathir.

Katanya, mereka merancang untuk melempar bom petrol yang dicampur dengan racun ketika lawatan Dr Mahathir di Semarak.

Bagaimanapun, katanya, cubaan itu gagal kerana kawalan ketat oleh pihak keselamatan terhadap Dr Mahathir ketika itu.

Ketika itu saya yakin saya benar kerana kepemimpinan PAS ambil sejarah Rasulullah dan membandingkan dengan sejarah perjuangan PAS. Di situ saya yakin sehingga sanggup untuk menyertai komplot membunuh Dr Mahathir, katanya yang mendakwa mendapat latihan ketenteraan di selatan Thailand.

DUN Negeri Sembilan bubar esok


Mohamad menunjukkan buku Penyata Rasmi Persidangan Pertama (Khas) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-12 Negeri Sembilan di kediaman rasmi beliau di Seremban. – Foto Iqmal Haqim Rosman

Seremban: Kerajaan sementara negeri ini akan terbentuk secara automatik Khamis ini mengikut Undang-Undang Tubuh kerajaan Negeri Sembilan selepas penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) tamat esok.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata permohonan tidak perlu dibuat untuk menubuhkan kerajaan sementara kepada mana-mana pihak kerana proses itu berlaku secara automatik.

Mulai Khamis, saya bukan lagi wakil rakyat kerana DUN sudah terbubar. Namun, saya masih Menteri Besar mengetuai kerajaan sementara untuk menguruskan perjalanan harian pentadbiran negeri, termasuk hal ehwal masyarakat, membayar gaji kakitangan dan sebagainya.

Kita seboleh mungkin tidak akan menggubal dasar baru atau membuat keputusan besar seperti meluluskan tanah beribu ekar… tidak boleh kerana itu tidak bermoral dan tidak beretika walaupun kita mempunyai kuasa, katanya selepas majlis penyampaian pinjaman dan bantuan zakat pelajar Asia Barat tajaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) di sini, semalam.

Maksimum 60 hari

Beliau yang juga Pengerusi MAINS turut menyampaikan bantuan perkapita sekolah menengah agama negeri (SMAN), sekolah agama bantuan rakyat (SABK), sekolah agama rakyat (SAR), Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), sekolah tahfiz dan Tadika Islam 2013.

Mohamad berkata, selepas DUN terbubar, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh maksimum 60 hari untuk mengadakan pilihan raya semula.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Razak Mansor, pula berkata semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk beliau tidak lagi bergelar ADUN mulai Khamis ini.

Tidak payah lagi panggil Yang Berhormat, panggil nama pun tidak apa, katanya ketika merasmikan kempen penggunaan bahan rangsangan lateks anjuran RISDA di Kampung Kerangai, Jelebu, semalam.

Katanya, tiada yang pelik berhubung pembentukan kerajaan sementara kerana negeri ini yang diperintah kerajaan Barisan Nasional (BN) bertindak selaras dengan Kerajaan Pusat.

SPR umum tarikh

Apabila sudah sampai masa penggal DUN tamat, sudah tentu kerajaan negeri sementara akan terbentuk, katanya.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan yang juga ADUN Paroi, Mohamad Taufek Abd Ghani, berpendapat DUN negeri ini sepatutnya dibubarkan tanpa menunggu hingga terbubar sendiri.

Cara DUN dibubarkan seperti terpaksa. Bagaimanapun, saya yakin dalam tempoh 60 hari ini, SPR pasti akan mengumumkan tarikh pilihan raya, katanya.

Sementara itu, Mohamad yang juga Pengerusi BN negeri, berkata bilangan kerusi dan kawasan ditandingi parti komponen BN dalam PRU-13 adalah sama seperti PRU lalu.

Tiada perubahan atau pertukaran kerusi. Semua parti komponen sudah berbincang dan bersetuju mengenainya. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, juga dimaklumkan mengenai perkara ini ketika pertemuan dengan semua Pengerusi Badan Perhubungan BN negeri, baru-baru ini, katanya.

Wednesday, March 20, 2013

Steady papagoma.. tak tunduk saman Anwar.. sei yakin Anwar tak mengalah.. hmmmm.. sei tunggu apa lagi papa nak tunjuk.. Apa kesannya pula menjelang PRU13??



SHAH ALAM - Enggan menarik balik tuduhan dan membuat permohonan maaf walaupun bakal berhadapan saman berjumlah RM100 juta, pemblog Papa Gomo sebaliknya mahu mendedahkan lebih banyak video  membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi sebuah entri di blognya semalam, Papa Gomo berkata, beliau ingin mengikut jejak langkah idolanya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang enggan memohon maaf apabila menggelarkan Anwar sebagai homoseksual.

"Saya nak menyatakan bahawa saya memohon maaf kepada Datuk Seri kerana saya tidak ada pilihan lain selain daripada terus mendedahkan kegiatan tak bermoral Datuk Seri agar rakyat mengetahui kebenarannya," tulis blogger pro-Umno berkenaan.

