Reunion Batch 1994

Reunion Batch 1994

Saturday, October 11, 2014

Day 1 - Bengkel Penulisan Kreatif Negeri Sembilan

Bengkel Penulisan Kreatif Negeri Sembilan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan (JBSNS) menzahirkan dan mempelbagaikan kreativiti para peserta yang terdiri daripada modal insan gen y bertempat di Jempol.

Modal insan (gen y) kini berdepan dengan dunia di hujung jari, dunia tanpa sempadan, menjadikan lembaran maya sebagai teman karib, menjadikan altenari kedua umpama hati yang membentuk perasaan. Perasaan, dalam hati ada taman. Kalau tak percaya tengok ajer mereka.. biar gambar berbicara.. :)












Membangun Program Transformasi Belia #Sukan #SportingNation #FitMalaysia #HariSukanNegara #Bajet2015


Membangun Program Transformasi Belia #1MalaysiaYouthCity #PerumahanBelia #YouthHousing #JaminanPinjaman #Akaun #KWSP #Bajet2015


Strategi Keenam : Membangun Program Transformasi Belia Negara "Pelan Transformasi Belia Negara" #Belia #PLKN #RakanMuda #1M4U #MyCorp #MaGIC #FAMA #Bajet2015


Bajet 2015 komprehensif, bertepatan kehendak rakyat - Muhyiddin



KUALA LUMPUR 10 Okt - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Bajet 2015 sebagai bajet yang cukup komprehensif, menyentuh segala aspek dan bertepatan dengan kehendak rakyat.

Beliau berkata, intipati bajet itu, yang menyentuh pembangunan ekonomi negara dan usaha menangani permasalahan rakyat, amat bersesuaian dengan temanya iaitu 'Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat'.

"Dalam pembentangan bajet tadi, pertamanya ia menyentuh tentang strategi pembangunan nasional yang hendak menyeimbangkan antara ekonomi dan pembangunan rakyat.

"Jadi langkah-langkah telah dicadangkan dalam bajet ini seperti untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara kita, kedudukan kewangan dan memantapkan ekonomi negara kita," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen selepas pembentangan Bajet 2015 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini.

Najib mengumumkan jumlah bajet bagi 2015 ialah sebanyak RM273.9 bilion dengan RM223.4 bilion daripadanya untuk perbelanjaan mengurus manakala RM50.5 bilion sebagai perbelanjaan pembangunan.

Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi iaitu sebanyak RM29.3 bilion diikuti sosial (RM12.6 bilion), keselamatan (RM4.9 bilion), pentadbiran (RM1.7 bilion) dan simpanan luar jangka (RM2 bilion).

Muhyiddin berkata bajet itu juga menggariskan secara jelas langkah kerajaan menangani isu pokok atau masalah yang dihadapi rakyat.

Beliau berkata penjelasan panjang lebar Perdana Menteri berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) akan melegakan rakyat terutama pengecualian luas cukai itu terhadap barangan dan perkhidmatan.

"Pengumuman Perdana Menteri ini mengesahkan bahawa CBP akan diteruskan dan dilaksana pada 2015... selepas dijelaskan oleh Perdana Menteri panjang lebar tadi, kita yakin ia tidak akan membebankan," katanya.

Muhyiddin berkata langkah kerajaan memperkenal CBP bertujuan memperkukuh kedudukan kewangan negara di samping hasil pendapatan cukai itu dapat diagih kepada kumpulan sasar.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, turut mengalu-alukan peningkatan peruntukan tahun depan bagi kementeriannya iaitu sebanyak RM56 bilion berbanding RM54.6 bilion pada tahun ini.

Beliau berkata antara yang terkandung dalam peruntukan kali ini ialah peningkatan peruntukan khas sebanyak RM750 juta bagi menyelenggara hampir 10,000 sekolah di seluruh negara.

"Kita mengucapkan terima kasih juga kerana bantuan RM100 masih diteruskan walaupun ada pihak menyatakan bahawa tidak seharusnya dibayar kepada keluarga yang berpendapatan tinggi tetapi Perdana Menteri mungkin berpendapat ini adalah untuk pendidikan bagi semua pelajar yang berjumlah lebih lima juta.

"Selain itu, baucar buku dan semua bantuan sekolah ini dapat meringankan beban dan ini akan diberikan kepada pelajar pada awal persekolahan 2015," katanya.

