Reunion Batch 1994

Reunion Batch 1994

Saturday, November 30, 2013

HASUTAN!!! Amaran KPN Kepada Wartawan Freemalaysiatoday.com

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada kolumnis freemalaysiatoday.com Mariam Mokhtar supaya tidak menulis artikel yang boleh disifatkan sebagai berbaur hasutan.

Klik pada gambar untuk bacaan yang jelas

Beliau tidak senang dengan artikel tulisan Mariam bertajuk ’One Ideology, Two Reactions’, dalam portal berita itu semalam yang mempertikai layanan berbeza kerajaan berhubung kepulangan dua anggota radikal komunis kelahiran Malaysia - abu mayat pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng dari Bangkok, Thailand dan Siti Aishah Abdul Wahab, yang terpengaruh dengan ideologi politik komunis serta didakwa dijadikan hamba di London selama 30 tahun.

"Lebih baik dia (Mariam) berhati-hati, jika tidak kami akan mengambil tindakan terhadapnya.

"(Artikel) Ini amat berbaur hasutan. Jangan siarkan semata-mata kerana hendak menarik orang melawat laman web kamu. Ia juga boleh mengundang kami (polis) untuk datang menangkap kamu,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam di sini hari ini.

Khalid kecewa kerana kolumnis itu tidak dapat membezakan tahap kesalahan yang dilakukan Siti Aishah dan Chin Peng.

"Orang yang tak ada pelajaran pun faham kenapa kerajaan membenarkan Siti Aishah pulang ke tanah air dan menghalang abu mayat Chin Peng dibawa balik. Ini bukan kerana seorang Melayu dan seorang lagi Cina.

"Chin Peng terlibat dengan perjuangan bersenjata, manakala Siti Aishah hanya menganut ideologi berhaluan kiri. Beritahu saya berapa ramai orang yang telah dibunuhnya (Siti Aishah)?” tanya beliau. 

Inilah gunanya BERFIKIR.. kalu mato susah nak tidur..

Hmmmmm..



Hari ni payah na nak tidur.. Bilo payah na nak tidur.. banyak na lak projek nak dibuek.. nak dipikir.. sudah eh nia tajuk yang terfikir kek benak fikiran ambooooo..

Kenapolah kito nih selalu sangat salah faham, bersengketa, tidak sehaluan, tidak sependapat.. Esei langsung tak nampak PR (pembangkang) satu ancaman yang susah bonar kito nak ngalahkan.. melainkan kito nih goma na bertelagah.. tak pueh hati moh oghang nia.. tak pueh hati moh oghang senua.. apo masalah kito sbunar eh nih?? tak ter'agak kek sei doh.. punco tak berpenyakit.. carik penyakit.. dapeklah penyakit.. sakit tak?? dari PRU11, PRu12 dan PRU13.. kito menggunokan kaedah yang samo untuk menyakinkan orang ateh pagar dan generasi baru pertamo kali mengundi..

Caro kito banyak menimbulkan keboncian duo golongan yang disebutkan tadi.. Dah buek baik pun.. oghang tak percayo.. bukan sikit tak percayo eh.. amek-amek tak percayoo..

Sampai maso eh kito carik jalan penyelesaian.. jalan tindakan yang berhemah untuk membetulkan persepsi mereka.. jika tidak sampai bilo pun.. kito akan merano.. ibarat macam dialog pendekar bujang lapok kek kubur tu.. bilo anak guru silat eh diculik.. cakap betul pun dikatanya 'cobaan'.. 'cobaan'.. cobaan.. nyawa dah terancam pun.. 'cobaan'.. gilor amek.. kannnn??

Sei pun sbunar eh dah jolak baco posting2 yang merepek-repek kek FB dan twitter.. paling kerap kek FB.. Oghang nia salah kan snua.. orang sunua salahkan sinia.. oghang baghuh nyalahkan oghang daghek.. hmmm.. tak sikit doh.. kebanyakan eh la.. bercakap sajo tanpo ado solution.. tanpo ado cadangan pembaikan, cadangan perubahan.. Memang hidup ghoma camtu gak eh.. daghah nak mengelogak yoh.. banyak na yang salah eh.. abih.. apo yang botul eh pulak??

Ontahlah.. esei ni.. mudo laie.. umur belio laie.. tapi bilo tengok an kebanyakan kito ghoma melemparkan persepsi dan hujah ke arah provokasi.. tetanyo2 pulak.. semua itu untuk apo?? sei fikir.. dunio yang serba pantas ini.. elok kito main cerito pendek yoh.. tak payah nak menimbulkaan gossip pemimpin.. tak payah nak timbulkan spekulasi sampai orang tertanyo2.. smuo tuh dah jadi mcm satu pembaziran maso.. time is too short nowadays.. 

Kenapo tidak kito cakap.. pendek ajor.. Anwar Ibrahim peliwat dan kaki zina. Full stop!!! hihi.. tapi tak lah pulak penyokong tegar Anwar Ibrahim nak percayo pun.. di balik eh kek kito.. Ini semua salah UMNO.. hihi.. lawak pulak ghaso eh..