Beliau juga memberi tempoh sama kepada Anwar iaitu 48 jam supaya pemimpin itu menarik balik saman terhadapnya jika tidak mahu lebih banyak pendedahan dibuat.

Anwar memulakan proses perundangan ekoran pendedahan gambar dan video lelaki mirip pemimpin utama pembangkang itu, semalam.

Ketua Umum PKR itu memberi masa 48 jam supaya Papa Gomo menarik balik tuduhan dan memohon maaf terhadapnya.

Namun Papa Gomo dilihat bertegas dengan pendedahannya itu.

Menurut Papa Gomo, apa yang dilakukannya hanyalah untuk menyedarkan masyarakat bahawa Anwar tidak layak menjadi pemimpin.

Kocik-Kocik Jago Kobau - Botul tekau ehhhh..

Hehehe.. Tongah selak dari blog kepada blog yang lain.. haaaaaaaaaaaa.. jumpa youtube nih.. terkena kat batang hidung sendiri.. tapi tak lah sei jago kobau kocik-kocik maghin doh..

Bilo dah besar nih.. betul pulak lirik lagu nih.. hehe..

Selamat berhibur..







Kocik kocik jago kobau 
Bilo bosa den mengantau 
Kadang Pilah kadang Gombau 
Kadang kadang poi Congkau 
Kocik kocik den jago kobau

Dudok kampong memang banyak konangan lamo 
Bilo teringek hati den teghaso hibo 
Poi sawah mandi sungai jadi ingatan 
Itu sumo memang tak dapek den lupokan

(Chorus)

Poi sekulah onam batu nek basikal 
Basikal pulak bukan baghu tapi tuo 
Naik bukit tughun bukit baghu tibo 
Kadang terlambek kono jumpo pengotuo

(Chorus)

Sekulah habih pukol 1.45 
Nak kayuh basikal den ghaso tak terdayo 
Apo nak buek tepakso den kayuh juo 
Lopeh makan kang den poi sawah pulo

(Chorus)

Menyabit ghumput poi sawah kojo 
Kalau maleh kono penampar dek oghang tuo 
Mau tak mau den kono buek juo 
Pukol 5 kang nak main sepak takraw

(Chorus)

Dudok kampung memang tak ado hiburan 
Kadang kadang ado wayang sekali sebulan 
Meloponglah tengok wayang Jabatan Penorangan 
Heronyo dah mesti Tunku Abdul Rahman

(Chorus)

Tapi sekarang semuo eh dah berbezo 
Dulu gasing tapi sekarang main komputer 
Kobau lombu tak payah laie nak jago 
Poi sekolah pon semuo dah naik keto

(Chorus)




Sei teringat tulisan papagomo baik ngan Saiful Bukhari Azlan.. Mungkin ini sebabnya dia tegar lawan saman Anwar Ibrahim..



PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan 'cabaran' Papa Gomo yang memberi beliau tempoh 48 jam supaya menarik balik saman terhadapnya jika tidak mahu lebih banyak pendedahan dibuat.

"Saya serahkan perkara itu kepada peguam saya untuk uruskannya," kata beliau ringkas pada sidang media di sini, hari ini.

Papa Gomo membuat kenyataan beliau enggan menarik balik tuduhan dan membuat permohonan maaf walaupun bakal berhadapan saman berjumlah RM100 juta, sebaliknya mahu mendedahkan lebih banyak video  membabitkan Anwar.

Menerusi sebuah entri di blognya semalam, Papa Gomo berkata, beliau ingin mengikut jejak langkah idolanya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang enggan memohon maaf apabila menggelarkan Anwar sebagai homoseksual.

"Saya nak menyatakan bahawa saya memohon maaf kepada Datuk Seri kerana saya tidak ada pilihan lain selain daripada terus mendedahkan kegiatan tak bermoral Datuk Seri agar rakyat mengetahui kebenarannya," tulis blogger pro-Umno berkenaan.

Anwar memulakan proses perundangan ekoran pendedahan gambar dan video lelaki mirip pemimpin utama pembangkang itu, semalam.

Ketua Umum PKR itu memberi masa 48 jam supaya Papa Gomo menarik balik tuduhan dan memohon maaf terhadapnya.

Namun Papa Gomo dilihat bertegas dengan pendedahannya itu dan menegaskan apa yang dilakukannya hanyalah untuk menyedarkan masyarakat bahawa Anwar tidak layak menjadi pemimpin.

Friday, March 15, 2013

Pi Bala tak sempat.. Sudah mati sakit jantung



Balasubramanian, penyiasat persendirian yang dok buat riuh mengenai akuan bersumpahnya tentang kes Altantuya meninggal dunia akibat sakit jantung sekitar jam 2.30 petang Jumaat.