Muhyiddin turut menyentuh langkah kerajaan mengurangkan subsidi minyak sebanyak 20 sen yang menurutnya satu langkah penjimatan untuk membantu golongan sasar.

Katanya, ini dapat dilihat dengan peningkatan jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) daripada RM650 kepada RM950 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.

"Saya berpendapat belanjawan ini seharusnya tidak diambil kesempatan secara negatif oleh penjaja (peniaga) untuk menaikkan harga barangan, dan kerajaan akan sentiasa memantau," katanya. - BERNAMA


Sumber tambahan mohon klik ke link berikut : 
https://www.facebook.com/najibrazak/app_763644500352370

Monday, June 30, 2014

[Rugi Islam jika tidak bersatu] Tanpa ALLAH, Kristian tidak rugi




KEPUTUSAN mahkamah berhubung isu kalimah ALLAH telah pun diketahui. Masih ramai tidak berpuas hati, terutama kalangan ultra kiasu.

Saya masih tertanya-tanya apakah tanpa menggunakan kalimah ALLAH, mereka akan menanggung kerugian besar? Sedangkan selama ini, mereka tidak pernah pun menggunakan kalimah, kecuali  di Sabah dan Sarawak.

Hairannya, yang bersungguh-sungguh mahukan kalimah ini adalah kalangan mereka yang berasal dari Semenanjung. Kesungguhan ultra kiasu ini adalah perancangan licik untuk merosakkan akidah umat Islam yang sedang goyah hari ini.

Saya yakin, target mereka adalah umat Islam liberal dan goyah akidahnya. Kumpulan ini mudah didekati dan mudah terpengaruh. Sebab itulah, mereka begitu bersungguh-sungguh mahukan kalimah ALLAH digunakan bersama.

Bertambah licik lagi, kini, setelah mahkamah menjatuhkan keputusan, mereka begitu berani mengatakan, larangan penggunaan kalimah ALLAH hanya untuk majalah Herald sahaja. Untuk majlis dan kegunaan lain, tidak ada siapa pun boleh menghalang. Nampak atau tidak!

Kenapa saya katakan Kristian tidak sedikit pun rugi atau kehilangan apa-apa pun jika tidak menggunakan kalimah ALLAH?

Pertama, kenapa perlu berebut kalimah ALLAH, sedangkan selama ini langsung mereka tidak pernah gunakan? (Maaf, saya hanya rujuk ultra kiasu di Semenanjung, bukan di Sabah Sarawak). Rujuklah ‘khutbah’ dan ceramah mereka sebelum ini. Lagipun, sebutan ALLAH tidak pernah betul.

Kedua, dengan Kristian beralah, prasangka umat Islam kepada mereka selama ini akan menjadi kendur? Keadaan ini, baik untuk perpaduan nasional. Tidakkah selama ini pihak Kristian selalu mendakwa, bila orang sepak pipi kiri, tidak perlu balas, malah bagi pula pipi kanan. Justeru, mengalahlah.

Fahamilah sensitiviti orang Melayu. Melayu yang saya kenali dan fahami amat sensitif dengan agama, walaupun mereka tidak beramal dan tidak kuat semangat jihadnya.

Begitu juga dengan orang India yang beragama Hindu. Isu agama pada mereka amat sensitif. Misalnya, jika orang Hindu amat memuliakan lembu, kita perlu faham sensitiviti mereka.

Tetapi bagi ultra kiasu, terutama kalangan orang Cina, agama tidaklah terlalu penting. Pada mereka, ekonomi yang paling penting. Tanpa agama pun tidak menjadi masalah. Sebab itu, kita lihat dalam keluarga Cina, ada berbagai agama di dalamnya.

Peliknya, bila Cina atau India masuk Kristian, mereka menjadi ultra kiasu. Pasal apa? Sebab mereka sudah didogmakan untuk mendakyahkan agamanya dalam apa jua keadaan.

Sebab itulah, hari ini, yang begitu berani tampil ke hadapan adalah ultra kiasu dari Semenanjung yang memeluk Kristian. Mereka di Sabah, Sarawak, relaks sahaja. Kenapa? Selama ini mereka sudah menggunakan kalimah ALLAH.