Yolah.. mcm sei pot pet, pot pet  dari tadi.. persiapkan diri untuk PRU14 nih.. kito dah kono start fikir.. jalan untuk menyakinkan mereka yang atas pagar dan pengundi buat kali pertama.. dah perlu kito tamatkan zaman melayan persepsi yang tak kan ado penyokong pembangkang nak yakin.. macam syok sendiri jerh..

Persoalan sekarang nih.. camano kito nak slosaikan masalah dalaman kito yang buleh bagi monang mudah kek PR ni gak eh?? Sepatut eh PR nih nek moyangkan susah nak monang..  ni lain lak poie tajuk eh.. laie kito berusuho.. lagi dio monang.. Camnor ha nak yakinkan golongaan ateh pagar dan golongan baru pertama kali mengundi?? agar kembali bertaut dengan BN yang sedia lama memerintah.. Carik cagho.. carik jalan.. carik bagaimano.. menyakinkan mereka ini. bukan nak bertelagah.. mewujudkan persepsi.. mewujudkan provakasi.. itu cara kempen PRU13.. cara berkempen untuk PRU14 kena lain.. kena versatile.. baru leh mencanak-canak naik eh graf sokongan kembali kepado BN.. In Shaa Allah, amin..

Sei terdidik dengaan Vision 2020. Mungkin itulah sobab dan punco eh juo sei ghaso macam dikalangan kito banyak membazirkan maso dengan menjawab bondo yang tak membawa makna.. 

Asek kono hoben sesamo sendiri yoh.. bilo nak menghoben oghang sampai KO nih?? Jangan koba sei pandai bercakap.. pandai membebel.. sei pun tongah berfikir ke bekerja untuk bertindak bagi mendapatkan keputusan yang baik.. jika kito sendiri tidak bergabung dengan kebolehan dan peranan yang boleh dimainkan.. tidak ada apo yang buleh dibantu.. semua akan jadi dan nampak perjuangan yang kosong.. sia-sia..

yolah.. kito fikir camnor nak tambah majoriti kerusi samo2 yoh.. hihi :)


Friday, November 29, 2013

Paneh Miang tak sudah-sudah miang.. hihi

Sudah-sudah lah otai.. Ghamai dah berjangkit penyakit miang nih pun.. kut yo pun tak suko.. 

Esei totap rakyat yang menilai baik buruk eh.. Dah duo Mentori Bosar sei lalui dah.. Adat pemimpin camtulah.. mandang jaghak menghaut ghanjau..

Sapo lak yang maksum dalam dunio nih.. TEKAU eh.. :)





Ketua Wanita NS : Datuk Norhayati Omar Naib Ketua Wanita NS : Siti Harpah Md. Dom (muka baharu)

Pergerakan Wanita UMNO melantik seramai 15 muka baharu untuk mengisi jawatan pegawai di peringkat pusat serta ketua dan naib ketua di peringkat negeri.
postwanitumno-620x330
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, barisan kepemimpinan baharu itu merupakan ketua-ketua wanita yang tidak pernah memegang jawatan berkenaan sebelum ini.
Jelas beliau, pelantikan tersebut bagi melengkapkan 30 jawatan untuk pergerakan itu yang membariskan mereka berpengalaman, profesional, ahli akademik selain golongan muda dan korporat.
“Pada hari ini, kepimpinan Wanita UMNO di 191 Bahagian terdiri daripada gandingan yang mantap, iaitu mereka yang berpengalaman, professional, ahli-ahli akademik, korporat dan juga golongan muda.
“Mereka ini mampu untuk menjadi tulang belakang kepada pelan transformasi politik Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya.
SENARAI PEGAWAI WANITA UMNO
Penolong Setiausaha: Datuk Rosni Sohar (Ketua Wanita Bahagian Hulu Selangor)
Ketua Penerangan: Datuk Rosni Zahari (Ketua Wanita Bahagian Maran)
Bendahari: Nor Azita Abdul Rahman (Bekas Setiausaha Puteri UMNO)
Penolong Setiausaha Wanita Barisan Nasional: Datuk Noraini Ahmad (Ketua Wanita Bahagian Parit Sulong)
KETUA DAN NAIB KETUA WANITA PERHUBUNGAN NEGERI
PERLIS:
Ketua Wanita: Rela Ahmad
Naib Ketua: Datuk Shamsiah Yasin (muka baharu)
KEDAH:
Ketua Wanita: Datuk Maznah Abdul Hamid
Naib Ketua: Datuk Marlia Abd. Latif
PULAU PINANG:
Ketua Wanita: Senator Norliza Abd. Rahim (muka baru)
Naib Ketua Wanita: Cik Sofiah Sharif (muka baharu)
KELANTAN:
Ketua Wanita: Datin Rahimah Mohamad
Naib Ketua Wanita: Roslinah Mohamed
TERENGGANU:
Ketua Wanita: Datuk Fatimah Hamat
Naib Ketua Wanita: Senator Rohani Abdullah
PAHANG:
Ketua Wanita: Senator Roslin Abdul Rahman (muka baharu)
Naib Ketua Wanita: Norahan Abu Bakar (muka baharu)
PERAK:
Ketua Wanita: Datuk Rusnah Kassim
Naib Ketua Wanita: Dr. Azizah Johor (muka baharu)
SELANGOR:
Ketua Wanita: Datuk Nor Hayati Onn (muka baharu)
Naib Ketua Wanita: Halimaton Saadiah Bohan (muka baharu)
WILAYAH PERSEKUTUAN:
Ketua Wanita: Mariany Mohd Yit (muka baharu)
Naib Ketua Wanita: Nor’ashikin Ahmat Nasron (muka baharu)
NEGERI SEMBILAN:
Ketua Wanita: Datuk Norhayati Omar
Naib Ketua Wanita: Siti Harpah Md. Dom (muka baharu)
MELAKA:
Ketua Wanita: Datuk Rabiyah Ali
Naib Ketua Wanita: Datuk Nor Adibah Abdullah
JOHOR:
Ketua Wanita: Datuk Sharifah Azizah Syed Zain
Naib KetuaWanita: Senator Datuk Noriah Mahat
SABAH:
Ketua Wanita: Datuk Armani Mahiruddin
Naib Ketua Wanita: Datuk Jainab Ahmad (muka baharu)