Mendiang yang baru-baru ini kembali dari luar negara kerana hendak membantu kempen pembangkang menghadapi PRU13 telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Subang Jaya selama seminggu sejak 5 Mac lalu kerana masalah jantung.

Dia balik ke rumahnya Selasa lalu. Ikut ceritanya dia mengalami sakit jantung semasa sedang makan di sebuah restoran dekat rumahnya di Rawang.

Dia dikatakan meninggal dunia sebelum ambulan sampai. Mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh.

Sumber : n9kini.net

Kehilangan - Firman

Assalamualaikum wth,

Bila kali terakhir Tinta Menari-Nari.. Rindu rasanya seperti tahun 1999, 2000, 2001, 2002, 2003, 2004.. 2005... Masa tu setiap saat setiap ketika Tinta Jambu sentiasa bersama pen dan kertas.. Belum ada PC sendiri.. belum ada laptop yang mampu di beli.. yang ada cuma type writter milik abah kerana dia bekas guru besar sekolah. Sekolah terakhir berkhidmat di SK Tunku Laksamana Nasir, Seri Menanti.

Banyak memiliki sifat abah yang sentiasa panas tetapi dalam jauh sudut hati.. lembutnya bagai kapas baru berputik dari dahannya.. Hahahahaha..

Di tahun yang Tinta Jambu catatkan di atas tadi.. merupakan tahun yang setiap masa dan waktu menulis.. Jika tidak menulis satu catatan yang panjang.. memadai ayat pendek, tetapi pemangkin semangat motivasi.

Sebelum 1999, Tinta Jambu banyak menulis cerpen pendek, novel remaja, ada juga menulis sajak.. lantas banyak juga menulis kertas kerja skrip yang dihantar melalui orang tengah.. Ada juga yang menjadi rezeki, tak kala ada juga cerita yang mirip hasil diri kita, tetapi tidak diakui si orang tengah. Tidak mengapalah.. itu bukan rezeki kita..

Kemuncak penulisan Tinta Jambu.. Tinta Jambu pernah menulis ucapan menyokong dasar oleh mantan Presiden UMNO ketika itu dan di bacakan oleh mantan pemimpin ini, menulis ucapan usul sosio-ekonomi, sosio-budaya, sosio-politik.. paling banyak menulis ucapan yang dibacakan disetiap program yang dia singgahi..

Tetapi semua itu sudah berlalu, dan tidak guna untuk diperkatakan lagi.. Tetapi asasnya, ketika itu, sebut saja  mahu ucapan yang akan dibacakan di kebanyakan program.. pastinya Tinta Jambu akan tunaikan.. Namun kini, semuanya tidak seperti sedia kala.. Cepat penat.. cepat letih.. tidak dapat berfikir banyak perkara.. dan beberapa perkara penting tidak dapat disempurnakan.. walaupun keinginan hendak melakukan dan melaksanakannya ada.

Mungkin segala yang mungkin.. Tinta Jambu hanya boleh senyum mengingatkan nostalgia ketika itu.. Kerana sayang.. perkara tersebut tidak akan berulang buat kali kedua.. melainkan kaedahnya sama.. nak dapat yang serupa.. sukar sekali..

Maaf kepada semua.. di mana Tinta Jambu amat sukar menyempurnakan seperti yang dikehendaki.. Ini bukan kehendak Tinta Jambu.. Ayat pendeknya, Tinta Jambu tidak lagi suka berfikir, bila keadaan memerlukan Tinta Jambu tidur.. Tinta Jambu akan tidur saja.. Tidak seperti dulu.. Bila ada perkara yang diminta.. Tinta Jambu akan baca.. akan fikir.. akan berikan pandangan..

Hari ini Tinta Jambu dikejutkan dengan permintaan agar mendengar lagu Kehilangan - Firman. Banyak kali Tinta Jambu mendengar lagu ini dan minta difahami.. Tinta Jambu nak faham apa yer?? 

Kenapa menganggap akan kehilangan Tinta Jambu sedangkan Tinta Jambu selalu ada untuk menemani ruang dan perasaan sahabat tersebut. Munkin luaran Tinta Jambu nampak kasar, tetapi si pengirim lagu ini mengganggap Tinta Jambu mempunyai kelembutan mendengar dan memahami.. 

Tinta Jambu berasa amat sedih apabila dia terasa kehilangan Tinta Jambu.. Tinta Jambu berjiwa lembut ker?? Sehingga ada insan yang menganggap diri disayangi oleh Tinta Jambu??

Mungkin itulah kuasa perasaan.. Ada juga mengganggap kehilangan Tinta Jambu satu kesedihan. Maafkan Tinta Jambu.. Tinta Jambu tak ingat apa yang Tinta Jambu dah buat kepada sahabat ini.. Apa yang penting, terima kasih kerana ada perasaan tersebut.. Inilah kehebatan dan kuasa Allah Taala.