Ketiga, banyak lagi nama Tuhan yang selalu mereka gunakan selama ini seperti God, Lord, dan sebagainya. Tambahlah nama-nama lain, tiada siapa yang larang.

Keempat, jangan banding dengan negara lain, kerana undang-undang dan cara hidup mereka berbeza dengan Malaysia. Fahamilah kehidupan orang Melayu. Mereka dahulu adalah Buddha-Hindu, termasuk juga fahaman anamisme.

Selepas Melayu memeluk Islam, disebabkan oleh kepercayaan dan ketaatan mereka kepada raja, semua Melayu pakat-pakat Melayu Islam.

Selepas itu, Melayu tidak lagi bertukar kepada agama lain, walaupun penjajah menjajah dan mendakyahkan agama Kristian. Kenapa Melayu tidak terpengaruh walaupun persekitaran ketika itu tidak Islamik dan terdedah kepada dakyah Kristian seperti sekolah missionari dan sebagainya?

Jawapannya, mudah, Islam sudah sebati dan menjadi darah daging orang Melayu.

Dengan Islam jugalah, Melayu berubah, menjadi lembut dan lebih bertolak ansur serta berlaku adil. Atas sifat ini jugalah Melayu sanggup menerima orang bukan Melayu menjadi warganegara di sini dengan bilangan yang amat besar tanpa banyak soal. Perkara ini  tidak pernah berlaku di negara lain.

Di negara lain, golongan berhijrah terlalu sedikit, berbanding Tanah Melayu. Kenapa jadi sedemikian? Islam telah mengetuk pintu hati Melayu supaya menghargai dan menghormati makhluk ciptaan ALLAH berbilang bangsa.

Kelima, apakah Kristian akan menjadi kurang Kristiannya, jika tidak menggunakan kalimah ALLAH? Jawapannya, tidak.

Akhirnya, cubalah fahami isi hati Melayu. Melayu yang saya kenali amat memahami orang lain. Sebab itu, orang lain boleh hidup senang-lenang di sini. Namun, jika kita terus mencabar Melayu dan sensitivitinya, saya amat bimbang, Melayu akan bangkit  dengan garangnya. Itulah yang dinamakan MENGAMUK.

Sunday, June 29, 2014

[Bacolah Tok Ulung ha..] Sapo nak pertikaikan? Negeri Sembilan sepatutnya bernama Rembau?


Dalam siri ceramah umum saya, saya sering mengetengahkan aspek sejarah di Negeri Sembilan agar generasi muda kenal sejarah mereka dan menghargai pejuang-pejuang awal sejak negeri ini dibuka pada awal tahun 1500an. Sejarah itu akan berulang. Mahkamah kangaroo telah wujud di Tanah Melayu iaitu pada tahun 1883 di Rembau.




Dalam Jurnal Warisan yang dikeluarkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia cawangan N.Sembilan tahun 2000, menyebut iaitu pada 30 Mac 1883 Datuk Lela Maharaja (Undang Rembau pada ketika itu) dipecat Inggeris selepas dibicarakan dalam ‘mahkamah kangaroo’ dengan Sir Frederick Weld, Gabenor Negeri-negeri Selat sebagai ‘hakim’ di Melaka.

Dalam Jurnal yang sama juga menyebut : Menurut Khoo Kay Kim , Negeri Sembilan sepatutnya bernama Rembau.

Mahkamah kangaroo serta perpecahan di kalangan orang Melayu telah wujud sejak dulu lagi bukan zaman kita sekarang ini sahaja, lebih-lebih lagi apabila kita menghadapi pilihanraya.



Jurnal tadi juga menyebut konflik dalaman dan peperangan ketika itu berlaku akibat semangat baru yang ditanamkan adalah tamak, rasuah dan mata duitan.

Dari muka surat 103 Jurnal di bawah ini :

Konsep dan semangat yang diperingatkan oleh perbilangan di atas ini telah dirobohkan atas kesilapan pembesar Rembau sudi melantik Syed Shaaban, seorang 'bukan orang adat'. Beliau dilantik menjadi Yamtuan Muda Rembau ke 3 dalam tahun 1832, di mana beliau merupakan orang yang telah menjualkan kerajaan Naning (sekutu kerajaan Rembau) kepada Inggeris dengan harga 500 ringgit Sepanyol.