Thursday, November 28, 2013

[Fakta PAU 2013] Jenguk-jenguklah..


FAKTA PAU 2013

5,726 perwakilan sertai PAU 2013
2,759 hadir untuk perhimpunan agung
989 anggota perwakilan perhimpunan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri 

101 wakil 32 parti dari 28 negara
80 anggota perwakilan dari 73 Kelab Umno Luar Negara
7 badan perhubungan negara juga akan hadir
1,724 petugas media dari 118 agensi media tempatan dan antarabangsa (termasuk blogger)



Ketua Pemuda UMNO NS : Khairy Jamaluddin, Naib Ketua Pemuda NS : Asharuddin Shujauddin

Dua profesional muda adalah antara yang dibawa menyertai barisan kepimpinan Pemuda Umno pusat bagi penggal 2013-2016, yang turut menyaksikan kewujudan dua biro baharu.

Khairy Jamaluddin (tengah) bersama Khairul Azwan (dua, kiri), Jawawi Jaafar (dua, kanan), Mohamad Sahfri (kanan) dan Abdul Razak (kiri) selepas Mesyuarat Exco Pemuda Umno di Menara Datuk Onn, Kuala Lumpur pada Rabu. – FotoBERNAMA


Ketika mengumumkan senarai penuh barisan portfolio Exco Pemuda dan ketua serta naib Ketua Pemuda negeri di sini Rabu, ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin berkata pelantikan profesional muda lingkungan 20-an iaitu Shahril Suffian Hamdan dan Ar Rahman Husin adalah bagi mewakili generasi muda.
“Mereka (dua exco muda) ini ialah daripada luar struktur Umno secara tradisi walaupun mereka ini ahli tetapi tidak datang daripada jawatankuasa bahagian, cawangan dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pertama sayap itu selepas pemilihan parti Oktober lepas di Menara Dato’ Onn, Rabu.
Dalam pada itu, Khairy berkata pengenalan dua biro baharu iaitu Perkaderan Politik serta Kepenggunaan, Alam Sekitar dan Kualiti Hidup menjadikan jumlah keseluruhan biro dalam pergerakan berkenaan kini 27.
Beliau juga berkata barisan kepimpinan kali ini hanya dibarisi lima muka lama manakala selebihnya adalah muka baharu.
Khairy (dua, kiri) mengetuai majlis angkat sumpah perlantikan jawatan exco Pemuda Umno pada Mesyuarat Exco pergerakan itu, Rabu. FotoBERNAMA

Beliau berkata setiap biro diletakkan KPI masing-masing agar mempunyai matlamat jelas dan dapat mencapainya dalam usaha pergerakan itu menarik minat 2.5 juta pengundi muda menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.
“Kita juga ada dua matlamat, pertama PRU14 kita menang dan kita dapat sokongan padu daripada pengundi muda, termasuk yang kita dekati, bantu untuk daftar jadikan ahli, 2.5 juta pengundi baharu… kita akan cuba dekati mereka seramai mungkin.
“Yang kedua ialah proses pengkaderan sebab itu kita tubuhkan biro baharu. Pada Perhimpunan Agung lepas, Presiden (Umno) bersetuju Pemuda menubuhkan satu akademi kepimpinan yang kita beri nama atas penghormatan Ketua Pemuda Umno Malaysia pertama, Tun Hussein Onn, kita bagi nama akedemi Kapten Tun Hussein Onn, dan akademi ini akan jadi tempat di mana kita laksanakan pengkaderan.
“Kita juga mencari pemimpin masa depan Umno daripada kalangan pemuda, mahasiswa dan profesional muda, kita akan kenal pasti mereka yang boleh dilatih untuk dibangun sebagai pemimpin masa depan,” katanya.
Berikut adalah senarai biro dan pengerusinya:
1. Jawatankuasa Pengurusan: Khairul Azwan Harun
2. Penerangan:Jamawi Jaafar
3. Pendidikan Tinggi: Fathulbari Mat Jahya
4. Politik dan Pidato:Armizan Mohd Ali
5. BN dan 1Malaysia: Mohd Najib Mohd Isa
6. Pendidikan Luar Negara: Onn Hafiz Ghazi
7. Keselamatan Awam: Mua’amar Ghadafi Jaamal Haamaludin
8. Hal Ehwal Bandar dan Perumahan: Nazir Hussin Akhtar Hussin
9. Hubungan NGO: Khairul Firdaus Khan Akhbar Khan
10. Pertanian dan Asas Tani: Datuk Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad
11. Kesenian dan Kebudayaan:Jeffri Salim
12. Perkaderan Politik:Tengku Zuhri Tengku Aziz
13. Pekerja Muda:Dazma Shah Daut Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi
15. Sukan: Yuzmizan Md Yunus
16. Antarabangsa: Datuk Mohamed Hazali Abu Hassan
17. Sosial Etika: Mohd Iskandar Jaafar
18. Kesatria Muda: Arman Azha Abu Hanifah
19. Hal Ehwal Luar Bandar: Anuar Abdul Manap
20. Pelajaran: Mohd Rafiq Naizamohideen
21. Media Baru: Ibdillah Ishak
22. Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan : Azlan Abdullah
23. Professional Muda:Shahril Hamdan
24. Agama: Azmir Yuzaimi Mohd Yunos
25. Keahlian Dan Daftar Pemilih:Kamarol Salleh
26. Aduan Komuniti: Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman
27. Kepenggunaan, Alam Sekitar dan Kualiti Hidup: Mohd Ar Rahman Husin
Setiausaha Kerja : Sdr Mohd Lassim Burhan
Senarai Ketua dan Naib Ketua Pemuda Negeri:
1. Perlis
Ketua Pemuda : Syed Atif Syed Abu bakar
Naib Ketua Pemuda : Khairul Anuar Ahmad
2. Kedah
Ketua Pemuda : Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abdin
Naib Ketua Pemuda : Mahadzir Abdul Hamid
3. Pulau Pinang
Ketua Pemuda : Rafizal Abd Rahman
Naib Ketua Pemuda : Jasmin Noordin
4. Perak
Ketua Pemuda : Hairul Anwar
Naib Ketua Pemuda : Khairul Shahril
5. Selangor
Ketua Pemuda : Zuhri Zainal
Naib Ketua Pemuda : Rizuan Mahidin
6. Wilayah Persekutuan
Ketua Pemuda : Mohd Razlan
Naib Ketua Pemuda : Mohd Rafi
7. Negeri Sembilan
Ketua Pemuda : Khairy Jamaluddin
Naib Ketua Pemuda : Azharuddin Shujauddin
8. Melaka
Ketua Pemuda : Zali Mat Yasin
Naib Ketua Pemuda : Rohaizam Bakar
9. Johor
Ketua Pemuda : Hasrin Hashim
Naib Ketua Pemuda : Khairul Anwar
10. Pahang
Ketua Pemuda : Shahruddin Ahmad
Naib Ketua Pemuda : Ahmad Nilhakim Abd Rahman
11. Terengganu
Ketua Pemuda : Mohd Johari Abu Bakar
Naib Ketua Pemuda : Dr Najmil Faiz
12. Kelantan
Ketua Pemuda : Mohammad Azam Ismail
Naib Ketua Pemuda : Eriandi Ismail
13. Sabah
Ketua Pemuda : Yamani Hafez
Naib Ketua Pemuda : Shahelmey Yahya- BERNAMA

[UMNO Gathering 2013] 1,724 petugas media dari 118 agensi media tempatan dan antarabangsa

sekadar gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Sebanyak 5,726 anggota perwakilan Umno dari seluruh negara dijadual menghadiri perhimpunan agung parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini bermula Isnin depan.
    
Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata daripada jumlah itu, 2,759 hadir untuk perhimpunan agung, manakala perhimpunan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri masing-masing akan disertai 989 anggota perwakilan.
    
"Sebanyak 101 wakil 32 parti dari 28 negara juga telah mengesahkan kehadiran dan sebanyak 80 anggota perwakilan dari 73 Kelab Umno Luar Negara dan tujuh badan perhubungan negara juga akan hadir," katanya dalam sidang media di ibu pejabat Umno di sini hari ini.
    
Berhubung usul yang akan dibahaskan pada perhimpunan itu, Tengku Adnan berkata ia akan merangkumi ucapan dasar Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak, ekonomi, agama dan pendidikan.
    
Anggota perwakilan juga dijangka membangkitkan isu berhubung pemilihan parti Oktober lepas dan persiapan bagi pilihan raya umum ke-14, katanya.
   
Tengku Adnan berkata presiden parti mungkin menekankan kepada beberapa garis panduan mengenai bagaimana Umno harus bergerak ke arah pilihan raya umum akan datang.
    
"Akan ada perkara yang harus diperbetulkan dan beberapa perubahan untuk dilakukan dan bagi kami maju ke hadapan untuk bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya.
    
Tengku Adnan juga memaklumkan sebanyak 1,724 petugas media dari 118 agensi media tempatan dan antarabangsa, media baharu termasuk blogger akan membuat liputan perhimpunan itu.
    