Syed Shaaban telah merubah cara hidup pembesar Rembau dengan memperkenalkan amalan negatif yang bertentangan dengan nilai dan semangat hidup Adat Perpatih.

Nilai-nilai dan semangat baru yang ditanamkan adalah tamak, rasuah dan mata duitan. Akibat perubahan nilai komunalistik kepada individualistik dan materialistik yang diperkuatkan dengan pengenalan sistem mata wang maka berlaku konflik dalaman dan perang saudara digunakan semaksimanya oleh Inggeirs untuk menumbangkan dan memalukan kerajaan Rembau.

Sumber Jurnal dari http://malaycivilization.ukm.my/idc/groups/portal_aperpatih/documents/ukmpd/adat_00662.pdf

Sei yang tertarik pengkisahannya. "Sultan Mahmud Mangkat Dijulang



Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang yang terletak di Kampung Makam adalah tempat yang paling terkenal di Kota Tinggi, Johor. Makam tersebut banyak menyimpan sejarah Kesultanan Johor dan lain-lain kisah dalam sejarah Melayu masa kini.

Sultan Mahmud Shah II keturunan sultan Melaka ditabalkan menjadi sultan ketika berumur 10 tahun. Urusan pentadbiran dijalankan oleh Bendahara. Pusat pemerintahan berada di Kota Tinggi dan Johor Lama dijadikan istana hinggap. Di sinilah Temenggung menjaga Kota Johor Lama. Sultan Mahmud Shah II dikaitkan dengan kezaliman dan menimbulkan pergolakan dalam negeri. Pada tahun 1697, Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia dan disebut "Marhum Padang Saujana". Pada 1699, Sultan Mahmud Shah II mangkat pada usia 24 tahun, dipercayai ditikam oleh Laksamana Bentan dan disebut sebagai "Marhum Mangkat Di Julang" atau "Marhum Kota Tinggi".

Mengikut kitab hikayat Tuhfat al-Nafis, cerita ini berlaku apabila Laksamana Bentan (dikenali Bintan pada hari ini), iaitu Megat Seri Rama, telah berperang untuk menumpaskan lanun di perairan Johor atas perintah Sultan Mahmud Shah II.

Pada suatu hari, isteri Megat Seri Rama yang sedang mengandung, telah bertemu dengan penghulu kebun Sultan yang sedang membawa nangka untuk dipersembahkan kepada Sultan. Dang Anum kemudian telah meminta seulas nangka kerana dia mengidam. Penghulu kemudiannya memotong seulas lalu diberikan kepada Dang Anum. Ketika Sultan Mahmud Syah hendak bersantap tengah hari, baginda menyedari bahawa nangka yang hendak disantapnya telah diusik orang. Sultan Mahmud amat murka kerana dihidangkan dengan sisa orang dan memerintahkan Dang Anum ditangkap dan dibelah perutnya menyebabkan kematian isteri Laksamana.


Beberapa hari kemudian, Laksamana telah kembali ke Kota Tinggi dengan membawa kejayaan cemerlang bagi angkatan tentera Johor. Selepas sultan memberi anugerah kepada Laksamana, Megat pun balik ke rumahnya mendapat khabar buruk daripada Tun Aman yang mengatakan bahawa isterinya telah mati. Laksamana merasa marah, kecewa dan menangis apabila mengetahui isterinya telah mati. Megat Seri Rama kemudiannya berazam untuk membalas dendam kepada sultan kerana bagindalah yang memerintahkan supaya isteri kesayangannya dibunuh.


Pada suatu hari Jumaat, Sultan Mahmud Syah bersama pembesar telah berangkat ke masjid untuk bersembahyang. Sultan telah ditandu oleh pengawal-pengawal istana. Ketika azan pertama berkumandang di udara, Sultan Mahmud terkejut melihat Laksamana berdiri sambil menghalang lalu lintas baginda. Laksamana berkata "Raja adil raja disembah! Raja zalim raja disanggah!". Sepantas kilat, laksamana terus menikam Sultan dengan kasarnya. 