Laman Media diwujudkan di aras dua PWTC dan sidang media akan diadakan di bilik Pulau Pinang untuk kegunaan naib-naib presiden dan ketua pergerakan sayap serta pemimpin tertinggi parti, katanya.
    
"Kami juga akan meningkatkan kawalan keselamatan di laman media bagi mengelakkan orang bukan media daripada memasuki kawasan berkenaan," jelas beliau.
    
Tengku Adnan menambah kata setiap petugas media diminta untuk memakai kad yang dikeluarkan Umno semasa membuat liputan.
     
Tengku Adnan juga memaklumkan bahawa pelbagai program diadakan sepanjang perhimpunan berlangsung dimulai dengan Persidangan Kelab Umno Luar Negara pada Ahad ini (1 Disember) di Dewan Tun Ismail, PWTC.
    
Satu forum antarabangsa bertemakan politik kesederhanaan dan prinsip kestabilan akan diadakan pada Isnin dan Selasa.
    
Perdana menteri dijadual menyampaikan ucap tama pada forum itu manakala bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual menghadiri majlis jamuan tengah hari bersama peserta forum itu.
    
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula dijadual merasmikan majlis penutup forum itu. - Bernama

Tuesday, November 26, 2013

[Aiyooooo.. nilah hebat eh NS.. tapi lain na haluan eh..] Hamba 30 tahun di London mungkin wanita Melayu bernama Siti Aishah...

komunis-70an513
Perh... ini sudah jadi cerita lain, misteri identiti wanita warga Malaysia yang dijadikan hamba selama 30 tahun di London yang heboh diperkatakan seluruh duinia itu mungkin wanita Melayu.
Ini berdasarkan ingatan dan 'syak wasangka' seorang aktivis pembangkang Hishamuddin Rais (gambar kanan) yang pernah tinggal lama di London sezaman dengan wanita tersebut.
hishamuddin_rais
Hishamuddin mengatakan identiti wanita mesteri tersebut berkemungkinan bernama Siti Aishah Abdul Wahab, lapor portal The Malaysian Insider.

Wanita itu merupakan salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua lagi wanita adalah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian berumur 30 tahun.
Polis Britian masih belum mendedahkan identiti ketiga-tiga wanita tersebut  tetapi memaklumkan bahawa sepasang suami isteri ditahan berkait dengan kes itu.
Hishamuddin yang hidup dalam buangan di London pada lewat 1970-an berkata, Siti Aishah aktif dengan kumpulan mahasiswa Malaysia berhaluan kiri yang menggelarkan diri mereka "New Malayan Youth" di ibu kota Britian pada ketika itu.
"Abang dia ada cari saya pada 1991 minta tolong carikan Aishah yang dikatakan hilang kerana kami berasal dari daerah sama," katanya.
"Saya juga menetap di Brixton, London, di mana lokasi wanita itu ditemui," katanya
Hishamuddin berkata, Siti Aishah merupakan pengikut kepada fahaman Marxist-Leninist dan pemikiran bekas pemimpin besar China Mao Tse Tung.
Difahamkan, "New Malayan Youth" adalah pertubuhan mahasiswa yang menggabungkan pelajar berhaluan kiri dari Malaysia dan Singapura pada 1970-an.
Hishamuddin yang pulang ke Malaysia pada 1994 berkata, Siti Aishah merupakan bekas penuntut Kolej Tunku Kursiah (TKC), Seremban dan kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang Juruukur Bahan (QS) di London di bawah biasiswa "Colombo Plan".
Bekas aktivis mahasiswa itu mendakwa, beliau berasal dari daerah yang sama dengan Siti Aishah iaitu di Jelebu, Negeri Sembilan dan kakak kepada wanita itu adalah gurunya di sekolah menengah.
Hishamuddin menetap di London selama 15 tahun dan menuntut ilmu Asas Seni di Brixton College sebelum melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda Kajian Filem dan Video di University of Westminster, London.  Alamat terakhir beliau di London adalah di Coldhabour Lane, Brixton.
Akhbar Britian melaporkan pasangan yang ditahan ialah Aravindan Balakrishnan, juga dikenali sebagai “Comrade Bala” dan isterinya Chanda dari Tanzania, tetapi Hishamuddin berkata, lelaki itu turut dikenali sebagai “Chairman Ara” dan berasal dari Singapura.
Ketiga-tiga mangsa bebas daripada “perhambaan” selepas salah seorang daripada mereka menghubungi badan kebajikan Freedom Charity pada 18 Oktober.
Menurut laporan media Britain, Pengasas Freedom Charity, Aneeta Prem bertemu dengan ketiga-tiga wanita berkenaan Khamis lalu.
Laporan media juga menyebut mangsa didera secara fizikal dan dikawal emosi dalam kes perhambaan yang disifatkan sebagai "rumit dan menyayat hati".
Polis dipetik sebagai berkata, mereka masih menyiasat apakah "gari tidak nampak" yang digunakan untuk memanipulasi ketiga-tiga mangsa.
Polis menghabiskan masa 12 jam untuk mencari lokasi perhambaan berkenaan dan mengumpul 55 beg bahan bukti dan 2,500 eksibit

[Mari sokong program Puteri NS] Puteri NS mula gerakkan tabung bencana Haiyan

DSC_0013
Majlis pelancaran ringkas disempurnakan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan.
Ini merupakan inisiatif Pergerakan Puteri UMNO Malaysia bagi bantuan kemanusiaan ke atas mangsa taufan tersebut yang dibentangkan ketika mesyuarat jawatankuasa pergerakan minggu lalu oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, YB Puan Mas Ermieyati Shamsudin.
Di mesyuarat jawatankuasa pergerakan Puteri UMNO Malaysia turut mengumumkan lantikan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sembilan di sandang oleh Puan Zuliana Mohd Ridzuan, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Rembau  mengambil alih jawatan ketua daripada Puan Norasyikin Abdul Rahman, yang disebabkan faktor umur.
Manakala Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sembilan pula di sandang oleh Puan Zabedah Mastar, juga merupakan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban.
Turut berada dalam kepimpinan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, menyandang jawatan EXCO, Puan June Artisya Dato’ Mohd Nazeri, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Pilah.

Tahniah semua..

Komen TJ,
TJ sudah mula bekerja dengan Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sembilan sejak entiti ini berada di dalam peringkat penaja lagi. Dan bukan mudah untuk membangunkan sebuah entiti kepada badan siasah terutamanya bergelumang  dan terdedah dengan sepak terajang politik di negeri ini.
Kenkadang, tidak perlu diceritakan orang.. kita boleh melihat sepak terajang politik akan berlaku di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
Melihat kepimpinan Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sembilan kini, hati terasa riang dan gembira.. kerana apa yer? Pertamanya, disebabkan oleh pusingan roda puteri tersebut seperti sudah cukup lengkap. 2003 - 2013, 10 tahun usianya. Putaran yang cukup lengkap.. Tak mahu TJ catatkan penyandang terdahulu kerana banyak sangat kisah suka dan dukanya. 
Namun apabila kini kepimpinan Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sembilan disandang oleh Puan Zuliana Mohd Ridzuan, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Rembau, TJ yakin dan percaya, beliau mampu melakukan yang terbaik. Tidak perlu kita menyebut latar belakang beliau.. kerana beliau akan berani bersaing dengan diri dan kudrat yang beliau sendiri ada. In Shaa Allah.
Keduanya, disebabkan oleh proses kematangan tersebut juga cukup putaran rodanya.. Jika kita perasan, mereka yang menyandang jawatan kini, merupakan mereka yang muda ketika Pergerakan Puteri UMNO berstatus penaja. Oleh itu, mereka sudah terdedah dengan proses getir penajaan dan lebih besar kesinambungannya apabila mereka mempunyai pengalaman yang bersesuaian dengan suasana laba politik yang sudah tentu banyak warnanya..
Ketiganya pula, TJ yakin.. kerana TJ yakin kebolehan dan kesungguhan di kalangan mereka yang sememangnya kaya dengan perjuangan yang melibatkan pengorbanan yang amat besar.
Keempatnya pula, terpulang dekat ahli-ahli Puteri seluruh negeri memberi inspirasi dan motivasi kepada penyandang yang ditauliahkan ini untuk survival perjuangan Pergerakan Puteri di masa akan datang.
Sejak dari penyandang pertama dulu TJ selalu cakap kepadanya.. dalam politik, pemimpin bukan sesiapa jika tidak mendapat sokongan dari kalangan ahlinya. Mendekati ahli amat penting dengan pelbagai program bersifat akar umbi.
Kita boleh membuat program mega, besar dan bagak.. tetapi jika itu untuk dilihat oleh pemimpin atasan.. nanti pemimpin bawahan dan bersifat akar umbi akan berkecil hati. Itu yang dimaksudkan pemimpin tidak berakar.. susah kan??
Itu jugalah penyebab, TJ dah tidak berminat sangat berdampingan dengan pemimpin. Biar kita berada 'di mana' tetapi tidak dilihat 'di sesuatu' itu..
TJ sudah merasa kesalnya bersama pemimpin, bila kini kita sudah tidak punya apa.. kita boleh berfikir dari sudut kita sahaja.. di mana sahaja kita berada UMNO tetap mekar di hati..

Ini TJlah.. :) 



Friday, November 22, 2013

[masih hiba dengan pengkesahan ini] AL-FATIHAH - Inilah jasa Ahmad Ammar menyebabkan ia dimuliakan oleh rakyat Turkey

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Sumber Gambar : [ SINI ]

Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki .

Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki . Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu.

Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah . Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya . Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya . Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai Syahid yang tertangguh  oleh para sahabatnya.

Biodata Ahmad Ammar Ahmad Azam

Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya . Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) . Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki .

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki

Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria . Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan . Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam .

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki .

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur .

Alfatihah .