Suasana di perkarangan masjid gempar apabila darah sultan yang berdaulat telah mengalir ke tanah! Semua jemaah terpaku. Sultan tidak berputus asa lalu menyentap sebilah keris yang tersisip di pinggangnya lalu dilontarkan di kaki laksamana. Sultan terus betitah "Tujuh keturunan laksamana tidak boleh menjejakkan kaki ke Kota Tinggi...." Berberapa minit kemudian, baginda menghembuskan nafas yang terakhir. Megat yang tiba-tiba memuntahkan darah pula mati secara tiba-tiba.

Perihal Dang Anum, Laksamana Bentan dan Sultan Mahmud Mangkat dijulang





Lalu Si Pencacai Sultan Mahmud dengan membibit sebiji nangka di hadapan anjung rumah Si Dang Anum. Menitis air rembesan cair dari dalam mulut Si Dang Anum terlihat akan nangka yang di bawa oleh Si Pencacai Sultan Mahmud . Hatta diminta Si Dang Anum seulas nangka yang dibawa Si Pencacai Sultan Mahmud. 

Dengan sekelumut sifat rahim yang ada dalam diri Si Pencacai Sultan Mahmud, di kabulkan permintaan Si Dang Anum. Terlepas segala derita ketagihan yang di tanggung si Dang Anum dengan hanya seulas nangka daripada Si Pencacai Sultan Mahmud. Usai menunaikan hajat Si Dang Anum, Si Pencacai pulang persembahkan kepada Sultan Mahmud, nangka. Murka dengan kehilangan seulas nangka, di heretnya Si Dang Anum selapas siasatan dijalankan. 

Seksa yang amat ditanggung Si Dang Anum apabila bahagian tubuh depan dibawah dada comelnya di belah kerana menimbulkan kemurkaan Sultan Mahmud. Seulas nangka jadi pertaruhan nyawa.

Laksamana Bentan, kembali dari medan peperangan dengan hati yang berbunga-bunga untuk menemui kekasih hatinya. Cacau Laksamana, terkejut akan kejadian yang menimpa. Hati remuk..kelam..kusam.. seulas nangka ditukar ganti dengan sekujur tubuh kaku isteri terchenta. Hati remuk..kelam..kusam.. 

Keris yang masih lagi panas disirami darah musuh Negara bakal meratah darah pemerintah Negara. Usai keris di loban. Berpencak Si Laksamana. Keris dihunus.. Terketar-ketar tangan Sultan Mahmud mencabut tusukan keris. Darah membuak-buak keluar. 

Dilontar keris kearah Laksamana Bentan. Seraya berkata Sultan Mahmud sebelum mendapat gelaran mangkat. “ Beta Sumpah Tujuh Keturunanmu di Bumi Kota Tinggi” . Cubaan mengelak keris yang melayang, namun ia setia menyinggah di ibu jari kaki Si Laksamana. Meraung Si Laksamana. Menggelupur. Jejak keruh Sultan Mahmud dituruti. 

p/s : Lagenda, mitos atau dongengan? Satu hari nanti kita tahulah jawapannya. InShaa Allah, semoga terungkai segalanya.

Thursday, January 2, 2014

Ingat-Ingatlah yoh.. Menteri jangan terlepas cakap

Menteri disarankan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang mampu menimbulkan sentimen anti kerajaan terutama dalam perkara sensitif seperti isu kenaikan harga barang.

Pensyarah di Jabatan Komunikasi Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid berkata, ini penting bagi mengelakkan kenyataan mereka diinterpretasikan sebagai tidak sensitif.
“Memang kita tahu setiap kali diadakan sidang media, menteri tidak boleh menjangkakan soalan daripada wartawan, jadi mereka jangan pula terlepas perkara yang tidak sepatutnya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Sehubungan itu, katanya, Perdana Menteri sepatutnya menasihatkan barisan Kabinet beliau supaya kenyataan yang dikeluarkan mereka tidak akan jadi bahan jenaka rakyat.
“Apa sahaja yang mereka (menteri) cakap sepatutnya tahu akan kesannya kepada rakyat dan kerajaan,” katanya.
Bagaimanapun katanya, perkara ini perlu juga dilihat serius oleh mana-mana ahli politik sama ada daripada pihak pembangkang atau kerajaan.
“Perkara ini tidak boleh dipandang ringan, mereka perlu sedar apa yang telah mereka ungkapkan.
“Memang semua pihak mahu beri reaksi segera apabila ditanyakan oleh wartawan, tapi perlu juga fikir kesannya,” katanya