Fi Hifzillah , Ilal liQa' 

Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan : Dato Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan : Dato' Hasan Malek (Penggal 2013 - 2016)


Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan senarai baru Pengerusi dan timbalan pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang baharu dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majli Tertinggi UMNO di sini Khamis malam.
Beliau juga mengumumkan pelantikan empat anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO tambahan iaitu dua daripada pergerakan Wanita dan masing-masing seorang daripada sayap Pemuda serta Puteri.
Najib berkata mereka ialah Naib Ketua Wanita Datuk Azizah Mohd Dun, Penolong Setiausaha Wanita Datuk Rosni Sohar, Naib Ketua Pemuda Khairul Azwan Harun dan Naib Ketua Puteri Zahida Zarik Khan.
“Kita ada kuasa untuk melantik 13 orang anggota MT tambahan, dua daripada Wanita, seorang daripada Pemuda dan Puteri, jadi baki lagi sembilan orang akan diumumkan pada awal minggu depan,” katanya.
“MT juga mengambil keputusan supaya semua menteri besar dijemput untuk turut hadir dalam mesyuarat MT kerana mereka ada kuasa sebagai menteri besar dan pengerusi perhubungan negeri, amalan ini sudah berlaku sebelum ini,” katanya.
Berikut adalah senarai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri
1. Perlis
Pengerusi – Datuk Seri Shahidan Kassim
Timbalan Pengerusi – Tuan Azlan Man
2. Kedah
Pengerusi – Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir
Timbalan Pengerusi – Datuk Paduka Ahmad Bashah
3. Pulau Pinang
Pengerusi – Datuk Zainal Abidin Osman
Timbalan Pengerusi – Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican
4. Perak
Pengerusi – Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir
Timbalan Pengerusi – Datuk Seri Ahmad Husni
5. Selangor
Pengerusi – Datuk Seri Noh Omar
Timbalan Pengerusi – Datuk Abdul Shukor Idrus
6. Wilayah Persekutuan
Pengerusi – Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Pengerusi – Datuk Raja Nong Chik

7. Negeri Sembilan
Pengerusi – Datuk Seri Utama Mohamad Hasan
Timbalan Pengerusi – Datuk Hasan Malek
8. Melaka
Pengerusi – Datuk Idris Haron
Timbalan Pengerusi – Datuk Wira Haji Abdul Ghaffar Atan
9. Johor
Pengerusi – Datuk Seri Mohd Khalid Nordin
Timbalan Pengerusi – Datuk Seri Dr. Latif Ahmad
10. Pahang
Pengerusi – Datuk Seri Adnan Yaakob
Timbalan Pengerusi – Datuk Haji Mohd Shakar Shamsudin
11. Terengganu
Pengerusi – Datuk Seri Ahmad Said
Timbalan Pengerusi – Datuk Jailani Johari
12. Kelantan
Pengerusi – Datuk Seri Mustafa Mohamed
Timbalan Pengerusi – Datuk Noor Zahidi Omar
13. Sabah
Pengerusi – Datuk Seri Panglima Musa Aman
Timbalan Pengerusi – Datuk Seri Panglima Saleh Said Keruak
najib-umum-kepimpinan-umno-sidang-media-selepas-mesyuarat-majlis-tertinggi-baru-2013-pwtc

Thursday, November 21, 2013

[Bandar mudah ekses.. Allhamdulillah, syukur..] Sistem komputer awam NS


SEREMBAN  - Satu sistem pengkomputeran awam akan dibangunkan di negeri ini untuk capaian semua agensi kerajaan bagi memperoleh data dan penyelesaian konflik secara total sebaik sahaja pengisian keperluannya diperincikan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu sedang diperhalusi bersama pakar dari syarikat teknologi IBM termasuk mewujudkan hanya satu platform yang boleh diakses secara total tanpa ada lagi zon penampan dalam kalangan agensi kerajaan.

"Ketika ini agensi kerajaan mempunyai sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang dibangunkan secara bersendirian. Apa yang kita perlukan ialah satu sistem yang boleh digunapakai serta dapat diakses oleh semua rangkaian agensi kerajaan selain pada masa yang sama dapat dicapai oleh rakyat dalam urusan tertentu," katanya di sini hari ini.

Mohamad berkata demikian ketika mengulas kehadiran 14 pakar dari syarikat IBM yang berada di negeri ini berikutan kejayaan Negeri Sembilan terpilih daripada 30 buah bandar dan negeri di dunia untuk menerima geran pembangunan berjumlah AS$400,000 dari syarikat tersebut di bawah geran Cabaran Bandaraya Pintar IBM.

Kata beliau lagi, di akhir pelaksanaan nanti, agensi kerajaan akan berkomunikasi sesama mereka melalui talian, begitu juga rakyat yang mahu berurusan dengan kerajaan akan menggunakan kaedah yang sama seiring dengan wujudnya gelombang e-kerajaan.

"Kita tidak mahu tergesa-gesa dalam pelaksanaannya apatah lagi dalam hal berkaitan mengubah dan meningkatkan sistem ICT ini kerana kosnya adalah tinggi.

"Kita mesti tahu apa pengisiannya, kandungan dalam sistem pengkomputeran, keperluan dalam talian, bentuk komunikasi yang hendak digunapakai termasuk keselamatan data. Kemudian kita gariskan kapasitinya. Idea inilah yang kita kemukakan kepada pakar dari IBM," jelasnya.

Mengulas maklum balas yang diperoleh daripada pakar teknologi IBM tersebut, Mohamad memberitahu, mereka teruja dengan dasar yang amat mantap dilakukan kerajaan negeri dan mahu bersama-sama membantu memastikan agenda berkenaan diteruskan demi pembangunan mapan Negeri Sembilan.

"Hasil cadangan dan rumusan itu, maka mulai tahun hadapan kerajaan negeri akan mempertingkatkan keupayaan sistem ICT kerana ia adalah nadi kepada kejayaan dasar berkenaan. Ini juga adalah cadangan yang dikemukakan oleh pakar dari IBM," ujar beliau.

Justeru katanya, dalam pembentangan Bajet 2014 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak lama lagi, akan ada satu keperluan belanjawan berkaitan peningkatan ICT ini untuk tempoh 10 tahun akan datang.

"Kehadiran pakar dari 14 negara dalam pelbagai bidang adalah peluang terbaik untuk memperoleh input dalam meningkatkan ekonomi dan ICT di negeri ini.

"Apa yang diharapkan ialah melalui peningkatan teknologi ini kelak, ia juga akan mengambil kira kekuatan pada pelayan, kapasiti penyimpanan data serta kelajuan akses untuk memudahkan perkara berkaitan penyerahan dokumen besar dilakukan dalam talian dengan lebih cepat dan efisien," kata Mohamad.


Artikel Penuh :
 http://n9kini.com/sistem-komputer-awam-ns/

[Mari kita Sedekahkan Al-Fatihah kepada saudara seIslam kita.. Al-Fatihah] Ammar – pejuang Islam Malaysia popular di Turki dengan gelaran ‘syahid yang tertangguh’

Ahmad Ammar – Digelar sahabat-sahabatnya sebagai “Syahid Yang Tertangguh”.
Ahmad Ammar
Ahmad Ammar Ahmad Azam telah pergi menemui Tuhannya pada usia 20 tahun di dalam kemalangan jalan raya lima hari yang lalu di Istanbul, Turki. Beliau memilih bidang sejarah di Universiti Marmara dengan mendapat biasiswa Kerajaan Turki. Semangatnya untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembali tertegak selari dengan cita-cita ayahanda dan bondanya.
Sememangnya beliau dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah, dakwah dan pengorbanan. Ayahandanya Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, mantan Presiden Abim sudah tidak asing lagi bagi para pendakwah dan gerakan Islam di Malaysia. Ahmad Ammar satu-satunya anak lelaki kepada pasangan Tn. Hj Ahmad Azam Abdul Rahman dan Puan Nur Azlina Aziz.
Sungguh bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar alunan Quran sebagai halwa telinga mungkin menjadi pilihan yang terakhir sekali. Namun tidak untuk Ammar. Beliau dikhabarkan keluar rumah setelah membaca al-Quran dalam tempoh yang panjang.
Malah pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia. Misi ke Syria begitu menyayat hati, seolah-olah Ammar tertinggal hatinya di Syria. Meskipun letupan demi letupan meletus di kiri dan kanan malah terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka, namun Ammar teguh tidak gentar ingin terus membantu Syria.

Allahu Akbar! Sejak pulang dari Syria itulah sahabat-sahabat menggelarnya “Syahid yang Tertangguh”. Alangkah bertuahnya ayahanda dan bonda beliau kerana dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir seorang anak dengan pengakhiran yang baik.
Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad untuk membebaskan Konstantinopel dahulu. Seorang sahabat menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari.
Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan. Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari?
Bukankah unta baginda s.a.w dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain? Secara simboliknya Ahmad Ammar Ahmad Azzam berhijrah menuntut ilmu dari Malaysia ke Turki seperti hijrahnya Baginda s.a.w dari Makkah ke Madinah.
Takdir Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk memuliakan Rasulullah s.a.w di rumahnya, begitu jugalah Ahmad Ammar menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki. Inilah rezeki beliau yang pastinya amat menggembirakan ayahanda dan bondanya yang kesedihan.

Janji Allah amat jelas di dalam ayat 100 surah al-Nisa’ :
“…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudia ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Subhanallah, pada pagi kejadian, Ammar keluar menuju rumah pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi.
Malah catatan terakhirnya dan dimasukkan ke dalam beg sandang beliau berbunyi : “Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.” Namun seperti yang dicatatkan ayahandanya Tn. Hj. Azam beliau sempat melintasi jalan, namun kehilangan imbangan badan dan terjatuh lalu dirempuh sebuah ambulans.
Beliau pergi pada usia 20 tahun, penuntut tahun dua Universiti Marmara. Beliau amat rindukan syahid. Rupa-rupanya Ahmad Ammar ini telah pun menyaksikan bidadarinya sehingga beliau tidak lagi menoleh ke kiri atau ke kanan dalam mengejar cita-citanya. Beliau terus berkhidmat untuk berdakwah dan tekun beramal sehingga pada tarikh itu berakhirlah tugasan beliau di bumi yang fana ini. Alhamdulillah kerana Allah dengan kasih sayang-Nya masih memelihara agama ini dengan adanya remaja-remaja seumpama Ammar. Masyaallah Tabarakallah! Al-Fatihah. - aiyangdisayang

Video Kisah Kehidupan Ahmad Ammar Ahmad Azam
adios